01 September 2010

Ada beberapa perkara yang aku nak nyatakan kat sini..

Banyak benda nak bagitau kat korang ada ker yang nak tau tapi macam malas nak taip. Tapi aku gatal gak nak bagitau jadi aku kena rajin nak taip...

1)Baju raya aqil satu pun tak beli lagi, yang ada hanya baju melayu je sepasang. tak taulah bila nak pegi beli. Ada jugak beberapa barang lagi yang wajib dibeli tapi tak terbeli lagi. Orang lain dah abis shopping kan?.Semalam paling sedih sebab tengok adik & abang aku pegi shopping aku ngan anak2 kat rumah je..mmmm .

2)Baju raya aku tak ambik lagi kat rumah kakida. Ada 4 pasang semuanya.. hahahha..sakan kan?.

3)Bulan puasa nie nampaknya aku diuji dengan kesihatan yang merundum. Terponteng satu hari puasa sebab nak makan ubat ikut jadual..hmmm. Sampai sekarang pun kesihatan masih tak memberansangkan lagi..

4)Raya kali nie takdeh shopping beriya sebab no budget. Beli yang penting2 & wajib sahaja. Bonus yellekbonus dah dapat bulan 3 aritu lupa nak simpan aku dah abiskan so fadan muka aku, advance pun yellek..Simpanan pun yellek...so diam2 sudah. Dulu tiap kali raya aku keluarkan simpanan sikit tapi sebab simpanan dah serdakbahana beli kete baru oh sadis aku hanya bergantung ngan duit gaji semata2 ...memang negatiflah perbelanjaan bulan nie. .

5)Lepas raya nie sempat tak aku kumpul duit nak bayar hutang kat mak. Aku ada 3 bulan jer lagi. Sapa nak kasi aku pinjam duit nie...ahlong aku taknak ye. Tapi aku dah bagitau mak, aku bayar tapi tak banyak...huhuhuhuhu..

6)Dan setiap kali raya hati aku akan terasa kesayuan........nasiblah ada anak2.sebab aku akan jumpa orang yang menyampah tengok aku :( Bencinyalah aku nak lalui saat2 tue sesaat umpama sehari

7)Ingat aku nak tukar plan cuti rayalah...mungkin aku nak kansel cuti raya keempat maksudnya raya keempat aku dah kejelah..aku nak tukar cuti lepas cuti hari malaysia boleh sambung sampai 4 hari....

8)Semalam macam sihat ckit dapatlah kemas bilik belakang, basuh bilik air pastu buang sawang, buat tue je pun 20 kali rehat...

9)Bendera aku kena curik orang aku suspek budak2 kewl**ng yang curik sebab malam merdeka tue diorang naik basikal yang dihias ngan bendera keliling taman. Tapi bendera je yang diambik batangnya tak pulak diangkut. Risau pulak aku sebab diorang dah berani panjat ke pagar. Bendera tu aku tak kisah sangat.

10)Harapan aku nak turun 10 kg hampir2 tercapai..kalaulah puasa dilanjutkan 30 hari lagi konpem hilang lagi 5 kilo..hehhehehe..tapi risau gak puasa hilang 5 kilo raya nanti tambah 10 kilo..huwaaaaa..nangis.

Cukuplah 10 perkara yang aku nak bagitau...lain2 simpan dalam hati jelah..


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: