18 Ogos 2010

Apalah yang korang pikirkan ye..

Hari nie aku nak membebel balas dendam sebab mak dah membebel kat aku

Kelmarin sepupu aku jumpa mak sebab nak mintak tolong tengok2kan cucunya yang baru lahir. Mak aku nie pun pegilah,bila mak tengok terkejut mak. Perut baby tue besar, mak cakap dah macam kena busung mata pulak kuning sangat. Kemaluannya besar mungkin kena hernia. Nafas tak berapa clear. Tapi baby tu tak merengek pun(setau aku klu baby kena jaundis baby memang tak aktif). Mak marah kat sepupu aku ngan anaknya. Mak cakap kenapa tak bawak hospital baby dia nampak teruk sangat. Sepupu aku nie dah bercucu pun takkan tak tau lagi, yang anaknya pulak anak ko tu masuk 3 takkan tak tau lagi..baby baru lahir mcm nie memang mudah kena jaundis. Kalau anak ko tue nampak bukan seperti anak2 yang sebelumnya maksudnya ada sesusatu yang tak kena. Bila mak aku tanye boleh dia cakap "dulu anak2 saya yang dua orang tue tak macam nie". Bengong betul. Mak cakap nasib baik dia tak pandai naik kete klu tak mak dah angkut bawak pegi sepital. Mak cakap bukan dia taknak tolong tapi cuba dulu pegi sepital kalau doktor cakap takde pape bolehlah mak tolong usahakan.

Aku peliklah diorang nie tak tau ke apa nak buat klu anak2 demam atau sakit. kadang2 yang datang rumah mak aku bawak anak2 kecik demam panas. Bila mak aku tanye dah bawak pegi klinik belum, diorang cakap belum tapi terus bawak jumpa mak aku..aduhai..demam panas anak2 kecil janganlah dibuat main. Mak aku bukan ada mangkuk ajaib nujum pak belalang yang boleh nampak budak nie ada virus apa kalau tak nampak tu tandanya pendek umur hahahhaha. Nanti klu dah berubat cara moden tak ok barulah try tradisional pulak. sedangkan aku nie yang ada anak kecik kalau anak demam takdenya aku nak mintak mak aku urut2 aku bawak pegi klinik dulu..agak2 klu tak kebah jugak atau anak macam tak selesa baru aku mintak mak urut2 kan.

Yang paling syok tengah malam anak muntah2 pun carik mak aku...apa kes?pastu anak muntah melambak selamba tinggal balik kesian mak aku malam2 buta kena lap muntah anak orang, sadis betul. Kalau aku lebih rela ketuk pintu klinik 24jam dari aku ketuk pintu rumah orang. Memanglah mak aku sedia memberi pertolongan pada sesiapa saje tak kira masa tapi tolonglah jangan ambik kesempatan pulak. Lepas tu janganlah perjudikan nyawa anak2 korang tue.

Mak aku tak komplen tapi bila mak cerita benda2 macam nie buat aku geram.

Allah kurniakan mak kebolehan mengurut orang tapi mak selalu pesan klu terjatuh mak nasihatkan orang tu pegi xray dulu kalau takdeh tulang yg patah mak berani urut kalau tak mintak maaf mak tak boleh urut sebab takut jadi lagi teruk.

ok sesiapa memerlukan khidmat tukang urut boleh PM aku atau tinggalkan komen ..hahahhahahha.. nie apa kes ko..iklankan mak plak ...hahhahaha...

aku main2 je..

Ini telah menjadi SEJARAH

7 ulasan:

ieda berkata...

sepupu fariza dah bercucu??abis tu cemana dgn baby tu?dah dibawa ke sepital?

Fariza berkata...

Kak ieda: betul kak, saya nie dah ada pangkat nenek dah huhuuhuu..Semalam mak pegi tengok tak dibawak lagi....mcm buat tak heran je pelik betul. nak kata tak sayang anak tak mungkin lah pulak(memang dia tunggu baby nie). semalam mak marah lagi dengarnya petang tu jugak nak bawak ke Hospital besar klang..nanti balik saya tanye mak saya..

MOKCIK AZWA berkata...

eii Ijah..mokcik dengor pun geram tau.

Takkan itu pun nak tunggu kena marah dengan mak ijah baru nak bergerak..aduhai..kesian anak tu. Ke ada masalah kewangan kut?

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

weh iklan kn mak nmpk ..nk dpt percent ke..kekekkeke...=P

Fariza berkata...

Kak Azwa: pegi hospital gomenlah kak, atleast check dulu anaknya klu takdeh duit pikir kemudian macam mana nak buat...

hari nie tunggu doktor pakar check..

Atih: hahahhaha..mana adalah saje je tu...

Maya Ariffin berkata...

alahai siannya. meh ku silambam sket sape mak bapaknye tu ngan nenek2 dia skali meh.. oppss sedara ko ek. akekekek..

Fariza berkata...

Maya: Silambam lah maya kes mcm nie boleh dimaafkan...muahahhaha..