19 Februari 2010

Rasa nak pelempang jer tau..budak-budak nie..

Rasa je belum lempang lagi..coming soon kot. hahahhahaha

Semalam balik rumah hujan lebat dengan angin yang menggila habis pasu bunga aku tumbang nasib baik tak pecah kalau tak satu hal plak.


Bila hujan camtu anak-anak aku(azri & fahmi) fobia jadi penakut ya amat. Nak jadikan cerita diorang makan roti pastu nak buang plastik roti tu kat dapur takut. Aku minta azri temankan fahmi. Azri malas nak layan adiknya. Aku nie dah memang berat bontot nak bangun. Rumah yang berkangkang kera camtu pun takut ntah apa-apa ntah.


Aku suruh aqil pegi temankan Fahmi..hahahhaha."aqil pegi ikut abang fahmi pegi dapur". Budak tecit niekan memang suka mengekor orang. Aqil pun bangun pegi ikut Fahmi dari belakang. Fahmi Kejap-kejap pandang belakang tengok aqil temankan dia tak. Tapi tulah budak kecik nie pun boleh tahan sampai separuh jalan dia patah balik..LOL..mencicit fahmi lari patah balik jugak tak jadi buang sampah.

Paksa Azri temankan fahmi pastu sampai kat depan bilik diorang patah balik "ko nampak tak dik, ada pocongkan?". Aku kat depan dengar menyirap je..sebab aku pun takut..hahahahhaha..
"ibu, temankan lah kitaorang bu, pastu ibu tutup pintu bilik tue." . Dengan machonya aku cakap "mana ada hantu, hish tak nampak tu baju yang tergantung". "bukan kat situlah kat tepi nie ha, mana ada apa2 kat situ". Sabo je aku. "takdeh hantu kat sini, hantu pun takut ngan korang".hahahhaha..bengang je budak2 tue.

Aku suruh anak-anak sembahyang maghrib "hantu tak suka org yang sembahyang". Tak pasal-pasal rumah aku terang bendarang..habis semua lampu aku pasang..hahahhaha..Almaklumlah azam keje malam..aku anak-beranak je kat rumah. Aku nie takutlah jugak cuma depan anak-anak maruah kena jaga..muhahhahahhaha.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

ieda berkata...

nie cara saya dgn hbby nyakat along yg penakut...waktu mlm bila lepak2 satu family kt ruang tamu then along bangun p minum kt dapur hbby tutup main switch...gelap gelita satu rumah..lintang pukang budak tu lari ke ruang tamu..dah banyak kali dia terkena...nasib la kan dapat mak bapak suka nyakat..hihihi..

Fariza berkata...

kak ieda: oh sungguh kijam...wahahahaha.....

kadang2 geram ngan budak2 nie penakutnya ya amat tak pasal2 kita terpaksa temankan diorang je...dah satu keje plak.