29 Ogos 2009

Encik bunga




Aku suspek budak nie yang pakaikan bunga kat telinga aqil, sebab dia yang pegang aqil sebelum tue, tau-tau dah ade jer bunga tu elok kat telinga aqil...heheheheehe..tapi ibu tambah lagi sebelah..hahahahhahaha....




Budak 7 bulan nie pantang nampak motor, cepat-cepat dia hulur tangan nak pegi kat motor tue. Tak berapa minat nak duduk kat walker, lagi suka merangkak kesana kesini.




Gigi bawah dah tumbuh 2 batang. Alhamdulillah...perkembangan yang memberangsangkan.




28 Ogos 2009

Sapa yang terlebih makan masa bulan puasa nie..jgn risau jumpa mak aku..ade petua baik punyeeeeeeeee..:)

Nielah akibatnya bila buka puasa secara overdose. Azri mengadu sakit perut...laju jer nenek ambik senduk, aku ingat nak buat ape rupanya....tengoklah sendiri.



lawak pun ade...


video


25 Ogos 2009

Jom buat jus kuini

Buah limited edition (agaknyalah)...sebab aku jarang nampak buah nie. Pokoknya kat depan umah mak, besarrrrrr...tahun nie dah 2 kali berbuah. Buahnya banyak giler, dapatlah mak aku sedekahkan kat orang. Biasalah kalau bulan puasa nie merepek nak makan benda yang bukan-bukan tu tinggi, jadinya bila nampak buah kuini tu terasa nak buat jus


hishhh..sedapnya kalau buat air nie

kau kopek nanti aku blender
*aku ngan adik aku memang cam nie, keje berkira..hahahahhahaha.mcm tak bleh terus buat jer*


Balik dari pasar ramadhan, terus gigih kutip buah tu n kopek aku suka jer sebut kupas jadi kopek. Memang pekat likatlah...kalau minum boleh tersedak..hahahahhahah..woi tih, fail lah kau buat jus. Kalau adjust ckit tu okla, tapi sebab aku malas, biar jerlah cam tu. Bila dah siap buat tu mak cakap kak ida anak beranak cirit birit bila kuini tu dibuat jus..hahahhahahhaha..atih takut nak minum. Aku belasah jer, alhamdulillah takdeh pape pun.




tapikan bagi aku, makan cam tu lagi sedap, lagi-lagi kalau sejuk.ahhhh...syurgaaaaaa. Dahlah baunya harum semerbak..






nie aktiviti sebelum buka puasa.
Aqil dah buka dulu..hihihhihhii. Aku suka time susukan anak...keindahannya susah nak digambarkan. Masa aku cuti anak-anak demam tu, aqil aku tak hantar kat umah pengasuh. Bila aku keje, kakak penagsuh tu cakap dia tak nak hisap susu botol, kesiannnnnn. Merengek-rengek dia, tapi bila dah haus sangat tu baru dia minum, tu pun tak sampai 2 botol sepanjang 11 jam. Bila dah 3 ke 4 hari baru ok. Sekarang nie bila cuti jer kakak pengasuh tu bekalkan susu kat aku(sebab aku tak simpan susu tepung kat umah)...



22 Ogos 2009

Aku dah pasang lagu raya

Aku ingat aku jer yang kemaruk nak dengar lagu raya, baru aku nak play jer...dah ade yang tanye

siti tak deh lagu raya ker?
eh, tengah pasanglah nie. Nak kuatkan ker?
kuatkanlah..

Yang paling best, yang nak dengar nie bukan puasa pun sebab dia cina..kau lagi over Goh..

Lagu pertama yang aku layan Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza....hohohohoho..layannnnn..abissssss..

