22 April 2010

Cuti yang singkat baik dimanafaatkan-Part 1

Patutnya azam nak booking hotel kat melaka tapi sebab aku lambat bagi kata putus hotel yang nak di booking tu dah penuh masa tu aku memang takdeh hati nak pegi mana2 pun

Bangun pagi ahad azam sibuk tanya nak pegi mana. Aku plak pikir dah alang-alang nak sangat berjalan jom pegi melaka masuk nie dah 4 kali aku pegi hahahhaha. Bukan apa kat air keroh nie seronok sebab semuanya satu tempat..ada zoo, taman buaya, taman rama2, bandar hilir pun dekat yang penting anak2 happy. Sekarang nie kalau nak berjalan kena pikir anak2 maksudnya anak2 bleh seronok jadi mengenali binatang adalah sesuatu yang menyeronokkan aku kira maknya pun boleh seronok sekali sebab kecik2 dulu takdeh sapa nak bawak pegi mengenali binatang asyik2 tengok muka monyet je.

Taman Rama-rama, Air keroh Melaka.

Kat taman rama-rama nie macam2 addda(tagline asteruk), kalau tak sempat pegi zoo pun tak terkilan. Harimau bintang ada, tapir ada(takde plak gambarnya)...takpeh..jomlah aku bawak semua mengembara ke taman rama-rama secara maya kat blog aku nie..hahhahaha..


Cantikkan burung kat belakang kitaorang nie....



nie plak ungka, comel ungka nie..anaknya melekat je kat badan ungka betina...siap tunjuk bontot kat kitaorang..hahahhaha..




nie aku tak tau namanya..iguana ker?..lupa plak..


Rama-ramanya sangat mesra alam..hehehhe..sampai azam terjerit2 sebab rama2 tu hinggap kat kepala aqil(dia yang dokong aqil), aku nak ambik gambar pun tak boleh..sabo jerlah azam memang takut serangga kecik2 nie aku yang selalu jadi penyelamat dia hahahhahahha..lipas masuk bilik air pun kecoh abis satu rumah..abis juga shieltox 1 botol nie ambik gambar jauh2 dia zoom je...hahahhahha..



Bagi ikan makan paling anak2 suka..seronok tengok ikan2 tu berebut nak makan...Aqil kalau boleh dia nak terjun masuk kat dalam kolam tu..
Kongkang nie bagi bontot je untuk tatapan kitaorang sebab dia tengah sedap beradu mungkin...tidur sambil berpeluk-pelukan..mengamalkan poligami nie kongkang nie...hahahhaha..


Merak dikayangan..hehehhehe, pastu burung enggang ngan buayabusuk buaya tu duduk kat air pun malas mandi..huh.

Baru perasan gambar ular takdeh macam2 ular ada tapi paling banyak ular sawa. Kalau kamera kat azam org cakap "bang, ambik gambar"..baru dia nak snap2...mmmm..dia bukan tau gambar tu penting untuk org macam aku nie..nak pegi gebang kat FB ngan blog..miahahahha..

Part seterusnya kita pegi zoo plak ye anak2!...nantikan en3 seterusnya..jangan kemana-mana..! sah mental disoder..hahahhahaa..mcm ada org nak sangat tengok hakkk puihhh..


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

ekekeke ijah...memang menarik melawat zoo di alam siber..

sama la dgn anak2 i jugak, part bagi ikan makan paling seronok sekali kan hehehe