30 Ogos 2010

Bila punya juadah nie?

ntah, aku tak ingat...

Semuanya hasil belian di Param. Kesian anak2 sekali nak hirup sup, sup tu dah rasa masam...mmmm...padahal sampai rumah aku terus panaskan. Agak2nya pukul berapalah sup nie di masak ye?..





Ini telah menjadi SEJARAH

25 Ogos 2010

Baju raya warna PA$, langsir warna UMN0..kuang kuang kuang...


Aku macam tak sampai hati nak pelangikan baju anak2 pada 1 syawal nanti. Azam pun tak setuju. Paling tak pun mesti senada/seakan-akan contoh klu pilih biru mesti kalangan biru jugak biru muda, biru gelap atau biru laut. Pilihan warna tahun ini ialah Hijau pucuk pisang merasalah 4 beranak tu jadi ulat beluncas...hehehhehe. Aku pakai baju bunga2lah keseorangan takdeh geng..kesian kan?. Langsir pun dah siap tinggal nak gosok & gantung je. Agak2 cuti 3 hari nie klu aku gantung terus langsir tu acikan?.

Lepas buka semalam terus pegi banting. Alhamdulillah dah dapat baju anak2 yang nak dipakai 1 syawal nanti. Syok merayau malam2 tak panas kalau haus boleh minum dan kebetulan pulak tak ramai orang...mcm bukan nak raya je kena plak orang kedai tu pasang lagu dangdut lagilah...tak feel langsung. Sebelum nie dah survey beberapa tempat nak cari baju melayu budak2 sama warna ngan baju bapak budak punyelah susah. Ada seakan-akan pun tak menepati piawaian. Sekali bila pegi banting semalam, oh suka!..ada yang sama. Terus cakap kat budak kedai tue carikkan saiz anak2 aku, aku hanya tunggu dia datang test kat anak2..senang kerja. Settle. Siap beli songkok sekali tapi sampin lupa plak nak beli..tu last minute pun ok.

Aku cakap kat anak2 raya kali nie takyah beli kasut bukan dipakai pun. Membazir je pakai sekejap pastu terperuk kat dalam almari. Aku cakap beli sandal je. Azri buat bantahan pulak nak jugak kasut..mmm..tengoklah cam mane nanti.

Kuih Raya?....buat?...oh tidak. Aku tak berbakat membuat biskut2 nie. Beli jerlah senang. Setakat nie tu jelah persiapan raya aku. Karang2 aku update lagi klu ada persiapan raya yang aku dah buat...


Ini telah menjadi SEJARAH

Borak laki bini

AMARAN: Mungkin catatan ini mengandungi double meaning melampau. Jadi jika anda rasa anda berumur lebih 18 tahun bolehlah baca jika tidak sila klik X ok!.

Situasi : Sedang menaiki kereta tiba-tiba...

eh, comelnya baby tu. Tembam. Geram tengok.

Ye ker tak perasan plak. Maknya cekeding jer..

Rasa macam nak baby lagi pulak..

hahahhah..tulah ibu cakap..lagi satu nie cukuplah..

Lepas nie kena buat betul betul..

aik selama nie buat tak betul ker..hahahhaha..poyo abang..

kena tau belah mana nak naik..belah mana nak turun..

hahahhahahha...ketawa berjemaah...

tak boleh blah betul azam. Boleh pakai ker teori nie?..maya demo pls..ko kata nak ajar aku kan? hahahahahahah...


Ini telah menjadi SEJARAH

24 Ogos 2010

Buah yang penuh keimanan


cahaya keimanan...



Azam yang rajin membungkus....dah banyak kali jugak berbuah pokok nie..


manis rasanya...mmm..
Ini telah menjadi SEJARAH

20 Ogos 2010

Dah boleh buat mandi dah nie...tipu

Nak salahkan setan takdeh pulak bulan2 puasa nie kan?...Kalau bulan puasa nafsu yang jadi raja. Hasil tangkapan 3 pasangan, Aku&Azam, Abgayeng&kakmieza, Atih&apez, belum campur mak masak lagi. Sendiri mau ingatlah..


Air je ada enam jenis..hahhahhha.. memang boleh mabuk air. Tu yang aku bulatkan tu tak bleh masuk kat hidangan kesian ko air. Semuanya habis di glup glup glup.....hehehhehehe.


Korang penah makan kulit lembu..sedap gilak rasanya lebih kurang macam babat(perut lembu). Tumis santan cili api nie marbeles meleleh hingus. Nie aku beli kat param. Setau akulah nie bukan kulit yang ada bulu tue tapi lapisan bawah kulit prosesnya nak jadikan makanan mcm nie rumit ckit. Masa aku kecik2 dulu arwah nenek klu ada orang korban atau kenduri kahwin sembelih lembu nenek ambik kaki lembu tu dibakar lepas tu dikikis hangus2 kat kaki lembu tu sampai bawah lapisan kulit. Potong kecik2 lepas tu dimasak macam nie...uishhh sedapnya. Tapi klu kulit yang besar tu aku tak berapa pasti pulak prosesnya mungkin lebih kurang mcm nie kot Sekarang nie kat pasar klu orang jual daging lembu kadang2 ada diorang jual kulit nie dah siap potong balik tinggal masak je. Mahal jugak harganya. Nie pun yang dah masak nie aku beli 4 ringgit dapat ciput nie je. 2 senduk je. Klu ada orang nak beli 2 ringgit kakak tu tak bagi..
Hari nie nak beli lagilah kalau ada..mmmm..sedapnya...

Ini telah menjadi SEJARAH

19 Ogos 2010

Mereka sepupu, bapak budak pompuan ngan mak budak lelaki tu adik beradik..

Disebabkan mereka tak puasa mereka menikmati pupuditerjemahkan sebagai paha dalam bahasa melayu ayam yang dibeli dipasar ramadhan atau bahasa singakatannya param. glup sedapnya tengok mereka makan pupu ayam. Mula-mula mak budak lelaki tu belikan budak lelaki tu leher ayam goreng tapi bila sampai rumah nenek budak lelaki tu nampak budak pompuan tu pegang ayam lagi besar dari dia punya lantas dia cuba merampas pupu ayam tu dari budak pompuan. Tapi budak pompuan tak bagi dan nasib baik mak budak pompuan beli 2 ketul pupu ayam jadi mereka dapat menikmati pupu ayam bersama-sama. Ini kejadian kedua budak lelaki makan ayam budak pompuan nampaknya mak budak lelaki kena belilah pupu ayam goreng setiap kali singgah param.


Belum makan nasi mereka dah sendawa macam nak terbelahak..hahahahhaaha. NIKMAT sangat dah tue.


Ini telah menjadi SEJARAH

18 Ogos 2010

Apalah yang korang pikirkan ye..

Hari nie aku nak membebel balas dendam sebab mak dah membebel kat aku

Kelmarin sepupu aku jumpa mak sebab nak mintak tolong tengok2kan cucunya yang baru lahir. Mak aku nie pun pegilah,bila mak tengok terkejut mak. Perut baby tue besar, mak cakap dah macam kena busung mata pulak kuning sangat. Kemaluannya besar mungkin kena hernia. Nafas tak berapa clear. Tapi baby tu tak merengek pun(setau aku klu baby kena jaundis baby memang tak aktif). Mak marah kat sepupu aku ngan anaknya. Mak cakap kenapa tak bawak hospital baby dia nampak teruk sangat. Sepupu aku nie dah bercucu pun takkan tak tau lagi, yang anaknya pulak anak ko tu masuk 3 takkan tak tau lagi..baby baru lahir mcm nie memang mudah kena jaundis. Kalau anak ko tue nampak bukan seperti anak2 yang sebelumnya maksudnya ada sesusatu yang tak kena. Bila mak aku tanye boleh dia cakap "dulu anak2 saya yang dua orang tue tak macam nie". Bengong betul. Mak cakap nasib baik dia tak pandai naik kete klu tak mak dah angkut bawak pegi sepital. Mak cakap bukan dia taknak tolong tapi cuba dulu pegi sepital kalau doktor cakap takde pape bolehlah mak tolong usahakan.

Aku peliklah diorang nie tak tau ke apa nak buat klu anak2 demam atau sakit. kadang2 yang datang rumah mak aku bawak anak2 kecik demam panas. Bila mak aku tanye dah bawak pegi klinik belum, diorang cakap belum tapi terus bawak jumpa mak aku..aduhai..demam panas anak2 kecil janganlah dibuat main. Mak aku bukan ada mangkuk ajaib nujum pak belalang yang boleh nampak budak nie ada virus apa kalau tak nampak tu tandanya pendek umur hahahhaha. Nanti klu dah berubat cara moden tak ok barulah try tradisional pulak. sedangkan aku nie yang ada anak kecik kalau anak demam takdenya aku nak mintak mak aku urut2 aku bawak pegi klinik dulu..agak2 klu tak kebah jugak atau anak macam tak selesa baru aku mintak mak urut2 kan.

Yang paling syok tengah malam anak muntah2 pun carik mak aku...apa kes?pastu anak muntah melambak selamba tinggal balik kesian mak aku malam2 buta kena lap muntah anak orang, sadis betul. Kalau aku lebih rela ketuk pintu klinik 24jam dari aku ketuk pintu rumah orang. Memanglah mak aku sedia memberi pertolongan pada sesiapa saje tak kira masa tapi tolonglah jangan ambik kesempatan pulak. Lepas tu janganlah perjudikan nyawa anak2 korang tue.

Mak aku tak komplen tapi bila mak cerita benda2 macam nie buat aku geram.

Allah kurniakan mak kebolehan mengurut orang tapi mak selalu pesan klu terjatuh mak nasihatkan orang tu pegi xray dulu kalau takdeh tulang yg patah mak berani urut kalau tak mintak maaf mak tak boleh urut sebab takut jadi lagi teruk.

ok sesiapa memerlukan khidmat tukang urut boleh PM aku atau tinggalkan komen ..hahahhahahha.. nie apa kes ko..iklankan mak plak ...hahhahaha...

aku main2 je..

Ini telah menjadi SEJARAH

16 Ogos 2010

Hari nie hari Isnin

mcm orang lain tak tau

Penatnya sabtu ahad macam nak tertanggal tumit kaki nie.

Sabtu aku masak untuk buka, Alhamdulillah takde pegi param pun. Apa aku masak ye.....mmmm
baru 2 hari tak ingat dah, maklumlah perempuan melahirkan anak memang kuat pelupa

1)Sayur lemak putih kobis ngan udang
2)Puff kakpnut yang senang tue
3)Ikan kerisi goreng
4)Paprik ayam
5)Dadih coklat (azri request)
6) Sambal belacan tak sempat buat, hidangan kat minda jelah..cis..

masak benda senang pun boleh fenat, ntah apa2 ntah pompuan nie

Ntah kenapa sejak puasa nie aku kena sawan tido. Selalunya aku kalau dah buat kerja2 bertenaga konpem mata terbeliak nie tak tengah prepare bahan2 nak masak boleh pulak rasa mengantuk yang macam tak tidur 48 jam. Benci betullah. Habis je masak dadih apalagi landing depan tv kejap. Sekali tersedar pukul 5..hahhahaha..ambik ko. rasain!. Tengah macam puting beliung masak aqil bangun dah, budak nie kalau baru bangun tido nescaya mood ke laut dah satu hal nak dokong pulak..aduhai..mana nak larat wei dokong budak 10 kg nie. Aku dah stress nie dekat pukul 7 baru terhegeh-hegeh nak masak nasi boleh plak lupa masak nasi. Sambil tue buat puffpejam mata pun boleh buat. Makan panas2 baru sedap. Azam balik ngam-ngam azam Mahgrib. Barulah aqil nak main2 sendiri..huh. Lepas tu pengsan fenatnya...

Besoknya (ahad) aku bangun pukul 10(lepas sahur tido balik). Pukul berapa ye azam call tanye buka apa. Azam cakap dia dah tinggalkan duit kat almari. Masaalahnya aku malas nak keluar tapi macam tak patut pulak, klu nak pegi param lagilah aku malas mesti sesak. Aqil tido kat buai aku tinggal kejap ngan abangnya (dalam takut2 jugak nak tinggal sebab risau dia terjaga nahas pulak karang) bawak kete laju2 pegi segi beli bahan nak buat sizzling (azri request) apasal dia je yang selalu request makanan nie sebab dia sorang je yang cerewet makan. Menu semalam

1) Sizzling
2) siakap sweet sour
3) tumis kacang buncis +udang
4) cekodok udang adabi..hahahha..pemalas punya orang
5) sambal sardin untuk cicah ngan cekodok.

Masa masak nie pun samalah yang mengacau si aqil dol tu, kejenya bukak peti ais lama2 ntah apa yang dia tilik kat dalam peti ais tue pun aku tak tau. Sekali dia ambik milo sebeg selamba dia celup tangan dia kat milo tu pastu dia jilat2 tangan dia..huhuhuhu..nasib baik tak tumpah milo tu klu tak nangis aku. Aku ambikkan ckit kat mangkuk, barulah dia diam2 jilat2 milo..hehhehehhe. Bila dah penat sangat selera makan pun kurangapasal timbang tak turun2 lagi nie. bencilah Meneguk air glup glup glup..ah..nikmat gilak kena plak semalam buat ais tembikai laici..fuhhh..lagilah sedapppppppp.

Ini telah menjadi SEJARAH

13 Ogos 2010

Sejak jadi ibu nie aku dah rajin bangun sahur

Paling ketara Ramadhan kali nie sebab anak2 mesti bangun sahur. Dulu Akulah manusia yang puasa tak payah sahur. Memang hazab sapa kejutkan aku bangun sahur..huhuhuhuhu..mlm sebelum tido niat siap2.

Bila anak2 puasa aku tak sampai hati nak suruh puasa tanpa sahur. Kesian. Malam aku dah siap masak nasi. Pagi Aku bangun pukul 4 mulalah kleng kung kleng kung kat dapur.jiran india aku pun masak pukul 4 pagi ..erk dia pun sahur jugak ker?

menu sahur 1 Ramadhan = Sup ayam+kentang, goreng telur & goreng nugget.
menu sahur 2 Ramadhan = Nasi goreng dengan nugget jugak (azri request).
menu sahur 3 Ramadhan = Ikan siakap sweet sour belasah, sup kentang+suhun (org jawa panggil sayur bening)

walaupun baru 3 hari aku dah mula seronok pulak memasak pagi2 walaupun mcm kelam kabut sebab waktu tu aqil mesti masih bergayut lagi kat nenen no choice campak dia kat buai..hehhehehhe..sambil masak sambil buai biar nyenyak tidonya. Kejutkan anak2 makan dalam pukul 4.50pagi atau pukul 5pagi sebab lepas makan aku suruh anak2 tido balik takut ngantuk kat sekolah. Tapi klu cuti cam hari pertama tu diorang layan tv.

Anak2 pun semakin senang nak handle puasanya. Cuma Fahmi semalam agaknya tak tahan sangat selamba ambik cempedak dalam tudung saji pastu habislah dipulun cempedak tue. Sayang je bukan makan nasik pun. Azri hari pertama & ke 2 balik sekolah menangis sakit perut pastu cakap lapar2..isshhh...mak suruh dia bukak taknak pulak dia tapi nangis sampai sekolah..hahhahahha. Bila balik sekolah aku tanye napa dia nangis, Azri cakap saje je nak nangis..dia cakap lain kali klu dia nangis jangan pujuk biar je..boleh camtu?..pelik budak nie.

Mintak2 lepas nie tak banyak kerenahlah budak2 nie.

Masak untuk buka belum sempat lagi semuanya lauk tunjuk2 je. Teringin jugak nak masak nampaknya kena tunggu sabtu ahadlah nampak gayanya. Kepuasan berganda bila tengok suami & anak2 nikmati masakan kita.

Ini telah menjadi SEJARAH

11 Ogos 2010

Kenapalah aku boleh terjebak kat department nie..

Sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa semua.

Aku berharap puasa nie aku akan turun 10 kg dan sangat berharap boleh menurunkan kadar perbelanjaan yang dijangka boleh menjahanamkan tabungan. Aku nak buang mentaliti asal raya je nak kena baru macam baju, sofa, langsir, gelang emas, kete, rumah, laki...oppsss salah pulak yang nie tak boleh tukar saya tak rela.sebab baju raya anak2 yang konon2nya dah beli masa jasko card dah dipakai....hehehheh, bila azam tanye aku cakap tinggal nak beli baju melayu anak2 jer...huhuhuhu..syahdu gila...nampaknya kena pakai duit aku uwaaaaaa...

Rumah dah kemas ckit2 tapi apasal takde perubahan ye..berselerak jugak.mmmm.. Bajet nak cat rumah pun tak terbuat nampaknya. Lemas aku tengok cat rumah aku tu dah bercapuk-capuk, wall paper pulak mengelupas. oh.! doremon pinjamkan aku poket ajaib ko tue.

Minggu lepas dah membersihkan laman sekangkang monyet kat depan rumah, tu pun sebab kakak sebelah dah clearkan laman dia. Aku nie yang kuat pendengki apalagi bersihkanlah part aku jugak. Pastu kan ada jiran lalu, jiran peramah tu pun tegur aku "amboi rajinnya dia". Aku dah kembang kempis hidung nie. Pastu azam balas cakap "a,ah rajin sehari malasnya bertahun". KEJI tak?. Pandang aku sengih2. Memanglah dia nie tak bleh aku nie nak eksesais hidung, dengki tul. Aku tunggu lori suratkabar lama apasal tak lalu2 selalu memekak je banyak dah paper lama tu dah setinggi aku dah menyemakkan stor je. kotak kosong pun ada nak bakar sayang bleh kitar semula. Selamatkanlah bumi kita. tiba-tiba...hahahhahah..

Minggu lepas jugak aku pegi cari baju melayu anak2 tapi takdeh yang berkenan. Ada tu ada tapi mahal ckit sepasang 50 ringgit. Aku memang tak beli baju melayu mahal2 sebab pakainya raya puasa ngan raya haji pastu klu ada kenduri ngan kematian. Rasa tak berbaloi selalu aku beli kat tesco paling mahal 30 ringgit. oklah tu kualiti pun ok.

Hajat nak sedondon tak kesampaian rasanya sebab last minit plan sapa nak ambik jahitan dah. Aku ingat nak buat tema pelangilah. Azam hijau, Azri merah, Fahmi kuning, aqil biru..hahahahahaha..ok tak? ah, aku klu dah datang gilanya aku buat je...

Apa jadi langsir aku ntah..hahahhahha..aku suruh kawan mak aku jahit tapi dia pandai jahit biasa je pattern yang aku nak tu dia tak pandai..alahai..nampaknya badan langsir je ada kepala langsirnya yellek..pocik..

Tajuk kat atas memang takde kena mengena hehehehhe..biasalah perut kosong otak pun bercelaru asyik ingat nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.............

Ini telah menjadi SEJARAH

07 Ogos 2010

Air keroh, Melaka (last citer percutian di melaka)

Rasanya salah waktu pegi ke Air keroh sebab ada sua rasa tv9 kat dataran depan zoo. Parking susah 2 kali pusing baru dapat parking depan taman buaya. Sebab Sua Rasa jugak aku tak dapat singgah kat taman mini malaysia 4 kali pegi Air keroh 4 kalilah aku tak penah pegi Taman mini Malaysia..aku nak tengok rumah2 tradisional ikut negeri2 kat malaysia....

Kitaorang nak masuk zoo sebab dah janji ngan anak2. Ti yang gigih cari parking jugak tue.





Masuk kat Mini safari kat sini ada zifarah, kuda belang ngan rusa pastu ada lagilah binatang2 lain tapi tak nampak menyorok kat celah2 pokok.



Apa nie? seladang kot ye..hehhee..tak perasan plak. Azam yang ambik gambar tau2 dah ada dalam kamera.




Naik kuda Kanak2 seorang= 2 ringgit, kanak + dewasa = 3 ringgit. Azri taknak naik pucat muka dia..hahahha penakut. aku ngan azam paksa dia naik sebab fahmi nak naik tak deh kawan. Aku naik ngan aqil..hehheheh..best ooo.. Kuda ku lari gagah berani....yehhaaaa..


Sebelum balik round dulu zoo naik tram. Info bleh pegi sini. Tiket 2 ringgit dewasa kanak2 seringgit. Berenti sekali je kat tempat buaya & burung2 tu pun 15 minit je. Boleh tengok binatang dari jauh jelah klu naik tram nie tapi kaki tak penah..hehehheheh..

Masa nak balik ada plak kaunter SPR apalagi aku pegilah daftar nama aku hehehhehe...hidup dah 29 tahun baru nak pegi daftar undi. Azam tengah check kawasan undi dia. Lepas nie bolehlah aku jalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat...kuang kuang kuang..


Klu ikutkan aku dah tak larat nak singgah kat sua rasa nie tapi dah alang2 nak tercabut lutut..teruskan jelah..hahahha..aku beli petpet..kihkihkih..murahlah. Sekejap je pun..pastu baliklah..aqil pun dah mengantuk.

Sampai rumah pukul 6 ptg..fuhhhhh..penat gilak...tapi beessttttttt. Lepas nie percutian mungkin hujung tahun nak pegi terengganu plak...hehehehhehe...

Ini telah menjadi SEJARAH

06 Ogos 2010

Menara Taming Sari pulak

Rasanya 2 3 N3 lagi baru abis citer melaka nie. Nasib baik pegi semalam jer kalau 2 3 malam mau sebulan n3 aku citer pasal nie je. Nie aku punya catatan untuk hari tua..cewah. Macam catatan ibnu battutah keliling dunia... hahahaha..tak boleh belah betul fariza nie. Maya ko jangan jerit2 panggil laki ko kat sini, pegi ko berzikir banyak2 kat telinga laki ko..ekekekkeke....

Ok kita teruskan catatan seterusnya.

Bangun pagi basuh muka gosok gigi terus turun bawah untuk sarapan pagi. Karang nak check out baru mandi jimat baju...kihkihkih...


Budak yang sentiasa membuatkan ibubapanya penuh keimanan didada..Alhamdulillah...Sabar adalah kunci utama..ggrrrrrr..jangan harap nak sarapan dengan tenang



Kat perkarangan hotel. Azri yg ambik gambar pastu bila aku view aku cakap ngan azri apasal gambar ibunya nie tak cantik pastu azri cakap mungkin camera tu dah calar sebab fahmi jatuh kan..kahkahkahkah..kecik2 dah pandai bodek... Salahkan kamera. nampak pelik tudung tue sebab 2 tone










Time to check out. Tengoklah budak pikul bantal...hahahhaha. bye2 hotel. Azam poyo pikul beg tue..kahkahkahkahkah..sekejap je tu pastu terletak je kat dalam kereta. Aku gak kene angguk handbag aku pastu sumbat semua barang kat dalam tue..ceh.Lepas check out kitorang terus pegi ke menara taming sari . Sebab masih awal pagi jadi orang tak ramai sangat macam semalam. Gambar diambik dari web nie. Tiket nak naik 10 inggit dewasa dan 5 ringgit untuk kanak2 tapi klu bukan warganegara jadi sekali ganda. Gayat jugaklah naik taming sari nie tapi bestlah.Aqil gayat bila naik keatas..hehhehehhe..melekap jelah dia. Pening2 lalat jugak bila naik benda alah nie

Gambar2 bila menara taming sampai kat penghujung tiang pastu pusing pelan2 kat atas tue. 2 kali pusing kot baru turun kebumi. Boleh nampak hampir keseluruhan bandar hilir.

Eye on Malaysia tapi tak boleh naik sebab ada masalah pengurusan, masuk paper kan? so tengok jelah ye.



Lepas turun dari menara taming sari.

Terus ke Muzium kapal pulak. Semalam ambik gambar je tak masuk, hari nie baru masuk. Satu tiket boleh masuk 3 tempat Muzium kapal, muzium samudera & muzium TLDM. Kitaorang tak masuk muzium samudera. Tiket masuk tak taulah sebab azam yang bayar tapi rasanya tak mahal.



Nie kat dalam muzium TLDM.

Nie kat atas kapal TLDM namanya sri terengganu. Pengawai TLDM tu cakap kat anak2 aku "dah tengok kapal pakcik kat belakang tue, kapal tu dah buruk pegi ajak ayah tengok yang betul kat LUMUT". ..hehhehhehehe..Insyaallah satu hari nanti.
Abis dah kat muzium nie pegi beli cencalok & belacan kat depan muzium kapal. Pastu anak2 sibuk nak naik beca lagi. Layankanlah. Tapi kali nie murah pulak 20 ringgit satu beca..ker kitaorang dah kena tipu.huhuhuhu..takpehlah kan bukan senang kayuh becaayat nak sedapkan hati. Habis naik beca terus ke Air Keroh...PEGI ZOO melawat kawan2 ahaks.

Ini telah menjadi SEJARAH

05 Ogos 2010

Naik cruise Sungai Melaka

Dah abis makan pegi ke tempat nak naik cruise pulak. Bayaran 10 ringgit dewasa & 5 ringgit Kanak2. Murah ok klu nak dibandingkan ngan cruise kat putrajaya satu family(2 dewasa 2 kanak)berharga hampir 100 ringgit..fuhhh tapi cruise tertutuplah berhawa dingin.


Perjalanannya 45 minit. Sempatlah boring2 sebab pemandu cruise tu bawak pelan....hehehhehe. Iyalah kata nak menikmati pemandangan sekitar klu bawak laju umpama kelip mata plak..tau2 dah sampai.


Sepanjang aku kat bandar hilir nie aku suka sebab kawasannya bersih susah nak nampak sampah merata-rata lepas tu pulak tong sampah pun banyak tak susahlah nak buang sampah. Klu kat sini nie ada tong sampah sebatu satu tapi sampah sampai nak terbelahak takdeh org nak ambik. Mesti penduduk sekitarnya bagi kerjasama yang jitu kan sebab klu naik cruise nie boleh tengok rumah2 tepi sungai bersih sangat. Bangunannya berlukis cantik.







Kebetulan sekapal pulak ngan orang shooting. Nampak tak yang aku bulat kan tue. Pelakon Halimah Jongang, sheera anak aznah hamid. Aku rasa kelakar tengok dia berlakon. Pelakon lelaki aku tak berapa nak cam sebab tak popular. Mula2 aku ingat org jepun manalah naik bot nie siap pakai baju kurung malam2 tak sesuaiiiiiiii. Sheera tu pakai rambut palsu pastu diakan putih melepak..serius cam org jepun. Sekali azam cakap org berlakon, aku tengok betul2 baru aku perasan...iyalah pelakon tue.



Kat bawah nie bangunan-bangunan kat tepi sungai melaka. Cantik-cantik dan Bersih2.


Kat tepi pelantar pun dia letak lampu lip lap lip lap cantik kan? Boleh dikatakan sepanjang sungai yang dilalui cruise ada lampu nie. Fantastik..bombastik. Tak rugilah naik cruise nie malam2.






Nie plak kincir air Kesultanan Malayu Melaka bleh baca kat sini. Masa nie dah nak on the way ke Jonker walk tapi tergendala sebentar sebab bagi laluan kat fahmi memerut kejap. Untung anak lelaki nie semua ngan bapak..hahahah..iyalah takkan nak bawak dia pegi jamban pompuan pulak. Jadi sementara tue bergambarlah dulu.


Tempat yang takkan aku pegi lagi klu pegi melaka adalah jonker walk. Fuhhhh..sesak gila. nak jalan pun susah dahlah sempit laluannya. Mana nak tengok barang mana nak tengok anak-anak(takut hilang). Barang pun biasa jelah baju, handbag, makanan, cenderahati. Tapi semuanya peniaga cina. sekerat jalan je aku dah ajak azam balik hotel..hehehhehhe..sesak nafaslah. diorang cakap klu sampai hujung ada peniaga melayu ..oh mintak maaflah aku nak teruskan.


Masa nak balik hotel tue macam kesesatan kejap..peninglah jalan kat bandar hilir nienak harap azam lagilah out, azam pasal jalan2 nie tepu ckit selalu aku yang jadi GPS dia..heheheh sama gaklah klu parking kete kat mall2 besar. Aku ingat dekat je ngan hotel sekali tu kena lepas 1 jalan lagi..uwaaaaaaa...lalu plak malam2 kat lorong2 & bangunan2 antik seram gaklah..hehehhehe...agaknya boleh short cut tapi aku taknak ambik risikolah sebab bawak anak2 klu 2 orang je memang aku redah. Terpaksa kena cari jalan mula2 kitorang keluar dari hotel tengok signboard jalan Bunga raya, nasib baik jumpa.


Sampai Hotel dekat pukul 10.30 aqil dah terlentuk kat bahu keletihan. sian dia. Azri ngan Fahmi dah tak sabar nak berendam lagi. Lepas mandi semua. Naik katil je tak sampai 5 minit dah mimpi dah.
Bila Aqil tido je aku pun berendam gak hehehhe..hilang letih2 kena air panas sampai mcm nak tertido kat tab tue. Pastu kebulur..apalagi sambil layan tv kita layan laki maggi cup. fuhhhh nikmat tak terkata..
Esoknya perjalanan yang panjang jugak...

Ini telah menjadi SEJARAH