22 Disember 2010

Kecoh betul laki bini nie

Perbualan talipon..dah 2 hari aku tak jumpa azam

"kat mana?"

"kat rumahlah, dalam bilik nie nak tidokan aqil"

"Tadi abg kemas jumpa surat-surat nak bayar yuran sekolah budak-budak, kenapa tak bagitau?"

"a, ah memang ada lupa nak bagitau"

"kalau bagitau awal2 hari tue, kalau abang ada masa boleh pegi bayar"

"macam ada duit..hahahhaha..bukan abg cakap nak tunggu bonus ker?"

"hahhahaha...iyalah2..aku jugak yang kena. Kali nie ibu pulak pegi bayarlah duit yuran anak-anak....asyik abg je yang pegi."

"abis tue dah abang bapak diorang, kalau bapak diaorang tue jiran sebelah..ibu suruh jiran sebelah yang pegi bayar duit yuran tue....hahhahahha"

"hahhahhaha....ala ibu tak penah pegi bayarkan?..sesekali apa salahnya"

"oklah ibu pegi bayar...tapi lain kali abang pulak mengandung ngan bersalin...asyik ibu je. Kita tukarlah nak..sesekali je?"

"hahhahahha...apa pulak, mana boleh..... mengandung tue dah tetap.."

"dah tue abg berkira nak bayar duit yuran anak..ibu pun kena kira gak camtu"..

"hahahhaha...kecoh betullah"..

"hahahahaha...abglah kecoh..bayar duit yuran anak pun nak berkira"


Nie namanya gaduh2 manja. kalau gaduh betul aku dah hempas hp tue keluar bilik..hahhahahha..*tipu*. Benda serius pun boleh jadi bahan gelak part aku tue memang tak boleh tolonglah aku nie mana penah pikir benda serius....asyik nak gelak je. Azam pun dah tau perangai aku. Aku suka gelakkan Azam sebab Azam nie kadang2 luruzzzzzzzzz.... hahahha..kurang ajar bininya.



Gambar kat panggung wayang. Tengok citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..... Sumpah..kelakar nak mati.

Dating berdua ngan Azam, pertama kali ambik couple seat. Siap main tindih2 peha ngan azam..kahkahkah..Pastu takde adegan2 lain boleh dibuat sebab aku sibuk ketawa. Sampai Azam cakap "suara ibu je kat panggung tadi"...hahhahhaha. Nasib baik aku ingat kat panggung kalau tak lagi dahsyat lontaran vokal aku..hahahhahha. Belum ada dialog pun aku dah gelak..masa tengok awie naik motor pastu lagu background lagu diambang watie..ntahlah aku tengok muka awie tue pun aku dah gelak. Azam cakap ngan aku "belum2 dah gelak ibu nie". ada aku kesah. Nak tengok lagi...huahuahuahua...

P/s : dah mcm surat cinta pulak..aku masih takde mood lagi nak mengarang citer perkahwinan terakhir..tunggu mood kembali baru bleh sambung..masalah aku nielah klu buat citer sambung2..aishhhh...

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: