08 Januari 2010

Sambungan Aktiviti empat januari dua ribu sepuluh (5/1/2010)

*hahahahhaha..sewel aku nie salah tulis tajuk, ok aku dah betulkan.*

Hari kedua nie aku cuti lagi, tapi aku tak ikut hantar anak-anak ke sekolah takut terlambat lagi. Azam hantar anak-anak naik motor je. Bila anak-anak dah pegi sekolah je aku & aqil golek-golek lagi kat tilam, oh indahnya. Balik azam dah beli sarapan. Aktiviti aku tak lain layan sikunil tu jelah.


Pastu azam ajak kemas depan umah, bunga-bunga banyak yang dah kering. Plan nak bela ikan balik, tapi aukarium dah pecah plak tepinya. kene beli yang lain nampaknya.

tengok sikunil nie, kacau abah je..orang nak tanggalkan rak kasut(nak buang) nie dia pegi masuk kat dalamnya

dia nak gigit papan tue..eee kotorlah..tangan abah jadi penyelamat..

bersepahnya...alamak bang..nampak kepala berkilat..hahahahahhaha

Dalam pukul 2 agaknya baru pegi rumah mak. Sampai rumah mak, aqil tido aku ajak azam pegi kedai gunting rambut..aku nak potong rambut aku...rimas dahlah banyak gugur. Lega bila dah potong ringan kepala. Senang nak mandi wajid hahahhahhaha. Rambut akukan kembang, jadi cina saloon tu suruh aku buat rebonding..aku cakap nantilah tunggu aku dapat bonus(amin,amin,amin) hahahhahah..harapan nie, lagipun lepas aku lahirkan aqil aku baru buat. Aku yang malas nak buat rebonding nie lama ya amat..tak betah aku tunggu lama-lama.

Balik rumah mak nak tunggu anak-anak balik sekolah plak. Bila anak-anak dah balik sekolah ingat nak terus balik rumah..sekali kete tak leh start, hampeh betul. Kene tolak baru boleh idup...

Pagi esoknya nak hantar budak-budak pegi sekolah kene tolak kete dulu..baru kete boleh idup..Azam hantar aku pegi rumah mak, aku bawak kete atih pegi kerja. Azam bawak kete balik sebab nak betulkan. Kat kepala otak dah congak-congak berapa plak kene kali nie..duit dah banyak abis nie. Rupa-rupanya stater rosak..tempat cucuk kunci tue..kenelah 12 inggit nasib baik.

Ini telah menjadi SEJARAH

Tiada ulasan: