29 November 2010

Aktiviti meleketkan ketiak...jom

Taman depan rumah apa adahal anytime...boleh pegi. eh, anytime?..no no no..anak-anak aku time pegi taman adalah pukul 5 ptg. Kalau aku tengah baikhati anak-anak nak pegi sebelum pukul 5 akan dipertimbangkan tu pun pergantung dengan keadaan cuaca.


Selalu diorang pegi dulu aku menyusul kemudian. Aqil dah pandai dah main semua mainan kat taman nie cuma tolong tengok je takut2 terjatuh ke. Gelongsor nielah aqil pegi campak anak kucing tue. Dia tengah lambai abahnya nak pegi kerja.


Tengok fahmi ngan azri kalau tengah baik...mmm... umpamanya "tiada sesiapa dapat memisahkan kami" cuba tengah gaduh..fuhhhhhhh..Selalu aku yang jadi pengadil nie kena siap sedia "bertukar!(ala utraman bertukar)" dengan libasan pedang rotan..ekekkekekke..Betullah sangat mencabar besarkan anak2 lelaki yang hampir sebaya nie.

Sekarang nie aqil ada aktiviti baru. Mengayuh basikal separa bulatan hahahhaha..dia tak pandai lagi kayuh basikal. Dia guna satu kaki je nak kayuh basikal tue. Aku kena jadi mandur kalau tak ke longkanglah aqil pegi karang. Gila buncit perut aku hahahhaha....ada satu hari tuekan aku duduk kat sofa separa baring pastu kan azam datang dia pegang perut aku pastu dia cakap "eh, baby gerak-geraklah bu" sambil gelak2. Kurang ajar tak? aku cakap "nak lempang tak bang?".


Azri dengan Fahmi sibuk nak basikal jugak. Tapi tak dapatnya. Azam cakap tunggu dulu. Eh, aku ada citer tak Azri masuk longkang dengan basikal2 sekali pastu dia tenggelam hampir paras dagu. Kalau aku penah citer nie kira ulanganlah macam citer-citer kat astro yang ulang tayang 20 juta kali.



Diorang nie memang ada basikal sorang satu. Satu hari diaorang mintak izin nak main basikal. aku pun bagilah dengan pesanan tak boleh jauh2. Lama lepas tue aku tengok azri balik bawak basikal fahmi dengan badan dah mcm orang minyak..hahhahaha... yang fahmi balik jalan kaki sambil bawak selipar azri. Rupanya azri jatuh longkangadan dia hampir tenggelam yang paling ngeri dia pegi tempat yang takde orang. Hangin betul aku. Nasib baik dia boleh berpaut kat tebing pastu dia pijak basikal dia naik ke darat kalau tak?...nauzubillah.



Azam pegi balik kat tempat tue nak ambik basikal dia, basikal tue dah tak nampak langsung + air longkang tue hitam. Tak kuasa azam nak meraba tarik basikal tue naik lagipun longkang tu dalam. Tamattun lah riwayat basikal tue. Memang kena marak kaw2 lah dengan azam. Aku biar je dulu. Bila dah reda aku pun mulakan siasatan detectif conan aku suka tengok citer nie ehhehehhe.



Biasalah abang salahkan adik, adik salahkan abang tapi part yang aku tak tahan tue..mcm mana azri boleh jatuh kat longkang tue. Aku ingat azri bawak basikal laju2 pastu terus terjunam dalam longkang tue, rupa2 salah. Citernya macam nie, bila dah sampai kat tebing longkang tue azri cakap ngan fahmi "dik, tengok dik abang masuk yer, abang masuk ye.." sambil dia acah2 basikal macam nak masuk betul kat longkang tue..sekali ntah mcm mana terlebih acah ha ..ambik ko masuklah azri ngan basikal2 sekali secara slow motion. Dramatik tak?. aku dengar nak gelak ada nak marah pun ada. Sekarang padan muka takde basikal. Pengajaran betul. Aku ngan azam saje je taknak belikan basikal kiranya mcm dendalah. Tu pun azri nak riak lagi tue, dia cakap "ala takpelah bu, lagi pun abg dapat selamatkan selipar abang". Iyalah tue takat sebelah je apahalnye...ko pakai selipar sebelah tue je..lagi sebelah kaki ayam, nak? kesian ayam takde kaki dah.


Gitulah kisahnya.


So sekarang diaorang tengok jerlah aqil naik basikal. Bila gian tue kadang2 rembat basikal aqil jugak, terjerit-jerit aqil marah..hahahha..budak nie kedekut boleh tahan. Basikal fahmi ok cuma bila dia takde geng dia pun malas nak naik nasikal tue dah + tayar basikal dia pun asyik kempis aje malas aku nak pam..tersadai basikal dia kat rumah tue.



Wah! rambut aku dah macam singamuka tak boleh blah betul!..hahahhaha, nasib baik pakai cekak kalau tak memang sebijik macam singa..suara dah ala2 dah. Kesian budak yang tertonggeng-tonggeng tue ntah apa yang dia carik kat longkang tue..ekkekekeke..Nie bukan longkang tepat kejadian. Longkang tempat kejadian boleh tahan jauh nun kat kebun kepala sawit sana.


Tulah aktiviti meleketkan ketiak petang-petang hari. Kadang-kadang kalau aku rajin aku buat gak larian anak-anak (jogging). Jadilah buat keluarkan peluh sikit-sikit.




Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

Mak Su berkata...

:), layanzz

MOKCIK AZWA berkata...

Mokcik pulaks malas nak belikan basikal baru kat anak2 sebab sokojap sajork dah rosak semua bsikal tu...abah dorang kata...'tak payah!' kalau dorang minta basikal baru hehehe

Fariza berkata...

Maksu..yezzzzzzzzz..

Kak azwa: kalau tak silap saya nie basikal yang ke3 dah...hmm..nak buat cam mane kak, bila tak belikan kesian dok tengok kawan2 semua ada basikal..bila beli jadi cam nie pulak...

NONIE ROSSI AZIZ berkata...

mengekek aku gelak sengsorang bila baca bab perut tu Ijah..tapi yang selalu komplen pasal perut aku Nayli...mama perut mama ada baby eik..aku jawapan standard haah baby cacing...

Fariza berkata...

Kak nonie: anak2 dah selalu komplen kak saya buat2 pekak je..hahahhhaa...