24 Jun 2010

Sambungan citer "leceh rupanya buat renovation rumah nie....isshh"

Selingan sekejap, aku nak bagitau yang aku menyesal percaya citer kakak nie aka bini abg amir. Hari tu aku jumpa dia, tulah pertama kali jumpa...hahaha..laki dia selalu gak aku jumpa (lebih kepada terserempak sebenarnya) betul aku menyesal percaya citer dia, aduhai takdehnya dia nie brutal. Lembut je aku tengok patutlah abg amir terpikat..mowahahahha. Itu tanggapan aku pertama kali jumpa kak nonie nie. kalau nak tau Belog yang mula2 sekali aku baca blog kak nonielah. Akhirnya jumpa gak kita ye kak...walaupun jumpa cara tak sengaja.

Sambung balik citer yang patut aku citer...

Akhirnya setelah banyak sangat rintangan bodoh akhirnya siap jugak renovation tue. Ok sekarang tengok dulu kabinet aku nie. Cantik tak? dah macam kuda belang albino dah...hahahahahha..atas warna lain bawah warna lain. Kalau ada rezeki aku ingat nak cat kasi seragam warnanya.



Sekarang jom kita check major defect. feeling2 aku jadi engineer QA....muahahahaha. Aku sebenarnya tak kisah kualiti kayu apa yang ko pakai nak buat kabinet nie, tapi tolonglah buat kemas2, cuba tengok pintu kabinet nie, buat mcm org yang tahan lapar stok mengigil-gigil. klu ikut aku memang aku suruh bukak balik biar bawah tu lopong pun takpeh janji hati ngan mata tak sakit.
Kalau tutup pun tak bleh rapat, tengoklah betapa hodohnya. Nie pun azam dah cakap kat tukang tue, baru dia nak sapu pengilat kayu..klu tak lagi hoooooodoh. Bila dah macam tue nak kemas pun malas..semuanya aku longgok je kat atas tue..


Lepas tue tengok tepi table top nie, dia tak pasang tile cuma simen halus. Agak2 korang penah tak jumpa table top mcm nie...penah?..iya, limited addition hanya kat rumah aku je. Aku tak tau apa masalah diorang nie. Lagi sekali, memang menyakitkan hati. Aku nak ulang ntah berapa kali ntah kat kawan aku, klu budget tak cukup bagitau...mmm..diam je. So, nielah yang aku dapat. yang bersandar tue ada lagi sekeping tilenya.


nie plak pintu dapur yang tak boleh tutup. Tombol pintu tu ngam-ngam kena kat tombol kunci gril, so mcm mana aku nak tutup pintu dapur..iya, kerusi jadi sendal, nasib baik gril boleh kunci. Sampai sekarang takdeh berita pun dia nak betulkan. takpeh aku tunggu lagi..




Yang nie benda yang paling teruk aku rasa sebab sebelum tue azam dah cakap dengan tukang tu jangan disimen paip tu nanti klu rosak susah nak tukar. "boleh bang, boleh bang"....ok takpeh... Tukang tu cakap lagi klu nak tukar batang paip panggil dia free je dia buat. iyalah free agak2 klu nak panggil ko tue, ko bleh datang masa tu jugak ker?..ntah2 2 3 hari baru nampak batang idung.


Azam pun saje je beli paip baru, bagi yang besar cikit sesuai ngan singkilah. Kebetulan tukang tue tengah sapu pengilat kayu kat pintu kabinet, jadi azam suruh dia tukar paip tu. Sekali bila dia nak tukar boleh plak dia cakap "tak bolehlah bang bawahnya dah kena simen". Kepala otak ko lah. Hangin je azam..Last2 dia tukar badan paip tu je yang tapaknya tu pakai yang lama. Azam cakap "mcm tu rugilah saya beli paip tu mahal2 tapi tak di pakai semuanya". Yang best lagi dia pegi tebuk yang mcm dalam gambar tue...mmm....hangin tak?..dahlah memang buruk benda tu ko buat..ko tebuk cam tu lagilah buruk..sumpah memang sakit hati sangat2.



