23 Februari 2010

sapa nak ikut aqil naik vrrrooomm2..& citer kawin azri.

Aktiviti paling digemari. Kakak Pengasuh (aku singkatkan jadi KP lah) kalau waktu sekolah dia buat aiskrim malaysia lepas tu KP akan hantar dekat kedai depan sekolah jadi rutin hariannya dalam pukul 10 pagi KP siap2 nak hantar aiskrim aqil pun standby. KP cakap kalau dia hantar aiskrim hari isnin, sampai kat kedai tu aqil nangis sebab motor dah berenti..hahahhaha..kedai tu dekat je ngan rumah KP. Maksudnya dia tak puas naik motor, tapi hari selasa dan seterusnya aqil dah paham dah..jadi dia tak nangis..hihihihi..geram tak tengok budak tecit nie.





Sekarang dia dah pandai tunjuk protes gaya superman..sekali tengok macam oh bijaknya budak nie dah pandai tunjukkan ekspresi perasaan tapi 2 3 kali tengok rasa nak waachhaa...muhahahaaha.





2 3 hari nie aqil kurang sihat demam & batuk. Demam sebab jatuh tercampak keluar kereta tapi kete berhentilah tak pasal2 aku kena marah dengan azam & mak. Aku bukan sengaja :) Batuk sebab berjangkit ngan Azri. Semalam azam bawak pegi klinik. Doc cakap dia suka tengok badan aqil. Doc cakap bagus orang yang jaga aqil sebab bagi makanan sesuai kat aqil. Setakat nie memang aku akui, aku puashati KP yang jaga aqil. Tak payah risau anak aku tak cukup makan, terlebih makan adalah. Susu hanya masa nak tidur saje. Kalau kat rumah mesti kena ada biskut/cekodok/nuget sebab kadang-kadang aqil pegi jenguk meja makan sambil cakap"mum, mum". maknanya dia nak makan sesuatulah tu.


Patutnya aqil dah cucuk setahun dah, tapi saja aku delay kan sebab kalau boleh aku nak ambik cuti masa nak cucuk dia nanti, bulan 2 niekan banyak cuti umum macam tak sedap pulak nak minta AL. Aku ingat nak ambik AL bulan depan jelah. Bukan apa kalau cucuk setahun nie kan kebarangkalian untuk demam ada jadi aku nak monitor sendirilah baru puashati.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nie pulak kisah azri

Masa cuti sekolah panjang bulan 12 tahun lepas aku buat aiskrim malaysia, sajelah buat makan-makan sendiri. Azri cakap dia nak jual kat kawan2 dia, pastu duitnya dia nak simpan kat bank. Dia siap warning aku jangan ambik duit dia kat bank tue..nak tau tak sebab apa dia tak bagi ambik duit dia kat bank?

"Yelah, nanti kalau dah kawin bini nak beli rumah miskinlah abang"..

hahahahahaha..tak boleh blah langsung. Bolehnya dia terpikir sampai macam tu sekali, advance 20 tahun tuuuu..

"tu sebab kena cari bini macam ibu nie, tolong suami"

muhahahahahha..up diri sendiri. takpeh ibu jadi idola anak.

"kumpullah duit sendiri, duit tu ibu yang tolong simpankan untuk abang kalau abang nak masuk u nanti senang dah ada duit".

Hari ahad lepas, Azri baru lepas mandi tiba-tiba dia tanye soalan

"ibu...., ibu rasakan kalau abg kawin, bini abang ada anak tak?"..

hahahhahaha..apa punya soalan nie....

"ntah"

"ala, teka jelah"

"ntahlah tak tau"

"ala, orang suruh teka je"

"tak taulah, abang nak kawin ker? kena sunat dulu"

kawin nak sunat tak nak...apa da. Apa ntah yang dipikir ngan budak 8 tahun belum cukup nie. hihiihihihi..macam-macam pe'el anak-anak nie.

Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

Maya Ariffin berkata...

ahahahah..advanced sungguh anak bujang ko ni Ja..

Fariza berkata...

Maya: tulah pasalnya..

ieda berkata...

budak2 sekarang advance lol...
masa saya first time kluar dgn hbby dulu anak2 dia dah sibuk tanya bila nak kawen..
fariza..cuba tanya cemana baby terjadi..tgk anak u nk jawab apa..hehehe..

Fariza berkata...

Kak ieda: tak penah lagi tanye, tapikan masa belum ada aqil..selalu diorang mintak nak baby..azam cakap apa tau "ok, malam nie abah ngan ibu nak buat baby abang ngan adik tidur awal"..hahahhaha sengal tak? ..budak2 tu pun excited je..

bila aqil lahir diorang tanya mcm mana baby keluar? saya jawab mcm kita ber*klah..hahahhaha..tak tau nak jawab apa..