06 Ogos 2010

Menara Taming Sari pulak

Rasanya 2 3 N3 lagi baru abis citer melaka nie. Nasib baik pegi semalam jer kalau 2 3 malam mau sebulan n3 aku citer pasal nie je. Nie aku punya catatan untuk hari tua..cewah. Macam catatan ibnu battutah keliling dunia... hahahaha..tak boleh belah betul fariza nie. Maya ko jangan jerit2 panggil laki ko kat sini, pegi ko berzikir banyak2 kat telinga laki ko..ekekekkeke....

Ok kita teruskan catatan seterusnya.

Bangun pagi basuh muka gosok gigi terus turun bawah untuk sarapan pagi. Karang nak check out baru mandi jimat baju...kihkihkih...


Budak yang sentiasa membuatkan ibubapanya penuh keimanan didada..Alhamdulillah...Sabar adalah kunci utama..ggrrrrrr..jangan harap nak sarapan dengan tenang



Kat perkarangan hotel. Azri yg ambik gambar pastu bila aku view aku cakap ngan azri apasal gambar ibunya nie tak cantik pastu azri cakap mungkin camera tu dah calar sebab fahmi jatuh kan..kahkahkahkah..kecik2 dah pandai bodek... Salahkan kamera. nampak pelik tudung tue sebab 2 tone










Time to check out. Tengoklah budak pikul bantal...hahahhaha. bye2 hotel. Azam poyo pikul beg tue..kahkahkahkahkah..sekejap je tu pastu terletak je kat dalam kereta. Aku gak kene angguk handbag aku pastu sumbat semua barang kat dalam tue..ceh.Lepas check out kitorang terus pegi ke menara taming sari . Sebab masih awal pagi jadi orang tak ramai sangat macam semalam. Gambar diambik dari web nie. Tiket nak naik 10 inggit dewasa dan 5 ringgit untuk kanak2 tapi klu bukan warganegara jadi sekali ganda. Gayat jugaklah naik taming sari nie tapi bestlah.Aqil gayat bila naik keatas..hehhehehhe..melekap jelah dia. Pening2 lalat jugak bila naik benda alah nie

Gambar2 bila menara taming sampai kat penghujung tiang pastu pusing pelan2 kat atas tue. 2 kali pusing kot baru turun kebumi. Boleh nampak hampir keseluruhan bandar hilir.

Eye on Malaysia tapi tak boleh naik sebab ada masalah pengurusan, masuk paper kan? so tengok jelah ye.



Lepas turun dari menara taming sari.

Terus ke Muzium kapal pulak. Semalam ambik gambar je tak masuk, hari nie baru masuk. Satu tiket boleh masuk 3 tempat Muzium kapal, muzium samudera & muzium TLDM. Kitaorang tak masuk muzium samudera. Tiket masuk tak taulah sebab azam yang bayar tapi rasanya tak mahal.



Nie kat dalam muzium TLDM.

Nie kat atas kapal TLDM namanya sri terengganu. Pengawai TLDM tu cakap kat anak2 aku "dah tengok kapal pakcik kat belakang tue, kapal tu dah buruk pegi ajak ayah tengok yang betul kat LUMUT". ..hehhehhehehe..Insyaallah satu hari nanti.
Abis dah kat muzium nie pegi beli cencalok & belacan kat depan muzium kapal. Pastu anak2 sibuk nak naik beca lagi. Layankanlah. Tapi kali nie murah pulak 20 ringgit satu beca..ker kitaorang dah kena tipu.huhuhuhu..takpehlah kan bukan senang kayuh becaayat nak sedapkan hati. Habis naik beca terus ke Air Keroh...PEGI ZOO melawat kawan2 ahaks.

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Macam best pulak naik taming sari tu...len kali nak pi la...

Maya Ariffin berkata...

eleh gosok gigi basuh muka pon nak citer..
*Melangkah dengan jeles skali..

Fariza berkata...

Kak Azwa: best kak.trylah..
Maya: ada aku kisah?...
* pandang dengan jelingan...