27 Disember 2010

Perkahwinan terakhir dalam keluarga aku-bah 2

Sebelum Majlis berenai tue, Atih buat acara tukar-tukar baju. Masa tue aku dah tak ambik port dah pasal dia, sebab sibuk sesangat rasanya, yang aku tau dia pegi ambik gambar dekat ngan jamban rumah..hahahhahha..

Lepas sembahyang maghrib aku dah sampai rumah mak balik. Balik sebab nak mandi + tukar baju je. Pulak tue abang-abang ipar aku tugaskan aku agih-agihkan satay..hahhahah..ampun aku taknak buat.


Tukang lap meja takpeh aku rela, untuk aku agih-agihkan satay abislah aku bau asap cannot accept..chewahhh.. .



Lepas pukul 8 malam orang dah start ramai yang datang sampai cawan, pinggan, tempat nak makan tak cukup.  Aku nie kejap2 basuh pinggan, kejap2 bilas cawan kejap2 lap meja, kejap2 senduk nasi..sumpah tak rehat langsung..huhuhuhuhu..penat betul. Malam tue yang paling aku tak ingat mana si aqil aku campakkan..hahhahha.. Macam mana aku boleh lepas dari dia pun aku tak tau..mejik betul Aqil tue kalau boleh 24 jam asyik nak berkepit je dengan aku

Nampak dalam gambar macam tenang je. Tapi keadaan sebenarnya macam huru hara ckit.

Walaupun dalam sibuk2 aku sempat jugak aku menepung tawar..hahhaha..sebab aku teringin nak tepung tawar pengantin. Adik sendiri nie aku tak berapa nak malulah. Belasah je..hahahahhah...Seronok aku!. Berasnya aku main campak2 je..hahahhah..tak baikkan campak beras.


Susah betul nak kumpulkan adik beradik, penat tau tak..panggil sorang..sorang lagi hilang. Malam tue nie jelah gambar yang ada. Abang ayeng baru balik nyangkul. Dari majlis nikah kat masjid sampailah tamat majlis inilah uniform dia.


Cuba perhatikan betul-betul..azam dengan anak2 aku basah  sebab basuh cawan & pinggan.  Aqil tue pun baru tukar baju, dia pun sama gak..tapi part dia main air je lebih.

Sambung lagilah yeeeee..aku ingat sampai tahun depan pun tak abis lagi nie citer nie ala tahun depan lagi 4 hari je pung kecoh lebih.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: