09 Jun 2010

Leceh rupanya buat renovation rumah nie..ishhhh

AMARAN: aku bukan nak buruk2 kan sesiapa cuma luahan hati yang tak puas hati..kalau kawan aku nie terbaca...aku minta maaf banyak2. Nielah yang aku RASA.

Dah macam aku buat renovation puluh2 ribu dah...aishhh...padahal ciput je pun. Janjinya 4-5 hari siap sekali tue sampai sekarang tarak siap lagi lo..mendatangkan marah betullah!..masalah yg biasa kita dengar bila buat renovation nie dpt tauke tak ngam ngan anak2 buahnya yg jadi mangsa tuan rumah.

Bayangkanlah yang aku rimas tu habuk merata-rata...boleh dikatakan tiap kali balik rumah aku kena menyapu, mengemop rumah padahal selalu aku mop rumah seminggu sekali je...huahuahua..letih ok..sampai dekat pukul 10 malam cam tue......Lantai berpasir!

Aku nie ada anak kecik habuk simen tue kan bahaya, aqil sampai sekarang batuk tak baik2...aduh tension2.

Minggu nie kalau tak siap jugak, adalah amukan yang berlaku nanti. Aku dah malas nak dengar alasan2 dah, Aku bayar bukan suruh buat kerja free. Azam dah bising2 dah...

Oklah citer dari mula biar senang paham..

Memanglah masa masuk rumah tue aku dah buat kabinet cantik kononnyalah..rupa-rupanya lepas beberapa tahun rumah tue dah kena serang anai2. Jadinya frame semua pintu bilik habis dikerjakan ngan anai2 tue. Kabinet jugak..tinggal masa nak roboh je sebab aku punya table top bukan batu cuma kayu je. Jadinya aku ngan azam berkira nak buat baliklah kabinet risau tengah2 masak kang tiba-tiba roboh singki & dapur masalah plak. Frame pintu plak aku tak berapa risau sangatlah walaupun tak boleh tutup bilik sebab penggunaan pintu tue sangat minimum.


Ntah macam mana kebetulan jumpa kawan sekolah aku kat @#$$% cakap dia boleh buat. Aku nie pun sebab kawan syok sangatlah konon2 senang nak deal. Lagipun dia cakap semua settle. Cakap ngan azam kawan aku boleh buat dia pun sibuk suruh tanya......Jadinya bila betul2 nak buat aku suruh dia datang rumah nak bincang. Fisrt date pun dah fail sebab dia lupa yang aku ngan azam tunggu iyok2 an je. Dari situ memang mencabarlah sampailah bila dah mula projek.


Masa mula bincang aku cakap dapur tue buat dulu, frame pintu kemudian takpeh. Sekali aku tengok semua frame pintu dia dah buat dapur aku dibiarkan cam tu je . yang bestnya lagi pintu dapur dia dah tanggal sampai hari nie dapur aku takdeh pintu....sekarang nie tak tau nak marah ker nak nangis..Bayangkan dah dekat 8 hari tak siap2. Nak ditambah perisa maggi cukup rasa kat ini cerita plak, pekerja kawan aku nie talipon Azam minta duit nak beli barang sebab duit tak cukup. Azam benganglah, sekarang nie aku deal dengan kawan aku apahal plak pekerja2 dia direct terus kat azam kenapa tak minta duit kat kawan aku nie sebab kitorang dah bayar separuh dari harga kerja tue.


Kawan aku plak mcm biskut chipsmore. Bila azam call atau sms kadang2 je jawabnya. tak Hangin. Dah aku plak kena call & sms dia..sms failure pun aku hantar je..wahahahhaha..pedulik...Bila dapat cakap ngan kawan aku nie..dia citerlah budak2 dia dah guna duit tue..padahal barang semua dah tempah tinggal nak ambik je kat kedai, tu yg nak mintak tambah lagi. Aku cakap takpehlah aku boleh bagi tapi dalam lingkungan harga yg dijanjikanlah. Kawan aku cakap tak payah bagi nanti dia settle...oklah aku percaya. Sekali tue budak2 dia still lagi talipon minta duit...cakap nak beli barang jugak kalau tak memang tak siaplah dapur aku tue..Hangin lagi sekali!. Pastu bila aku cakap lagi sekali ngan kawan aku...dia cakap bagi lagi 500 je kat budak2 dia. oklah lagi. Bila bagi 500 kat budak2 dia, budak2 dia cakap tak cukup paling kurang pun seribu..sakitnya hati aku.


Kat sini dah nampak yang diorang ada masalah komunikasi yang teruk!. Patutnya aku tak payah tau apa masalah diorang. Masalah dalaman korang pandai2lah korang settlekan patutnyalahkan......tak boleh ke pekerja2 kawan aku tu bincang dengan kawan aku sendiri cakap barang tak cukup kena tambah duit pastu kawan akulah yg minta duit tue dari aku kan sebab aku deal ngan kawan aku nie. Dah aku ngan azam jadi orang tengah antara dia ngan pekerja2 dia apa kes... yang kawan aku nie pun satu tak tengok langsung kerja yang diorang buat, sekali je masa mula2 buat pastu langsung tak tengok bila sekarang nie aku dah komplen banyak benda baru nak tengok tu pun datang tengok jer..tak tanya pun pekerja dia ada masalah apa ker. Bengang ok. Bila aku cakap aku nak deal terus ngan pekerja2 dia tak bagi plak....so mcm mane?.


Semalam azam bagi lagi duit mintak pekerja2 dia beli pintu dapur tue sebab aku cakap ngan azam klu pekerja2 kawan aku tue mintak duit nak beli barang bagi jerlah selagi masih dalam harga perjanjian & minta tolong cepatlah ckit buat rumah aku tue, nasiblah kawan aku ....aku tak tahan dah tengok rumah tue. Sakit mata + sakit hati. Kerja lambat tak kemas plak tu ada ker patut ko pegi simen sekali aku punya border dinding tue tak boleh ker koyak ckit border tue sebelum ko simen..sewellah. Cat pun janji boleh jer..baik bagi aku yg cat. Tebuk lubang kat dinding tak tampal balik.


Harap2 hari nie boleh siap rumah aku tue. Bolehlah aku kemas cikit2. Nampaknya aku kena ambik cuti nak kemas rumah. Aduhai....Lepas nie aku taubat nasuha nak renovate rumah ngan kawan aku tue

ini telah jadi sejarah

5 ulasan:

ieda berkata...

fariza...ngape buat entry blinking..susah nak baca.

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

sbb otak dia pn dh jd cmtu..kakaka...weh kn dh kena dlu ngan sedara sndiri pn xleh caye..org melayu gitu la...eh aku bukan melayu ke???..x aku jawe..kih3...len kali tempah kt cina je..puas hati seh..aku ambik pedoman gakni...huhu

Fariza berkata...

Kak ieda sorry pc saya tak detect plak blinking tue..

saya dah betulkan..ok tak?

Atih: bukan camtu, masa aku nak buat tue aku cuma minta quotation...bila dia cakap ok dia boleh buat semua..aku pun oklah....tu namanya takdeh rezeki..takpeh aku redha....

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

cehhh...kureng betul la bdk bt * ni...sengal lebih..mcm x penah terdidik...isyk3....biorla..nanti ko dpt rezki len...org tu lg lingkup pye...pasni jgn cy kt org bt * lg..or org melayu..try kt cina plak

ieda berkata...

baru la boleh baca...hihi..blinking sikit takpe..jgn semua..juling akak.

tu pasal la akak buat renovation semua dgn cina...bukan nak kondem melayu tp mcm tu lah..org kedah kata kerja hala balai.