28 Januari 2010

Sengal tak dua beradik nie?

----- Original Message -----
From:
Fariza
To:
'siti fadila'
Sent: Thursday, January 28, 2010 10:23 AM
Subject: puasa

Aku tak jadi puasalah..
Hahahhahah…
Aku dah sarapan..
Tak syok plak pagi tadi terjilat hotdog aqil..
hahahhahah


If this email is not spam, click here to submit the signatures to FortiGuard - AntiSpam Service.
From: siti fadila
To: kak ijah
Sent: Thursday, January 28, 2010 10:47 AM
Subject: RE: puasa

HAHAHA aku pn...
br smgt nk puasa ade reject kt saXsXXg port..
hangin aku....dh mkn pn...i need energy..hahahha


Thank You And Best Regards
Siti Fadila Miskam
QA/QC Dept,
EXXXX M Sdn Bhd
03 XXXXXX Ext 2XXXXX

Mak tipon tadi tanya aku puasa tak, aku cakap tak puasa. Hahahahahha..keji gila iyok-iyok an je. Pastu aku cakap atih pun tak puasa aku taknak puasalah..muhahahhahah..salahkan orang. Biasalah anak mak kan poyo-poyo semuanya :)

Sambutan secara kecil-kecilan

Aqil cakap "ibu abah yang lebih-lebih, aqil mana pandai minta nak makan apa hehehehe..ibu ajak acik atih ngan nenek selalu kalau keluar ngan nenek mesti nenek yang kena jadi bbsitter. makan pizza je."

nenek rela hati nak bawak aqil


masa untuk potong kek. Aqil suka kek ni. Mula-mula nak beli sebijik besar, tapi ntahlah last minit tukar plan beli slide mane nie je (4 ketul). Macam tajuk n3 ni. Kek nie acik atih belanja dengan paksa hahahahha


makan time!






Tertewas sudah. Lepas potong kek aqil dah merengek-rengek nak tido. Nenek dukung aqil bawak pusing-pusing. Sekali tengok dah tido dah.

turn nenek plak makan, ibu takeover aqil.

ni masa nak balik dah..Aqil tido kejap je walaupun tido kejap takdehnya dia nak bising. Suka bukan main macam jj tu ibu dia yang punya.



balik rumah sambung main kat taman. Paksa abah bawak aqil pegi taman sebab ibu nak tengok kartun the barbie & 3 musketeers.hahahahhaha..

aqil dah expert dah main kat taman nie, lagi-lagi kalau naik buai suka sampai tak nak turun.



eee, malu nampak pusat iya!


Ini telah menjadi SEJARAH

21 Januari 2010

Alhamdulillah, setahun sudah (patutnya publish semalam)


Hari ini genaplah setahun kelahiran Muhammad Aqil (20/01/2010), maknanya hari ini birthday aqil yang pertama. Semenjak nak masuk setahun ni macam-macam perangai yang dia tunjuk..makin panjang akalnya, faham apa yang orang cakap dan paling tak tahan dah pandai protes kalau kehendaknya tak dituruti kecik lagi ibu kasi can.

Semalam dia nak pakai beg kecik dia, walaupun beg tu berat gigih jugak dia nak sandang kat belakang badan dia..hasilnya bila jalan nak kebelakang, kena plak jalan kat lantai rumah nenek yang tak rata ..hahahhahahah.. orang jalan ke depan dia berundur ke belakang sampai kepala terhantuk kipas bila orang nak ambik beg kecik tu, menangis dia ..hahahahaha.. macam-macamlah. Lagi satu kalau dah pakai kasut janganlah sapa-sapa nak tanggalkan boleh mengamuk dia ...hahahhaha.. tidur pun pakai kasut.

Cerita 2 hari lepas paling tak tahan. Dia boleh buat ulang tayang cara-cara dia jatuh tergolek secara slow motion ....hahahhahah.. cute gila. Jalan pun dah laju dah. Tengah pikir nie nak sambut first birhtday dia macam mana...mmmmm.

Apa pun ibu bahagia dengan kehadiran Aqil. SELAMAT HARI LAHIR AQIL. Semoga diberi kesihatan, murah rezeki & jadi anak yang soleh.AMIN.

11 Januari 2010

"ibu, aqil pun nak pegi sekool"


"nanti, abah pakaikan aqil kasut"..dah tak sabar-sabar nak keluar

"cak, hihihihihi"

"ibu, jom hantar aqil pegi sekool"


"meh, ibu pakaikan topi dulu kat luar panas sangat"

" pegang jari ibu baru jalan stabil ckit"..

"eh, aqil nak pegi mana tu"

"ibu, ada meowlah, aqil nak pegi tengok kejap"

"la, ibu rupanya yang tiru bunyi meow, sebijik macam bunyi meow"..


Kelakar tengok aqil bawa beg..haahahhahhaha.. Beg tu berat, dalamnya ada baju, pampers, bedak, wet tissue..bila aqil bawa dia jalan nak jatuh kebelakang. Aku & azam tukang gelak, aqil selamba je.

Bahana gelakkan anak, sekali balik tengok pintu pagar ternganga. Ibaratnya macam nak sedekahkan jer motor kat dalam rumah tu. Boleh tak perasan. Macam biasalah bila jadi macam tu, azam salahkan aku, aku salahkan azam...gaduh tu penting dalam perhubungan rumahtangga..muhahahahhahaha..

Ini telah menjadi SEJARAH

08 Januari 2010

Sambungan Aktiviti empat januari dua ribu sepuluh (5/1/2010)

*hahahahhaha..sewel aku nie salah tulis tajuk, ok aku dah betulkan.*

Hari kedua nie aku cuti lagi, tapi aku tak ikut hantar anak-anak ke sekolah takut terlambat lagi. Azam hantar anak-anak naik motor je. Bila anak-anak dah pegi sekolah je aku & aqil golek-golek lagi kat tilam, oh indahnya. Balik azam dah beli sarapan. Aktiviti aku tak lain layan sikunil tu jelah.


Pastu azam ajak kemas depan umah, bunga-bunga banyak yang dah kering. Plan nak bela ikan balik, tapi aukarium dah pecah plak tepinya. kene beli yang lain nampaknya.

tengok sikunil nie, kacau abah je..orang nak tanggalkan rak kasut(nak buang) nie dia pegi masuk kat dalamnya

dia nak gigit papan tue..eee kotorlah..tangan abah jadi penyelamat..

bersepahnya...alamak bang..nampak kepala berkilat..hahahahahhaha

Dalam pukul 2 agaknya baru pegi rumah mak. Sampai rumah mak, aqil tido aku ajak azam pegi kedai gunting rambut..aku nak potong rambut aku...rimas dahlah banyak gugur. Lega bila dah potong ringan kepala. Senang nak mandi wajid hahahhahhaha. Rambut akukan kembang, jadi cina saloon tu suruh aku buat rebonding..aku cakap nantilah tunggu aku dapat bonus(amin,amin,amin) hahahhahah..harapan nie, lagipun lepas aku lahirkan aqil aku baru buat. Aku yang malas nak buat rebonding nie lama ya amat..tak betah aku tunggu lama-lama.

Balik rumah mak nak tunggu anak-anak balik sekolah plak. Bila anak-anak dah balik sekolah ingat nak terus balik rumah..sekali kete tak leh start, hampeh betul. Kene tolak baru boleh idup...

Pagi esoknya nak hantar budak-budak pegi sekolah kene tolak kete dulu..baru kete boleh idup..Azam hantar aku pegi rumah mak, aku bawak kete atih pegi kerja. Azam bawak kete balik sebab nak betulkan. Kat kepala otak dah congak-congak berapa plak kene kali nie..duit dah banyak abis nie. Rupa-rupanya stater rosak..tempat cucuk kunci tue..kenelah 12 inggit nasib baik.

Ini telah menjadi SEJARAH

07 Januari 2010

Aktiviti Empat Januari Dua Ribu Sepuluh

Sesi baru bagi Fahmi sebab dia masuk darjah 1 tahun nie. Perasaan aku lega sangat tengok anak2 dah masuk sekolah rendah. Malam tu aku dah sediakan semuanya. Besok pagi senang. Set alarm hp pukul 5.30 pagi sebab bercita-cita nak buat breakfast yang berat sikit.


Aku terjaga pukul 6.15 pagi tu pun sebab azam yang kejutkan. Azam tanya aku kenapa set alarm pukul 5.30 pagi. Aku cakap bangun awal senang nak buat sarapan, pastu aku tanya dia, mana dia tau aku kunci jam 5.30pagi. "yelah tu nak bangun pukul 5.30 henpon tue bunyi abang yang matikan"..hahahhahaha..lah, ada bunyi rupanya aku yang tak dengar. Azam dah siap masak air & kejut anak-anak. Cita-cita nak buat sarapan hancur berkecai, anak-anak sarapan roti krim & air milo..hahahhahaha..hampeh punya ibu.

Pagi tu hujan plak. Dah siapkan anak-anak termasuklah sikunil aqil...tengok jam dah pukul 7.15 sekolah masuk 7.20 pagi, jem pulak tu. Sabo jerlah. Sampai sekolah dekat pukul 7.45 kot. Kesian anak-anak dapat tempat duduk belakang sekali. Berpinar nak cari kelas anak-anak. Bayar yuran semua. Bajet yang ade terlebih pulak sebab fahmi boleh pakai buku Azri..syukur, ada hikmahnya anak setahun satu nie ye..hehehehehehe..Buat pesanan penaja kat anak-anak. kitaorang pun blah pegi sarapan. Aku tak risau tinggalkan fahmi sebab dia nie ok mcm mana nak cakap ye..kiranya beranilah. tak pemalu. Balik rumah mak, tengok takdeh orang. Aku masak nasi & ayam kicap(kegemaran anak-anak)..aku rembat je apa yang ada kat peti ais mak. Bila mak balik sibuk suruh aku masak. Aku cakap aku dah masak pon. Mak cakap pandai ko masak ayam kicap tue. Ek, eleh..statemant tak boleh blah langsung.









Bila balik sekolah, aku tanya fahmi apa dia beli. Duit ade baki 40 sen. Fahmi cakap dia beli nasi lemak. Bagus, beli benda yang mengenyangkan. Tengahari sebelum pegi sekolah kebangsaan kene makan dulu, nie wajib. Dulu masa Azri aku tengah sarat mengandung jadi aku tak ikut masa dia kali petama jejakkan kaki ke sekolah kebangsaan. Masa Fahmi nie aku taknak lepaskan peluang. Sajelah nak menyibuk sama. Ini pun satu hal jugak berpusing-pusing cari kelas, berterabur. ntahlah, pada aku pengurusan kurang sistematik. Aku ngan azam berpecah azri ngan abahnya, aku bawak fahmi..sambil dokong aqil..memang berpeluh-peluhlah. Tunggu plak cikgu sebab nak bayar yuran. Settle yuran fahmi, menapak plak ke tinggkat 3 kelas Azri, tunggu punya tunggu cikgu kelas tak datang plak sebab ada kematian, terpaksa menapak balik pegi pejabat, yelah kalau boleh nak settel kan semuanya hari tu, senang dengan Aqil yang meronta nak turun, panas lagi..huishhhhh..memang sakanlah.

Lepas dah kepanasan semua Azam ajak pegi jj, layankan jelah...setakat makan jalan-jalan kejap sejukkan badan, pastu balik..hahahahaha..saja cari pasal + penat lagi. Balik rumah mak, azam tido. Aku? ntah apa ntah aku buat..pukul 5.30 aku ambik Fahmi. Kebetulan masa aku sampai budak-budak darjah 1 ada perhimpunan Cute jer aku tengok budak-budak darjah satu nie, agaknya lama diorang kene berdiri sampai ada yang buat sukahati jer..hahhahahhahaha. Cikgu pun takleh marah..cakap gelak-gelak.."kamu semua penat ye, nak balik tak!"...laju je budak-budak tu jawab nak..

Penatlah nak citer sampai malam ..muhahahhahahaha.. kesimpulan citer memang meletihkanlah satu hari tue. Tapi aku seronoklah, andainya aku punya kekuatan kewangan memang aku berenti keje.


Ini telah menjadi SEJARAH

06 Januari 2010

Aqil buli abang-abangnya.

Abang pun rela kene buli.