16 Ogos 2010

Hari nie hari Isnin

mcm orang lain tak tau

Penatnya sabtu ahad macam nak tertanggal tumit kaki nie.

Sabtu aku masak untuk buka, Alhamdulillah takde pegi param pun. Apa aku masak ye.....mmmm
baru 2 hari tak ingat dah, maklumlah perempuan melahirkan anak memang kuat pelupa

1)Sayur lemak putih kobis ngan udang
2)Puff kakpnut yang senang tue
3)Ikan kerisi goreng
4)Paprik ayam
5)Dadih coklat (azri request)
6) Sambal belacan tak sempat buat, hidangan kat minda jelah..cis..

masak benda senang pun boleh fenat, ntah apa2 ntah pompuan nie

Ntah kenapa sejak puasa nie aku kena sawan tido. Selalunya aku kalau dah buat kerja2 bertenaga konpem mata terbeliak nie tak tengah prepare bahan2 nak masak boleh pulak rasa mengantuk yang macam tak tidur 48 jam. Benci betullah. Habis je masak dadih apalagi landing depan tv kejap. Sekali tersedar pukul 5..hahhahaha..ambik ko. rasain!. Tengah macam puting beliung masak aqil bangun dah, budak nie kalau baru bangun tido nescaya mood ke laut dah satu hal nak dokong pulak..aduhai..mana nak larat wei dokong budak 10 kg nie. Aku dah stress nie dekat pukul 7 baru terhegeh-hegeh nak masak nasi boleh plak lupa masak nasi. Sambil tue buat puffpejam mata pun boleh buat. Makan panas2 baru sedap. Azam balik ngam-ngam azam Mahgrib. Barulah aqil nak main2 sendiri..huh. Lepas tu pengsan fenatnya...

Besoknya (ahad) aku bangun pukul 10(lepas sahur tido balik). Pukul berapa ye azam call tanye buka apa. Azam cakap dia dah tinggalkan duit kat almari. Masaalahnya aku malas nak keluar tapi macam tak patut pulak, klu nak pegi param lagilah aku malas mesti sesak. Aqil tido kat buai aku tinggal kejap ngan abangnya (dalam takut2 jugak nak tinggal sebab risau dia terjaga nahas pulak karang) bawak kete laju2 pegi segi beli bahan nak buat sizzling (azri request) apasal dia je yang selalu request makanan nie sebab dia sorang je yang cerewet makan. Menu semalam

1) Sizzling
2) siakap sweet sour
3) tumis kacang buncis +udang
4) cekodok udang adabi..hahahha..pemalas punya orang
5) sambal sardin untuk cicah ngan cekodok.

Masa masak nie pun samalah yang mengacau si aqil dol tu, kejenya bukak peti ais lama2 ntah apa yang dia tilik kat dalam peti ais tue pun aku tak tau. Sekali dia ambik milo sebeg selamba dia celup tangan dia kat milo tu pastu dia jilat2 tangan dia..huhuhuhu..nasib baik tak tumpah milo tu klu tak nangis aku. Aku ambikkan ckit kat mangkuk, barulah dia diam2 jilat2 milo..hehhehehhe. Bila dah penat sangat selera makan pun kurangapasal timbang tak turun2 lagi nie. bencilah Meneguk air glup glup glup..ah..nikmat gilak kena plak semalam buat ais tembikai laici..fuhhh..lagilah sedapppppppp.

Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

hari ni hari selasa la...hehehe sebab akak baca hari ni hehehe

dalam malas2 tu pun sempat jugak ijah masak macam2...memang saspek betul..errkkk...respek la akak dgn ijah nie.

oo...ingatkan anak dara akak jer suka makan milo ni..ada gak member dia hehehe

Fariza berkata...

Kak azwa: betul2..hari nie selasa..

Boringlah kak beli je..berapa hari jelah klu puasa saya boleh masak..hari bekerja konpem buka rumah mak atau beli lauk siap2..bebetulan anak2 ngan suami tak berapa cerewet pasal makan...benda yg diorang suka semuanya senang nak buat tu yg gigih..tue..

hehehhe..tulah sapa ntah yang ajar dia makan milo macam tue..rupa2nya susu dia kat rumah pengasuh pun dia makan camtu je...patutlah susunya cepat habis..kakak pengasuh cakap klu tak bagi nanti dia guling2 nangis..ayoyo.

Fariza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mak Su berkata...

wah, mmg kelamkabut gitew, tapi byk juga menunya, bolehlah saya datang sebas :)

Fariza berkata...

Maksu:hahahha..boleh je jemput2..