07 Ogos 2010

Air keroh, Melaka (last citer percutian di melaka)

Rasanya salah waktu pegi ke Air keroh sebab ada sua rasa tv9 kat dataran depan zoo. Parking susah 2 kali pusing baru dapat parking depan taman buaya. Sebab Sua Rasa jugak aku tak dapat singgah kat taman mini malaysia 4 kali pegi Air keroh 4 kalilah aku tak penah pegi Taman mini Malaysia..aku nak tengok rumah2 tradisional ikut negeri2 kat malaysia....

Kitaorang nak masuk zoo sebab dah janji ngan anak2. Ti yang gigih cari parking jugak tue.





Masuk kat Mini safari kat sini ada zifarah, kuda belang ngan rusa pastu ada lagilah binatang2 lain tapi tak nampak menyorok kat celah2 pokok.



Apa nie? seladang kot ye..hehhee..tak perasan plak. Azam yang ambik gambar tau2 dah ada dalam kamera.




Naik kuda Kanak2 seorang= 2 ringgit, kanak + dewasa = 3 ringgit. Azri taknak naik pucat muka dia..hahahha penakut. aku ngan azam paksa dia naik sebab fahmi nak naik tak deh kawan. Aku naik ngan aqil..hehheheh..best ooo.. Kuda ku lari gagah berani....yehhaaaa..


Sebelum balik round dulu zoo naik tram. Info bleh pegi sini. Tiket 2 ringgit dewasa kanak2 seringgit. Berenti sekali je kat tempat buaya & burung2 tu pun 15 minit je. Boleh tengok binatang dari jauh jelah klu naik tram nie tapi kaki tak penah..hehehheheh..

Masa nak balik ada plak kaunter SPR apalagi aku pegilah daftar nama aku hehehhehe...hidup dah 29 tahun baru nak pegi daftar undi. Azam tengah check kawasan undi dia. Lepas nie bolehlah aku jalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat...kuang kuang kuang..


Klu ikutkan aku dah tak larat nak singgah kat sua rasa nie tapi dah alang2 nak tercabut lutut..teruskan jelah..hahahha..aku beli petpet..kihkihkih..murahlah. Sekejap je pun..pastu baliklah..aqil pun dah mengantuk.

Sampai rumah pukul 6 ptg..fuhhhhh..penat gilak...tapi beessttttttt. Lepas nie percutian mungkin hujung tahun nak pegi terengganu plak...hehehehhehe...

Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

menarik jer tengok haiwan2 tu..tiba2 teringin nak tengok movie zoo pulak hehehe

gambo last sekalik tu dorang tengah bisik aper tu ??

Fariza berkata...

KAk azwa: heheheh..yang dua orang bisik2 tu tengah nak buat game....