Benda yang kecik2 tue aku malas nak cakap, memang tak sempurna langsung. Tebuk lubang tak simen balik, simen dinding pakai simen kasar bila cat balik habis mengerutu macam muka diaDuit semua aku dah bagi dah. Aku malas dah nak pikir.

Tapi kan ntah macam mana tukang tue nak ambik bayaran yang last jumpa dia kat rumah mak aku jadinya mak aku tau citer. Tukang tue indon . Aku ngan azam citerlah semuanya kat mak. Sekali mak pun tak puashati. Esoknya mak pegi rumah kawan aku tue, tapi kawan aku takdeh yang ada makbapak dia. Apalagi mak aku cakap semuanya kat makbapak (mak kenal lah sebab duduk sekampung) kawan aku tu. Bapak kawan aku nie pun hangin gak dia cakap dia janji nanti suruh kawan aku tue betulkan apa yang patut sampai semuanya ok.

Besoknya kawan aku datang rumah mak aku, mak aku cakap dengan dia minta tolonglah kat dia betulkan balik apa2 yang tak betul kat rumah aku tue. Kawan aku tue mintak masa sampai pekerja dia free baru dia akan betulkan rumah aku tue...

Sebenarnya aku & azam dah penat cakap ngan kawan aku tue. Aku pun dah berapa banyak sms, tipon kawan aku tue tapi takdeh respon yang menyenangkan..itu aku kira jalan terakhir akulah minta tolong mak masuk campur.

Hari tu kawan aku ada sms aku, cakap rumah aku tue nanti dia betulkan tapi bila aku tanye bila senyap pulak..lagi2 aku komplen pasal singki bocor, nie pun satu hal jugak nie mcm mane singki boleh bocor plak kan?...aiissh..satu2 masalah timbul.

Sampai sekarang nie aku masih tunggu lagi..bila kawan aku nak betulkan rumah aku tue. Umpama nak tunggu buah yang tak gugur. GERAMMMM!.


Ini telah menjadi SEJARAH

7 ulasan:

Maya Ariffin berkata...

aku baca pon dah geram ja. kalu ak u yg kena, haf way tu dah a ku terminate dah.. dulik lah kawan ke haper ke. kang bagi kat tokei cina tau pulak merunggut tak puas hati owang melayu tak tolong melayu.

Fariza berkata...

Masalahnya maya aku dah bagi separuh duit tue kat dia...kang klu aku terminate masalah plak aku nak cari org lain..ade ker org yang nak buat keje separuh2(lari budget kang)..lepas tu plak sebelum dia buat table top tu aku dah cakap dengan kawan aku tue..buat kemas2, benda yang kita tak berkenan pun dah cakap..tapi tulah dia buat jugak....

takpehlah sekarang nie aku boleh tunggu lagi..tengoklah cam mane dia nak buat...

MOKCIK AZWA berkata...

memang bengang kan kalau kena macam ni. tu la malas nak amik sedara mara sepapat amik buat kerja ngan kita nie... tak maik org kata tak nak tolong sedara...tapi mutu kerja..ermmm...

Fariza berkata...

Kak azwa: tulah kak, kat rumah saya tue masuk nie dah 2 kali kena..huhuhuhu..mungkin salah saya jugak kot..simpati & mudah percaya kat org.

tapi betullah mutu kerjanya..klu 100% saya bleh bagi 20% jer tu pun sebab kesian(lagi sekali)..

ieda berkata...

uish...akak yg baca ni pun dah geram..apa lg tuan badan yg kena.apa laaa buat kerja mcm tu..tak berkat duit dia dpt tu nanti..jgn la dok rekemen dia kt org lain..
kalau akak kt tempat fariza mmg ngamuk sakan dah ni..mau kena buka & buat semula..hangin ooo.

Fariza berkata...

Kak ieda: takdehnya saya rekemen kat org kak takut saya jadi cam nie....


saya halalkan tapi dia sendiri kena ingatlah kali nie dia buat kat saya esok2 org plak buat kat dia...hukum karma..

NONIE ABDUL AZIZ berkata...

isk frustnya kalau dpt contractor macamni...sakit hati..sakit lagi mata kalau memandangkan...betul tu tak pe kita pengang satu ni what u give u get back...