05 Ogos 2010

Naik cruise Sungai Melaka

Dah abis makan pegi ke tempat nak naik cruise pulak. Bayaran 10 ringgit dewasa & 5 ringgit Kanak2. Murah ok klu nak dibandingkan ngan cruise kat putrajaya satu family(2 dewasa 2 kanak)berharga hampir 100 ringgit..fuhhh tapi cruise tertutuplah berhawa dingin.


Perjalanannya 45 minit. Sempatlah boring2 sebab pemandu cruise tu bawak pelan....hehehhehe. Iyalah kata nak menikmati pemandangan sekitar klu bawak laju umpama kelip mata plak..tau2 dah sampai.


Sepanjang aku kat bandar hilir nie aku suka sebab kawasannya bersih susah nak nampak sampah merata-rata lepas tu pulak tong sampah pun banyak tak susahlah nak buang sampah. Klu kat sini nie ada tong sampah sebatu satu tapi sampah sampai nak terbelahak takdeh org nak ambik. Mesti penduduk sekitarnya bagi kerjasama yang jitu kan sebab klu naik cruise nie boleh tengok rumah2 tepi sungai bersih sangat. Bangunannya berlukis cantik.







Kebetulan sekapal pulak ngan orang shooting. Nampak tak yang aku bulat kan tue. Pelakon Halimah Jongang, sheera anak aznah hamid. Aku rasa kelakar tengok dia berlakon. Pelakon lelaki aku tak berapa nak cam sebab tak popular. Mula2 aku ingat org jepun manalah naik bot nie siap pakai baju kurung malam2 tak sesuaiiiiiiii. Sheera tu pakai rambut palsu pastu diakan putih melepak..serius cam org jepun. Sekali azam cakap org berlakon, aku tengok betul2 baru aku perasan...iyalah pelakon tue.



Kat bawah nie bangunan-bangunan kat tepi sungai melaka. Cantik-cantik dan Bersih2.


Kat tepi pelantar pun dia letak lampu lip lap lip lap cantik kan? Boleh dikatakan sepanjang sungai yang dilalui cruise ada lampu nie. Fantastik..bombastik. Tak rugilah naik cruise nie malam2.






Nie plak kincir air Kesultanan Malayu Melaka bleh baca kat sini. Masa nie dah nak on the way ke Jonker walk tapi tergendala sebentar sebab bagi laluan kat fahmi memerut kejap. Untung anak lelaki nie semua ngan bapak..hahahah..iyalah takkan nak bawak dia pegi jamban pompuan pulak. Jadi sementara tue bergambarlah dulu.


Tempat yang takkan aku pegi lagi klu pegi melaka adalah jonker walk. Fuhhhh..sesak gila. nak jalan pun susah dahlah sempit laluannya. Mana nak tengok barang mana nak tengok anak-anak(takut hilang). Barang pun biasa jelah baju, handbag, makanan, cenderahati. Tapi semuanya peniaga cina. sekerat jalan je aku dah ajak azam balik hotel..hehehhehhe..sesak nafaslah. diorang cakap klu sampai hujung ada peniaga melayu ..oh mintak maaflah aku nak teruskan.


Masa nak balik hotel tue macam kesesatan kejap..peninglah jalan kat bandar hilir nienak harap azam lagilah out, azam pasal jalan2 nie tepu ckit selalu aku yang jadi GPS dia..heheheh sama gaklah klu parking kete kat mall2 besar. Aku ingat dekat je ngan hotel sekali tu kena lepas 1 jalan lagi..uwaaaaaaa...lalu plak malam2 kat lorong2 & bangunan2 antik seram gaklah..hehehhehe...agaknya boleh short cut tapi aku taknak ambik risikolah sebab bawak anak2 klu 2 orang je memang aku redah. Terpaksa kena cari jalan mula2 kitorang keluar dari hotel tengok signboard jalan Bunga raya, nasib baik jumpa.


Sampai Hotel dekat pukul 10.30 aqil dah terlentuk kat bahu keletihan. sian dia. Azri ngan Fahmi dah tak sabar nak berendam lagi. Lepas mandi semua. Naik katil je tak sampai 5 minit dah mimpi dah.
Bila Aqil tido je aku pun berendam gak hehehhe..hilang letih2 kena air panas sampai mcm nak tertido kat tab tue. Pastu kebulur..apalagi sambil layan tv kita layan laki maggi cup. fuhhhh nikmat tak terkata..
Esoknya perjalanan yang panjang jugak...

Ini telah menjadi SEJARAH


5 ulasan:

Maya Ariffin berkata...

masih benci gak nak komen. haissshhh!

Bang jom cruise jom!

Fariza berkata...

oit..ko kan selalu pegi cuti2 malaysia..setahun 4 5 kali..
tahun nie baru sekali je aku pegi..kecohlah ko..

Bang jom cameron highland!

kahkahkahkah..

Mak Su berkata...

ada gaks minat nak cruise putrajaya, tapi mahal, dok postpone ler ni..tp cruise sg melaka pun berbaloi ek... kami ke sana aje ler..thanks for the info

Fariza berkata...

Mak su: sama2..betul kat putrajaya mahal lagi pun masa cuma setengah jam....nie kira berbaloi-baloilah.

Maya Ariffin berkata...

Hik hik hik.. haisshhh!

*Berpaling dengan jeles gak lagi..