24 Mac 2010

Adakah kelihatan seperti baru?


konpius haku.

Masa sambut birthday Aqilah nie ramailah sedara Kakak ipar aku(buat kat rumah nenek kakak ipar). Belah abang aku, aku sekeluarga je yang ada. Segan gak. Mak tak sampai lagi pastu yang lain2 ada hal plak.

Ada satu sedara kakak ipar nie pegi sound pakcik kakak ipar aku "yelah ko mir, belum kawin semua ko ambik kan..tengok besok kalau dah kawin..semua kena ambik sendiri, duduk pun jauh2, ko tengok kat sini mana ada yang duduk sama(laki bini duduk semeja)"...merujuk pada keadaan masa tu pakcik kakak ipar tu mengambilkan makanan untuk tunangnya.. hahahahhahha..... ok,otak dah tak center nampaknya(rujuk pada ayat yang dibina)LOL.

Dah semua pakat gelak, jangan ada yang sentap..nie semua hanya ceriakan suasana je. Aku pun gelak gaklah dengar...sambil mata perati semuanya..eh, memang betul takdeh suami isteri yang duduk semeja..masing-masing duduk ikut naluri hati..hahahhaha..

Tiba-tiba mak kakak ipar menyampuk "eh, sapa cakap takdeh tu adik faizal tu duduk semeja lagi". Eh, aku tak perasan aku duduk semeja ngan azam..hahahhaha..dah semua mata pandang aku ngan azam...malu i.. Pastu sedara tu cakap "dia masih baru"..muahhahahhaha..apakah masih baru?..(dirujuk sebagai baru kawin)...Dia tak tau anak aku dah darjah 2, dan tahun nie usia perkahwinan aku masuk tahun ke9. Alhamdulillah. Mak kakak ipar balas "eh, baru apa dah lamalah" ..hahahhahhaha... aku senyum je.

Terima kasihlah kat Azri & Fahmi sebab pegi main jauh2..merasa ibu & abah jadi pengantin baru hahahhahahha..eh, mana aqil ye?....oh, aqil ngan kakak ain rupanya...patutlah orang suspect pengantin baru...anak takdeh yang jadi handbag. LOL.


Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: