23 Februari 2010

sapa nak ikut aqil naik vrrrooomm2..& citer kawin azri.

Aktiviti paling digemari. Kakak Pengasuh (aku singkatkan jadi KP lah) kalau waktu sekolah dia buat aiskrim malaysia lepas tu KP akan hantar dekat kedai depan sekolah jadi rutin hariannya dalam pukul 10 pagi KP siap2 nak hantar aiskrim aqil pun standby. KP cakap kalau dia hantar aiskrim hari isnin, sampai kat kedai tu aqil nangis sebab motor dah berenti..hahahhaha..kedai tu dekat je ngan rumah KP. Maksudnya dia tak puas naik motor, tapi hari selasa dan seterusnya aqil dah paham dah..jadi dia tak nangis..hihihihi..geram tak tengok budak tecit nie.





Sekarang dia dah pandai tunjuk protes gaya superman..sekali tengok macam oh bijaknya budak nie dah pandai tunjukkan ekspresi perasaan tapi 2 3 kali tengok rasa nak waachhaa...muhahahaaha.





2 3 hari nie aqil kurang sihat demam & batuk. Demam sebab jatuh tercampak keluar kereta tapi kete berhentilah tak pasal2 aku kena marah dengan azam & mak. Aku bukan sengaja :) Batuk sebab berjangkit ngan Azri. Semalam azam bawak pegi klinik. Doc cakap dia suka tengok badan aqil. Doc cakap bagus orang yang jaga aqil sebab bagi makanan sesuai kat aqil. Setakat nie memang aku akui, aku puashati KP yang jaga aqil. Tak payah risau anak aku tak cukup makan, terlebih makan adalah. Susu hanya masa nak tidur saje. Kalau kat rumah mesti kena ada biskut/cekodok/nuget sebab kadang-kadang aqil pegi jenguk meja makan sambil cakap"mum, mum". maknanya dia nak makan sesuatulah tu.


Patutnya aqil dah cucuk setahun dah, tapi saja aku delay kan sebab kalau boleh aku nak ambik cuti masa nak cucuk dia nanti, bulan 2 niekan banyak cuti umum macam tak sedap pulak nak minta AL. Aku ingat nak ambik AL bulan depan jelah. Bukan apa kalau cucuk setahun nie kan kebarangkalian untuk demam ada jadi aku nak monitor sendirilah baru puashati.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nie pulak kisah azri

Masa cuti sekolah panjang bulan 12 tahun lepas aku buat aiskrim malaysia, sajelah buat makan-makan sendiri. Azri cakap dia nak jual kat kawan2 dia, pastu duitnya dia nak simpan kat bank. Dia siap warning aku jangan ambik duit dia kat bank tue..nak tau tak sebab apa dia tak bagi ambik duit dia kat bank?

"Yelah, nanti kalau dah kawin bini nak beli rumah miskinlah abang"..

hahahahahaha..tak boleh blah langsung. Bolehnya dia terpikir sampai macam tu sekali, advance 20 tahun tuuuu..

"tu sebab kena cari bini macam ibu nie, tolong suami"

muhahahahahha..up diri sendiri. takpeh ibu jadi idola anak.

"kumpullah duit sendiri, duit tu ibu yang tolong simpankan untuk abang kalau abang nak masuk u nanti senang dah ada duit".

Hari ahad lepas, Azri baru lepas mandi tiba-tiba dia tanye soalan

"ibu...., ibu rasakan kalau abg kawin, bini abang ada anak tak?"..

hahahhahaha..apa punya soalan nie....

"ntah"

"ala, teka jelah"

"ntahlah tak tau"

"ala, orang suruh teka je"

"tak taulah, abang nak kawin ker? kena sunat dulu"

kawin nak sunat tak nak...apa da. Apa ntah yang dipikir ngan budak 8 tahun belum cukup nie. hihiihihihi..macam-macam pe'el anak-anak nie.

Ini telah menjadi SEJARAH

20 Februari 2010

Picnic jom..erk, tapi aku tak tau nie kat mana

Hari Ahad jumpa kak ida kat rumah orang kawin pastu dia cakap "dik jom pegi picnic, nak?". Aku ingat pegi kat kelanang. Rupa-rupanya ain teringin nak mandi sungai. Azam plak kena keje hari isnin tu tapi keje malam. Bincang punya bincang bincang kat rumah org kawin..wahahhahaha tak bleh blah langsung oklah setuju tapi tak boleh lama sangatlah.

Malam tu kak ida tipon untuk confrim kan. Kak ida cakap dia bawak nasi lemak pastu aku cakap aku bawak diri jelah ye..hahahhahaha.Ingat besok pagi nak beli jerlah sekali tu banyak gerai tutup plak. Jadi memang betullah aku bawak diri je. eh, aku bawak pinggan polisterin ngan air mineral je.

