23 November 2009

Abah & kanser 1

Sebelum ini mak surirumah je, ntah macam mana ada satu kilang yang buka berhampiran rumah, jadi mak tanya abah boleh tak mak kerja kat kilang tu dan abah benarkan mak kerja sebab anak-anak dah besar. Bila abah jatuh sakit kilang tempat kerja mak benarkan mak ambik cuti tanpa gaji. Dengan abah sakit, sumber kewangan takdeh, memang memeritkan. Tiap malam mak berendam airmata, memikirkan besok macam mana. Masa ini lah kita boleh kenal mana sedara mana kawan. Sepanjang abah sakit nie paling banyak tolong kawan baik abah. Sedara?...malas nak cerita…(bukan semualah)..

Abah memang seorang yang aktif bersukan (terutamanya takraw). Abah tak betah duduk diam, kat rumah pokok bunga semua hidup subur. Abah ada tanam sayur kat kebun, sayur-sayur tu pun hidup subur. Abah jarang sakit atau demam, jadi Bila abah tak sihat semuanya ingat hanya sakit biasa.

Bila abah demam, pergi klinik makan ubat baik pastu abah sakit perut, pergi klinik doktor cakap gastrik & angin. Seingat aku ada dekat 3 bulan keadaan abah macam tue. Banyak kali abah pergi klinik, tapi doktor tetap cakap gastrik & angin. Tiap kali abah sakit mengerang-ngerang abah, kadang-kadang abah lari pergi kebun belakang rumah (ntah apa abah buat kat kebun tue). Agak-agak sakitnya berkurangan dia balik rumah. Boleh dikatakan sakit abah akan menyerang waktu malam dan dalam jam 1-2 pagi antara waktu yang paling teruk.

Satu malam tu, abah batuk darah dan abah tak tahan sangat sakitnya, mak bawak abah ke Hospital Klang dengan bantuan kawan baik abah (wak minhat). Doktor kat wad kecemasan cakap abah tak apa-apa. Mak bawak abah balik rumah, tapi keadaan abah tetap macam tu jugak sakit yang tidak tertanggung.

Tak lama lepas tu abah batuk darah lagi sekali, dan kebetulan masa tu kak ida & abang majid ada kat rumah, bawa abah pergi Hospital Klang lagi sekali. Seperti yang dijangkakan doktor kat wad kecemasan tu cakap abah tak apa-apa. Mak dah naik angin “Doktor cakap suami saya tak apa-apa, boleh tak doktor check betul-betul, nie kalau dah sampai batuk darah takkan takdeh apa-apa? nie pun dah 3 kali saya datang sini asyik cakap takdeh apa-apa jugak”. Bila tengok mak naik angin macam tue, doktor tu baru cadangkan nak buat xray kat abah.

Keputusannya abah kena tahan wad sebab doktor cakap ulu hati abah bengkak dan hampir pecah, esok paginya abah terpaksa dihantar ke HKL (naik ambulan) sebab masa tu Hospital Klang takdeh kemudahan nak rawat sakit abah.

Bila dekat HKL, Doktor kat sana cakap ulu hati abah ok, takdeh bengkak. Tapi sebab abah sakit kat area dada dan batuk darah doktor nak scan area tu. Sepanjang abah kat HKL mak yang setia menunggu abah. Aku, abang ayeng & atih duduk kat rumah dengan nenek (mak arwah abah). Kebetulan plak abang majid & kak ida duduk kat pantai dalam (kuaters) jadi urusan kat HKL abang majid yang tolong uruskan, iyalah nak harapkan mak mesti dia tak berapa biasa dengan situasi tue.

Masa doktor scan dada abah, skrin tu gelap jer tak nampak apa-apa. Doktor cuba banyak kali, tetap gelap. Doktor cadangkan dekat mak supaya minta air dekat mana-mana ustaz. Doktor cakap kita ikthiar mana yang boleh. Mak usahakan cari air yang dicadangkan dengan doktor. Bila bagi abah minum air tu dan doktor scan kat area dada abah baru boleh nampak bahagian paru-paru abah. Semuanya atas izin Allah.

