23 Julai 2010

Sunat pun belum lagi Azri oiiii!


28 Julai nanti barulah genap umur dia lapan tahun.

Semalam sampai rumah je Azri landing kat depan tv. Aku? macam biasa budak tecit sibuk nak tidor kena tukar baju & lap2 badan budat tecit cikit. Masa aku sibuk2 tue..

"ibu, abang ada bendalah nak cakap ngan ibu"

"apa bendanya"

"eh, takde papelah"

Kebetulan aku tengah kehulu kehilir jadi tak berapa nak layan dia cakap. Bila dah settel semuanya tue aku duduk sebelah azri sambil buai budak tecit. Pastu azri sambung..

"sebenarnyakan bu, abang dah putus ngan makwe abang"

wah ko, fitam aku dengar. mintak nyawa pls. Nie nak marah ker nak gelak nie. Apa aku nak respon?. Kalau masa dia cakap tue umur dia 28 tahun taulah aku nak cakap cam mane, nie umur ko lagi beberapa hari baru nak lapan tahun ko dah citer pasal putus cinta? apa kes!...

"nape putus?" hahahhaha..serius aku sebenarnya tak tau nak cakap apa dah macam kene sawan terkejut pun ada..

"dia tak suka kat abang, tapi abang dah ada makwe baru"

Sangat transparent kan? huissh kasanova betul! aduhai anak aku nie..sabo jelah. Dia siap bagi tau nama makwenya tapi aku tak ingat sebab panjang sangat. Kalaulah umur Azri nie dah 28 tahun memang aku bangga sebab anak bujang aku sudi kongsi masalah dia ngan ibunya. Hangat hangat...

"dah sunat?" muka mesti kerek masa tanya tue

"belum"

"dah tu sibuk sangat makwe makwe nie kenapa?, sepender pun ibu yang belikan ada hati nak makwe2"

"abang taulah, saje jer"

"belajar dulu pandai2 baru pikir pasal makwe, paham"

"yelah abang tau"

Bahaya nie. Aku suspect dia nie bercinta kat sekolah kot tu yang periksa kantoi...mmmm. kena buat edisi siasat cam nie.




Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

ieda berkata...

cepat dapat menantu nampak gaya nie...hahaha

Fariza berkata...

Kak ieda: hahahhaha..alamak...

Maya Ariffin berkata...

wahahahah.. gelak guling2 aku siooott!

Fariza berkata...

Maya: memang kan..uishh..apa-apa aje budak nie tau..