Jauh gak tempatnya yang aku tau area hulu langat. Aku ngan azam nie buta jalan..hahahhahaha..follow je abang majid daripada rumah sampailah kat sungai nie..agak-agak kalau abang majid terjun lombang pun aku ngan azam ter ikut sekali..LOL. Pastu kalau ada yang halang pandangan ke kete abang majid masing-masing gelabah. Kang kalau tertinggal mau kitaorang sampai kat thailand sesatnya...hahahhahaha.Jalan jem kat sini nasib baik bawak kete atih(auto) kalau tak, mau ada yang parkinson tang lutut je...huahuahua.

nie baru sampai, bertolak pukul 8.30pagi sampai dekat pukul....tak ingatlah tapi masing-masing dah kelaparan..
lepas memenuhkan perut apalagi berendamlah..aqil takut air...sejuk kot.
kak ida mula-mula macam taknak mandi sekali tu taknak bangun dah..tak percaya tengok gambar2 lain kat bawah..statik kat situ je..muhahahhaa..
abang majid buat empangan..susun-susun batu..sekali air deras habis ranap..hahahahhaa..








aku tak mandi sangat sebab budak tecit nie takut air..frust aku...bila dia ngan azam nampak aku nak berendam dia nangis..tak tenang aku.
Nasib baik abg majid & kak ida ajak pegi picnic kalau tak aku dah plan nak beli kolam suruh anak2 picnic depan rumah je..hahahahhaha..

Apa yang penting kerjasama, apa yang penting kerjasama..no no no..Apa yang penting anak-anak HAPPY.



Ini telah menjadi SEJARAH

19 Februari 2010

Rasa nak pelempang jer tau..budak-budak nie..

Rasa je belum lempang lagi..coming soon kot. hahahhahaha

Semalam balik rumah hujan lebat dengan angin yang menggila habis pasu bunga aku tumbang nasib baik tak pecah kalau tak satu hal plak.


Bila hujan camtu anak-anak aku(azri & fahmi) fobia jadi penakut ya amat. Nak jadikan cerita diorang makan roti pastu nak buang plastik roti tu kat dapur takut. Aku minta azri temankan fahmi. Azri malas nak layan adiknya. Aku nie dah memang berat bontot nak bangun. Rumah yang berkangkang kera camtu pun takut ntah apa-apa ntah.


Aku suruh aqil pegi temankan Fahmi..hahahhaha."aqil pegi ikut abang fahmi pegi dapur". Budak tecit niekan memang suka mengekor orang. Aqil pun bangun pegi ikut Fahmi dari belakang. Fahmi Kejap-kejap pandang belakang tengok aqil temankan dia tak. Tapi tulah budak kecik nie pun boleh tahan sampai separuh jalan dia patah balik..LOL..mencicit fahmi lari patah balik jugak tak jadi buang sampah.

Paksa Azri temankan fahmi pastu sampai kat depan bilik diorang patah balik "ko nampak tak dik, ada pocongkan?". Aku kat depan dengar menyirap je..sebab aku pun takut..hahahahhaha..
"ibu, temankan lah kitaorang bu, pastu ibu tutup pintu bilik tue." . Dengan machonya aku cakap "mana ada hantu, hish tak nampak tu baju yang tergantung". "bukan kat situlah kat tepi nie ha, mana ada apa2 kat situ". Sabo je aku. "takdeh hantu kat sini, hantu pun takut ngan korang".hahahhaha..bengang je budak2 tue.

Aku suruh anak-anak sembahyang maghrib "hantu tak suka org yang sembahyang". Tak pasal-pasal rumah aku terang bendarang..habis semua lampu aku pasang..hahahhaha..Almaklumlah azam keje malam..aku anak-beranak je kat rumah. Aku nie takutlah jugak cuma depan anak-anak maruah kena jaga..muhahhahahhaha.


Ini telah menjadi SEJARAH

18 Februari 2010

Kesempatan?

oh, TIDAK!.

Berbual dengan azam di talipon dan diakhir bualan aku titipkan pesanan "tolong sidaikan kain ye". Lepas letak talipon tiba-tiba kedengaran "ambik kesempatan ye". "kesempatan? mana ada tu tolong menolong dalam rumahtangga tahu". "habis tu cakap bukan main pelan". hahahhahaha obvious sangat ker?. Dah mananya minta tolong kenalah cakap molek-molek kan?. Kalau minta tolong tapi cakap macam mak tiri tu bukan minta tolong dah namanya tu minta pelempang...muhahahhahaha..

Tak jatuh martabat seorang suami bila tolong ringankan bebanan kerja rumah seorang isteri macam seorang isteri tolong suami kurangkan bebanan mencari nafkah.

