11 Ogos 2010

Kenapalah aku boleh terjebak kat department nie..

Sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa semua.

Aku berharap puasa nie aku akan turun 10 kg dan sangat berharap boleh menurunkan kadar perbelanjaan yang dijangka boleh menjahanamkan tabungan. Aku nak buang mentaliti asal raya je nak kena baru macam baju, sofa, langsir, gelang emas, kete, rumah, laki...oppsss salah pulak yang nie tak boleh tukar saya tak rela.sebab baju raya anak2 yang konon2nya dah beli masa jasko card dah dipakai....hehehheh, bila azam tanye aku cakap tinggal nak beli baju melayu anak2 jer...huhuhuhu..syahdu gila...nampaknya kena pakai duit aku uwaaaaaa...

Rumah dah kemas ckit2 tapi apasal takde perubahan ye..berselerak jugak.mmmm.. Bajet nak cat rumah pun tak terbuat nampaknya. Lemas aku tengok cat rumah aku tu dah bercapuk-capuk, wall paper pulak mengelupas. oh.! doremon pinjamkan aku poket ajaib ko tue.

Minggu lepas dah membersihkan laman sekangkang monyet kat depan rumah, tu pun sebab kakak sebelah dah clearkan laman dia. Aku nie yang kuat pendengki apalagi bersihkanlah part aku jugak. Pastu kan ada jiran lalu, jiran peramah tu pun tegur aku "amboi rajinnya dia". Aku dah kembang kempis hidung nie. Pastu azam balas cakap "a,ah rajin sehari malasnya bertahun". KEJI tak?. Pandang aku sengih2. Memanglah dia nie tak bleh aku nie nak eksesais hidung, dengki tul. Aku tunggu lori suratkabar lama apasal tak lalu2 selalu memekak je banyak dah paper lama tu dah setinggi aku dah menyemakkan stor je. kotak kosong pun ada nak bakar sayang bleh kitar semula. Selamatkanlah bumi kita. tiba-tiba...hahahhahah..

Minggu lepas jugak aku pegi cari baju melayu anak2 tapi takdeh yang berkenan. Ada tu ada tapi mahal ckit sepasang 50 ringgit. Aku memang tak beli baju melayu mahal2 sebab pakainya raya puasa ngan raya haji pastu klu ada kenduri ngan kematian. Rasa tak berbaloi selalu aku beli kat tesco paling mahal 30 ringgit. oklah tu kualiti pun ok.

Hajat nak sedondon tak kesampaian rasanya sebab last minit plan sapa nak ambik jahitan dah. Aku ingat nak buat tema pelangilah. Azam hijau, Azri merah, Fahmi kuning, aqil biru..hahahahahaha..ok tak? ah, aku klu dah datang gilanya aku buat je...

Apa jadi langsir aku ntah..hahahhahha..aku suruh kawan mak aku jahit tapi dia pandai jahit biasa je pattern yang aku nak tu dia tak pandai..alahai..nampaknya badan langsir je ada kepala langsirnya yellek..pocik..

Tajuk kat atas memang takde kena mengena hehehehhe..biasalah perut kosong otak pun bercelaru asyik ingat nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.............

Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Ijah...sama la idea kita. akak pun setakat ini tak pernah lagi kami sekeluarga pakai sedondon bila raya. Akak bagi kebebasan sepenuhnya pada anak2 pilih kaler dorang nak...tu yg kuar kaler pelangi...semua kaler ada hahaha

tak perlu tukar prabut ker langsir ler...tapi kalau mampu apa salahnya kan kan kan...macam akak yang tak berapa mampu ni...memang itu2 jer la langsirnya..

Fariza berkata...

Kak azwa betullah kan..patutnya kena cari warna yang diorang suka..selama nie saya suka sedondon kan mereka adik beradik..hehhehehe..

hehehhe...saya beli langsir pun murah2 je kak, tu pun pakai 3 tahun dah..konon2 tahun nie macam teringin nak tukar langsir tu yang beli tu..lagi pun rumah saya tak banyak tingkap..hehehheheh. Perabut tu takdeh saya beli tiap kali raya(saya ibaratkan je)...pakai sampai lunyai/rosak. baru boleh bentangkan usul beli baru..ekekekek..

Maya Ariffin berkata...

Tema sekaler ok lagik. Darling aku kalau buleh dia nak sekayu.. ngan kaler ngan peten seme same. Ngan aku2 slali ler mengalah, baju raya kain kosong ala2 kain baju melayu.. iskk!

Fariza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fariza berkata...

Oklah tu dari tak pakai baju...klu laki aku tak heran dia..nak sedondon2 nie..baju melayu dia pun buat 4 tahun sekali...hahahhha..