28 Julai 2010

Mak mentua PALSU

ko ambik! mak mentua pun ada yang palsu..hahahhahha..sakit perut aku tahan gelak nie. Aku terpikir kenapalah aku berlakon macam nie ngan adik aku nie...LOL.

Tak silap aku nie belah malam lepas majlis bertunang aku. Kalau sebelum majlis bertunang logik gaklah sebab nak berlatih biar sempurna..hahahhaha.. Adik aku nie pakej sempurna sebagai orang tua tengok baju ngan tudungnya..muahahhaha.



Sengal yang lawak..apalah nak jadi nie....


Ini telah menjadi SEJARAH

27 Julai 2010

Ayat-ayat cinta

Aku sebenarnya nak tengok gambar lama2 pastu nak sebarkan kat fb..sekali terpandang ayat2 cinta nie kat dalam album...hehehhehehe....meremang bulu roma kalau baca...hahahhahhaha..


Kat sebelah ayat2 cinta tu gambar aku masa bertunang..kelakar ko pakai selendang macam kepala kena sengat tebuan. Tak sempat nak adjust rombangan azam dah sampai..kecoh betul tue yang pakai selendang asal boleh je. Dulu posing ngan sirih junjung glemer...huhuhuhu. Ayat-ayat nie azam bagi masa kitaorang bercinta tapi bukan dia cipta azam ciplak dari majalah mana ntah....hahahhaha...kantoi pun baru-baru nie...nasib baik kantoi baru2 nie klu tak aku reject ko bang hahahhah


Siap ada gambar azam kat atas..hahhahah...nie pesanan-pesanan yang kena hafal kat tempat keje..dululahhhhhh....hahhahah..lawakkan?.sekarang nie Azam cuma pesan "bawak kete hati-hati" atau "pegi keje hati-hati"..tu je. Kad kuning tu kad suprise yang dia pos kat aku..padahal kerap jumpa tapi dia poskan kad tu...hehehhehe..ngadakan?

Yelah kata tengah bercintakan semuanya bahagia ibaratnya kentut pun tak bunyi..erk.. sekarang pun tak bunyi cuma berbau je bau yang boleh datangkan penyakit mabuk laut..muahahhahhaha


Ini telah menjadi SEJARAH

23 Julai 2010

Sunat pun belum lagi Azri oiiii!


28 Julai nanti barulah genap umur dia lapan tahun.

Semalam sampai rumah je Azri landing kat depan tv. Aku? macam biasa budak tecit sibuk nak tidor kena tukar baju & lap2 badan budat tecit cikit. Masa aku sibuk2 tue..

"ibu, abang ada bendalah nak cakap ngan ibu"

"apa bendanya"

"eh, takde papelah"

Kebetulan aku tengah kehulu kehilir jadi tak berapa nak layan dia cakap. Bila dah settel semuanya tue aku duduk sebelah azri sambil buai budak tecit. Pastu azri sambung..

"sebenarnyakan bu, abang dah putus ngan makwe abang"

wah ko, fitam aku dengar. mintak nyawa pls. Nie nak marah ker nak gelak nie. Apa aku nak respon?. Kalau masa dia cakap tue umur dia 28 tahun taulah aku nak cakap cam mane, nie umur ko lagi beberapa hari baru nak lapan tahun ko dah citer pasal putus cinta? apa kes!...

"nape putus?" hahahhaha..serius aku sebenarnya tak tau nak cakap apa dah macam kene sawan terkejut pun ada..

"dia tak suka kat abang, tapi abang dah ada makwe baru"

Sangat transparent kan? huissh kasanova betul! aduhai anak aku nie..sabo jelah. Dia siap bagi tau nama makwenya tapi aku tak ingat sebab panjang sangat. Kalaulah umur Azri nie dah 28 tahun memang aku bangga sebab anak bujang aku sudi kongsi masalah dia ngan ibunya. Hangat hangat...

"dah sunat?" muka mesti kerek masa tanya tue

"belum"

"dah tu sibuk sangat makwe makwe nie kenapa?, sepender pun ibu yang belikan ada hati nak makwe2"

"abang taulah, saje jer"

"belajar dulu pandai2 baru pikir pasal makwe, paham"

"yelah abang tau"

Bahaya nie. Aku suspect dia nie bercinta kat sekolah kot tu yang periksa kantoi...mmmm. kena buat edisi siasat cam nie.




