12 Mac 2010

Kisah Beli & pindah rumah

Lama dah aku letak kat draf citer nie...aku ingat nak ambik gambar rumah..tapi malas plak nanti org cakap aku riak plak walaupun rumah aku tu rumah kos rendah je..hahahhahaha. so n3 nie tanpa gambarlah...

Nampak sangat tak deh modal nak temberang cite.

Lepas kahwin aku terus duduk rumah mak sebab nak jimat tak jimat pun tambahan plak mak tak bagi keluar rumah tue kalau aku saja-saja nak sewa rumah kalau beli rumah baru mak kasi pindah sebab mak cakap membazir je rumah mak pun kosong masa tu adik aku masih belajar, abang aku pulak belum kahwin.

Azam tak keberatan nak tinggal serumah dengan keluarga aku. Sebelum nie memang dia sewa rumah dekat banting tapi jauh sangat pulak aku nak pergi kerja dari banting ke port klang. Jadi angkutlah segala barang-barang dia pindah dalam rumah mak aku. Takdeh lah banyak sangat, takat peti ais, rak pinggan, almari perhiasan dan bermacam-macam lagi .hahahahahaha skema tak?

Seperti yang sedia maklum maklumlah sangat, 3 bulan kahwin aku pun mengandung, masa nielah aku & azam meninjau-ninjau rumah yang mampu milik dengan kawasan yang startegik. Sampai bila nak menumpang kan? teringin gak nak main kejar-kejar ngan azam kahkahkah hidup berdikari sendiri. Tapi masa tu apa yang aku pikir..janji ada rumah. Satu hari tue, azam balik kerja dia cakap kawan dia bagitau ada projek perumahan baru buka, booking kene bayar 2 ribu kalau tak silap aku.huhuhuhuhu.. Alamak mana nak cekau duit 2 ribu, kesiankan 2 ribu pun tarak. Biasalah baru kahwin duit dah banyak habis kena susun balik kewangan. ok, seribu bleh korek tabungan..lagi seribu tu azam pinjam kawan dia( arwah kak zuri) baik gila kakak nie..arwah kak zuri cakap pulangkanlah bila-bila sebab dia pun bukan pakai duit tue...tapi alhamdulillah azam dah langsaikan hutang tu bila dapat balik legal fee.

Sementara tu kitaorang masih jugak tercari-cari rumah yang lain gak, mana tau ada yang lebih berkenan kat hati. Cari rumah dah siap mahal nak mampus terima hakikat tak mampu.



Bila projek nak jalan kitaorang kena bayar downpayment 10%, yang nie takdeh masalah boleh keluarkan epf. Rumah tu atas nama azam sebab azam nak apply subsidi interest daripada tempat kerja dia. Masa sign agreement kitaorang pilih sendiri rumah nombor berapa kitaorang nak sebab kebetulan masa tu tak ramai lagi yang nak beli rumah kat sini, aku orang kedua yang booking jadi aku pilih depan taman permainan rumah kedua dari tepi. Lepas dah uruskan semua tu, kira jadilah..dah takdeh nak cari rumah lain. Cuma masa nie risau pemaju kelentong je, takut projek tak jalan.



Rumah teres setingkat 4 bilik dengan 2 bilik air, cukuplah untuk keluarga aku. Masa mula aku tengok pelan rumah tu, mcm pelik cikit sebab bilik air kat tengah-tengah..ntah apa-apa ntah...aku ingat bila dah duduk nak renovate kasi tukar kat dapur. Tapi bila dah duduk eh, oklah plak bilik air kat tengah-tengah(klu tetamu nak tumpang bilik air takdehlah diorang terjah dapur aku)..kata orang tak kenal maka tak cinta gitu. Rumah ni kan depan taman permainan senang nak tengok anak-anak main, selak langsir & pintu luas-luas boleh tengok dari dalam rumah aje. Kalau bernasib baik bernasib baik katanya ada jiran-jiran yang duduk kat taman boleh bergosip hal elwal semasa gosip pasal jiran nie tak tegur jiran tu, kak nam jugak aku nie, tapi aku dengar je sebab bukan aku yang gaduh hahahhahaha.

