21 Januari 2010

Alhamdulillah, setahun sudah (patutnya publish semalam)


Hari ini genaplah setahun kelahiran Muhammad Aqil (20/01/2010), maknanya hari ini birthday aqil yang pertama. Semenjak nak masuk setahun ni macam-macam perangai yang dia tunjuk..makin panjang akalnya, faham apa yang orang cakap dan paling tak tahan dah pandai protes kalau kehendaknya tak dituruti kecik lagi ibu kasi can.

Semalam dia nak pakai beg kecik dia, walaupun beg tu berat gigih jugak dia nak sandang kat belakang badan dia..hasilnya bila jalan nak kebelakang, kena plak jalan kat lantai rumah nenek yang tak rata ..hahahhahahah.. orang jalan ke depan dia berundur ke belakang sampai kepala terhantuk kipas bila orang nak ambik beg kecik tu, menangis dia ..hahahahaha.. macam-macamlah. Lagi satu kalau dah pakai kasut janganlah sapa-sapa nak tanggalkan boleh mengamuk dia ...hahahhaha.. tidur pun pakai kasut.

Cerita 2 hari lepas paling tak tahan. Dia boleh buat ulang tayang cara-cara dia jatuh tergolek secara slow motion ....hahahhahah.. cute gila. Jalan pun dah laju dah. Tengah pikir nie nak sambut first birhtday dia macam mana...mmmmm.

Apa pun ibu bahagia dengan kehadiran Aqil. SELAMAT HARI LAHIR AQIL. Semoga diberi kesihatan, murah rezeki & jadi anak yang soleh.AMIN.

2 ulasan:

miz sifa berkata...

amin3...hahah budak kuat belakon...

MOKCIK AZWA berkata...

Amminnnnn..

Hepi Besday Aqil...