Ini telah menjadi SEJARAH

22 Julai 2010

ibu punya masker itam tu tak best macam orang minyak

nie lagi bagus yogurt anggur baru kulit muka licin. Bau pun sedap. Jom saya tunjukkkan cara-cara nak pakai masker nie.

Mula2 kena mintak tolong ibu bukakan yogurt kalsium nie sebab saya kecik lagi tak pandai nak bukak. Lepas tue kita kena rasa dulu yogurt nie, baru kita sapu kat muka sampai kepala. Tapi kita pelik apasal abang kita jerit2 "ibu! tengoklah apa dah jadi ngan aqil nie." Kecoh je abang kitakan.

ok sekarang nie boleh nampak tak hasil yang memberangsangkan. Kepala pun wajib kena letak untuk mengelakkan penyakit keturunan botak....erk, klu abah saya baca nie mesti dia marah ibu sebab dah terkutuk dia tapi takpeh saya bukan hisap nenen abah saya punnnn saya hisap nenen ibu je....Klu abah marah tak efeck apa2 pun kat saya sebab saya masih boleh nenen lagi..kan kan kan..


Lepas tu saya perasan ibu ambik camera pastu dia snap gambar saya. Saya tau ibu nak masukkan dalam fb atau belog ibu abislah jatuh saham saya sebagai lelaki paling macho. Saya nak ambik camera tu ibu tak bagi...gerammm betul saya tu!. Apa lagi saya gunakan lah kuasa tangisan halilintar.mmm...(tu sebenarnya saje je sebab saya takut kena marah ngan ibu buat yogurt tue jadi masker hehehehhe bijak tak saya)


tengok ibu tak marah saya..hihihihihi..taktik saya berjaya tau. Lagipun saya tau ibu boleh buat modal citer dalam belog ibu...


Ibu saya yang over...ingat ibu comellah buat muka camtu lainlah saya, saya klu buat muka camtu memang boleh buat org geram ngan saya pastu cium2 saya banyak2 kali...syok tau!
Kawan2 boleh cuba kat rumah mesti ibu2 awak semua tak marah lagi2 kalau ibu2 kamu semua ada belog lagi dia tak marah...ibu2 kamu semua akan senyum je sampai telinga sebab boleh jadi modal update belog

Ini telah menjadi SEJARAH

21 Julai 2010

Kritikal yang amat sangat ...

Dah tahap terkapai-kapai kelemasan dalam kebosanan yang amat teruk sekali!

Aku rasa macam nak ambik cuti tanpa gaji selama sebulan je kalau boleh nak selama-lamanya..nak recharge balik semangat yang dah jatuh menjunam kat laut china selatan. Korang tak boring ke kerja..hahahaha..soalan nak minta penendang nie..waccahhh...

Aku kerja dari umur aku 18 tahun tau, jadi minah kilang 2 tahun pastu jadi budak angkat talipon setahun masa semua aku agak2 je dah tak berapa nak ingat. Pastu merangkak-rangkak belajar HR, buat account kejap pastu pegi balik kat HR sampai sekarang pun masih merangkak-rangkak jugak. BoSan! sebab keje tak berapa nak ada.

Hari tu aku cakap ngan azam aku nak beli mesin jahit konon macam nak hilangkan kebosananlah tapi tak sempat nak tinjau harga lagi. Rasanya aku nak beli jenama singer. Tengoklah nanti macam mana. Klu aku jadi beli kang aku gebang2 lah kat sini tu pun kalau jadi beli sebab aku nie kadang2 keinginan tu mcm chipsmore.

"abis tu langsir yang beli tu ibu nak jahit sendiri ker?"

"rasanya kot, tengok mcm senang je nak buat pattern yang ibu suka tue."

"ko biar betul bu, kang lain jadinya abis terbarai kain langsir tue"

"hahhahahaha,jangan pandang orang sebelah mata tau" keji kan azam belum2 dah jatuhkan semangat. nyampah!.


Ini telah menjadi SEJARAH

20 Julai 2010

Aku takdeh idea nak komen

umpama tom & jerry..



Bila citer pasal mentua vs menantu!

Sebab

yang pertama aku nie jadi menantu hantu pun biasa2 je maksudnya nak kata baik sangat tak, nak kata buruk perangai pun tak eh ye ker, patutnya kena tanye mentua aku nie walaupun dot dot dot..hahahha..

yang kedua pulak aku nie ada 3 orang anak lelaki walaupun sekarang anak aku akil baligh pun belum so akan datang aku akan ada 3 menantu pompuan yang baik & berbudi bahasa hahahhah..confident tue penting. Nanti bila aku komen pang pung pang pung pastu benda tue jadi kat aku cam mane?..so diam itu lebih baik. Lagi pun aku dengar dari satu pihak saje. so takleh citer lelebih.

"kak, aku tak nak komen sebab aku ada 3 anak lelaki"

"takpehla dik, nanti ko ada pilihan akak nie nanti tulah baik tulah buruk"

Itu dah kira pilih kasih. Expectation kat orang nie tak boleh terlalu tinggi sebab nanti bila tak seperti kita harapkan kita akan kecewa sangat. Bila melibatkan perangai orang dah jadi luar kawalan kita.

kata-kata kakak aku "ngerilah bila dengar macam nie kan?". Aku hanya mampu angguk-angguk je.

Citer kat atas tu berpunca dari citer kat bawah nie:-

Seorang ibu yang punya anak hanya 2 orang mengharapkan seorang menantu yang mesra tapi hampe sebab menantu buat tak endah dan anak lelakinya seperti takutkan bini. Si bini seakan benci keseluruhan keluarga suaminya. Di manakah silapnya?.


Ini telah menjadi SEJARAH

15 Julai 2010

Hari nie aku nak membebel secara rambang

tunggu dokumen lambat sangat nanti klu gaji lambat jangan nak bising ye..

Baru-baru nie kenalan kat tempat keje aku, anaknya disahkan leukimia umurnya baru 3 tahun. Luluh hati bila dengar anak2 kecil nie diduga ngan penyakit2 berat cam nie. Ada sorang kawan aku nie cakap "biarlah anak saya biasa-biasa je janji dia sihat takdeh penyakit teruk2 hati saya pun senang". Terpegun aku sekejap tiba-tiba teringat aku rotan anak2 sebab keputusan periksa tak memberangsangkan. Dalam hidup nie tak semua benda yang kita nak akan jadi kenyataan. Kita merancang Allah yang menentukan. Pada kenalan aku tu semoga tabah hadapi dugaan nie.

Kisah yang lain pulak

Selalu aku baca citer kat suratkabar atau dalam majalah je rupa-rupanya benda nie betul-betul terjadi kat keliling aku. Realitinya. Sebulan lepas mak dapat panggilan daripada kawannya menangis-nangis katanya anaknya tolak dia sampai jatuh daripada motor dan kawan mak aku tue jatuh terlentang kepala benjol besar. Nauzubillah. Apa nak jadi generasi sekarang nie!. Tak taukah dia derhaka namanya tue.

Mak aku cakap puncanya tu, budak tu(umur dalam lingkungan 16 keatas masih bersekolah lagi) nak bawak motor ntah nak pegi mana tapi maknya tak bagi sebab dah nak mahgrib kebetulan pulak maknya jugak nak bawak motor tue sebab ada urusan apa ntah. Masa maknya naik motor tuelah anaknya geram ditolak maknya sampai jatuh telentang. Bila maknya dah jatuh terlentang tak bleh bangun pandai pulak angkat maknya masuk dalam bilik.

Masa mak aku sampai abang budak tue tengah belasah budak tue. Abangnya ambik seplastik air baru dihempuk kat kepala budak tue. Meraung-raung budak tu kat kaki maknya minta maaf. Kawan mak aku nie dah menangis je. Pastu mak aku cakap kat abang budak tue "dahlah bang jangan belasah adik camtu".

Sapa yang nak disalahkan bila jadi cam nie. Salah didikan? Salah keturunan? salah pemakanan? Salah setan pengasut? mmmm..mari kita renung-renungkan..

Ini telah menjadi SEJARAH

13 Julai 2010

Selamat pengantin Baru Ewan



Sabtu lepas sepupu aku bersanding. Kebetulan plak start bulan nie abg jon bagi off sabtu sebulan sekali secara bergilir ngan kawan se department. Jadi untuk bulan julai nie aku minta off sabtu lepas.

Masa nak pegi tue terpikir aku nak pegi ngan sapa. Tak kan aku nak bawak anak2 terutama budak tecit tue secara solo, elok-elok perjalanan 45 minit kang klu ngan budak tecit tue jadi 2 jam. Nasib baik mak setuju nak pegi sekali. Selamat aku.

Agak lewat jugaklah aku sampai. Nasib baik ada alasan terbaik (anak2 pagi tue ada kem bestari solat). Lagipun makcik aku guna khidmat katering jadi takdeh hal lah nak merewang. Datang pun makan, duduk sembang2 tunggu pengantin datang gambar2..sembang2 lagi..tunggu bakal pengantin plak makan lagi pastu balik..hahahhahha..memang menghabiskan beras je budak nie.

Tapi mood Aqil tak berapa baik sebab cuaca panas. Aqil tak bleh tahan ngan cuaca panas nanti badan dia naik ruam merah2 kat belakang badan ngan leher. Nak berdukung je pastu tak bagi ibu duduk..nak tercabut rasa lutut. Ada satu makcik tegur

Makcik tak dikenali : dia nak apa tue?
ibu yang nak tercabut lutut: ntah tak taulah
Makcik tak dikenali: nak makan tak?
ibu yang nak tercabut lutut: dah bagi dia tak nak..
Makcik yang tak dikenali: cuba bagi kuih tue..
ibu yang nak tercabut lutut: dah bagi tadi, di campaknya kuih tue..
Makcik yang tak dikenali: dia nak minum agaknya..
ibu yang nak tercabut lutut: taknak dia.
Makcik yang tak dikenali: bagi kerepek tue..
ibu yang nak tercabut lutut: dah bagi dah semua dia taknak..ntah nak apa ntah dia nie..pelempang je belum bagi...hahahhahah...

Prihatin kan makcik tue ker dia tak tahan dengar aqil melalak.. hahahha Ayat yang belakang tue pelan je aku cakap..makcik tu tak dengar..hehehhehe..tu dah tahap bengang dah. Tapi gitulah ada anak kecik. Budak tecit kan sukar dijangka.

Bila nak balik start enjin, on aircond, kasi nenenjgn tiru aksi nie sambil drive sambil nenenkan anak..hohohoho...terus tertido sampailah ke rumah sambung pulak masuk buai lama gak aqil tido. Letih meragam kot.


Apa punya citer nie wei,..hahahhaha..tajuk tak selari ngan isi..out u!...




Ini telah menjadi SEJARAH

12 Julai 2010

Dia ada pompuan lain!


Benci benci benci...

Pagi nie sms Azam tanye kebenarannya..

Malam tadi ibu mimpi abg ada pompuan lain..cantik plak pompuan tue..betul ker abg ada pompuan lain?..don play2..

hahahha..mana adalah ..buat sakit kepala je.

kepala mana yang sakit?..don play2 a..

hahhahah..mana adalah..percaya pada mimpi pulak..duit makan pun tak cukup..lagipun ibu kan ada...hehehhehe..

uishhh..tu petanda..anugerah dari Allah..hahahhahha..kenalah curiga ckit..

Apa la, kepala botak, perut buncit, ada peminat ke?..hahahhah.. (dia sendiri ngaku aku tak cakap ye....hahhahah)

ah, tu semua bukan ukuran..kan abg baik..mulut manis..hahhahah..malam nie belanja ibu..

Cis terkena lagi aku..cakap jelah nak kena belanja..nak makan apa?

Takdeh papelah..tapi mcd pun sedap..

jom jom makan kat banting..


Kahkahkah...eh tapi betullah malam tadi aku mimpi azam ada pompuan lain. Dalam mimpi tu aku macam nak nangis tak nangis je sebab azam nak tinggalkan aku cis betul lah. Nie memang mimpi ngeri nie..kalah mimpi jumpa pocong!.



Ini telah menjadi SEJARAH

08 Julai 2010

Agak2 kalau kecewa putus cinta pun tak sehebat macam nie.

Kecewa sesangat. Tapi tak boleh putus asa!.

Minggu lepas minggu sessi menadah telinga kat cikgu sekolah anak2. Tapi aku tak pegi pun. Sekolah agama Azam pegi. Sekolah Kebangsaan mak yang pergi. Bukan aku sengaja tak nak pegi tapi cuti dah nazak. aku takut nak terima kenyataan yang anak2 aku tak berapa cemerlang periksa kali nie. Azam plak haritu jugaklah dia nak balik kampung...mmmm.

Tapi aku dah tau dah keputusan anak2 sebab tengok kertas periksa yang dah ditanda. ntahlah nak salah kan anak2 100 % pun tak boleh. Prestasinya boleh dikatakan menurun dengan teruk.

Azri hampir tak menguasai matapelajaran utama. Fahmi sebelum nie banyak A (ujian), Periksa kali nie cuma 1 A je.

Hampir beberapa hari aku tak boleh tidur tu aku maksudkan macam org putus cinta, tapi makan masih lalu lagi. Memikirkan apa aku nak buat ngan budak2 nie. Nak hantar tusyen? buat jadual harian? paksa belajar? tak bagi tengok TV? tak bagi main. kalau semua tak boleh/bagi nanti menganggu zaman kanak2 diorang pulak. buah Delima betul!

Cikgu kelas Azri cakap kat mak, Azri nie bila kat kelas cikgu tanye soalan semua boleh jawab tapi bila periksa tak boleh buat dari tahun lepas lagi masalah nie jadi. Aku memang perasan benda nie. Why2?.. Soalan periksa dia tak habis jawab. Aku tanye dia dia faham tak apa makna periksa. Tak boleh jawab soalan sambil berangan hobi dia nie. Dari kelas no 1 turun kelas no 4. Frust gila tau. Azri selamba dia je.

Fahmi pulak cikgu cakap dia taknak dengar cakap cikgu. Cikgu suruh buat kerja dia buat muka selamba je kawan2 lain hantar kerja sekolah dia tak hantar pun. Hangin je dengar kan?. Tak boleh duduk diam dalam kelas perangai sapalah yang ko ikut nie. Masalah betul!.

Memang aku rotankan dua dua budak nie. Selalu Azam yang buat ari tu aku cakap ngan azam "biar ibu pulak rotan". Tazkirah memang panjang lebar lah. Sampai nangis2lah budak berdua tue. Peringatan untuk diorang.

Aku tau berjaya dalam akedemik tak bermakna cemerlang dalam hidup. Tapi ada ke makbapak yg taknak tengok anak2nya pandai. Atleast untuk keperluan hidup diorang. Boleh bagi saingan ngan kawan2. Biar penuh ilmu didada. Memanglah anak2 aku baru darjah 1 ngan darjah 2 banyak masa lagi tapi perasaan risau nie tak boleh dibendung. Takut terus hanyut. Aku kena buat sesuatu!

Sekarang nie aku cuba luangkan masa tengok diorang belajar. Selama nie bukan tak penah tengok diorang belajar tapi jarang2. Anak2 aku nie perlukan masa yg konsisten kalau tak cam nielah jadinya. Tu pun susah gila aku nak tengok sebab budak tecit pun nakkan perhatian. Mencabar jadi mak2 zaman sekarang nie. Aku cuba susun balik rutin harian aku..aku tak nak biarkan anak2 aku ketinggalan. Rasanya mcm tak cukup 24 jam je.. Masa aku cuma ada waktu malam jer, tu pun limited sangat sebab anak2 pukul 10 dah masuk tido. Sabtu aku keje halfday sampai rumah dah petang, masa nie lah nak kemas rumah, nak masak nak bla.bla..bla..tu sebablah aku bercita-cita nak jadi surirumahtangga biar puashati anak2 depan mata hidup pun teratur.

Hari tu aku ada pm kak pnut tanye pasal kelas kumon, aku tengah nak servey tempat2 tusyen nie. Pening jugak mana nak pilih. Aku nak ajar diorang pun kadang2 konpius. Dulu dengan sekarang nie dah tak sama silibus. Aku dulu darjah 3 baru belajar darab bahagi. Sekarang darjah 2 dah belajar. Dulu takdeh sains yang ada Alam & manusia sekarang nie sains mcm aku belajar biologi je pastu bahasa inggeris pulak tue. Aiyoyo. Nie karang ngan aku2 sekali pegi tusyen nie.

"Wahai anak-anak ibu, ibu rotan bukan bermakna ibu benci. Ibu rotan sebagai pengajaran sebab ibu sayang anak2 ibu. Ilmu tue penting anakku. Ibu taknak anak2 ibu mewarisi ketidakupayaan ibu & abah untuk menjejaki menara gading sebab kami tak berpeluang. Dengarlah kata2 gurumu tumpukanlah perhatianmu bila guru mengajar. Ibu nak anak2 ibu CEMERLANG dunia & akhirat."



Ini telah menjadi SEJARAH

01 Julai 2010

Asyik citer pasal aku, laki aku, rumah, keta,...boringlah kan?


Kita citer pasal budak tecit nie plak ye..citer abang2 budak tecit lepas citer nie plak tu pun klu ibunya rajin

Alhamdulillah budak tecit nie aktif macam dibagi gula. Semalam kejadian ngeri telah berlaku.. akukan ada buat status kat fb nak buat lempeng. Jadi gigih balik terus bancuh tepung. Budak tecit plak tengah tengok tv. Oklah. Tengah aku leka2 tu aku perasan apasal senyap je budak tecit nie. Sekali aku jenguk dia takdeh. Aku panggil2 budak tecit nie senyap je..alamak aku dah menggigil dah..mana nak cari plak nie. Aku pusing sana pusing sini..takdeh!




Aku jenguk kat jambatan ..takdeh ..mana plak nie. Senyap je. Aku jalan kedepan cikit sebab pandangan aku terlindung ngan pokok bunga yang aku bulatkan tue aku nak tengok betul2 kat area jambatan tue. Tu dia, selamba budak tecit tue je berdiri tepi jambatan..apalagi berlarilah aku..dahlah puasa kena plak lari pecut hilang 20kg semalam ...fuhh..tu kalau aku lambat sesaat dan budak tecik jatuh memang takdeh sapa yang nampaklah dia masuk parit. Dengan tak pakai baju pastu pakai selipar abang fahmi plak boleh jalan sampai jambatan. Lagi satu bayangan klulah budak tecit terus ke jalanraya plak...nauzubillah..ngeri nak bayangkan. Dahlah jalan rumah mak aku nie jalan yang paling sibuk tak kira waktu.


Sekarang nie memang tak boleh leka. Kakak pengasuh pun hari tue kena camtu gak. Padahal rumah kakak pengasuh tue dah pasang palang kat pintu boleh dia panjat...kakak pengasuh cari2 budak tecit nie rupa-rupanya budak tecit tu tengah sedap2 duduk kat kerusi kat rumah kakak ipar kakak pengasuh(belakang rumah kakak pengasuh) kak ko klu anak aku hilang aku saman ko kak..hahahhaha

Ini telah menjadi SEJARAH

Sakit nak bersalin pun tak macam nie

*tipu*

"nie nak claim kat abang nie.. "
"apa benda tu? "
"mask, kan abang suruh ibu beli. nie 30 inggit nie..bayar balik." (padahal harganya tak sampai 25 inggit pun hakhakhak...baru untung)

"yelah, nanti abg bagi ...cukup ker 30 inggit? "
"hehehheheh..cukupppppp."

Azam banyak kali komplen kata muka aku banyak jerawat, pastu tang idung ada dot dot hitam2. Azam siap bagi duit suruh pegi facial tapi aku tak pegi, duit yang dia bagi aku buat beli baju..hahahhaha....Aku tak pandailah nak pegi facial2 nie..sumpah tak reti.

Asal belek muka aku je..

"eii, banyaknya jerawat ibu. Takdeh pencuci muka ker. belilah mask..abislah dah tak cun dah bini abang".
"ala macam selama ni cun pun".
"Cunnn..gebu jer".
ngada kan azam...dia bukan tak tau bini dia nie dah nak matang tua, dah nak tua ye belum tua lagi huahuahua jadi konpem perubahan hormon berlaku. Tapi bila laki dah cakap camtu kenalah jugak ambik tindakan yang proaktif dah jatuh wajib dah cantik untuk laki nie. Disebab aku tak pandai berfacial kat kedai aku beli mask sendiri n pakai sendiri jelah.


Sekarang saksikan...kahkahkah...kesian kan muka mcm kena paksa. Dah macam dayang senandung plak. kuihkuihkuih...

oh yang nie ceria cikit..kahkahkah..Pakai nie 1-2 kali seminggu. Masa mula2 sapu tue sejuk je..best2.Tapi sumpah sakit masa nak tanggalkan...mcm nak tersiat kulit haku. Macam putus asa je nak pakai lagi hahahhahha...Tapi dot dot hitam kat hidung dah hilang...yehhaaa. Aku belasah je pakainya kalau tengok arahan yang dibagi mcm aku dah derhakakan je kawasan yang patut disapu mask nie.


"yang satu tu apa plak.."

"nie ubat kuat.."

"fuuhhhyyoo..nanti bagi abang sebijik ye.." (hahahha..jahat tipu suami, takut kang klu abang makan tumbuh plak 2 biji buah kat dada hahahhaha)

nie EPO, untuk dalaman plak. Dulu2 aku makan pastu berenti lama sekarang makan balik. Aku beli kat cosway je. Sama gak ngan mask tue.

Lepas nie klu tak cantik jugak tak taulah..hahahhahhahah..harapan tu.


Ini telah menjadi SEJARAH