Tempoh projek siap 2 tahun jer, kalau lambat pemaju kene bayar denda. Pendekkan cerite memang siap dalam masa 2 tahun. Oh, sangat teruja nak duduk rumah sendiri. Sebab aku duduk dengan mak jadi aku takdeh barang-barang asas macam dapur gas + tong gas, mesin basuh, tv + rak, meja makan, sofa, karpet..hushh ..banyaklah..ngan langsir lagi. Dari besar-besar benda sampailah benda-benda kecik macam sudu, senduk , penyepit baju semuanya nak kene beli. Aku tak buat apa-apa ubahsuai pun. Kabinet dapur pun aku tak buat aku beli yang siap kat kedai perabut, singki pun pakai singki yang ade je. Kalau nak buat kabinet dapur kena sediakan duit dalam 4-5 ribu tu pun yang biasa je. Duit yang ada aku nak belikan barang-barang asas dulu. Memang masa tu kalau masuk rumah aku, memang betul-betul macam orang yang baru nak belajar hidup berkeluargalah..takdeh meja makan, sofa kiranya rumah yang paling simplelah. Tapi masa tu aku dah happy sangat dah, barulah aku boleh masak cara aku, kemas rumah cara aku, layan anak + suami cara aku, tanam bunga yang sekarang bunga-bunganya mcm nak mati semuanya. Eh, sapa nak pasu bunga bolehlah datang rumah aku ada banyak Azam cakap dah boleh bukak nursery bunga dah...hahahhaha..Biasalah pindah rumah dulu mcm poyo2 je nak tanam bunga sekali tu banyak yang mati..huahuahua..tu yang banyak pasu terbiar tu.



Bila nak pindah benda penting yang kena buat pasang gril, lampu kipas semua. Ada cerita sedih masa ni sebab kene tipu dengan saudara sendiri. Kecewa sungguh. Tapi takpehlah aku halalkan dunia akhirat.walaupun kadang-kadang bila teringat jadi bahan gosip terhangat hahahahaha.



Kata orang pelan-pelan kayuh. Alhamdulillah sekarang rumah aku dah fully furniture dah. Cuma mesin lipat kain jer takdeh lagi..hahahhahaha..azam cakap kalau ada dah lama dia beli sebab kalau seminggu aku tak lipat kain susah dia nak cari spender..hahahahahha..kira ok seminggu, kadang-kadang tu dekat 2 minggu



Sekarang dah hampir 5 tahun kot aku duduk kat rumah tu. Aku seronok tinggal kat sini, jiran-jiran ok walaupun jarang-jarang jumpa. Terutama jiran india belakang rumah aku tu selalu bagi makanan, penah dia bagi aku ubi kayu..bila aku goreng lembut ubinya..mmmmm sedap betul. Tapikan aku tak tau nama jiran aku tu hahahhahahha...keji tak? dan aku pasti dia pun tak tau nama aku sebab dia tak pernah tanya pun..huhuhuhuhuhu...selalu dia panggil aku "adikkkkkkkkkk, lama tarak nampak..ada baik ka?"...hahahahahahhaa. Satu malayisa tak?. Jiran kanan kiri aku melayu, pun ok. Jiran sebelah aku lagi best kalau ada daun2 kering dok parking kat depan rumah aku dia tak berkira sapukan sekali, dulu masa mula-mula aku ingat rumah aku ada puteri bunian hahahhaha..iyalah asal aku kumpul kat depan rumah daun2 kering tu mesti hilang. Jadi suspect jiran akulah yang tolong sapukan sebab dia je yang rajin sapu2 sampah. Kalau raya memang tawaflah ke rumah jiran-jiran ni, meriah!.Agak-agak kalau aku nak beli rumah lagi (insyallah kalau ada rezeki) dan pindah dari sini mesti aku rasa keberatan.



hujung catatan: sedih tv lcd aku kena sambar petir berjemaah ngan astro sekali..uwaaaaaaaa. Dugaan. repair lcd tu mahal dah macam boleh beli baru..ingat kalau ada rezeki aku nak beli yang 42'' lah.


Ini telah menjadi SEJARAH


3 ulasan:

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

aku igt..aku bsh ru,ah ko...eceh..bskk aku ade rumah ko bsh lak ru,ah aku tau..muahahaha

Fariza berkata...

Atih: hahahah..iyalah ngan x pakwe ko yg mental tu kan?.....

♥♥♥ miz sifa ♥♥♥ berkata...

sssyhhhh..pakwe lame maaa...ahhahhaa...