30 Oktober 2010

Lagi 2 bulan nak masuk tahun baru kan?

mmmm.. ada apa2 azam yang belum lagi tercapai?..

Aku? tiap2 tahun takyah ada azam sebab azam sentiasa menemani aku sepanjang masa..wakakakkaka..

ok serius ckit..

ntahlah sebab aku tau kalau aku ber AZAM..takut tak dapat capai aku jugak yang kecewa..so aku lebih suka ikut flow je. Tapi bukanlah bermaksud aku nie takde cita2 atau impian. Demi Allah aku sangat bercita-cita nak jadi Surirumah sepenuh masa. Membesarkan anak dengan tangan aku sendiri aku asyik dengar orang komplen pasal anak aku je hari-hari, BOSAN+risau+sakit ati, tau.

Insyaallah tahun depan aku dah berkira2 membuat perancangan untuk kelangsungan hidup lebih baik. Sekarang tengah buat step by step. Tengah mencari maklumat nak buat proposal untuk di bentangkan kat 'bigboss'. Harap2 maklumat yang aku dapat nanti tak mengecewakan. Cehwah..mcm nak buat projek besar-besaran je...ekekkekkeke..silalah korang percaya ye.

Otak aku pun sekarang nie asyik terfokus pasal perancangan tu je..macam orang dilamun cinta plak...aishhhhhhh...

Ya Allah permudahkanlah segala urusan itu nanti .Amin.Amin.Amin.


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: