28 September 2010

eh, dia terperasan plak...


ntah kenapa aku rasa gambar nie unik. Sebab otak aku nie terlalu seni ..... kononnya.... kahkahkah.. jadilah gambar nie serupa ini.

Masa tengah bual2 kosong ngan azam ntah macam mana Azam cakap

"macam gambar kat pokok tue"

"gambar pokok apa nie?"

"gambar kat pokok yang kita pegi melaka tulah"

"hahahhahhahahhaha"

"selamba je kutuk aku kan?"

"hahhahahhahhaa".. agaknya dah rupa pontianak mengilai dah aku ketawa..

Azam baru perasan gambar tue.. Aku takdeh niatlah nak kutuk dia cuma aku membayangkan bila tiba 35 tahun akan datang aqil akan seperti azam sebab diakan banyak ikut gen bapaknya....

Ini telah menjadi SEJARAH

27 September 2010

Sapa suruh usik aku!..rasain..

Aku tengah elok2 buat kerja ye ker kerja..hahahhah.. pegi kacau aku buat apa...ehehehhee..


Hai bz ker?B-)


Apahal plak nie?


Hehehehhe, rindulh...


Eleh poyo..tak tido lagi ker?


Tengah nak tidolh nie....sedapnya bntal nie, empuknya tilam nie..aah..mengantuk pulak..:-)


lempang nak?..hahahhahha..


hahahha nikmatnya baring diatas katil yg empuk, selamat tido


dah sidai kain..singki dah bersih?..rumah dah kemas..


Blum datin jap lagi datin..


hahahha..bagus...balik nanti saya tau semua musti(nie bajet dialog dulu2) siap..hahahahaa..


muahahhaha.....sapa yang kena. Bini tengah berkerja dengan penuh dedikasi pegi kacau. Modal aku memang sekarang nie nak lempang orang je..hahahhaha..tapi klu korang percaya aku buat betul2 memang ah...gila ker nak lempang laki ..derhaka namanya..aku memang taknak spender emas tapi neraka jahaman pun aku tak nak jugak...






Ini telah menjadi SEJARAH

24 September 2010

Kanser payudara..Sapa yang mahu?...Lawatan syawal ketiga 2010

Tahun nie aku tak balik perak tiada episod mempacking kain baju yang boleh buat aku tak tidor 7 hari 7 malam sebab mak mentua aku turun KL hebatkan.Lagipun raya ke4 azam sudah kerja. Aku pun sebenarnya tak tau pun tahun nie raya tak balik perak sebab azam tak cakap apa2 pun. Ntah macam mana mak aku tanye kat azam bila balik perak sekali azam cakap 'tak balik kot'. Terkejuzztt aku.tapi dalam hati yahooooo..iyalah aku memang menantu hantu..hahahhahaha. . Kitaorang jumpa MIL kat rumah makcik azam je.

Bila tak balik perak jadual kat sini semuanya dapat dipenuhi takdeh pun yang tertangguh. Raya ketiga nie kitorang melawat bibik ibut, makcik kepada kak ida jugak. Bibik ibut nie mengidap breast cancer stage 4. Tahap dah kritikal. Dah 2 tahun penyakit nie bersarang kat badan dia.

Bibik ibut nie ada anak 4 orang yang sulung tingkatan 2 dan yang paling kecik 4 ker 5 tahun camtu. Masa bibik kena tu anaknya yang bongsu masih lagi menyusu badan. Kanser bibik ibut nie menunjukkan sifat2 luaran. Selalu kita dengar breast cancer nie terdapat benjolan kat dalam breast tapi yang bibik ibut punya nie terdapat banyak bisul kat area breast dia. Bayangkan bisul kat breast. Masa mula2 dia kena doktor tak buang breast(mcm klu terdapat benjolan) doktor cuma korek bisul tu. Aku kira lubangnya sedalam ibu jari tangan. Air bisa sentiasa meleleh perlu dicuci setiap hari. Lepas tu mulanya episod dia kena kimoterapi. Operation demi operation dijalankan.

Selama 2 tahun kesihatan dia on off. Keluar masuk hospital klang & HKL. Masa raya nie kitaorang dapat khabar dia semakin 'lain'. Kali nie saraf dia yang kat tangan kanan telah rosak. Air berkumpul kat tangan. Bayangkan tangan kanannya 5 kali lebih besar dari tangan kirinya. Tu pun pihak fisioterapi hospital bagi sarung(grip) supaya tangannya tak terus membesar. Cepat letih. Lebih selesa berbaring saje. Tak boleh minum air banyak. Mulut penuh dengan mata ikan, bibir pecah2. Tersangat kurus & cengkung. Tapi yang baiknya sel kanser dah tak aktif. Banyak bisul dah kering.

Sepanjang kali aku melawat(dah beberapa kali) aku tak pernah tengok bibik ibut menangisi nasibnya. Sentiasa bercerita pasal sakitnya dengan tersenyum walaupun diduga ngan dugaan berat cam nie.orang yang datang melawat pulak nangis, apada semangatnya untuk sembuh sangat kuat.

Mintak kawan2 doakan semoga bibik ibut nie diberi kesembuhan.

Ini adalah pengalaman kedua aku melihat sendiri macam mana breast cancer tue. Pengalaman pertama aku masa aku berumur 17 tahun(klu aku tak silap). Hamba Allah nie taknak melakukan apa2 operation untuk buang breastnya..dia cakap macam mana allah hidupkan dia sempurna bila mati dia pun nak nampak sempurna. Hampir sama ngan kanser bibik ibut. Banyak bisul disekitar breast. Setiap hari secawan nanah terpaksa dikeluarkan dari breast yang sakit tu. Hamba Allah tu cakap sakitnya tak tertanggung. payudaranya keras umpama batu, hitam macam tempurung kelapa kena bakar. Puting tertarik ke dalam. Sampai sekarang aku masih terbayang2 lagi. Dan sampai sekarang jugak aku tak penah buat 'pemeriksaan sendiri dirumah' pada breast aku. Betul aku takut menghadapi apa2 kemungkinan.


Ini telah menjadi SEJARAH

23 September 2010

Syawal kedua 2010

Hari kedua nie perjalanan yang panjang sekali. Sebelum bergerak ke destinasi aku suruh diorang semua sarapan dulu kat rumah aku. Aku goreng mihun je pun..ahaks. Janji pukul 9 sekali datang dekat pukul 10 da. Rupanya kak ida, atih ngan along diserang penyakit raya (cirit birit)...hahhahahha.. kesian. Aku pun 2 kali gak pegi jamban pagi tue nasib baik lepas tu terus stop...klu tak lagi haru. Masing2 tertanya2 makan apa agaknya... hahhahahhaha...

Bawak 2 kete. Atih bawak budak2 kitaorang bawak orang2 dewasa. Rumah pertama rumah cikjah(adik mak). Kat sini kejap je pun sebab makcik aku pun dah nak keluar. Rumah cikjah nie kat kundang berdekatan ngan tanjung sepat (yang dah glamour sebab kes pembunuhan kejam Datuk sosilawati dengan yang lain2). Tembam betul budak yang atih pegang kan? baru 4 ker 5 bulan budak tue. Anak sepupu aku, cucu cikjah.




Dah nak balik dah. Lepas nie nak pegi rumah wak non(kakak arwah abah) kat bukit pelanduk negeri sembilan tempat yang terkenal ngan ternakan vavi dulu. Lalu kat bagan lalang. Teringin plak nak tengok bagan lalang. Kesian duduk kat daerah nie belum penah pegi bagan lalang..hhahahah..sadis sungguh. Abang majid yang jadi GPS.



Masa kat bagan lalang tue kak ida sakit perut lagi.. habis pusing cari toilet takdeh. Bila nak keluar ke jalan besar abang majid nampak surau apalagi..berenti!...

Sementara tunggu pelaburan berharga kak ida, sibuk pulak tengok biawak tersepit...hahhahahha.. memang takdeh keje.



Akhirnya setelah pelbagai rintangan jamban sampai jugak rumah wak non. Kat rumah wak non makan nasi lauk kampung2 sedapppppppp..ada ikan masin tenggiri. Selalu ada pucuk ubi..kali nie takdeh sebab wak cakap pokok ubi dah kena tebas. Lepas sembahyang zohor kitaorang calibut..hehehhehe.. Atih melawat kawasan sekitar. Jumpa plak pokok buah nona nie tapi sayang tak boleh petik lagi sebab masih muda.

Destinasi seterusnya diputuskan bila dah kat dalam kete. Dah ada kat area2 tue singgahlah rumah paman jebeng (pakcik kak ida). Korang jangan tanye kalau pakcik kak ida bukan pakcik aku jugak ker?... sebab hubungan keluarga aku nie complicated kang klu aku citer 4 hari 4 malam korang pening hehhehehe

Abang majid talipon paman tapi paman pegi beraya gak jadi paman cakap tunggu lebih kurang 45 minit baru paman boleh sampai rumah. Rupanya dari rumah wak non cuma lebih kurang 20 minit je + sesat ckit. Sampai2 rumah paman, paman takdeh lagi..kak ida nak ke jamban pulak keluar balik cari petronas... hahahhaha.. Habis urusan jamban talipon paman tak berjawab lepak kejap kat area kedai2 kat situ pastu redah jelah lagi sekali..klu paman takde jugak kita balik lah. Nasib baik paman dah sampai. Tak lama lepak adik beradik paman pun datang...meriah adalah 4 kete..fuhhhh..Tudung kelabu ngan merah makcik-makcik ku yang happening..



Fahmi dahlah pakai sandal atih pastu buat pulak posing camtu..walawei...mcm dotdotterdot je..nauzubillah. aqil maintain nangis ..hahhaha.. kejenya nak naik tangga turun tangga letih aku..



Dah jom balik jom...salam2. Tu suara biasa bila nak mintak diri...ekekekkek. Abang majid tengah tunjuk peace kat acik adang..ntah apa ntah yang dia cerita..


Bila balik abg majid naik kete atih sebab masing2 plannya nak pulang ke sarang. Berdesup abg majid dah hilang yang kitaorang nie terhegeh2 lah baru nak keluar sekali tengok dah tak dapat dikesan dah. Aku pun lalulah jalan masa mula2 sampai. Sekali kak ida talipon bagitau jalan yang aku lalu tu jalan jauh...hampehdotcom betul.. kak ida suruh patah balik tapi kitaorang terus jerlah malas nak patah balik sebab rasanya kitaorang dah jauh. Jadi terpisah sudah kitorang.


Azam ajak singgah rumah pakcik dia kat banting tapi rumahnya berkunci. Pegi pulak rumah bekas pengasuh Fahmi. Pastu terus balik rumah mak kes taknak kena serbu ngan budak2...hahhahaha... Dah malam baru balik rumah sendiri.


Esoknya ada agenda lagi..nantikannnnnnnnnnn...



Ini telah menjadi SEJARAH

22 September 2010

Aku nak spender emas jugak...

Apa buang tabiat nak spender emas nie..hahahhaah ... ceritanya bermula dengan sms dari azam nie..

Atih mintak abang jadi saksi kahwin

aku balas balik

Terpulang abang..sebab dia adik ibu klu ibu cakap boleh bias pulak... keputusan kat tangan abg..

Tak lh.. klau xde apa2 Abg ok je..Abg bukan tahu jadi saksi tu kene buat pe..

Saksi kena cakap sah... bila tok kadi tanye sah...tu je kot..(aku belasah je sebab aku pun tak tau..hahahhahah)..

klau tu je ok lh..hehhehehhe..

tapi esok jgn pedajal apez pulak ..sah abang cakap tak sah..hahhahahhaha.. pitam karang..

nak senang bayarlah..hahhaha.. tapi abg majid mcm mana?.. dia jadi saksi jugak ke?

iyalah kot..tak tanye atih ker?

ti lah nak tanya nie..lupa lah dah lama x kawin, saksi berapa orang

aik lain mcm je bunyi..nak kawin lagi ker?..lempang nak?..saksi 2 orang

hahahhahhaha.. (dia gelakkan aku)..


Aku taknak payung je emas kalau boleh kotang, spender pun emas. Baru permintaan boleh dipertimbangkan ..hahhahhahaha... Iyalah kalau semua emas konpem terlebih mampu. Tapi dengan syarat kena carik janda yang kematian suami kena pulak ada anak yatim, itu lebih afdalkan? Kalau setakat nak cari anak dara yang lagi cun dari aku kirim salam lah bang oiiiiiiittt... walaupun abang offer spender emas saya tak izin kan ..hahhahahha...



Ini telah menjadi SEJARAH

Syawal pertama 2010 - Bahagian kedua

Hebat betul sampai berbahagian-bahagian..layankan jelah ye... orang tengah kemaruk nak bercerita.


Balik dari sembahyang jumaat masing ketidoran sekejap sebab niat kat ati nak beraya rumah kak ida pulak. Sekali terlajak tido sampai pukul 4 lebih kot. Atih dah calling2...hahahha..sebab dia dah sampai kat rumah kak ida macam jauh bebeno padahal sekelip je pung..hahahhah poyo kene lebih. Apalagi masing2 sap sup sap sup..terus keluar pegi rumah kak ida. Budak yang kat bawah nie tido jadi angkut aje..hahhahahhaha..beraya ngan pampers je. perut maintain ikut bapak ko aqil..hahhahahahha


Kat rumah kak ida melantak nasi impit pulak. Masa nie tengah tunggu kak ida sekeluarga bersiap sebab nak pegi beraya lagi. Kan aku dah cakap sikunil nie batak ckit pegi rumah orang..hahhahahha.. ada je yang tak kena. Tapi makbapak dia dah lali..hahahhahha.. dia nangis pun pedulik apa.. posing tetap posing..hahhahahha..nie bleh claim makbapak kaki dera tak?

nie lagilah..aku ingat banyak keping gambar dia posing ngan keta..aduhai...kategori apa nie anak2..?...hahahhahha batttttt...akkkkkkkk.... aku memang dengki kat dia..sebab dia minta maaf kat aku tak peluk cium pun
Tengok ngan kak ida peluk2..pilih kasih kan?..hahhahahhahha...padahal akulah kakak terbaik dia..



Keta aku jadi mangsa lagi..hahahhaha..nasib ko lah keta. Pegi rumah wak suradi sebelah rumah mak..hehhehehhe..kat sini lupa nak ambik gambar. Jumpa pulak paman lehen paksa dia balik rumah terus sebab kitorang nak beraya rumah dia pulak.

Boleh pulak kat rumah paman lehen nie diorang ber OSIM. Mula2 abang majid, pastu azam diikuti pulak kak ida last sekali along ..hahhahahhah.. Azam suruh aku cuba tapi aku taknak+malas nanti kena gelak ..kahkahkahkah.. Memanglah klu beraya ngan family kak ida nie asyik kena sakat tapi terbaikkkkkkkkk..tiap2 tahun klu raya kat sini aku follow je diorang.



Salah satu cara nak bagi aqil tak sebut perkataan jom. Layankan dia dengan benda2 sekeliling. contoh paling best...tengok nie. Aqil tatuttttttttttttttt...hahhahahhahha...



Petang tue dapat 2 buah rumah je. Lepas rumah paman lehen terus masing2 pulang ke sarang. Hantar abang majid balik rumah pastu yang kitorang pulak pegi rumah mak balik sebab azam nak bakar duit.

Aku cakap kat azam daripada duit tu dia bakar baik bagi aku beli baju ker gelang emas ker blackberry ker..kan bagus... Azam cakap tak meriah klu takdeh bakar2 duit nie...mmmm.. janji semua persiapan raya settle apa lagi aku nak bising. Nie Bapak budak je boleh main anak2 main mercun POP je..haahhahha..
Ini telah menjadi SEJARAH

21 September 2010

Syawal pertama 2010 - Bahagian pertama

Disebabkan kesibukanlah sangat baru kesempatan nak update pasal raya.

Gambar raya banyak yang dah aku upload kat FB. Tapi aku rasa tak puas bila tak disertakan sekali ngan penceritaan. Sebagai kenang-kenangan sendiri.Dan mungkin gambar-gambar kat sini ulang tayang dari FB

Malam raya aku ingat nak masak sikit tapiiiiiiiiii.....plan ke laut. Aku tertido mengelon aqil...hehehehehe. Malam raya jugak aku dapat surat & kuih dari jiran. Cuba teka jiran yang mana?...hahahhahha....duit raya dia letak kat peti pos...hehhehhe..cool kan jiran aku.

Pagi raya aku bangun pukul 5 sebab nak gosok baju. Azam ngan anak2 pegi masjid pukul 7.30 sebab hujan lebat takut nanti masjid penuh tak boleh pulak nak sembahyang. Bila balik dari masjid azam cakap dia rasa dah mcm kat bangladesh je..sebab dalam masjid penuh orang bangla..orang kita suka datang lambat so tempatnya kat khemah luar masjid.hmmm..

Balik masjid sesi bermaaf-maafan. Sebagai anak sulung Azri memulakan acara.


Dan diakhir acara dua beradik nie bergumpal sebab azri geli bila fahmi nak cium dia..ntah apa-apa aje budak2 nie.


Lepas tu acara memperagakan baju raya...hahhahahha..muka tak bleh blah betul lah budak2 nie..


Sibuk je Azri..time orang nak ambik gambar time tulah dia nak lalu. Tahun nie aku dapat duit raya dari azam..yahooodotcom. Anak2 sibuk tanya "ibu dapat berapa"..hehehheh.. Sekali aku tunjukkan kat diorang, diorang cakap "abah tak aci"..hehhehhe..nasib koranglah...




Habis je salam2nangis2 terus pegi rumah mak..laparrrrrrrrrr..kat rumah minum air milo je hahahhahahha. Aqil n Aqilah.


Sampai rumah mak kena mintak maaf dulu baru bleh makan..hahhahahha..tapi tahun nie makanan macam tak meriahlah. Aku tak puas makan nasi impit+kuah kacang+rendang+ayam kicap..mmmm. sebab aku tak masak jadi tak bleh cakap lelebih hahahhaha..nanti kena lempang. Ingat klu aku senang2 nanti aku nak trylah buat sendiri kena google resipi nie



Alhamdulillah tahun nie dapat ambik gambar sekeluarga.
Bila kak ida datang kitorang bergerak ke rumah bik sarah & wak siah (tempat wajib dituju tiap2 tahun). Semuanya pakat nak naik kete aku pack 10 orang(aku, azam, azri, fahmi, aqil, atih, ain, along, kakak ida & abng majid) hahahhahha.. Abang majid cakap klu orang perodua nampak nie dia bangga..kahkahkahkah...
Rumah pertama yang dituju. Kesian bibik(bibik panggilan untuk makcik bagi orang jawa bukan bibik orang gaji tau) aku nie tahun nie anak2nya semua giliran mentua yang tinggal 2 orang anak yang belum kawin. Lumrah hidup berkeluarga gitulah kan?. Kat rumah bik sarah makan mihun tomyam, nasi impit, rendang daging & kuah kacang.



Lepas tu pegi rumah wak siah pulak. Kat sini makan laksa..meletup bontot..hahhahaha..pedas ko tapi sedap.



Raya kali nie mencabar betul ngan ragam sikunil nie. Asal masuk rumah orang je "jom, jom, jom". Suruh kita bangun dan tahun nie jugak aku kat rumah orang marhaban je..hahhahhaa..iyalah takleh duduk cerita pun sambil berdiri..hahhahhahah.. sabo jelah. Cerita ngan sanak saudara pun tak khusyuk. Tapi nasib baik ada kak ida dialah tukang cerita balik cerita2 yang aku terlepas nak dengar..hahahhahha..salah satu citer yang menarik perhatian aku..orang meninggal takdeh sapa nak buat keranda takdeh orang gali kubur, bahagian masing2..aku dengar jadikan iktibar
Raya pertama jatuh hari jumaat jadi masa suntuk cikit. Lepas 2 buah rumah nie terus balik rumah sebab kaum lelaki nak menunaikan sembahyang jumaat pulak.


Kita sambung petang pulak.

Ini telah menjadi SEJARAH

13 September 2010

Salam Lebaran


Atau ada entry2 yang buat korang terasa. SELAMAR HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga tahun depan kita jumpa lagi. Insyaallah.



Ini telah menjadi SEJARAH

08 September 2010

Lelaki pun rajin main kutu & GPS tu sudah berada ditangan.

Bukan kutu kat kepala tu tau..nie sistem giliran yang dipanggil kutu. Azam rajin main kutu ngan kawan2 keje dia. Aku tak suka...aku rasa sama je sistemnya ngan berhutang kan..kecuali lah ko orang yg paling last dapat.

Kali nie azam main kutu untuk GPS..hehhehe..Patutnya dapat yang lain tapi yang nie dia pinjam dulu sementara stok yang lain sampai. Sempena nak raya nie kawan azam minta kedai tu kasi pinjam dulu. Yang betul2 nanti upgrade ckit (apa yang upgrade aku tak tau).

Minggu lepas saje lah test. Pegi tesco pakai GPS nie..hahahhahah..batak ok. Tapi tulah..asal laju ckit dari had yang ditetapkan(GPS nie boleh detect had laju kete kita) mesti pompuan(GPS bersuara pompuan) tu bising "sila patuhi had laju, pandu cermat". setiap 5 minit kot dia remind..hahhahhaa..hazab....

So sesiapa raya kali nie nak jemput aku pegi rumah terbuka dipersilakan bagi alamat ye..hehehhe..konpem tak sesat klu sesat marah kat GPS tue...




Ini telah menjadi SEJARAH

06 September 2010

Sampai hati azam buat aku macam nie..

*sedih*

Adalah satu hari tue azam ambik aku keje. Turun dari opis aku pun memonong ke kereta. Sebelum tue azam dah sms bagitau dia dah sampai. Tapi bila aku sampai kete apasal kete kosong..sekali aku toleh ke kanan rupanya salah kete lah. hahahahhaa..sengal..

Bila aku bukak pintu kete je azam tegur "hahhahah...salah kete ye". ngada tau azam dia nampak aku dah jalan menonong kat kete yang salah tu bukan nak hon..saje je buat bahan gelak..marah aku kat dia....pastu dia cakap "boleh buat modal kat fb"..kejam tak?..nasib baik takdeh sapa nampak..hehhehe..klu tak tambah kemaluanlah..

Tapi citer kat atas tu tak berapa nak lawak sangat. Ada citer nie lagi lawak budus..

Satu hari tu aku ngan azam pegi kedai naik kete. Bila nak balik lebih kurang 5 meter dari kete azam dah bukak alarm. Pastu aku ngan azam menonong pegi kat kete. Azam kat tempat pemandu aku kat sebelah pemandu. Azam tarik2 pintu kete tak leh bukak. tekan alarm lagi sekali tetap jugak tak boleh bukak. Aku pulak berdiri sebelah pintu terpandang kat tempat duduk belakang pastu aku nampak sekotak carlsberg(arak). Dalam hati aku apasal azam beli carlsberg tue..gila ker.. Azam still lagi tarik pintu kete..hahhahhaha.. Sekali tue "bang kete abang yang sebelah nie..nie kete saya"...hahahhahha..agak bodoh kat situ..kete yang azam tarik pintunya tue kete lelaki india..patutlah ada carlsberg ...hahhahahhaha....tersipu2 kami laki bini..setart kete berdesup kami hilang..hahhahahaha..

Kete tu sebijik sama ngan kete kitaorang..tu yang tak perasan hahahhahahaha...Lelaki india tue senyum2 tak bleh tahan..malu wei..malu. Yang pelik tue dah bunyikan alarm pun masih tak perasan...hahahhaha... bila kat kete kami gaduh laki bini menyalahkan diri memasing...

Ini telah menjadi SEJARAH

01 September 2010

Ada beberapa perkara yang aku nak nyatakan kat sini..

Banyak benda nak bagitau kat korang ada ker yang nak tau tapi macam malas nak taip. Tapi aku gatal gak nak bagitau jadi aku kena rajin nak taip...

1)Baju raya aqil satu pun tak beli lagi, yang ada hanya baju melayu je sepasang. tak taulah bila nak pegi beli. Ada jugak beberapa barang lagi yang wajib dibeli tapi tak terbeli lagi. Orang lain dah abis shopping kan?.Semalam paling sedih sebab tengok adik & abang aku pegi shopping aku ngan anak2 kat rumah je..mmmm .

2)Baju raya aku tak ambik lagi kat rumah kakida. Ada 4 pasang semuanya.. hahahha..sakan kan?.

3)Bulan puasa nie nampaknya aku diuji dengan kesihatan yang merundum. Terponteng satu hari puasa sebab nak makan ubat ikut jadual..hmmm. Sampai sekarang pun kesihatan masih tak memberansangkan lagi..

4)Raya kali nie takdeh shopping beriya sebab no budget. Beli yang penting2 & wajib sahaja. Bonus yellekbonus dah dapat bulan 3 aritu lupa nak simpan aku dah abiskan so fadan muka aku, advance pun yellek..Simpanan pun yellek...so diam2 sudah. Dulu tiap kali raya aku keluarkan simpanan sikit tapi sebab simpanan dah serdakbahana beli kete baru oh sadis aku hanya bergantung ngan duit gaji semata2 ...memang negatiflah perbelanjaan bulan nie. .

5)Lepas raya nie sempat tak aku kumpul duit nak bayar hutang kat mak. Aku ada 3 bulan jer lagi. Sapa nak kasi aku pinjam duit nie...ahlong aku taknak ye. Tapi aku dah bagitau mak, aku bayar tapi tak banyak...huhuhuhuhu..

6)Dan setiap kali raya hati aku akan terasa kesayuan........nasiblah ada anak2.sebab aku akan jumpa orang yang menyampah tengok aku :( Bencinyalah aku nak lalui saat2 tue sesaat umpama sehari

7)Ingat aku nak tukar plan cuti rayalah...mungkin aku nak kansel cuti raya keempat maksudnya raya keempat aku dah kejelah..aku nak tukar cuti lepas cuti hari malaysia boleh sambung sampai 4 hari....

8)Semalam macam sihat ckit dapatlah kemas bilik belakang, basuh bilik air pastu buang sawang, buat tue je pun 20 kali rehat...

9)Bendera aku kena curik orang aku suspek budak2 kewl**ng yang curik sebab malam merdeka tue diorang naik basikal yang dihias ngan bendera keliling taman. Tapi bendera je yang diambik batangnya tak pulak diangkut. Risau pulak aku sebab diorang dah berani panjat ke pagar. Bendera tu aku tak kisah sangat.

10)Harapan aku nak turun 10 kg hampir2 tercapai..kalaulah puasa dilanjutkan 30 hari lagi konpem hilang lagi 5 kilo..hehhehehe..tapi risau gak puasa hilang 5 kilo raya nanti tambah 10 kilo..huwaaaaa..nangis.

Cukuplah 10 perkara yang aku nak bagitau...lain2 simpan dalam hati jelah..


Ini telah menjadi SEJARAH