26 Oktober 2010

Nak lagi?

Aqil tengah menggayakan sepupunya. Aku kalau nak pegang baby nie tak boleh nampak dia sebab nanti dia yang sibuk nak pangku. Baby nie anak abang aku yang kedua. Kakaknya baya Aqil. Produktif macam aku dulu..ekekekkekek..Nampak aqil macam sayang benar dengan baby nie asal masuk je rumah nenek dia cari baby nie dulu kasi cium sedas dua dapat pangku sekejap baru dia pegi main..ehehhehhe

Tapi bila aku tanye "aqil nak baby"..geleng2 kepalanya. Kalau aku acah nak nenenkan baby nie pun dia nangis2 marah..hahhahahhaha..apalah.

Aku citerlah ngan azam"Aqil tue suka sangat ngan baby, nampak mcm sayang sangat". azam cakap "macam tue terpaksalah bagi dia adik". Ek eleh...org tua nie..pastu aku jawab "beranak mengandung takdeh hal punya..masalahnya nak bayar orang jaga anak...3 org anak tu pun dah boleh bayar installment kete kat luar tue..cuma kena tambah ckit je lagi". terus diam azam..ekekkekkeke..

Betul tau suku gaji je bayar duit jaga anak2..belum lagi yang lain2. Apa? ingat mak yang jaga tak payah bayar. Kalau hari nie gaji mak dah tanye..hahhahahhah.. "duit dah ada?". So setiap kali gaji aku kena asing-asingkan duit bayar kakak pengasuh ngan duit mak. Nasib baik tu je yang tiap2 bulan aku kena bayar. Tu pun aku kadang2 terlewat ckit pegi cucuk hati dah tak tenang. Macam aku jugakkan kalau majikan lambat bayar gaji aku mesti aku risau.

Sebenarnya mesej yang aku nak sampaikan ..buat masa nie tak ada agenda nak tambah anak tapi tak taulah kalau Allah nak bagi jugak..aku terima je. Sekian, Harap maklum..




Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: