04 Februari 2010

Bila cerita perihal anak akan mengundang pelbagai emosi

Geram, marah, mencuit hati, sebak, sayang, rindu, kesian...semuanya jadi satu. Kiranya aku jatuh cinta pun tak sehebat perasaan jadi ibu.

Aku boleh jadi gila agaknya andai anak-anak 'pergi jauh' dari aku. ok, aku taknak bayangkan.

Dulu aku selalu pertikaikan tindakan mak bila aku rasa mak lebihkan adik-beradik aku yang lain. Mak cakap mak layan anak-anak semuanya sama saja tak ada beza pun. Bila aku ada anak lebih dari satu, baru aku tahu kenapa layanan mak berbeza setiap anak. Rupa-rupanya setiap anak mempunyai karakter yang berbeza, dah tentunya layanan pun kena berbeza walaupun sedarah sedaging dan keluar dari perut yang sama. Sebenarnya tak ada istilah pilih kasih. Tapi mak aku lagi hebat anak yang bukan lahir dari perut dia pun dia tak pernah nak beza-bezakan.

Sekarang ni anak-anak aku tengah membesar dan karektar diorang makin terserlah. Dan ada perangai diorang ni yang boleh dikatakan mengikut perangai aku & azam. Azri perangainya lebih kepada azam. Azri tu umpama refleksi azam bila dia berdiri dekat cermin. Orangnya serius, buat benda dengan penuh kesabaran..slow motion. hahahhahahhaha..jiwa mudah tersentuh, sensitiflah kata orang. Fahmi pulak lebih kepada aku. Budak suka buat lawak, happy go lucky, gopoh, tak sabar eh, apasal semua negatif nie..hahahahhaha. Aqil plak tak boleh nak citer lagi sebab masih terlalu awal.


Susah rupanya nak didik anak ni. Aku ingat dulu mak kalau marah dia cakap"nasib baik mulut mak nie Allah yang buat kalau tak tak lama hancur"..huhuhuhuhuhu..sebab asik membebel aje. Sekarang ni aku plak rasa ..huahuahuahua.. betapa sakitnya hati bila anak dah pandai menjawab bila dimarah, kena plak balik kerja dah penat..anak-anak leka main, ajak balik rumah buat derk je..hangin2.


Agaknya lumrah besarkan budak lelaki memang macam nie agaknya, kena pulak jarak kelahiran tak jauh sebab aku tengok dulu makcik aku & sepupu aku yang ada anak lelaki macam aku nie..anak-anak diorang kalau gaduh...hahahahahaha tengok pun takut. Mak-maknya relaks & pasrah je ibaratnya..gaduhlah, gaduhlah sampai lebam. muhahahahaha. Tapi kalau tengah angin baik, ya ampunnnnn..kita tengok pun macam? makan bersuap-suap, tolong ambikkan baju, peluk-peluk, kalau tengah makan yang sorang lagi tak sempat makan tolong simpankan, tak ke kagum tengok.

Hasil pemerhatian aku anak-anak nie kalau kita keras anak pun ikut keras tapi kalau kita guna pendekatan cara lembut anak pun lembut. Cuma ada masa-masanya yang perlukan power macam power rangers:).

Semoga Allah kurniakan aku kesabaran yang paling tinggi untuk didik anak-anak aku. Amin.Amin.Amin.

Ini telah menjadi SEJARAH

3 ulasan:

Abang Long berkata...

Cuba bayangkan bagaimana seorang pemimpin hendak memimpin umat ... seperti Nabi Muhammad

MOKCIK AZWA berkata...

sebab tu la ada pepatah mengatakan seorang ibu boleh membesarkan dan menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu...huhuhu

Ijah @ Fariza berkata...

Abg Long: erk, saya tak boleh bayangkan...mesti lagi banyak kerenahnya..

KAk azwa: iya, betul kak.huhuhu..