Bila dah nampak tu pulak, doktor kene tebuk dada abah sebab nak sedut cecair kat paru-paru. Doktor nak pastikan ape sebenarnya sakit abah. Mak cakap masa doktor sedut tu, doktor tunjukkan kat mak tabung uji tue. Mak cakap kat dalam tu macam jentik-jentik.

Abah masih boleh uruskan diri sendiri masa nie, jadi mak tinggalkan abah dekat HKL sebab mak nak tengok anak-anak pulak kat rumah. Abang majid yang lawat abah masa nie. Kebetulan doktor dah ada jawapan sakit yang bersarang dekat badan abah, keputusan tu pulak doktor sampaikan pada abang majid. Abang majid pulak sampaikan dekat mak melalui talipon.

17 tahun dulu, rumah aku takdeh talipon(susahlah dulu-dulu kalau nak cari rumah yang ada talipon). Kalau nak talipon kena pergi rumah jiran sebelah (rumah arwah nenek ibah & atuk pono). Kalau ada orang talipon pulak(selalunya sedara terdekatlah), sapa-sapa yang ada dekat rumah nenek ibah kenelah panggil kitorang.

Walaupun berat abang majid terpaksa sampaikan juga dekat mak. Apa yang abang majid cakap tu meluluhkan hati, sah abah kene kanser paru-paru doktor hanya bagi masa 6 bulan jer untuk abah maksudnya abah menghidap kanser peringkat akhir dan doktor cakap kalau abah buat operation pun belum tentu abah baik, harapan adalah 50-50. Menangis mak, aku yang kat sebelah mak turut mengalirkan airmata. Semua yang ada kat situ menangis. Atuk Pono sabarkan mak, kena redha katanya.

HKL dah jadi rumah kedua abah dengan mak……..


Nota berkaki: aku sebenarnya mcm malas nak sambung...aci tak? habuk pun tarak kat draf untuk sambungannya..




Ini telah menjadi SEJARAH

20 November 2009

Bersosial & potong kek - Pantai Kelanang

Tarikh : 1/11/2009

Lokasi : Pantai kelanang

Acara : Bebas

Kalau ikutkan aku malas nak join, tapi macam keji plak kalau tak pegi..sesekali azam nak bersosial ngan kawan-kawan keje dia plak. Layankan jerlah. Pagi-pagi aku dah bangun sebab nak bawak satu menu sekurang-kurangnya. Masaklah spagetti (kerja mudah tu), goreng nugget, azam goreng keropok plak. Jadilahkan.

Anak-anak yang paling excited lah. Lama dah pun tak bawak anak-anak bersosial sampaikan nak suruh potong kek pun bo layan jer.


Oklah sesekali buat cam nie, seronok gak cuma aku nie malu ckitlah..tak tau nak bergaul sangat matilah kalau maya baca nie tengok aqil baik jer duduk kat tikar takdeh plak dia nak merangkak kat pasir tue...geli kot.

Budak yang nak kene potong kek nie, tengah belajar taichi..kahkahkah, apa benda yang fahmi buat ntah. Orang suruh pilih kek yang tekak ibunya nak makan, kek kanak-kanak jugak yang dia nak, hampeh..tak sedap.

Abis semua mengerjakan makanan, masa untuk mandi....erk, mandi apekejadah nya air tak pasang, cikit-ckit jadilah..hahhahahhaha..nampak sangat terdesak nak mandi...

Tapi dalam pukul 3 tak silap aku air dah naik dah..masa tu aku dah tukar baju dah, aqil lepas direndamkan ngan azam, terlentok tido..kesian letih sangat tu sampai aku nak mandikan dia pun tak bangun-bangun gak...



Fahmi & Azri, rupa dah macam apa ntah, kulit jadi hitam ada diorang kisah..hmmm.

Ini telah menjadi SEJARAH

Kenapa suka bila malam jumaat?

ti, nampak ngantuk jer ko..
peninglah..
Hari nie hari jumaatkan?
yelah, malam tadikan malam jumaat..
berkubanglah tu..
cilakak..betul...


Betullah aku pening kepala hari nie, telan UPhamol 650 sebijik baru ok. Malam tadi laki aku baca yasinlah......

Ini telah menjadi SEJARAH

14 November 2009

Hari Raya Gathering 2009

Tarikh: 25/10/2009

Masa : 2.00-6.30 ptg (masa aku nie, padahal 5.30 org dah balik)

Tempat : Yard, Westport.

Menu : Macam-macam adaaaaaa (katering Nyonya Kitchen).

Aturcara majlis : Ucapan drpd Pengarah(Dato), Magic show, cabutan bertuah, pertandingan karaoke dan makan-makan.



Seminggu sebelum tu aku & kak Haidzan dah sibuk cari hadiah, sebab kitorang cuba pastikan setiap yang datang at least bawak balik 1 hadiah. Aku rasa masa pegi cari hadiah tu dah mcm masuk Amazing Race dah...bayangkan kitorang pegi JJ masing-masing bawak satu troli jalan laju-laju..pegi pukul 2 sebelum pukul 5 kitorang dah sampai opis balik, dengan bawak 27 hadiah..hohohoho.. 2 hari berturut-turut kitaorang pegi. Mcm nak patah kaki rasanya..tu belum lagi mcm nak termuntah tengok barang-barang yang kitorang beli.


Tapi paling org kuat kak Haidzan lah, hari ahad dia dah datang secepat pukul 11.00 pagi. Aku yang konon-kononnya nak datang awal pukul 2 baru terpacak. Penat tapi enjoylah.


Hadiah yang menanti, setiap org kene register & cabut satu nombor. Lepas tu kita ade 17 hadiah besar yang lain termasuk TV LCD 32" (yang nie bos kene cabut)

Dapat usap kotak pun jadilah..bos tengok sambil cekak pinggang..Gila mak-mak orang nie syok sendiri

Wak din yang dapat..bravo..bravo...





ha, ade acara jejak kasih kat atas stage..wahahhahahha.. taklah nie sebenarnya nama aku bertuah dapat cabutan 17 hadiah besar tu(dapat hadiah no4). Aku dapat handphone. Punah harapan nak dapat LCD 32". Bos aku "huge me, huge me..". Layankan jerlah.





mamat magic show... khusuk tengok magic show




eh, gambar laki aku plak...heheehhehe...



aku tak sempat nak ambik gambar anak-anak...nie jer yang ade..hahahhahahha..Fahmi tengah mengusung belon...


Walaupun agak kelam-kabut sebab ada yang kacau aturcara program, tapi oklah...yang penting aku dapat HANDPHONE COKIA, eh Nokia lah...yang sampai sekarang terletak jer kat almari tak guna...huhuhuhughu...Harga dalam RM300 jer, semua hadiah aku tau harganya sebab aku kan salah seorang AJK....


Ini telah menjadi SEJARAH

12 November 2009

Kerana aku manusia biasa


Susahnya nak memujuk hati..


Kadang-kadang aku rela..
Kadang-kadang aku tak rela


Ucapan tak selari dengan hati..
Takut perbuatan menguris hati..
Aduh susahnya.....


Biarkanlah..
Kerana aku hanya manusia biasa..

Ini telah menjadi SEJARAH

11 November 2009

10 November 2009

Lama dah aku nak share kat sini, baru hari nie berjaya..yihhhaaa..(aqil mandi)

Berjaya gak aku...upload video nie...layannnnnn
nanti aku upload lagi video yang lain...hehehehehe..
tengah kemaruk nie...
Masa nie aqil baru 5 bulan, happynya dia dapat mandi...


http://www.youtube.com/watch?v=WcpzbMHMa7Q

06 November 2009

Episod Pengenalan ABAH & KANSER

Aku cuba coretkan kisah abah & kanser nie (kak nonie saya try). Tapi aku tak boleh ingat dan takkan ingat tarikh-tarikh sejarah pahit nie..even tarikh arwah abah meninggal pun aku tak ingat. Serius. Cuma yang aku ingat masa abah mula-mula sakit aku sekolah darjah 4-5 dan abah meninggal masa aku darjah 6. Lagi beberapa bulan rasanya nak ambik UPSR.

