27 Mei 2010

Layankan jelah...

"bu, ambiklah gambar abg dengan aqil nie"

Poyolah azam nie...

nie namanya tidur dalam iman...hahhahahha..

jangan terpedaya nie berlakon tidor je semata-mata nak ambik gambar...tapi aqil tue tido betul2.





Ini telah menjadi SEJARAH

26 Mei 2010

AMARAN: Kalau dengar Video nie boleh mendatangkan parkinson

so korang berhati-hati ye......



si pembuat angkara bukan sedar yang dia dah ter rakam sekali bunyian syahdu yang dia dah buat ..semalam baru aku bagitau..hahhahahhaha...sengal kan?.

Ini telah menjadi SEJARAH

25 Mei 2010

Memanglah aku nie bini orang, so what?

oit, garangnya fariza... hahahahah..percayalah yang aku nie garang

Semalam aku berSMS dengan kawan lama aku (kawan sekolah rendah dan jantina dia lelaki) setelah dia mungkir janji yang dibuat..

Aku tergelak baca ayat last dari SMS dia ..dahlah jangan sms banyak2 ko kan bini orang....padahal aku baru bagi 2 sms kat dia dan aku stop sms aku kat dia, malaslah aku nak jelaskan pendirian aku kat dia..biarlah.

Aku masih waraslah lagilah..dalam otak aku takdeh niat aku nak selingkuh bahasa tak bleh blah ngan laki aku dan boleh dikatakan apa yang aku buat semua atas pengetahuan laki aku..aku ada blog ker, aku berfb ker, aku berborak ngan kawan lama ker (walaupun hanya di alam maya..)semuanya aku citer ngan Azam.

Sentiasa dalam doa, supaya aku tak berpaling ngan Azam atau sebaliknya...Semoga Allah lindungi Rumahtangga aku.Amin.Amin.Amin...Azam dah cukup baik bagi aku dan aku rasa aku tak perlukan apa2 lagi dari org lain....mmm.


Ini telah menjadi SEJARAH

21 Mei 2010

ntahlah apakejadahnya semalam aku...

Terkejut sangat

Masuk rumah benda pertama dalam pikiran aku nak basuh baju-bajuan lebih tepat sekali nak basuh coli yang stok seminggu tak basuh. Dah kain net plak kat ampaian...ye ye aku bukak pintu nak ambik sekali tue....AAARGHHHHHHHHHHH!!!!..punya kuat aku jerit terus aku tutup pintu & lock

Kat Pagar aku nampak lembaga hitam, berdiri tegak....uishhhhhh...habislah aku kena rogol imaginasi tak boleh blah langsung....

"nape ibu nie"...hahahhahha..laki aku rupanya...
"yang pegi berdiri tegak kat pagar tu kenapa, ngan kepala bulat" dah terkejut sangat cakap pun salah aku nak cakap dahlah kepala besar
"dah tu takkan nak bukak pagar gelek dangdut, memanglah kepala bulat"
"Kahkahkahkah"

Azam ngan pakai helmetnya(baru balik keje) dengan samar2 je aku nampak dah tu aku tak dengar bunyi motor pon..tu yang terkejut sangat tu....dup dap dup dap jantung aku. Menghabiskan tenaga aku je menjerit..mmmm...

Ini telah menjadi SEJARAH



Kesian dia asyik kena suspek je..


"ibu percaya"

"kalau tengok kertas ujian tu baru ibu percaya, Ustazah cakap mana mane dengan abang?"

"dia tanye abang mcm nie"



"azri ada tiru org ker?"

"mana ada ustazah"

"dah tu kenapa markah tinggi sangat nie"

"saya baca buku kat rumah je" iyalah tu baca buku yang tak sampai 5 minit


"iye ker"


aku tak bleh nak cakap apalah sebab kertas pun tak dapat lagi, tapi nie bukan kali pertama dia di suspek meniru..hahahhahah...kesiankan anak aku, nampak sangat anak aku nie ala-ala je..Bulan lepas kat sekolah kebangsaan pun ustazah dia syak dia meniru sebab bahasa arab dia dapat 96%...mmmm..bahasa arab je yang markahnye kaw2 yang lain nangis aku tengok jom kita flasback.. poyo

"hari nie ustazah bagi hadiah kat abg sebab bahasa arab dapat 96"

"ye ke, hadiah apa?"

"kek kecik je"

"takpehlah, tengok ustazah abg pun suka kalau anak muridnya pandai siap bagi hadiah lagi"

"iyalah sebelum ustazah bagi tu ustazah tanye abg, abg ada tiru ngan fatin ke?. Abg cakap mana ada, dah tu ustazah tanye kenapa markahnya sama. Manalah abg tau. Cuba ibu pikir, macam mane abg nak tiru fatin dia duduk depan sekali abg pulak duduk belakang sekali.... kawan abg yang duduk sebelah abang pun dapat 50 je...lagipun masa periksa mana boleh jalan2 kan bu?"..


"hahahhaha..betul-betul, abg cakap tak dengan ustazah abg mcm tu"


"tak, abang senyum je masa ustazah tanye tu"...


Masa tu yang dapat markah tinggi 3 org je(2 lelaki 1 pompuan)...
Aku yakin anak aku tak meniru sebab hahahahhaha..gelak dulu sebab dia cakap dia tak tau pun apa yang dia buat..dia cakap "abg main tulis je, kenapa boleh betul plak ye?"..hahahhaa..kurang asam tak anak aku....


Ini telah menjadi SEJARAH

20 Mei 2010

Lagi kes nak meriak......

meriaklah sangat ko fariza oi...!
sekarang nie jangan harap nak nampak tulang belulang tu..yang ada hanya lemak selulit je..*nangis*

Ini telah menjadi SEJARAH

10 Mei 2010

Maafkan ke khilafan anak-anakmu ini...

----- Original Message -----
From: Fa*riza
To: Si*ti Fa*dila
Sent: Monday, May 10, 2010 9:51 AM
Subject: URGENT!

Mak ngadu ngan kakyang anaknya tak wish dia hari ibu…
mmmmmmmm..
ko lah aku dah cakap belikan kek…nak yang SR je..hampeh..
kan mak dah ngadu ngan cikgu besar..hohohohoho…


Human Resource & Admin Dept
*********
Direct Line : 03-**** ****
------------------------------------------------------------------------------------------------
From: Si*ti Fa*dila
Sent: Monday, May 10, 2010 9:57 AM
To: Fa*riza
Subject: Spam Re: URGENT
!

hahahah...
haah aku pn dpt msg gak ....ala xde geng...slalu kn sambut dgn ko skali mcm tahun lps...
ptg kang la beli kek...

Thank You And Best Regards,
________________________________

QA/QC Dept,
******** M Sdn Bhd
03 ******* Ext ****
013 *********

Together We Control Our Quality
------------------------------------------------------------------------------------------------

----- Original Message -----
From: Far*iza
To: S*iti Fa*dila
Sent: Monday, May 10, 2010 9:51 AM
Subject: URGENT!

Ok…beli kek aiskrim wei..mak kan teringin nak makan aiskrim…
Beli yang ½ kg pun ok…


Human Resource & Admin Dept
*********
Direct Line : 03-**** ****
___________________________________________________________________


Mula-mula dapat sms dari kakak aku yang kat kedah..kakak aku nie cikgu,,tu yang aku panggil dia cikgu besar...dengar2nya dia sedang menuju ke arah tu, nie kira aku mendoakanlah..bukan perli tau hahahhaha..

Semalam pun Azam tanya benda yang sama kat aku "belikan mak kek tak?"..aku cakap tak..sebab aku ingat mak tak kisah ngan sambutan mcm nie..hahahhahaa.. mcm aku. Cuma aku bernasib baik dapat laki yang sangat concern ngan benda2 cam nie..mmmm...

Bukanlah bermaksud aku nie tak sayang mak. Tahun2 yang sudah ada gak aku wish beli kek semua..aku tengok mak aku biasa je jadi aku ingat mungkin mak tak kisahlah..hahahhaha..rupa-rupanya salah bercaturan. Mungkin mak sendiri tak tau nak bagi reaksi macam mana bila anak2 sambut hari ibukan?..lagi satu sebab tak cukup korum semalam kat rumah mak ada aku ngan atih je pun jadinya kalau nak sambut cam tak best......

Sorry mak, Kita sambut hari nie..Insyallah.

nie semua Azam yang bagi sempena hari ibu....jugak ciuman 3 bijik..hehehhehhee... Azam cakap kek kat kedai kek soldout..huhuhhuh... Bila tengok nie rasa bersalah plak kat mak..huhuhuhuhu...


Ini telah menjadi SEJARAH

06 Mei 2010

Ada je projek budak kecik nie..ishhhh..

Pagi-pagi buta dah menyelongkar peti ais.
Dia main satay yang nak keras kejung..huhuhuhu..
kelentang kelentung...

Aqil cari apa lagi yang boleh dibuat main....dah macam peti ais kena tinggal tuan je..hahahhahah


eh, terperasan plak ibu ambik gambar dia..hehhehehhe..padahal ibu ko nie dah lambat sempat lagi ambik gambar, lepas tu marah2 cakap lambat..hahhahahha



bukak peti ais sebelah pulak!...aiyak ini budak a...geram ooo..




apa lagi yang cuba dilakukan nieeee...





lagi sekali aqil perasan ibu snap gambar dia..


Lepas dah menilik 2 bijik peti ais satu tu peti ais azam zaman bujang dulu dekat 15 tahun kot peti ais tu, ada sapa2 nak ker?...hehehehhe... Aqil mintak dimandikan...aduh ibu dah lambat dah dia mintak mandi plak.. aku memang jarang mandikan aqil pagi2 kecuali dia comot sangat atau berak ker atau hancing ker atau dia sendiri nak mandi, biarlah kakak pengasuh yang mandikan..hahahhahha..tak sempat!.

Dalam minggu nie dia meragam je bila hantar kat rumah kakak pengasuh..kelmarin sampai depan rumah kakak pengasuh dia dah nangis. Semalam dia taknak naik kete sebab dia tau klu naik kete nanti kena hantar rumah pengasuh. Hari nie plak dia langsung taknak pandang kakak pengasuh peluk leher aku dengan erat...tapi bagi gaklah kat kakak penagsuh..meraung2 dia...alo2...aku babai pun dia panggil maaaaaaa!..


Ini telah menjadi SEJARAH

05 Mei 2010

Boleh mendatangkan airmata...

bila tengok gambar nie...huhuhuhuhhu.. 9 tahun yang lalu...

Aku ngan azam boleh nangis berjemaah kalau tengok gambar lama2 nie...wawawawa..

Gambar nie beberapa bulan lepas kawin rasanya..hahhahahha...tengok betul2 banyak betul perubahan yang berlaku...Masa nie rambut azam masih penuh, perut ok lagi sekarang nie malas lah nak cakap. Aku plak..2 kali ganda saiz nie..waaaaaaaaaa...




Memang nampak sangat baru kawin, ambik gambar pon tangan melingkar kat pinggang..cuba sekarang..hahhahahha..tengah2 mesti ada anak..jarang ambik gambar berdua...mmmmmm..


Ini telah menjadi SEJARAH

03 Mei 2010

Hari nie aku nak jadi kak nam..

Kak nam katanya...bukanlah aku...

Saje je nak tunjuk aku dah beli langsir untuk raya nanti nampaknya n3 nie ada unsur2 keriakkan... Tahun nie aku plan nak tukar langsir pastu nak buat makeover cikit kat rumah tu, itu pun kalau ada budgetlah. Jadinya cuti buruh aku pegi beli langsir..hohohoho.. pakej beli langsir dapat karpet sekali..hahahhahah..bukan2..karpet tu azam yang nak beli.

Biasalah kalau dah sampai kedai kaing rembat gak kain ela 3 pasang 50 inggit..jadilah buat basahan pegi keje..sepasang lebih kurang 17 inggit + upah jahit 25 inggit jadinya sepasang baju 42 inggit oklah tu..aku tak pakai baju mahal2 aku tak mampu..kesiankan..?

Yang belah kiri tu kain langsir merah mak ngah...huahuahua..tu kalau takdeh sapa yang jahit bolehlah buat baju raya..hahahhahha..yang kanan tu karpet yang berjaya dibeli benggali jual carpet tu suka sangat dengan aqil pastu siap offer karpet 600 jadi 400 special sebab aqil. Apakah?....tapi aku tak beli pun..gila apa beli carpet sampai 400 baik aku beli emas ... eh tapi kalau duit dah terlebih sangat apa salahnya kan?...nak jugak.



Semuanya beli kat nilai..cuti yang paling aku suka sebab berjaya menghabiskan duit azam dengan jayanya..hahahhahaha...Mak pun borong tikar, langsir, baju, bantal pastu duit yang dibawak habis..siap pegi cucuk lagi kat ATM ..gilalahaku tak cakap mak gila aku cakap nafsu shopping yang gila ye jangan salah paham plak.. kete pun dah mcm van benggali..dah..hahahahhaha....


Ini telah menjadi SEJARAH