02 Mac 2010

hari nie aku nak jadi chef..!

Bila dah banyak kali kena masak menda alah nie jadi aku perasan aku dah CHEF...LOL.

Kebetulan masaknya pun senang, jadi sajalah kongsi resepi nie terutamanya untuk kak azwa yang tanya resepi nie 6 bulan lepas ...hihihihihi..


Azri suka sangat Sizzling yee mee, selalunya dialah yang minta aku buat. Bulan lepas jer seminggu 2 kali aku masak. Semalam dia minta lagi sekali, tapi aku tak boleh nak masak sebab bahan2 tak cukup. Belum pegi belanja lagi untuk bulan nie..




Bahan-bahan :-

-bawang putih
-halia
-cili kering
-minyak utk menumis
-kicap pekat
-kicap manis
-sos tiram
-garam

-tepung jagung
-cendawan shitake
-ayam
-yee mee



bawang putih, halia & cili kering di kisar. Lepas tu tumis sampai naik bau. Kalau ikutkan sebenarnya ketuk2 jer halia ngan bawang putih pastu cili kering dipotong pendek2 pun boleh tapi disebabkan aku nie tak suka ada 'sampah sarap' dalam kuah jadi aku lebih suka kisar semuanya.



Bila dah naik bau tu masukkan ayam yang dipotong kecik-kecik, letaklah air ikut firasat.


nie salah satu cara bila bahan tak cukup, belasah je apa yang ada. Nie bukan cendawan shitake, nie cendawan butang dalam tin. Lepas masukkan ayam masukkan cendawan plak. Nak letak lobak pun boleh. sedap gak.


lepas tu bolehlah bubuh kicap pekat, kicap manis & sos tiram..banyak mana tu bergantung pada rasanya & rupanya. Masa mula-mula aku masak benda nie aku bayangkan sizzling yee mee yang selalu aku makan sebab masa kawan aku bagi resepi nie dia cakap pun mana yang dia ingat je...jadi aku belasah jerlah janji rasanya boleh diterima akal. Tak sangka plak jadi kegemaran seisi keluarga..hihihihi.
biarkanlah sampai mendidih & ayam tu empuk, sambil2 tu boleh adjust rasanya..kalau tak masin bubuhlah garam..kalau nak pedas boleh bubuh laba hitam sikit..kalau tak makan ngan ciliapi potong2 lagi sedap..

yee mee nie plak rendam ngan air panas sekejap mcm celur mee kuning. Ada orang suka makan yee mee nie rasa keras2 cikit..terpulangkah ikut citarasa masing-masing. Kalau ikutkan kuah sizzling tu tak panas mcm kat hot plate jadi eloklah lembut sikit yee mee tu.

sekarang siap dihidang dan boleh di ngap..sebelum tu bacalah doa makan dulu. Oh lupa plak nak pekatkan kuah bancuhkan tepung jagung pastu masukkanlah kat kuah masa tengah mendidih.


nyum,nyum..SEDAP..SELAMAT MENCUBA!




Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

yippeee...lepas ni nak terai ... kegemaran kami anak beranak jugak nie..

tima kaci jah.. :)

Fariza berkata...

Kak azwa: sama-sama:)