30 Mac 2010

Kalau nenek outspoken cucu kena out of topic...

Mak kaulah ratu hatiku...:)bodek tu penting hahahhaha

wahahahahha..gelak dulu baru awet muda

Biasalah kalau balik dari rumah mak kenalah bawak semua keperluan sekolah untuk esok macam baju sekolah, songkok, stokin, beg dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang tu tertinggal jugak. Bila dah tertinggal terpaksalah besok mak tunggu kat depan sekolah kalau aku nak singgah dulu rumah mak alamatnya duduk luar pagar sekolahlah anak-anak aku nanti.

Mak aku kalau pagi-pagi memang busy like bee sebab mak kan jadi supir ..hahahahhahah. Hantar kakak ipar aku pegi kerja pastu hantar anak buah aku pegi rumah neneknya(mak kakak ipar), pastu hantar atih pegi keje budak nie tempat keja tak sampai 20 saat dari rumah pun mak kena hantar, kalau kentut dari rumah pun boleh dengar . Bisinglah mak kalau ada barang yang tertinggal..hehehhehe..ayok mak marah, ayok mak marah...

Panjang mukadimah aku...

Hari tu masa nak balik sambil bukakkan pintu kete mak cakap ngan anak-anak "abang! semua dah bawak dah songkok, sampin, stokin, beg sekolah..semua dah ada ker? jangan ada yang tertinggal...hish susah nenek pagi2 nak hantar..tu kalau kon*k nya tak melekat pun semuanya tinggal...'buahnya' pun kalau tak melekat tercicir ntah kat mana..." hambik mak aku punya ayat...LOL. Aku diam jer...hihihihi...

Lepas tu pintu kete semua dah tutup..aku dah nak gerak nie Fahmi tanye aku "ibu, 'buah' apa yang tertinggal bu". Aku tak bleh tahan..aku tersengguk-sengguk tahan gelak. Budak-budakkan pikirannya suci murni. Azri tolong jawab "buah mata kucing lah". kahkahkahkah..buah mata kucing peginya...Fahmi pun mcm redha je jawapan abangnya "o, buah mata kucing". Aku memang tak boleh tahan betul terbahak-bahak ketawa.

Mak aku nie memang kalau cakap kadang2 bukan dia pedulik. Aku ngan Atih selalu tukang gelak. Lepas tukan mak aku nie ada penyakit suka lupa perkatan yang dia nak sebut. Kalau orang suka melatahkan..mak aku lain cikit. Kakak ipar aku citer satu hari tu dia balik dari mana ntah dan kebetulan anaknya tido pastu mak aku cakap ngan akak ipar aku "kesiannya qilah tido, ko pegi masukkan qilah kat peti ais". Kakak ipar aku tercenggang..apasal mak suruh masukkan anak kat peti ais..hahahhahhahaha... sebenarnya mak aku nak cakap masukkan kat dalam buaian...hahhahah..kan lari jauh tu. Satu tempat yang dia suka sebut singapura. Contohnya kalau aku tanye "mak, atih nak pegi mana mak?" "pegi singapura"..spontan ok dia jawap pastu confident plak tue..beberapa saat lepas tu atau kena sergah baru dia sedar salah cakap. Kalau dapat anak yang kurang asam mcm aku nie memang aku sakat kan je..hahahhahhaa...



Ini telah menjadi SEJARAH

29 Mac 2010

Aku yang penat..zzzzzzzzzz..

Sekarang aku tengah lancarkan perang, nasiblah nak meletus perang dunia yang keberapa tapi aku tak berhajat nak mengulas lanjut tentang perang tu..biar wartawan je yang buat keje, ferasan femes budak nie..LOL.


Semalam hari sukan Azri, Fahmi terkecuali sebab sakit mata yang tak surut2 tue. Azri kelewatan sepatutnya dia kena berkumpul sebelum pukul 8, Azri sampai dekat pukul 8.30 kesian dia. Lepas hantar Azri hantar fahmi plak kat rumah mak. Lambat cikit baru aku pegi sekolah tengok azri bawak aqil sorang je. Aqil mcm biasalah melasak tak ingat asyik nak kejar kucing je kejanya. Penat wei, sorang2 plak tu. Dah tak tahan aku balik rumah mak lagi...ingat nak tidurkan aqil dulu, tapi aku pesan kat anak buah(ain) aku kalau azri dah mula sukan tipon aku. Kali kedua aku pegi sekolah sorang2..malas nak bawak aqil. Kesian budak2 yang sukan tu panasnya... Habis je part azri terus aku hangkut azri balik rumah...tak tunggu habis pun sebab mak nak pegi hantar pengantin...sapa nak tengok aqil plak.

Balik rumah tergesa-gesa masak plak, anak2 lapar..kesian. Aku pun dah tahap menggeletar tahan lapar...aduhai sabo jelah. Bukan tak sarapan..ntah hilang selera, makan roti canai sekeping pun tak habis.Kalau dah kat rumah jangan cakap nak rehatlah..takdeh masa nak rehat!. Anak2 semuanya perlukan perhatian...mmmmm..Lagi2 sikunil tue..menguji kesabaran betul. Dengan kerja rumah tak abis2 lagi fuhhhh.
Masak plak gaya macam nie lagilah...waaaaaaaaaa...nangis..tapi pose tetap pose kuang..kuang kuang



Baru nak rehat aqil dah ajak keluar nak main taman. Tapi semalam memang puaslah dia main taman..dari pukul 5.30 sampai pukul 7..hambik ko...ngan aku sekali naik buai best jugak hayun laju2..hilang tensen hahahhah sekali azri nampak "ee..ibu naik buai ye!" feduliklah walaupun dah lanjut usia..hahahhahahha selalunya setengah jam je kat taman tapi sebab ibunya dah jumpa kawan borak tu yang tahan tu. Balik taman je aku nenenkan aqil sekali tengok dah tertidur. Bila aku kejutkan cakap mandi dulu..cepat2 dia bangun..tapi nangis ngan mata terpejam..hahahhahha..Bila dah mandi terus aku suap dia makan, barulah aku tidurkan dia balik. Bila aqil dah tidur barulah aku tenang nak buat apa-apa. Tapi malang aku dah tak terdaya poyo kan?.

Serius aku keletihan, bila malam aku tak boleh tidur. Aku kalau dah letih sangat memang susah nak tidur. Baca novel golek2..pun susah nak tido..bangun tengok tv, takdeh citer yang menarik. Nak gosok baju dah tak larat sangat, nasib baik mak dah tolong gosokkan baju sekolah azri.

Boringkan baca kisah aku yang letih tak abis2..huahuahuahua...

Eh, aku tak merungut, aku tau ini tanggungjawab, cuma aku pun manusia....bukan robot maaaa. Sekarang nie aku rasa mcm melayang-layang...dah 2 cawan whitecoffee aku bedal...mmmm..i need rest!



Ini telah menjadi SEJARAH

26 Mac 2010

Selesai urusan dengan Lancar sekali

Semalam hari yang fuhhhhh..meletihkan.

Walaupun letih, tapi berbaloi-baloi sebab semua urusan dapat diselesaikan dengan jayanya. Moh lah kita check apa yang aku buat semalam.

Pagi macam biasalah sibuk anak-anak nak pegi sekolah. Pastu aku nak hantar aqil pegi check up setahun & ambik imunisasi MMR.. anak dah setahun 2 bulan baru nak pegi ambik. Appointment dah delay 1 bulan lebih..hahahhahhaa..nasib baik tak kena sound ngan nurse. Eh mana mungkin kena marah nurse kat klinik tu baik2 semuanya. Kira aku bernasib baiklah sebab MMR nie selalunya memang fix appointment sebab diorang bukak 1 pack dalamnya ada 10 dos (nurse tu yang bagitau), bila dah bukak memang kena guna semuanya masa aku pegi takdeh yang set appointment untuk cucuk MMR nie, nasib baik ada 1 dos yang single fuhhhhhhhh..lega. Nurse tengok berat aqil statik jer.."Eh, apasal tak naik nie aqil, tak makan ker?"... "eh, makan nurse..banyak". hahahhahha ibu yang confident..padahal bukan aku yang selalu ngadap aqil makan, tapi berdasarkan citer kakak pengasuhlah..."dia nie aktif kot" "memang aktif nurse..takleh duduk diam pun". "oklah kalau camtu". Dah settel semua hantar aqil kat rumah kakak pengasuh. Terus pecut pegi klang plak.

Iya, takdeh apa-apa yang masuk kat perut (tak sarapan lagi) memang mengujakan cacing kat dalam perut nie...hahahaha. Alasanya takut jalan jem padahal masa tu dah pukul 9.30 pagi dah. Pertama kali berurusan ngan KWSP aku suka ngan tagline nya "ANDA KEUTAMAAN KAMI". Print penyata EPF aku, khayalan menjelma jumlah tu kalau masuk saving account nie boleh joli katak nie...hahahhaha...sangat berjalan lancar urusan aku. Jalan laju2 pastu terus pecut nak ke Puchong plak.

Puchong yang pocong betul, 3 kali sesat hahahhahha...pastu kena marah ngan azam. Azam cakap aku jerit2 aku bukan jerit kat dia tapi biasalah suara aku kan kalah petir kat dia nyampah aku dia yang tak pandai jalan, aku plak kena marah cis..pastu aku malas nak layan azam aku baca paper merajuklah konon..pastu tanya aku jugak...carik sendiri!. Akhirnya sampai gak kat tempat yang sepatutnya. Sementara tunggu tu kitaorang pegi makan kat tesco puchong yang pocong tadi, round2 the world kat tesco, tengok ada offer sabun breeze...beli 2 pack, pastu berat nak bawak..hahahhaa...park kete dahlah jauh. Azam jadi mangsa gentlemanlah cikit kasi bini bawak barang ringan2 je. Nasib baik settle dalam masa sejam..fuhhhh lega. OTW balik aku bawak kete halfway sebab azam mengantuk. Aku ngantuk jugak tapi daya juang aku nak terbeliakkan biji mata tinggi, so aku ok je kalau azam huissshh tak berani aku, dia boleh terlelap masa bawak keta. BAHAYA!.

Terus balik rumah. Mak tipon aku cakap on the way...hahhahaha..padahal dah sampai depan pagar rumah, aku ngan azam plan nak tido dulu, baru ambik anak2. Sekali bangun dah pukul 5 ptg...jadinya ambik anak-anak macam waktu aku pegi keje biasalah...hehehhehee...kakak pengasuh pun tak tau aku tak keje...agenda tersembunyi namanya tu.


Budak kena sakit mata..Harap2 dia sorang je yang kena. Amin.amin.amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

24 Mac 2010

Adakah kelihatan seperti baru?


konpius haku.

Masa sambut birthday Aqilah nie ramailah sedara Kakak ipar aku(buat kat rumah nenek kakak ipar). Belah abang aku, aku sekeluarga je yang ada. Segan gak. Mak tak sampai lagi pastu yang lain2 ada hal plak.

Ada satu sedara kakak ipar nie pegi sound pakcik kakak ipar aku "yelah ko mir, belum kawin semua ko ambik kan..tengok besok kalau dah kawin..semua kena ambik sendiri, duduk pun jauh2, ko tengok kat sini mana ada yang duduk sama(laki bini duduk semeja)"...merujuk pada keadaan masa tu pakcik kakak ipar tu mengambilkan makanan untuk tunangnya.. hahahahhahha..... ok,otak dah tak center nampaknya(rujuk pada ayat yang dibina)LOL.

Dah semua pakat gelak, jangan ada yang sentap..nie semua hanya ceriakan suasana je. Aku pun gelak gaklah dengar...sambil mata perati semuanya..eh, memang betul takdeh suami isteri yang duduk semeja..masing-masing duduk ikut naluri hati..hahahhaha..

Tiba-tiba mak kakak ipar menyampuk "eh, sapa cakap takdeh tu adik faizal tu duduk semeja lagi". Eh, aku tak perasan aku duduk semeja ngan azam..hahahhaha..dah semua mata pandang aku ngan azam...malu i.. Pastu sedara tu cakap "dia masih baru"..muahhahahhaha..apakah masih baru?..(dirujuk sebagai baru kawin)...Dia tak tau anak aku dah darjah 2, dan tahun nie usia perkahwinan aku masuk tahun ke9. Alhamdulillah. Mak kakak ipar balas "eh, baru apa dah lamalah" ..hahahhahhaha... aku senyum je.

Terima kasihlah kat Azri & Fahmi sebab pegi main jauh2..merasa ibu & abah jadi pengantin baru hahahhahahha..eh, mana aqil ye?....oh, aqil ngan kakak ain rupanya...patutlah orang suspect pengantin baru...anak takdeh yang jadi handbag. LOL.


Ini telah menjadi SEJARAH

23 Mac 2010

Apa punya aktiviti nie............

Ye, hari ahad yang sangap. Biasalah laki den cuti tak tentu. Aktiviti utamanya tengok tv channel dah tentu 616, 611..takdeh can aku nak tengok melodi . Aktiviti aku apa lagi kejap2 pegi dapur, bukak peti ais..hahahhahha..makan, makan, makan...hahahhahha.

Rumah bersepah tu biasalah dasar pemalas kuang, kuang, kuang. Tengok Azri punyalah sopan dia baring...hish, remote kena ada kat tangan ye, wajib tu. Kadang-kadang siap gaduh ngan aku tu...hahahhaha..serius boring ok, asyik2 ben10, geng bas sekolah, tom & jerry...pastu citernya plak ntah dah ulang berapa juta kali plak.











Tilam kecik tu wajib kat depan tv senang aku nak landing bila nak nenenkan aqil..hihihihi. Kalau aku lipat tilam nie, nanti aqil tarik bentang balik..hahahhahha..dia pun tau. Dengan paper sepah2..sapalah yang baca?.

Aku jarang tidur tengahari & aku menyampah tidur tengahari & aku dengki orang yang tidur tengahari..muhahahhahaha...sebabnya aku tak boleh tidur tengahari, budak2 nie kan mcm tak boleh tengok ibunya nie lelap sekejap. Ibu, nak makan nie bleh, nak minum nie bleh, ibu tolong ambikkan nasi, ibu nak pegi rumah *** bleh..uishhhh..mcm2 tau budak2 nie. stress haku. jadi mcm mana nak lelap?.



Ini telah menjadi SEJARAH

19 Mac 2010

Baru tirai..tapi dah ada yang kena AFUNDI keluar

hahahhaha..
memang tau budak nie, sangap abangnya takdeh...habis diseretnya beg sekolah abang...hishhh..gigih tu walaupun berat.





"kenapa awak-awak semua taknak AFUNDI saya, tengok saya dah terkeluar!". hahahhahhaha

mintak simpati JURI tetap.."tolonglah AFUNDI Masuk"


Hari Rabu kot aku tipon Azri. Aku tanya "abang, rindu ibu tak?" Azri jawab "ntah, takdeh pon." Hati kering betul budak nie tau. Dia tak tau hari pertama diorang takdeh ibunya nie tak boleh tido..hahhahahhaha..rasa kosong plak. Selalu tido penuh satu bilik..nie ibu ngan aqil je.

Tapikan semalam kak yang sms "anak2 ko dah rindu gila ngan ko". hahahhaha...hati kama plak..aku ingat hati kering...muhahahhaha..

Aku pun terus tipon mak "mak, kata budak2 tu tak rindu ibunya". "dah, masing2 termenung jauh dah, bila mak tanye ko kangen ibu ker, ayie cakap iyalah". hahahahahaha..

Sekarang nie diorang tengah naik bas nak balik sini..yeh yeh...hahahhaha..ibu pun rindu gak nie.

Ini telah menjadi SEJARAH

18 Mac 2010

Orang lain dah habis, aku baru nak rasa...

Oh, sale tunggu kedatangan aku!..hohohohoho..

Terima kasihlah pada dia kerana airmatanya rezeki buat kami semua..hahahhahhahhaha..
siap bos cakap "eh, jangan nangis depan saya nanti org ingat saya mengandungkan awak"..
LOL..

Nanti kitaorang belanja mamam ye..yang biasa2 jer tau



Ini telah menjadi SEJARAH

15 Mac 2010

Azam yang tamak anak...

yelah sapa tak sayang anak kan? Memanglah azam nie garang ngan anak-anak (kan motto dia sayang-sayang rotan-rotan). Tapi kalau bab anak2 nak pegi tanpa kitorang, memang dia keberatan ckit.

Kadang-kadang anak2 nak tido rumah mak pun dia bising, lagi2 lah kalau tak minta izin dia..usihhhh boleh jadi gaduh laki bini tahu!. Macam aku nie, selalu ambik mudah....hahahhahah.. ala takat tido rumah nenek kan..apalah salahnya.


Besok anak-anak aku nak ikut mak pegi kedah(umah kak yang). Mak cakap ngan azam minta budak2 tu temankan mak kat dalam bas. Tu pun azam tak bagi jawapan terus, bila dah ada sessi soal jawab ngan aku barulah dia cakap "kalau ibu bagi suka hatilah". play to safe kata org putih...

Aku bukan apa kesian plak kat mak sorang2 kat dalam bas kalau cakap tak bagi melampaulah.

Nampaknya hari yang senyaplah untuk aku 3 4 hari nie..mmmm....Tinggal si kunil tu jelah ngan aku kat rumah nanti......

Ini telah menjadi SEJARAH

13 Mac 2010

Aku yang berat mulut...

Tolonglah percaya.



Azam yang cakap aku berat mulut. Kadang-kadang kan Azam ikut pegi klinik kalau aku check-up kan aqil. Pastu kalau kat klinik niekan ramai ibubapa ngan anak masing2, Azam selalu suruh aku borak ngan mak2 kat klinik tu..hahahhaha...kak nam betul azam.


Ada satu hari tu nampak baby kecik jer, mungkin mak dia bawak nak check up sebulan kot, Kebetulan orang nie berdiri dekat ngan aku. Azam cakap "Eh, kecik je baby dia". Aku pun jenguk pastu senyum kat mak baby tu. Dah tu je aku buat. Azam cakap pegi tanya nape anaknya....hahahahha..aku cakap "malaslah"...Pastu azam membebel....kepochi tau mamat nie...Dia cakap aku nie tak mesralah, tak suka tegur orang..sombong...bla..bla..bla. Menjengkelkan!. at last dia yang tanya..hahahha.. o, baby tu tak cukup bulan tu sebab kecik. Aku dah agak dah.

Sapa cakap perempuan suka jaga tepi kain orang, lelaki pun sama je...lagi kepochi...muhahahahaha..

Dengan jiran2 pun mcm tu gak azam nie rajin menegur org, kalau aku ikut keadaanlah, lagipun selalu kalau terserempak ngan jiran2 tu aku tengah kelam kabut nak cepat..jadi paham2 jelah. Tapi jiran2 aku oklah...Poyo tau azam.

Tapi tulah poyo ker, kepochi ker kak nam ker..I Love u, abang. hahahhaha..bang jangan pengsan bang, saya tau saya tak penah cakap camtu face to face cuma mouth to mouth je..hahahhaha

adik-adik yang bawah umur, sila jangan tiru aksi nie kecuali telah bernikah secara sah.





Ini telah menjadi SEJARAH

12 Mac 2010

Kisah Beli & pindah rumah

Lama dah aku letak kat draf citer nie...aku ingat nak ambik gambar rumah..tapi malas plak nanti org cakap aku riak plak walaupun rumah aku tu rumah kos rendah je..hahahhahaha. so n3 nie tanpa gambarlah...

Nampak sangat tak deh modal nak temberang cite.

Lepas kahwin aku terus duduk rumah mak sebab nak jimat tak jimat pun tambahan plak mak tak bagi keluar rumah tue kalau aku saja-saja nak sewa rumah kalau beli rumah baru mak kasi pindah sebab mak cakap membazir je rumah mak pun kosong masa tu adik aku masih belajar, abang aku pulak belum kahwin.

Azam tak keberatan nak tinggal serumah dengan keluarga aku. Sebelum nie memang dia sewa rumah dekat banting tapi jauh sangat pulak aku nak pergi kerja dari banting ke port klang. Jadi angkutlah segala barang-barang dia pindah dalam rumah mak aku. Takdeh lah banyak sangat, takat peti ais, rak pinggan, almari perhiasan dan bermacam-macam lagi .hahahahahaha skema tak?

Seperti yang sedia maklum maklumlah sangat, 3 bulan kahwin aku pun mengandung, masa nielah aku & azam meninjau-ninjau rumah yang mampu milik dengan kawasan yang startegik. Sampai bila nak menumpang kan? teringin gak nak main kejar-kejar ngan azam kahkahkah hidup berdikari sendiri. Tapi masa tu apa yang aku pikir..janji ada rumah. Satu hari tue, azam balik kerja dia cakap kawan dia bagitau ada projek perumahan baru buka, booking kene bayar 2 ribu kalau tak silap aku.huhuhuhuhu.. Alamak mana nak cekau duit 2 ribu, kesiankan 2 ribu pun tarak. Biasalah baru kahwin duit dah banyak habis kena susun balik kewangan. ok, seribu bleh korek tabungan..lagi seribu tu azam pinjam kawan dia( arwah kak zuri) baik gila kakak nie..arwah kak zuri cakap pulangkanlah bila-bila sebab dia pun bukan pakai duit tue...tapi alhamdulillah azam dah langsaikan hutang tu bila dapat balik legal fee.

Sementara tu kitaorang masih jugak tercari-cari rumah yang lain gak, mana tau ada yang lebih berkenan kat hati. Cari rumah dah siap mahal nak mampus terima hakikat tak mampu.



Bila projek nak jalan kitaorang kena bayar downpayment 10%, yang nie takdeh masalah boleh keluarkan epf. Rumah tu atas nama azam sebab azam nak apply subsidi interest daripada tempat kerja dia. Masa sign agreement kitaorang pilih sendiri rumah nombor berapa kitaorang nak sebab kebetulan masa tu tak ramai lagi yang nak beli rumah kat sini, aku orang kedua yang booking jadi aku pilih depan taman permainan rumah kedua dari tepi. Lepas dah uruskan semua tu, kira jadilah..dah takdeh nak cari rumah lain. Cuma masa nie risau pemaju kelentong je, takut projek tak jalan.



Rumah teres setingkat 4 bilik dengan 2 bilik air, cukuplah untuk keluarga aku. Masa mula aku tengok pelan rumah tu, mcm pelik cikit sebab bilik air kat tengah-tengah..ntah apa-apa ntah...aku ingat bila dah duduk nak renovate kasi tukar kat dapur. Tapi bila dah duduk eh, oklah plak bilik air kat tengah-tengah(klu tetamu nak tumpang bilik air takdehlah diorang terjah dapur aku)..kata orang tak kenal maka tak cinta gitu. Rumah ni kan depan taman permainan senang nak tengok anak-anak main, selak langsir & pintu luas-luas boleh tengok dari dalam rumah aje. Kalau bernasib baik bernasib baik katanya ada jiran-jiran yang duduk kat taman boleh bergosip hal elwal semasa gosip pasal jiran nie tak tegur jiran tu, kak nam jugak aku nie, tapi aku dengar je sebab bukan aku yang gaduh hahahhahaha.

Tempoh projek siap 2 tahun jer, kalau lambat pemaju kene bayar denda. Pendekkan cerite memang siap dalam masa 2 tahun. Oh, sangat teruja nak duduk rumah sendiri. Sebab aku duduk dengan mak jadi aku takdeh barang-barang asas macam dapur gas + tong gas, mesin basuh, tv + rak, meja makan, sofa, karpet..hushh ..banyaklah..ngan langsir lagi. Dari besar-besar benda sampailah benda-benda kecik macam sudu, senduk , penyepit baju semuanya nak kene beli. Aku tak buat apa-apa ubahsuai pun. Kabinet dapur pun aku tak buat aku beli yang siap kat kedai perabut, singki pun pakai singki yang ade je. Kalau nak buat kabinet dapur kena sediakan duit dalam 4-5 ribu tu pun yang biasa je. Duit yang ada aku nak belikan barang-barang asas dulu. Memang masa tu kalau masuk rumah aku, memang betul-betul macam orang yang baru nak belajar hidup berkeluargalah..takdeh meja makan, sofa kiranya rumah yang paling simplelah. Tapi masa tu aku dah happy sangat dah, barulah aku boleh masak cara aku, kemas rumah cara aku, layan anak + suami cara aku, tanam bunga yang sekarang bunga-bunganya mcm nak mati semuanya. Eh, sapa nak pasu bunga bolehlah datang rumah aku ada banyak Azam cakap dah boleh bukak nursery bunga dah...hahahhaha..Biasalah pindah rumah dulu mcm poyo2 je nak tanam bunga sekali tu banyak yang mati..huahuahua..tu yang banyak pasu terbiar tu.



Bila nak pindah benda penting yang kena buat pasang gril, lampu kipas semua. Ada cerita sedih masa ni sebab kene tipu dengan saudara sendiri. Kecewa sungguh. Tapi takpehlah aku halalkan dunia akhirat.walaupun kadang-kadang bila teringat jadi bahan gosip terhangat hahahahaha.



Kata orang pelan-pelan kayuh. Alhamdulillah sekarang rumah aku dah fully furniture dah. Cuma mesin lipat kain jer takdeh lagi..hahahhahaha..azam cakap kalau ada dah lama dia beli sebab kalau seminggu aku tak lipat kain susah dia nak cari spender..hahahahahha..kira ok seminggu, kadang-kadang tu dekat 2 minggu



Sekarang dah hampir 5 tahun kot aku duduk kat rumah tu. Aku seronok tinggal kat sini, jiran-jiran ok walaupun jarang-jarang jumpa. Terutama jiran india belakang rumah aku tu selalu bagi makanan, penah dia bagi aku ubi kayu..bila aku goreng lembut ubinya..mmmmm sedap betul. Tapikan aku tak tau nama jiran aku tu hahahhahahha...keji tak? dan aku pasti dia pun tak tau nama aku sebab dia tak pernah tanya pun..huhuhuhuhuhu...selalu dia panggil aku "adikkkkkkkkkk, lama tarak nampak..ada baik ka?"...hahahahahahhaa. Satu malayisa tak?. Jiran kanan kiri aku melayu, pun ok. Jiran sebelah aku lagi best kalau ada daun2 kering dok parking kat depan rumah aku dia tak berkira sapukan sekali, dulu masa mula-mula aku ingat rumah aku ada puteri bunian hahahhaha..iyalah asal aku kumpul kat depan rumah daun2 kering tu mesti hilang. Jadi suspect jiran akulah yang tolong sapukan sebab dia je yang rajin sapu2 sampah. Kalau raya memang tawaflah ke rumah jiran-jiran ni, meriah!.Agak-agak kalau aku nak beli rumah lagi (insyallah kalau ada rezeki) dan pindah dari sini mesti aku rasa keberatan.



hujung catatan: sedih tv lcd aku kena sambar petir berjemaah ngan astro sekali..uwaaaaaaaa. Dugaan. repair lcd tu mahal dah macam boleh beli baru..ingat kalau ada rezeki aku nak beli yang 42'' lah.


Ini telah menjadi SEJARAH


11 Mac 2010

Batu belah batu bertangkup, telanlah aku makanlah aku, aku kempunan...

nak mandi kolam..




hahahahahaha..sekali beli kecik pulak kolam nie, aku ingat nak berjemaah sekali ngan budak2 nie...mmmm...melepas den. Aku ingat aku sorang jer yang kempunan rupanya Azam pun sama, sekali dia bangun tido tengok.."Lah, apasal kolamnya kecik..tak blehlah nak berendam sekali".


Sukalah budak2 nie, aku nak lelapkan mata sekejap pun tak boleh..asyik tanya je bila nak mandi kolam..20 kali tanya, rimas aku.

subjek terpaksa dihitamkan sebab keseksaan melampau..hahahaha..


dah tak pandang kiri kanan dah, suruh pandang camera pun seksa...



kasihnya abang....penyayang jugak ko ye bang..




campak mainan ckit kat dalam tu...lagi lekalah..





happy time..




usihhh..aqil cover ckit hidung tu...hahahhahaha..



Azam tak puashati dia cakap nak cari yang lagi besar kolam tu. lantaklah labu. Oh, air tu aku tak buang begitu saja( tak baik membazir air tengah2 cuaca panas nie) aku suruh Azri & Fahmi siram pokok bunga. Penjimatan berganda.


Ini telah menjadi SEJARAH

Walaupun berat terpaksa juga aku menambah..

kete biasa-biasa je..nilah yang termampu..



Hutang.
Semalam azam sms aku


besok ibu nak bawa kete baru ker


ntah tak taulah malu nak bawak


bawaklah nanti takdeh yang kata "kete akak buruk"..


hahahhahha aku tak sangka azam ingat kes nie (bukan aku citer kat dia tapi dia terbaca blog aku nie)


Azam sampai rumah dekat pukul 11 mlm, sempat aku masakkan dia tomyam seperiuk, dah dia cakap tak makan lagi..kesian plak. Dah laki bini mengadap tomyam seperiuk tengah2 malam.pastu sakit perut..mulut pun pijar. Sengal.


Sampai je, azam suruh aku bawak keliling taman..hahhahahha..macam batak je. Nasib baik malam dah, takdehlah org nampak. Jakun seh, kena belajar jugak sebab dia takdeh hand break dia ada leg break ker foot break. hahahhahahah....


Tu pun azam pesan banyak kali.."hati-hati bu kete nie besar...nanti nak masuk rumah mak tengok betul2"...hahahhahahha..takut sangat dia tapi memang patut pun dia pesan sebab bini dia nie..kalau bawak kereta hantam keromo je. Janji jalan.


Takdehlah besar sangat pun kete tu, sajelah azam..sebab selama nie bawak kete 5 tempat duduk sekarang...lebih ckit. Yang paling best anak-anak bangun pagi je dia pelik tengok azam bawak kete lagi satu..bila dia jenguk."ibu kete sapa nie".... "ntah org salah parking kot"..hahahha.."cakaplah betul2 bu, nie kete kitakan?".. "iyalah".

Aqil boleh plak takut nak naik..nangis mcm kena pukul, terpaksa dia duduk kat sebelah aku. Citer ngan kakak pengasuh dia cakap "aqil kan batak"..hahahhaha..kurang asam betul kakak pengasuh batakkan anak aku..hahahhaha..iyalah mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke______(sila isikan).

Kereta lama tu dah tua sangat, tapi banyak berjasa ngan aku sekelurga. Dah tak larat dah azam nak betulkan sebab bila rosak harga repair boleh bayar installment kete baru dah. Lagi pun kampung kitaorang jauh..nun kat perak sana, jadi kalau bila2 nak balik taklah risau. Harap-harap aku & azam boleh lunaskan hutang yang bertambah nie.Amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

10 Mac 2010

Ini cerita susah nak terang kat budak 8 tahun

Ahad yang lalu, lepas sembahyang maghrib..eh, lepas mengaji ngan azam ntah macam mana azam tiba-tiba cerita Kisah Nabi Adam. Anak-anak tekun mendengar.



"Nabi Adam nie Allah jadikan daripada tanah dan dia duduk kat syurga...bla..bla..bla"



"Jadi kita nie daripada tanahlah ye, kalau daripada tanah patutnya kalau orang tumbuk kita boleh tembus"..hahahhahahha..fengsan mak...ko pikir nie cerita spiderman ker..yang ada orang pasir tu...



"asal manusialah...dari tanah, mula-mula Allah jadikan manusia tapi kita bukan dari tanah" konpius tak?


"abis tu kita nie jadi dari apa?""



"sperma dengan o..."..ha ambik ko...aku punya jawapan tak cover2..dah..LOL.



"ha'ah sperma". tambah azam plak



"sperma tu apa?"


"benih"..hahahahha..mcm benih nak tanam pokok je..


"benih tu apa?"...



sudah budak nie, susah nak terangkan...eh bukan susahlah cuma tak tau cara yang betul nak terangkan kat budak 8 tahun nie...



Ini telah menjadi SEJARAH

04 Mac 2010

Borak-borak dengan mak

Aku tak ingat bila, tapi masa tu time cuti kot. Cerita punya cerita tercerita pasal suami sepupu aku yang sakit. Aku tak berapa pasti sakit apa tapi kalau penyakit sekarang nie biasanya darah tinggi(strok) kencing manis je. Umur dalam 60an(mungkin). Memang tak sangka. Dulu sihat bila kena timpa sakit mcm nie, suami sepupu aku sampai hilang ingatan..dah mcm baby dah...semua kena orang uruskan. Kalau dibiarkan kat satu2 tempat tu kat situ jelah dia. Sampai satu masa tu dia buat benda yang ..mmmmmm...nak citer pun kesian...

Mak cakap dulu arwah abah pun sakit sampai hilang ingatan gak(kuman dah menyerang bahagian otak), tapi arwah abah tak ingat keadaan dia masa tu je, yang dia ingat zaman silam2 dia. Mula-mula aku dengar mak citer aku ketawa. Mana tak ketawa. Mak aku tidor kat bawah katil hospital arwah abah pegi ambik air dia siram mak aku, dah habis basah mak aku..tempat tido pun basah...masa tu orang kat wad tu semua gelakkan mak aku. Lepas tu kicap org sebelah diambiknya bila tanya kenapa ambik kicap orang arwah abah cakap "nak bawak balik adik(aku) ngan abang(abang ayeng) nak makan nasi ngan kicap". kot iya pun tak kan ambik orang punya. Ada satu hari tu arwah abah marah mak sebab tak bawak lampu suluh(arwah abah panggil bateri) sebab nanti nak balik macam mana, lalu kat bawah pokok kopi kan gelap. Padahal masa tu arwah abah kat Hospital. Mak plak layan je.

Kadang-kadang dia tanya sepupu aku bila mak tanya kenapa, arwah abah cakap nak suruh sepupu aku pegi cabut keladi kat kebun sebab dia nak goreng..huhuhuhu. Semua yang dia teringat masatu adalah waktu sebelum dia sakit. Dia teringat nak belikan aku & abang ayeng mee goreng kat kedai sekak(kedai kopi yang selalu dia pegi). Masa citer nie mak menangis mak cakap "sedih kak kalau teringat kat abah masa tu". Aduh, cepat2 aku tukar tajuk takut aku pun akan menangis sama dan aku rasa aku nak sambung balik citer ABAH & KANSER. Insyaallah.


Ini telah menjadi SEJARAH

02 Mac 2010

hari nie aku nak jadi chef..!

Bila dah banyak kali kena masak menda alah nie jadi aku perasan aku dah CHEF...LOL.

Kebetulan masaknya pun senang, jadi sajalah kongsi resepi nie terutamanya untuk kak azwa yang tanya resepi nie 6 bulan lepas ...hihihihihi..


Azri suka sangat Sizzling yee mee, selalunya dialah yang minta aku buat. Bulan lepas jer seminggu 2 kali aku masak. Semalam dia minta lagi sekali, tapi aku tak boleh nak masak sebab bahan2 tak cukup. Belum pegi belanja lagi untuk bulan nie..




Bahan-bahan :-

-bawang putih
-halia
-cili kering
-minyak utk menumis
-kicap pekat
-kicap manis
-sos tiram
-garam

-tepung jagung
-cendawan shitake
-ayam
-yee mee



bawang putih, halia & cili kering di kisar. Lepas tu tumis sampai naik bau. Kalau ikutkan sebenarnya ketuk2 jer halia ngan bawang putih pastu cili kering dipotong pendek2 pun boleh tapi disebabkan aku nie tak suka ada 'sampah sarap' dalam kuah jadi aku lebih suka kisar semuanya.



Bila dah naik bau tu masukkan ayam yang dipotong kecik-kecik, letaklah air ikut firasat.


nie salah satu cara bila bahan tak cukup, belasah je apa yang ada. Nie bukan cendawan shitake, nie cendawan butang dalam tin. Lepas masukkan ayam masukkan cendawan plak. Nak letak lobak pun boleh. sedap gak.


lepas tu bolehlah bubuh kicap pekat, kicap manis & sos tiram..banyak mana tu bergantung pada rasanya & rupanya. Masa mula-mula aku masak benda nie aku bayangkan sizzling yee mee yang selalu aku makan sebab masa kawan aku bagi resepi nie dia cakap pun mana yang dia ingat je...jadi aku belasah jerlah janji rasanya boleh diterima akal. Tak sangka plak jadi kegemaran seisi keluarga..hihihihi.
biarkanlah sampai mendidih & ayam tu empuk, sambil2 tu boleh adjust rasanya..kalau tak masin bubuhlah garam..kalau nak pedas boleh bubuh laba hitam sikit..kalau tak makan ngan ciliapi potong2 lagi sedap..

yee mee nie plak rendam ngan air panas sekejap mcm celur mee kuning. Ada orang suka makan yee mee nie rasa keras2 cikit..terpulangkah ikut citarasa masing-masing. Kalau ikutkan kuah sizzling tu tak panas mcm kat hot plate jadi eloklah lembut sikit yee mee tu.

sekarang siap dihidang dan boleh di ngap..sebelum tu bacalah doa makan dulu. Oh lupa plak nak pekatkan kuah bancuhkan tepung jagung pastu masukkanlah kat kuah masa tengah mendidih.


nyum,nyum..SEDAP..SELAMAT MENCUBA!




Ini telah menjadi SEJARAH