24 September 2010

Kanser payudara..Sapa yang mahu?...Lawatan syawal ketiga 2010

Tahun nie aku tak balik perak tiada episod mempacking kain baju yang boleh buat aku tak tidor 7 hari 7 malam sebab mak mentua aku turun KL hebatkan.Lagipun raya ke4 azam sudah kerja. Aku pun sebenarnya tak tau pun tahun nie raya tak balik perak sebab azam tak cakap apa2 pun. Ntah macam mana mak aku tanye kat azam bila balik perak sekali azam cakap 'tak balik kot'. Terkejuzztt aku.tapi dalam hati yahooooo..iyalah aku memang menantu hantu..hahahhahaha. . Kitaorang jumpa MIL kat rumah makcik azam je.

Bila tak balik perak jadual kat sini semuanya dapat dipenuhi takdeh pun yang tertangguh. Raya ketiga nie kitorang melawat bibik ibut, makcik kepada kak ida jugak. Bibik ibut nie mengidap breast cancer stage 4. Tahap dah kritikal. Dah 2 tahun penyakit nie bersarang kat badan dia.

Bibik ibut nie ada anak 4 orang yang sulung tingkatan 2 dan yang paling kecik 4 ker 5 tahun camtu. Masa bibik kena tu anaknya yang bongsu masih lagi menyusu badan. Kanser bibik ibut nie menunjukkan sifat2 luaran. Selalu kita dengar breast cancer nie terdapat benjolan kat dalam breast tapi yang bibik ibut punya nie terdapat banyak bisul kat area breast dia. Bayangkan bisul kat breast. Masa mula2 dia kena doktor tak buang breast(mcm klu terdapat benjolan) doktor cuma korek bisul tu. Aku kira lubangnya sedalam ibu jari tangan. Air bisa sentiasa meleleh perlu dicuci setiap hari. Lepas tu mulanya episod dia kena kimoterapi. Operation demi operation dijalankan.

Selama 2 tahun kesihatan dia on off. Keluar masuk hospital klang & HKL. Masa raya nie kitaorang dapat khabar dia semakin 'lain'. Kali nie saraf dia yang kat tangan kanan telah rosak. Air berkumpul kat tangan. Bayangkan tangan kanannya 5 kali lebih besar dari tangan kirinya. Tu pun pihak fisioterapi hospital bagi sarung(grip) supaya tangannya tak terus membesar. Cepat letih. Lebih selesa berbaring saje. Tak boleh minum air banyak. Mulut penuh dengan mata ikan, bibir pecah2. Tersangat kurus & cengkung. Tapi yang baiknya sel kanser dah tak aktif. Banyak bisul dah kering.

Sepanjang kali aku melawat(dah beberapa kali) aku tak pernah tengok bibik ibut menangisi nasibnya. Sentiasa bercerita pasal sakitnya dengan tersenyum walaupun diduga ngan dugaan berat cam nie.orang yang datang melawat pulak nangis, apada semangatnya untuk sembuh sangat kuat.

Mintak kawan2 doakan semoga bibik ibut nie diberi kesembuhan.

Ini adalah pengalaman kedua aku melihat sendiri macam mana breast cancer tue. Pengalaman pertama aku masa aku berumur 17 tahun(klu aku tak silap). Hamba Allah nie taknak melakukan apa2 operation untuk buang breastnya..dia cakap macam mana allah hidupkan dia sempurna bila mati dia pun nak nampak sempurna. Hampir sama ngan kanser bibik ibut. Banyak bisul disekitar breast. Setiap hari secawan nanah terpaksa dikeluarkan dari breast yang sakit tu. Hamba Allah tu cakap sakitnya tak tertanggung. payudaranya keras umpama batu, hitam macam tempurung kelapa kena bakar. Puting tertarik ke dalam. Sampai sekarang aku masih terbayang2 lagi. Dan sampai sekarang jugak aku tak penah buat 'pemeriksaan sendiri dirumah' pada breast aku. Betul aku takut menghadapi apa2 kemungkinan.


Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Mak Su berkata...

sedihnya, harap bibik ibut terus tabah dn boleh terus tersenyum....

MOKCIK AZWA berkata...

SubhanAllah...semoga bibik ibut diberi kekuatan menghadapi ujian ini...

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

weh mangkuk ayun ko kn x penah wat breast cancer check...aku yg nx kawen lg ni pun wat gak ...buat jela...10 hari pas kitaran period...check je...ssh2 sgt ko srh abg azam..kikikiki

Fariza berkata...

Maksu & kak azwa terima kasih atas doa tue.

AtiH: aqil dah tolong periksakan ..hahahha..