08 Julai 2010

Agak2 kalau kecewa putus cinta pun tak sehebat macam nie.

Kecewa sesangat. Tapi tak boleh putus asa!.

Minggu lepas minggu sessi menadah telinga kat cikgu sekolah anak2. Tapi aku tak pegi pun. Sekolah agama Azam pegi. Sekolah Kebangsaan mak yang pergi. Bukan aku sengaja tak nak pegi tapi cuti dah nazak. aku takut nak terima kenyataan yang anak2 aku tak berapa cemerlang periksa kali nie. Azam plak haritu jugaklah dia nak balik kampung...mmmm.

Tapi aku dah tau dah keputusan anak2 sebab tengok kertas periksa yang dah ditanda. ntahlah nak salah kan anak2 100 % pun tak boleh. Prestasinya boleh dikatakan menurun dengan teruk.

Azri hampir tak menguasai matapelajaran utama. Fahmi sebelum nie banyak A (ujian), Periksa kali nie cuma 1 A je.

Hampir beberapa hari aku tak boleh tidur tu aku maksudkan macam org putus cinta, tapi makan masih lalu lagi. Memikirkan apa aku nak buat ngan budak2 nie. Nak hantar tusyen? buat jadual harian? paksa belajar? tak bagi tengok TV? tak bagi main. kalau semua tak boleh/bagi nanti menganggu zaman kanak2 diorang pulak. buah Delima betul!

Cikgu kelas Azri cakap kat mak, Azri nie bila kat kelas cikgu tanye soalan semua boleh jawab tapi bila periksa tak boleh buat dari tahun lepas lagi masalah nie jadi. Aku memang perasan benda nie. Why2?.. Soalan periksa dia tak habis jawab. Aku tanye dia dia faham tak apa makna periksa. Tak boleh jawab soalan sambil berangan hobi dia nie. Dari kelas no 1 turun kelas no 4. Frust gila tau. Azri selamba dia je.

Fahmi pulak cikgu cakap dia taknak dengar cakap cikgu. Cikgu suruh buat kerja dia buat muka selamba je kawan2 lain hantar kerja sekolah dia tak hantar pun. Hangin je dengar kan?. Tak boleh duduk diam dalam kelas perangai sapalah yang ko ikut nie. Masalah betul!.

Memang aku rotankan dua dua budak nie. Selalu Azam yang buat ari tu aku cakap ngan azam "biar ibu pulak rotan". Tazkirah memang panjang lebar lah. Sampai nangis2lah budak berdua tue. Peringatan untuk diorang.

Aku tau berjaya dalam akedemik tak bermakna cemerlang dalam hidup. Tapi ada ke makbapak yg taknak tengok anak2nya pandai. Atleast untuk keperluan hidup diorang. Boleh bagi saingan ngan kawan2. Biar penuh ilmu didada. Memanglah anak2 aku baru darjah 1 ngan darjah 2 banyak masa lagi tapi perasaan risau nie tak boleh dibendung. Takut terus hanyut. Aku kena buat sesuatu!

Sekarang nie aku cuba luangkan masa tengok diorang belajar. Selama nie bukan tak penah tengok diorang belajar tapi jarang2. Anak2 aku nie perlukan masa yg konsisten kalau tak cam nielah jadinya. Tu pun susah gila aku nak tengok sebab budak tecit pun nakkan perhatian. Mencabar jadi mak2 zaman sekarang nie. Aku cuba susun balik rutin harian aku..aku tak nak biarkan anak2 aku ketinggalan. Rasanya mcm tak cukup 24 jam je.. Masa aku cuma ada waktu malam jer, tu pun limited sangat sebab anak2 pukul 10 dah masuk tido. Sabtu aku keje halfday sampai rumah dah petang, masa nie lah nak kemas rumah, nak masak nak bla.bla..bla..tu sebablah aku bercita-cita nak jadi surirumahtangga biar puashati anak2 depan mata hidup pun teratur.

Hari tu aku ada pm kak pnut tanye pasal kelas kumon, aku tengah nak servey tempat2 tusyen nie. Pening jugak mana nak pilih. Aku nak ajar diorang pun kadang2 konpius. Dulu dengan sekarang nie dah tak sama silibus. Aku dulu darjah 3 baru belajar darab bahagi. Sekarang darjah 2 dah belajar. Dulu takdeh sains yang ada Alam & manusia sekarang nie sains mcm aku belajar biologi je pastu bahasa inggeris pulak tue. Aiyoyo. Nie karang ngan aku2 sekali pegi tusyen nie.

"Wahai anak-anak ibu, ibu rotan bukan bermakna ibu benci. Ibu rotan sebagai pengajaran sebab ibu sayang anak2 ibu. Ilmu tue penting anakku. Ibu taknak anak2 ibu mewarisi ketidakupayaan ibu & abah untuk menjejaki menara gading sebab kami tak berpeluang. Dengarlah kata2 gurumu tumpukanlah perhatianmu bila guru mengajar. Ibu nak anak2 ibu CEMERLANG dunia & akhirat."



Ini telah menjadi SEJARAH

9 ulasan:

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

woit asal background ko pilih sm ngan aku..isyk3....
ala lex a...baru darjah 1 n 2..
aku dlu mls gak...xnk pg sek rendah gak..leh je keje skrg ni..haha

ieda berkata...

budak2 sekarang banyak sgt godaan yg tak elok..mmg pening memikir hal depa ni...sabar jelah.

Fariza berkata...

Atih : Ye ker tak perasan..dulu tak sama ngan sekarang..bila nak mulakan tugas jadi cikgu nie?

Kak ieda: tulah kak..nak kata semua jangan tak boleh pulak kan..nak kena pantau 24 jam memang tak laratlah...

memang kena banyak2 bersabar..

NONIE ABDUL AZIZ berkata...

Ijah: jgn ler risau sgt Ijah..ewaaahhh pandai aku cakapkan?kekeke...aku memula dulu mcmnilah jugak risau ngan Nurin kejab ok kejab ko...memula dulu mmg aku nak anto gi tuisyen la Kumon la apa bagai..tapi bila fikir balik sian plak kat anak aku timetable tiap2 hari dah le pack kalau aku tambah lg tuisyen apa bagai lg kesian anak aku tu...cuma apa yang aku boleh share ngan ko dik...ko kena korbankan sket masa ko utk dewang..macam ngan Nurin aku, aku spend masa aroud 30-40mnt suruh dia buat latihan..kalau ko rasa 30-40mnt tu panjang sangat ko suruh je dewang buat latihan dalam 10 soklan macam tu jer...aku buat dekat Nurin baru2 ni..alhamdulillah nampak peningkatan..

Maya Ariffin berkata...

ja.. "Dilemma".. bukan "Delima" wakakaka.. oppsss!

Tui tu tu.. aku setujuk ngan semua kata2 ko tuh.. kena bentuk dari bawah.

*garu2 kepala sambil dalam hati berkata "macam-mana la pulak turn anak2 aku nanti? huhuhhu"

Fariza berkata...

Kak nonie: buat jugak latihan tu kak, saya belikan buku2 mcm jawab soalan periksa tue....tapi tulah klu tak ditengok ntah apa yang dibuatnya..5 soalan ambik masa setengah jam...?..hangin..hahahhaha..
yelah saya cuba luang masa kat diorang..

Maya: eh salah ye..hahhahah..tu taip ikut emosi jadilah gitu..lagi pun masa aku taip tue tiba2 teringat buah delima..tu yang jadi gitu..muahhahahhaha...tq nanti aku betulkan.

bersedialah dari awal..terutama duit..bleh hantar tadika yg bagus ckit...at least masuk sekolah rendah tak ketinggalan sangat...tapi klu anak ko memang terang hati ko hantar kat mana pun jadi je.....

MOKCIK AZWA berkata...

Semua ibu bapa berperasaan cenggitu kan Ja...jgn risau sangat dan jangan paksa sangat bebudak tu. kalau nak cuba boleh bagi dorang prektis jawab soklan peksa dalam tempoh masa ditetapkan...try score A....hehehe (sempat lagik promote...)

Fariza berkata...

Kak azwa: mcm menarik je score A tue...mcm mane nak tau lebih lanjut?

Fariza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.