21 September 2010

Syawal pertama 2010 - Bahagian pertama

Disebabkan kesibukanlah sangat baru kesempatan nak update pasal raya.

Gambar raya banyak yang dah aku upload kat FB. Tapi aku rasa tak puas bila tak disertakan sekali ngan penceritaan. Sebagai kenang-kenangan sendiri.Dan mungkin gambar-gambar kat sini ulang tayang dari FB

Malam raya aku ingat nak masak sikit tapiiiiiiiiii.....plan ke laut. Aku tertido mengelon aqil...hehehehehe. Malam raya jugak aku dapat surat & kuih dari jiran. Cuba teka jiran yang mana?...hahahhahha....duit raya dia letak kat peti pos...hehhehhe..cool kan jiran aku.

Pagi raya aku bangun pukul 5 sebab nak gosok baju. Azam ngan anak2 pegi masjid pukul 7.30 sebab hujan lebat takut nanti masjid penuh tak boleh pulak nak sembahyang. Bila balik dari masjid azam cakap dia rasa dah mcm kat bangladesh je..sebab dalam masjid penuh orang bangla..orang kita suka datang lambat so tempatnya kat khemah luar masjid.hmmm..

Balik masjid sesi bermaaf-maafan. Sebagai anak sulung Azri memulakan acara.


Dan diakhir acara dua beradik nie bergumpal sebab azri geli bila fahmi nak cium dia..ntah apa-apa aje budak2 nie.


Lepas tu acara memperagakan baju raya...hahhahahha..muka tak bleh blah betul lah budak2 nie..


Sibuk je Azri..time orang nak ambik gambar time tulah dia nak lalu. Tahun nie aku dapat duit raya dari azam..yahooodotcom. Anak2 sibuk tanya "ibu dapat berapa"..hehehheh.. Sekali aku tunjukkan kat diorang, diorang cakap "abah tak aci"..hehhehhe..nasib koranglah...




Habis je salam2nangis2 terus pegi rumah mak..laparrrrrrrrrr..kat rumah minum air milo je hahahhahahha. Aqil n Aqilah.


Sampai rumah mak kena mintak maaf dulu baru bleh makan..hahhahahha..tapi tahun nie makanan macam tak meriahlah. Aku tak puas makan nasi impit+kuah kacang+rendang+ayam kicap..mmmm. sebab aku tak masak jadi tak bleh cakap lelebih hahahhaha..nanti kena lempang. Ingat klu aku senang2 nanti aku nak trylah buat sendiri kena google resipi nie



Alhamdulillah tahun nie dapat ambik gambar sekeluarga.
Bila kak ida datang kitorang bergerak ke rumah bik sarah & wak siah (tempat wajib dituju tiap2 tahun). Semuanya pakat nak naik kete aku pack 10 orang(aku, azam, azri, fahmi, aqil, atih, ain, along, kakak ida & abng majid) hahahhahha.. Abang majid cakap klu orang perodua nampak nie dia bangga..kahkahkahkah...
Rumah pertama yang dituju. Kesian bibik(bibik panggilan untuk makcik bagi orang jawa bukan bibik orang gaji tau) aku nie tahun nie anak2nya semua giliran mentua yang tinggal 2 orang anak yang belum kawin. Lumrah hidup berkeluarga gitulah kan?. Kat rumah bik sarah makan mihun tomyam, nasi impit, rendang daging & kuah kacang.



Lepas tu pegi rumah wak siah pulak. Kat sini makan laksa..meletup bontot..hahhahaha..pedas ko tapi sedap.



Raya kali nie mencabar betul ngan ragam sikunil nie. Asal masuk rumah orang je "jom, jom, jom". Suruh kita bangun dan tahun nie jugak aku kat rumah orang marhaban je..hahhahhaa..iyalah takleh duduk cerita pun sambil berdiri..hahhahhahah.. sabo jelah. Cerita ngan sanak saudara pun tak khusyuk. Tapi nasib baik ada kak ida dialah tukang cerita balik cerita2 yang aku terlepas nak dengar..hahahhahha..salah satu citer yang menarik perhatian aku..orang meninggal takdeh sapa nak buat keranda takdeh orang gali kubur, bahagian masing2..aku dengar jadikan iktibar
Raya pertama jatuh hari jumaat jadi masa suntuk cikit. Lepas 2 buah rumah nie terus balik rumah sebab kaum lelaki nak menunaikan sembahyang jumaat pulak.


Kita sambung petang pulak.

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Aik semua orang hijau..apsal Ijah jadi oren pulaks...hehehe

alahai...budak ni kan..time orang nak berposing2 beromantika da amor, time tu ler dia nak interframe tau hehehe

wah memang kagum la boleh muat dalam kereta tu...ramai tu..memang boleh jadi duta perodua Ijah ni tau hahah

hmnn...sama la ngan Hadi..bawa pi rumah orang, bukannya nak dok diam..sudahnya kita ni kena dukung dia...orang semua duduk, kita kena berdiri huhuhu

Fariza berkata...

Kak Azwa: heehhe..tulah azam bengang tu..semua oang hijau saya je yang lain..sebab saya takdeh geng..hahahhaha..

tulah azri..saje jer..


klu dekat ok kak, tapi klu jauh kurang selesalah... lagipun yang duduk belakang sekali tu badan halus2....

heheeh ada geng rupanya....

Mak Su berkata...

budak2 mmg cenggitu, gurau2 jer... yg penting kita semua happy :D

Fariza berkata...

Maksu: betul tu maksu ...yang penting HAPPY!..hehhehe