Cukup-cukup pahit kalau nak diingat balik, dan cerita nie adalah berdasarkan ingatan aku masa tu..jadi mungkin ade yang kurang jelas nanti.

Bismillah. Menggeletar tangan aku nak menaip sekarang nie…

Abah seorang yang penyayang. Abahlah satu-satunya anak lelaki dalam 4 orang adik beradik, Abah jugaklah pembela kakak-kakak dan adiknya. Bila diorang susah abahlah orang yang akan bersusah payah menolong. Bila abah berkahwin abah terus menetap di rumah pusaka keluarganya dan sekarang rumah tu abang aku akan mewarisinya kerana abang aku adalah satu-satunya anak lelaki abah.

Dulu abah kerja sebagai pemandu bas klang banting (masa nielah abah jumpa mak), kadang-kadang aku ikut abah bawak bas, syok oooo..duduk kat bonggol bas(engine kot nie) sebelah pemandu tu..yang panas hahahhahahha..masa tu mungkin umur aku dalam bawah 7 tahun kot…Lepas tu abah berhenti sebab tak tahan sakit lutut, biasalah bas manual. Sebenarnya abah lagi minat kerja sendiri (bertukang & berkebun). Ikut abah pergi kebun pun syok jugak. Kalau abah dapat karja buat rumah orang pun kadang-kadang aku ikut, pun aku suka gak dapat main pasir (buat main masak-masak). Aku ingat dulu masa aku tadika, abah buat rumah kawannya pastu pulak rumah kawan abah tue dekat dengan tadika, jadi bila aku balik dari tadika aku terus pegi rumah kawan abah tue, abah siap bawakan baju basahan aku..nanti bila petang baru balik sama-sama ngan abah. Zaman tu aku rasa seronok sangat. Memori terindah aku.

Bila petang, kadang-kadang kalau abah rajin abah akan mandikan anak-anaknya. Aku suka jer kalau abah mandikan tapi ganas ckit abah suka siram air pakai gayung laju-laju, tercungap-cungap aku. Badan disabunkan rambut disyampukan, kaki diberuskan(dulukan budak2 suka main tanah, mandi kene berus kaki, kalau tak nanti mak yang berus sakit oooo). Seronok rasanya, masa tu kiranya aku dah besar jugak darjah 4 mungkin. Paling takleh tahan bila abah nak keringkan rambut aku, tuala tu abah pegi gosok-gosok kat kepala sampai gegar-gegar kepala aku, pening-pening lalat jadinya aku, macam mabuk naik kereta lalu kat jalan belok-belok dah rupanya. Lepas abah sakit abah dah tak daya nak layan anak-anaknya. Abah memang abah yang penyayang, Seingat aku abah tak penah pukul anak-anaknya. Mak cakap abah kalau beli baju anak-anak mesti yang ade jenama macam kiko, kikilala, ladybird (jenama2 nie mahal masa zaman aku dulu, eh sekarang pun mahal gak cuma dah tak trend kan?)

Bila dah siap pakai baju, selalunya aku ngan adik aku(atih) standby jer kat motor abah dangan harapan abah bawak kitorang pergi medang (minum kat kedai kopi). Selalunya abah bawak lah..hihihihihi..masa tu rasa seronok sangat dapat naik motor ngan abah. Abah pegi kedai sebab nak tengok gusti(wwf). Kalau abah ade duit, abah order lah mee goreng, kalau tak minum air jer (walaupun air jer tapi aku dah suka sangat dah).


Aku tak bleh ingat citer kelakar nie. Kat belakang rumah aku dulu, lebih kurang 500m ade pokok jambu bol (aku tak tau orang lain panggil ape buah nie). Masa tu abah baru balik kerja, aku ingatkan abah nak mandi sebab dia dah pakai tuala jer, tapi abah ajak aku pegi petik jambu bol dengan bawak timba aku pun terkedek-kedek ikut abah. Abah panjat pokok tu pakai tuala jer tau, aku kat bawah tukang kutip buah. Masa abah tengah panjat dari satu dahan ker satu dahan tuala abah tersangkut kat ranting dah terlucut tuala tu, bila aku pandang keatas..aku jerit “TARZAN!, TARZAN!”…hahahhahahahhaha.. iyalah cuba bayangkan orang panjat pokok pakai spender jer. “Kurang Asam ko”..abah pun ketawa. Tapi nasib baik abah pakai spender kalau tak…………..glup, tak dapat aku bayangkan. Kenangan, kenangan.


nielah rupa jambul bol tue.


Kalau orang tengok abah mesti diorang cakap abah garang, walhal abah jentik anak pun tak penah..marah pun biasa-biasa jer. Sebab ape orang takut kat abah? sebab misai abah...hehehehhe..misai abah macam misai A.Galak. Betul tak tipu. Abah jugak seorang teliti dalam semua hal & sangat prihatin. Hal sekolah anak-anak semua serah kat abah dari beli baju, beg, yuran, buku-buku sekolah dan segala alat-alat tulis, mak memang tak tau ape-ape pun pasal sekolah anak-anak (kesian mak lepas abah meninggal terpaksa belajar semua perkara dari mula). Masa aku masuk sekolah darjah satu abah yang tunggu. Berdiri abah kat tingkap sekolah, padahal aku bukan nangis pun...i'm cool ok..hihihihihi.

Walaupun abah tak sekolah tinggi, tapi abah pandai buat pelan rumah. Ala, yang macam arketik punya pelan tu, siap dengan ukuran nya sekali. Bila malam tulah keje abah..meneliti pelan. Orang kampung suka dengan hasil tangan abah. Sebelum abah sakit projek rumah abah tengah kencang, abah jugak ade pekerja 2 3 orang. Bila abah sakit abah terpaksa tolak semua projek yang abah terima. Takdir menentukan semuanya.

Agak-agak kalau abah ade lagi sekarang mesti dia seronok tengok cucu-cucunya. Sekarang abah ade 10 cucu 6 lelaki 4 pompuan. Dulu abah idamkan anak lelaki lebih ckit, masa Atih lahir ingatkan lelaki, pastu abah cakap kat mak "cukuplah anak kita nie". Mak cakap abah macam tau umurnya tak panjang. Tapi jangan silap walaupun anak bongsu dia nie yang lahir pompuan tetap jadi kesayangan abah ye.. Lagi over budak nie org pegi tadika sarapan kat umah dia sarapan kat kedai ngan abah, tiap-tiap hari plak tue...(Atih ko ingat lagi tak?).

lagi sekali Takdir menentukan segalanya.........

akan bersambung, insyaallah.


Ini telah menjadi SEJARAH

04 November 2009

Kenapa SEJARAH KEHIDUPAN

cetusan idea Jiey nie..



Masa mula-mula blog nie terhasil aku letak URL nya ijahibumuda & tajuk blog tetap SEJARAH KEHIDUPAN. bila aku pikir2 balik bukannya aku makin muda tapi makin tua jadi macam tak relevan nak letak ijahibumuda (nie sebab aku kawin muda umur 21 anak dah sorang).


Nak senang ingat aku tukar URL aku ngan nama aku sendiri. Lagipun aku senang bila tinggal komen kat blog orang lain org bleh kenal aku (walaupun bukan kenal betul2). Blog selalunya menceritakan peristiwa2 yang lepas..jadi aku panggil sejarah kalau aku sendiri memang betul-betul sejarahlah sebab selalunya peristiwa tu dah terjadi sebulan yang lalu barulah aku nak letak kat blog. Tak susah nak tau maksud sejarah kehidupan nie.

Kalau tengok kat blog nie semua cerita yang mengembirakan, aku tak sampai hati nak tulis yang sedih-sedih..hahahhahaha bleh tak camtu. Kalau ade pun yang tak berapa sedihlah..Tapi tak taulah..masa akan datang nanti..tiba-tiba aku nak coretkan semua kisah aku....realitinya kat sini hanya 0.01% dari cerita hidup aku sebenarnya. Aku teringin nak abadikan kisah arwah abah & kansernya..tapi...........tengoklah nanti, tunggu aku dah bersedia & pandai susun ayat dengan baik sebab ayat-ayat aku kadang2 tonggang terbalik..ngan salah ejaan lagi...bila baca n3 aku yang lepas2 aku sendiri tak faham..hahahhahahaha..


Ini telah menjadi SEJARAH

02 November 2009

Makan-makan yang simple

Tarikh : 18/10/2009
Masa : Pukul 1 sampai malam
Menu : Laksa mabeles, Sizzling yee mee, ayam goreng KFC ala-ala je, kek, tembikai & kuih raya.
Tempat : teratakyangpalingindahkurasakan...ok tak namanya



Aku takdehlah buat besar-besaran, panggil jiran kanan kiri, kawan opis 2 kereta, adik beradik & kawan azam 20 orang..hambik ko sampai 20 orang. Alhamdulillah makanan ngam-ngam jer. eh, lupa kawan-kawan azri & fahmi dalam 5-6 orang yang repeat makan 3-4 kali hahahhahaha..takpeh aku suka sebab ari tue diorang nak datang raya aku bagi duit raya jer, tak bagi masuk..hahahhahaha..bukan aku kejam, tapi masa tu keadaan rumah tak mengizinkan nie kira aku tebus baliklah. Kawan-kawan azri nie jugak yang paling last sekali datang pukul 9 kot...



Penatlah jugak, tapi ok gaklah sebab aku import bibik cantik..muahahahahha..tolong masak laksa mabeles. Plan aku mula-mula nak masak laksa & nasi impit, tapi tertukar ter maksudnya tak sengaja kan pikiran plak lepas pegi open house kawan sekolah aku masa hari sabtu tu. Dia masak sizzling yee mee, terus tanye resepi. Hari ahadnya aku terus buat..bibik cantik aku bising kat aku "baru first time buat terus buat banyak2, tak sedap nanti baru tau". Dan aku buktikan aku nie pakar masak..hahahhahhaha silalah percaya. Menjadi lah kuah sizzling aku..sonang je ghupanya. Azam cakap kat Azri & Fahmi "tengok ibu dah pandai masak sizzling tak yah beli lagi kat kedai, ibu pun bleh masak lagi sedap". Azri & Fahmi memang penggemar sizzling yee mee.


Ayam KFC ala-ala jer, mak yang sponsor. Bawak kat umah aku siap goreng, tinggal hidang jer. Bibik cantik aku complain jer kat dapur aku, senduk pecahlah, besen freelah, garam habislah..bawang takdeh, yang ade pun siap dah tumbuh akar...hahahhahaha..eh, tapi memang pun senduk aku pecah kes sayang nak buang, besen plak semua yang bekas2 aiskrim...hahahhahaha..nak masak banyak2 tu aku pinjam periuk mak. Iyalah aku nie jarang-jarang masak, masak pun selalu untuk 2 orang jer. Buat ape aku nak beli periuk yang kalau masak bleh bagi 30 orang makan..takdeh maknanya..muhahahahhaha..dalam perenggan nie jer kira berapa kali aku gelak, hahahhahahaha aku memang suka gelak..





Dah petang-petang baru aku teringat nak ambik gambar, tue jerlah yang ade. Bukti bibik yang aku import... Abang Majid(abang ipar) dah makan sizzling 2 kali tambah baru dia cakap kuah tu masin, pirrraaahhhh.. tapi yang adjust rasa sizzling tu bibik cantik aku gak..so kalau masin salahkan dia...hahahahahahaha..Selamat aku, dari kene perli an berapi..muhahahhahaha..

Opismate balik semuanya bawak novel aku..huwaaaaaaaa...pinjam takpeh..janji pulangkan balik..

Oh lupa plak masa aku buat makan2 tue azam keje ye, tu sebab aku terpaksa cari bibik. Klu ade rezeki lebih insyaalah, tahun depan bleh buat lagi (bibik ku yang cantik take note ye..hahahahhahhaa).

Ini telah menjadi SEJARAH