15 Julai 2010

Hari nie aku nak membebel secara rambang

tunggu dokumen lambat sangat nanti klu gaji lambat jangan nak bising ye..

Baru-baru nie kenalan kat tempat keje aku, anaknya disahkan leukimia umurnya baru 3 tahun. Luluh hati bila dengar anak2 kecil nie diduga ngan penyakit2 berat cam nie. Ada sorang kawan aku nie cakap "biarlah anak saya biasa-biasa je janji dia sihat takdeh penyakit teruk2 hati saya pun senang". Terpegun aku sekejap tiba-tiba teringat aku rotan anak2 sebab keputusan periksa tak memberangsangkan. Dalam hidup nie tak semua benda yang kita nak akan jadi kenyataan. Kita merancang Allah yang menentukan. Pada kenalan aku tu semoga tabah hadapi dugaan nie.

Kisah yang lain pulak

Selalu aku baca citer kat suratkabar atau dalam majalah je rupa-rupanya benda nie betul-betul terjadi kat keliling aku. Realitinya. Sebulan lepas mak dapat panggilan daripada kawannya menangis-nangis katanya anaknya tolak dia sampai jatuh daripada motor dan kawan mak aku tue jatuh terlentang kepala benjol besar. Nauzubillah. Apa nak jadi generasi sekarang nie!. Tak taukah dia derhaka namanya tue.

Mak aku cakap puncanya tu, budak tu(umur dalam lingkungan 16 keatas masih bersekolah lagi) nak bawak motor ntah nak pegi mana tapi maknya tak bagi sebab dah nak mahgrib kebetulan pulak maknya jugak nak bawak motor tue sebab ada urusan apa ntah. Masa maknya naik motor tuelah anaknya geram ditolak maknya sampai jatuh telentang. Bila maknya dah jatuh terlentang tak bleh bangun pandai pulak angkat maknya masuk dalam bilik.

Masa mak aku sampai abang budak tue tengah belasah budak tue. Abangnya ambik seplastik air baru dihempuk kat kepala budak tue. Meraung-raung budak tu kat kaki maknya minta maaf. Kawan mak aku nie dah menangis je. Pastu mak aku cakap kat abang budak tue "dahlah bang jangan belasah adik camtu".

Sapa yang nak disalahkan bila jadi cam nie. Salah didikan? Salah keturunan? salah pemakanan? Salah setan pengasut? mmmm..mari kita renung-renungkan..

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: