04 Mac 2010

Borak-borak dengan mak

Aku tak ingat bila, tapi masa tu time cuti kot. Cerita punya cerita tercerita pasal suami sepupu aku yang sakit. Aku tak berapa pasti sakit apa tapi kalau penyakit sekarang nie biasanya darah tinggi(strok) kencing manis je. Umur dalam 60an(mungkin). Memang tak sangka. Dulu sihat bila kena timpa sakit mcm nie, suami sepupu aku sampai hilang ingatan..dah mcm baby dah...semua kena orang uruskan. Kalau dibiarkan kat satu2 tempat tu kat situ jelah dia. Sampai satu masa tu dia buat benda yang ..mmmmmm...nak citer pun kesian...

Mak cakap dulu arwah abah pun sakit sampai hilang ingatan gak(kuman dah menyerang bahagian otak), tapi arwah abah tak ingat keadaan dia masa tu je, yang dia ingat zaman silam2 dia. Mula-mula aku dengar mak citer aku ketawa. Mana tak ketawa. Mak aku tidor kat bawah katil hospital arwah abah pegi ambik air dia siram mak aku, dah habis basah mak aku..tempat tido pun basah...masa tu orang kat wad tu semua gelakkan mak aku. Lepas tu kicap org sebelah diambiknya bila tanya kenapa ambik kicap orang arwah abah cakap "nak bawak balik adik(aku) ngan abang(abang ayeng) nak makan nasi ngan kicap". kot iya pun tak kan ambik orang punya. Ada satu hari tu arwah abah marah mak sebab tak bawak lampu suluh(arwah abah panggil bateri) sebab nanti nak balik macam mana, lalu kat bawah pokok kopi kan gelap. Padahal masa tu arwah abah kat Hospital. Mak plak layan je.

Kadang-kadang dia tanya sepupu aku bila mak tanya kenapa, arwah abah cakap nak suruh sepupu aku pegi cabut keladi kat kebun sebab dia nak goreng..huhuhuhu. Semua yang dia teringat masatu adalah waktu sebelum dia sakit. Dia teringat nak belikan aku & abang ayeng mee goreng kat kedai sekak(kedai kopi yang selalu dia pegi). Masa citer nie mak menangis mak cakap "sedih kak kalau teringat kat abah masa tu". Aduh, cepat2 aku tukar tajuk takut aku pun akan menangis sama dan aku rasa aku nak sambung balik citer ABAH & KANSER. Insyaallah.


Ini telah menjadi SEJARAH

1 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Terkenang arwah bapa masa dia nazak...apa yang dipanggilnya ialah.."inaa, inaa..." panggilan untuk ibunya...memang sedey...