31 Oktober 2009

Tanggal 31 Oktober 2009, Selamat Hari Lahir Sayang

Hari nie hari ULANG TAHUN FAHMI yang ke 6.


Pagi tadi masa dalam kereta aku suruh Azri ucap selamat hari jadi kat Fahmi.


"Eh, hari nie harijadi adik"

"ye ker bu, hari nie potong kek ker bu?"

"kita potong esoklah ye..masa kat pantai"

"ok"

"Abang, cakaplah Selamat Hari Jadi kat adik.."

"hehehehehe..taknaklah ibu.."
malu plak dia

"cakaplah, pastu cium pipi adik.."

"ibu tak cakap pun kat adik.."

"tadikan ibu dah cakap."
hihihihii .ibu kelentong nie

"Selamat Hari Jadi, adik."

"ciumlah pipi adik".

"cepat cium"..
muhahahaha Fahmi excited nak suruh abangnya cium dia.

"bu, laki ngan laki mana bleh cium"...
hahahhahaha..pandai anak aku..nak cium pompuan jer..bahaya nie.

"adik beradik blehlah cium, tu cium kasih sayang sama adik beradik"..

Happy ending..Azri cium Fahmi..kanan kiri..hahahhahahhaha..gelak-gelak bebudak tue..sukalah aku tengok. Hari nie aku hantar Azam pegi keje, masa Azam naik kete..Fahmi paksa abah plak wish kat dia..hahahahhaha & dapatlah jugak ciuman dari abah...Sambutan akan dibuat esok kat pantai kelanang. Insyaallah.


UNTUK FAHMI, SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
SEMOGA FAHMI JADI ANAK YANG SOLEH.
BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.AMIN.
IBU SAYANG FAHMI


Ini telah menjadi SEJARAH

30 Oktober 2009

Kes buli lagi.

Kan aku cakap seronok buli budak kecik nie...kadang-kadang abang2 nya pun join sekali..hahahahahaha..Dia penghibur kami sekeluarga. Tapikan azam tak berapa suka anaknya nie kene buli. fedulik afe..hehehhehehe. Kalau kat tilam aku gomol-gomol dia..mukanya redha jer..ala-ala pasrah gitu..lagilah aku geram...
Dia suka main bukaktutupbukaktutup pintu almari nie, aku nak masukkan dia dalam almari nie tau pulak takut..wahahahahaha..


ngan abang-abang..




memang gambar nie paling tak bleh blah, masa azam check camera..dia ternampak gambar nie..
"abang nampak gambar aqil dalam mesin basuh"..aku diam jer..
"ntah ape2 ntah ibu nie"...iyolah den takdeh kejo
tengok aqil suka, tapi tak bleh lamalah dalam nie..kang jahanam plak mesin nie..kapasiti mesin nie 6.5kg jer..aqil plak dah 8kg.





pakai serkup ibu plak...





"ibu cakap tadeh keje..tu yang kain sampai nak termuntah dalam bakul tu ape......."
alamak kantoi...hihihihihihi



Ini telah menjadi SEJARAH

20 Oktober 2009

Air susu menitik-nitik

wahahahhahaha...

ape2 hal kene gelak dulu..

tadi aku pegi JJ mencari hadiah untuk hari raya gathering opis raya dah abis baru cibuk nak buat, maklumlah yang tengok kelender ca ya nun alif. Sementara tunggu diorang balut 27 kotak hadiah, aku & kak haidzan pegi makan dulu. Ngam-ngam aku & kak haidzan abis makan, org tu call hadiah dah siap balut. Pegilah ambik pastu aku bawak troli tu membongkok ckit parking tangan kat troli..ala-ala org malas jalan..tiba-tiba terasa geli-geli..alamak air susu nak keluar..biarkan jerlah..paling2 pun baju aku basah jer ckit nanti...

Sekali tu terasa mcm air menitis kat kaki aku..pandang kak haidzan sebab aku ingat air kat haidzan yang menitis atas kaki aku..rupa-rupanya air susu aku...serius banyak gila habis basah baju aku..bleh plak dia menitis sampai kat kaki..hahahhahahahha..abis basah gila baju aku...bau jangan cakaplah, sejuk lah wei dahlah kat JJ tu aircond kuat..

Sekarang baju aku dah mcm kene kanji..dah keras..muhahahahahaa.

Ini telah menjadi SEJARAH

13 Oktober 2009

Tarikh berulang, tahun meningkat

ape punya tajuk da.....


Baca jerlah tahun lepas punya kat sini..

12 Oktober 2009

Melayan anak-anak ke Taman

Aktiviti petang setiap kali cuti, alah taman depan rumah jer..tu yang buruk bebenor tu. Tak terjaga taman tu, abis tiap malam ade orang melepak kat sini pastu buang sampah merata-rata termasuklah botol2 arak..hishh..takdeh kesedaran sivik langsung diorang nie.

Anak-anak aku walaupun taman depan rumah, takdehnya boleh pegi suka-suka hati diorang ye..kene jugak minta izin aku & azam kalau nak ketaman nie. Undang-undang aku boleh pegi taman start pukul 5..kalau nak awal dari waktu tu bergantung pada cuaca, kalau redup blehlah dipertimbangkan. balik sebelum pukul 7..lebih dari waktu tu..merasalah duduk kat luar atau pun kene rotan garang tau aku nie..hahahahahhaha. Penah sekali dulu, aku denda Azri & Fahmi duduk kat luar, adelah dalam setengah jam camtu. Masa kene tu Fahmi relaks jer Azri dia buat drama nangis kuat2 yang stok satu taman bleh dengar suara dia...ingatkan aku nak denda lagi lama..malu plak aku, kang jiran2 cakap aku dera anak plak. Sampai sekarang nie kalau diorang taknak balik, akan kedengaranlah ugutan dari aku "nak duduk kat luar ker" kijam kan ibu diaorang nie

Kalau Azri & Fahmi pegi taman nie, aku bukak pintu rumah luas-luas jadi aku tengok diaorang dari dalam rumah je. hihihihihi..

Masa nie azam bawak aqil pegi taman, jadi aqil join abang-abangnya main jongkakit..nie fahmi yang sebut





09 Oktober 2009

Cepatnya masa berlalu..

Aku rasa macam baru semalam teran nasib baik tak sakit sangat masa nak keluarkan dia..hahahhahaha..ari nie dia dah 8 bulan ++. Seronok ade anak kecik nie, bleh dibuli yang tak seronoknya tido malam tak berapa nyenyak.huahuahua, nasib baik nenen badan agak2 bunyi ek sikit aku sumbat jer ngan nenen..hihihihihi.

Gigi sekarang nie dah 4 batang 2 atas 2 bawah, suka makan genetik ibu nie. Alah dengan orang kalau ade ibu sampai abah suruh Aqil masuk balik dalam perut ibu..muhahahahaha. Susah o nak buat keje, kalau biarkan merangkak nanti dia dtg kat aku bergayut kat kaki aku, mcm mane aku nak gerak. Bila kita dokong dia sambil buat keje..tangannya laju jer nak buat sama...wahahahaha..tekanan betul.

Ade yang cakap dia rupa Azri ade plak yang cakap dia rupa Fahmi. Maksudnya dia ade rupa kedua-dua abangnya..fair & square kata omputih.

Masa nie aku pakaikan aqil gel rambut sebab nak buat pacak-pacak..hahahahaha konon stylo sangatlah.. bukan ape nak pegi melawat rumah abang Jon yang harganya 2.9juta...motif bagitau harga rumah. Kenelah stylo.

Baru-baru nie aqil kene ruam..kira teruk gak, tengok muka yang comel tu hahahahaha perasan ibu nie habis merah-merah.

nie sikat gaya mamat skema...huhuhuhu, org sibuk nak siap pegi keje dia pun menyibuk jugak. Standrad bangun pagi 6.30-7.00 pagi, tido malam plak 9.00-9.30 malam. Kalau nak rasa dia mengamuk cubalah delay kan waktu tido dia...hahahahaha.Cara nak tidokan dia nie kene masuk bilik lampu malap2, sunyi, bilik tu mesti aku ngan dia jer kalau abang2 nye ade alamat tak tidolah budak tecit nie, pasang aircond demand budak nie & aku kene standby (kalau orang jawe cakap ngempeng) melayu tak tau cakap ape ye?.

Aqil gak jadi kesayangan abang2 nya. Azri & Fahmi selalu cakap..Aqil nie Comel lah...hahahahhahaha..Bagi diaorang aqil nielah budak paling comel kat dunia...:)

07 Oktober 2009

laki aku tak Aci

terjumpa plak gambar nie..sesuai kot ngan n3 nie..hahahahaha.

Kalau aku bercakap/beritahu sesuatu salah dia, dia cakap aku membebel
tapi kalau dia cakap/beritahu sesuatu, dan aku cakap dia membebel...dia tak setuju
dia cakap tu bukan membebel tu nasihat blahlah dia punya nasihat huhuhuhuhuhu
tak aci kan?

Jadi aku malas nak membebel cakap ngan dia..hahahahahaha
contoh bahan bebelan : kalau bukak baju main campak jer atas katil, walhal bakul baju bukan jauh sangat pun..
sekarang aku taknak cakap dah malas, aku buat jerlah...kang aku cakap dia cakap aku bebel..cam mane?



Aku tension tak bleh nak memBEBEL...muhahahahhahaha..