07 Januari 2010

Aktiviti Empat Januari Dua Ribu Sepuluh

Sesi baru bagi Fahmi sebab dia masuk darjah 1 tahun nie. Perasaan aku lega sangat tengok anak2 dah masuk sekolah rendah. Malam tu aku dah sediakan semuanya. Besok pagi senang. Set alarm hp pukul 5.30 pagi sebab bercita-cita nak buat breakfast yang berat sikit.


Aku terjaga pukul 6.15 pagi tu pun sebab azam yang kejutkan. Azam tanya aku kenapa set alarm pukul 5.30 pagi. Aku cakap bangun awal senang nak buat sarapan, pastu aku tanya dia, mana dia tau aku kunci jam 5.30pagi. "yelah tu nak bangun pukul 5.30 henpon tue bunyi abang yang matikan"..hahahhahaha..lah, ada bunyi rupanya aku yang tak dengar. Azam dah siap masak air & kejut anak-anak. Cita-cita nak buat sarapan hancur berkecai, anak-anak sarapan roti krim & air milo..hahahhahaha..hampeh punya ibu.

Pagi tu hujan plak. Dah siapkan anak-anak termasuklah sikunil aqil...tengok jam dah pukul 7.15 sekolah masuk 7.20 pagi, jem pulak tu. Sabo jerlah. Sampai sekolah dekat pukul 7.45 kot. Kesian anak-anak dapat tempat duduk belakang sekali. Berpinar nak cari kelas anak-anak. Bayar yuran semua. Bajet yang ade terlebih pulak sebab fahmi boleh pakai buku Azri..syukur, ada hikmahnya anak setahun satu nie ye..hehehehehehe..Buat pesanan penaja kat anak-anak. kitaorang pun blah pegi sarapan. Aku tak risau tinggalkan fahmi sebab dia nie ok mcm mana nak cakap ye..kiranya beranilah. tak pemalu. Balik rumah mak, tengok takdeh orang. Aku masak nasi & ayam kicap(kegemaran anak-anak)..aku rembat je apa yang ada kat peti ais mak. Bila mak balik sibuk suruh aku masak. Aku cakap aku dah masak pon. Mak cakap pandai ko masak ayam kicap tue. Ek, eleh..statemant tak boleh blah langsung.









Bila balik sekolah, aku tanya fahmi apa dia beli. Duit ade baki 40 sen. Fahmi cakap dia beli nasi lemak. Bagus, beli benda yang mengenyangkan. Tengahari sebelum pegi sekolah kebangsaan kene makan dulu, nie wajib. Dulu masa Azri aku tengah sarat mengandung jadi aku tak ikut masa dia kali petama jejakkan kaki ke sekolah kebangsaan. Masa Fahmi nie aku taknak lepaskan peluang. Sajelah nak menyibuk sama. Ini pun satu hal jugak berpusing-pusing cari kelas, berterabur. ntahlah, pada aku pengurusan kurang sistematik. Aku ngan azam berpecah azri ngan abahnya, aku bawak fahmi..sambil dokong aqil..memang berpeluh-peluhlah. Tunggu plak cikgu sebab nak bayar yuran. Settle yuran fahmi, menapak plak ke tinggkat 3 kelas Azri, tunggu punya tunggu cikgu kelas tak datang plak sebab ada kematian, terpaksa menapak balik pegi pejabat, yelah kalau boleh nak settel kan semuanya hari tu, senang dengan Aqil yang meronta nak turun, panas lagi..huishhhhh..memang sakanlah.

Lepas dah kepanasan semua Azam ajak pegi jj, layankan jelah...setakat makan jalan-jalan kejap sejukkan badan, pastu balik..hahahahaha..saja cari pasal + penat lagi. Balik rumah mak, azam tido. Aku? ntah apa ntah aku buat..pukul 5.30 aku ambik Fahmi. Kebetulan masa aku sampai budak-budak darjah 1 ada perhimpunan Cute jer aku tengok budak-budak darjah satu nie, agaknya lama diorang kene berdiri sampai ada yang buat sukahati jer..hahhahahhahaha. Cikgu pun takleh marah..cakap gelak-gelak.."kamu semua penat ye, nak balik tak!"...laju je budak-budak tu jawab nak..

Penatlah nak citer sampai malam ..muhahahhahahaha.. kesimpulan citer memang meletihkanlah satu hari tue. Tapi aku seronoklah, andainya aku punya kekuatan kewangan memang aku berenti keje.


Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Yang pelik kan sekolah ni siap la adakan hari pendaftaran kononnya, tapi yuran dan taklimatnya hari pertama persekolahan juga dia suh bayar...kan dah membanyakkan kerja tu..sib baik buku teks la nie sebelum cuti dah siap2 beri. Tak la kelam kabut dibuatnya..

gigih mak tu nak bangun kol 5.30 hahaha. mokcik macam biasa anak2 bekfes kedai tokki dorang...lega sikit. tapi first day tu tak sempat gak dorang bekfes sebab drebar lambat datang pick up dorang.

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Azwa: kak, hahahhaa..gelak dulu sebenarnya kan makbapak yang bayar yuran tue masa hari pertama sekolah...mcm sekolah agama, dia suruh bayar 1/1 (memang ade surat) Kalau sekolah kebangsaan jer diorang tak maklumkan bila nak bayar yuran tue.

maksud saya pengurusan tak betul tu..kelas berterabur, sekolah besar..kelas darjah dua ade yang kat depan ade yang jauh nun kat belakang..pastu takdeh signboard pon..tu yang berpinar nak carik tue

agak2 boleh dapat anugerah ibu mithali tak?..hahahahhaa