Ini telah menjadi SEJARAH

10 Februari 2010

Cara-cara membawa diri bila kehendak tak dituruti dan penyeludupan diri sendiri.

Dekat area rumah aku nie ada macam-macam orang jual barangan naik kenderaan yang paling glem sekali orang jual aiskrim naik motor. Ahad lepas, fahmi nak beli aiskrim tapi aku tak layan..hahahahaha..malas nak bangun ambik duit, dia merajuk sambil jerit kat aku "tak balik lagi kat rumah nie!". ok, baiklah kalau tak nak balik, aku gelak je. Sekali azri balik dari taman, dia cakap fahmi tido kat kerusi siap pakai helmet. Apakejadah nya tido pakai helmet, aku belum tengok tapi dah ketawa terbahak-bahak ngan azri.LOL. Ambik kamera, terus snap. Ginilah budak merajuk tu.


Depan rumah pun macam stor, belum tengok dalam rumah fengsan....



Sekali bila aku zoom dia tersedar pulak. Apalagi bertambah mengamuklah dia..huahuahua.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Nie, Masa kat balik kampung masa cuti thaipusam, cara-cara nak seludup diri sendiri. LOL. Habis semuanya dia punggah sebab dia nak masuk kat dalam tu. Tarik napas aku...Fuhhhhh.




Ini telah menjadi SEJARAH

04 Februari 2010

Bila cerita perihal anak akan mengundang pelbagai emosi

Geram, marah, mencuit hati, sebak, sayang, rindu, kesian...semuanya jadi satu. Kiranya aku jatuh cinta pun tak sehebat perasaan jadi ibu.

Aku boleh jadi gila agaknya andai anak-anak 'pergi jauh' dari aku. ok, aku taknak bayangkan.

Dulu aku selalu pertikaikan tindakan mak bila aku rasa mak lebihkan adik-beradik aku yang lain. Mak cakap mak layan anak-anak semuanya sama saja tak ada beza pun. Bila aku ada anak lebih dari satu, baru aku tahu kenapa layanan mak berbeza setiap anak. Rupa-rupanya setiap anak mempunyai karakter yang berbeza, dah tentunya layanan pun kena berbeza walaupun sedarah sedaging dan keluar dari perut yang sama. Sebenarnya tak ada istilah pilih kasih. Tapi mak aku lagi hebat anak yang bukan lahir dari perut dia pun dia tak pernah nak beza-bezakan.

Sekarang ni anak-anak aku tengah membesar dan karektar diorang makin terserlah. Dan ada perangai diorang ni yang boleh dikatakan mengikut perangai aku & azam. Azri perangainya lebih kepada azam. Azri tu umpama refleksi azam bila dia berdiri dekat cermin. Orangnya serius, buat benda dengan penuh kesabaran..slow motion. hahahhahahhaha..jiwa mudah tersentuh, sensitiflah kata orang. Fahmi pulak lebih kepada aku. Budak suka buat lawak, happy go lucky, gopoh, tak sabar eh, apasal semua negatif nie..hahahahhaha. Aqil plak tak boleh nak citer lagi sebab masih terlalu awal.


Susah rupanya nak didik anak ni. Aku ingat dulu mak kalau marah dia cakap"nasib baik mulut mak nie Allah yang buat kalau tak tak lama hancur"..huhuhuhuhuhu..sebab asik membebel aje. Sekarang ni aku plak rasa ..huahuahuahua.. betapa sakitnya hati bila anak dah pandai menjawab bila dimarah, kena plak balik kerja dah penat..anak-anak leka main, ajak balik rumah buat derk je..hangin2.


Agaknya lumrah besarkan budak lelaki memang macam nie agaknya, kena pulak jarak kelahiran tak jauh sebab aku tengok dulu makcik aku & sepupu aku yang ada anak lelaki macam aku nie..anak-anak diorang kalau gaduh...hahahahahaha tengok pun takut. Mak-maknya relaks & pasrah je ibaratnya..gaduhlah, gaduhlah sampai lebam. muhahahahaha. Tapi kalau tengah angin baik, ya ampunnnnn..kita tengok pun macam? makan bersuap-suap, tolong ambikkan baju, peluk-peluk, kalau tengah makan yang sorang lagi tak sempat makan tolong simpankan, tak ke kagum tengok.

Hasil pemerhatian aku anak-anak nie kalau kita keras anak pun ikut keras tapi kalau kita guna pendekatan cara lembut anak pun lembut. Cuma ada masa-masanya yang perlukan power macam power rangers:).

Semoga Allah kurniakan aku kesabaran yang paling tinggi untuk didik anak-anak aku. Amin.Amin.Amin.

Ini telah menjadi SEJARAH