21 Ogos 2009

Aku dah beli lauk-lauk segera untuk sahur esok pagi

lauk-lauk segera = hotdog, daging burger, telur n ikan bilis..hihihihihi nie bukan lauk, nie aku gelak

Seminggu lepas

Hari-hari aku dah saiko kanak-kanak ribena kat umah tu pasal puasa. Cari lauk nak sahur pun kene tanye kanak-kanak ribena tu, nasib baik senang jer lauk-lauk sahur yang di request.


hari sabtu nie puasa tau, abang ngan adik puasa ye?

nanti adik haus macam mane?

orang puasa memanglah haus, tahan jerlah tu sebab kalau puasa tak bleh main lasak-lasak sangat.

kalau puasa ada budak-budak matikan bu, sebab haus?

hissssshh mana ade sampai mati

hausssssssss,haussssss,hausssssss
*siap buat sytle cam suster ngesot*

hahahhahahhaha..poyolah adik nie

bu, kalau abang haus nanti abang telan air ludah jelah..

hahahahahhahah..oklah tu, janji tak haus kan?

bukan air ludahlah, air liur..

Macam-macamlah kanak-kanak ribena nie. Tapikan yang tak bleh blah, bapak kanak-kanak ribena pun macam kanak-kanak ribena gak. Semalam otw nak pegi beli lauk sahur

bu, abang dah terbayang dah nak makan ape buka puasa nanti..

buka ape?

siput sedut ngan ikan terubuk masak asam pedas. mmmmm..tak sabar nak tunggu ari sabtu.

poyo tau abang nie, mengalahkan budak-budak..

muhahhahahah, laki sapaaaaaaalah tu?.Hari pertama puasa aku ngan azam plan nak buka kat rumah jer, tapi semalam mak plak mintak kitaorang buka puasa kat umah mak..mmmmm. Masa mak cakap tu, aku pandang muka azam, azam pandang muka aku. Aku ikut azam lah kalau dia nak aku onnn jer. Tapi selalunya azam tak penah cakap tidak kat mak..hehehheheh menantu kesayangan mak.. apez jangan jeles.

SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG AKU NIE & MAAFKANLAH AKU ANDAI ADA KESILAPAN DAN KEKASARAN BAHASA.


19 Ogos 2009

Hari nie aku pakai tudung terbalik

Betul, ari nie aku pakai tudung terbalik. Aku pakai tudung bawal sweet sour yang kelilingnya ade batu berlian. Biasalah pagi-pagi aku kan mcm lipas kudung. Dengar aqil menangis cepat-cepat aku lipat tudung, letak kat kepala, pin n kemaskan...terus blah.

Sampai opis aku pandang bawah, terpandang tudung yang aku pakai terbalik...wahahahahaha..nasiblah, tapi aku dah betulkan sekarang nie.

Dahlah pagi-pagi aku keliling kampung, nie azri punya pasallah...dah separuh jalan, baru sedar yang dia tak pakai songkok, tu pun fahmi yang tegur "ee, abang tak pakai songkok". Tak kuasa aku nak patah balik, pegi jerlah sekolah tak pakai songkok. Bila dah sampai sekolah dia tak nak turun nak jugak pakai songkok, malu katanya tak pakai songkok. Aku suruh dia turun dulu, nanti songkoknya mintak nenek hantar, dia tak nak jugak. Tipon nenek tak dapat2. Terpaksalah pusing balik pegi umah nenek nak ambik songkok...sabar jerlah.

Hangin jer aku dalam kete, dah asyik sangat main kejar-kejar ngan Fahmi...sampai songkok pun bleh tertinggal. Tiap-tiap pagi aku nak kene check semuanya.

aaahhhh...lega dapat luahkan.

Puasa dah nak dekat, cabaran nie nak suruh kanak-kanak ribena tu puasa. Tahun lepas Azri dapatlah 10 hari. Tahun nie?..

12 Ogos 2009

korang sayang tak kalau suami cam nie





gggrrrrrrr..nie nie bukan marah tapi bunyi vibrate hp aku..:) aku check hp, sms dari Azam.



Fahmi tuisyen ke?

takdeh sapa nak hantar

hmm ok, balik ambil abg dulu ke? kita gi pasar malam

tak nak H1N1

hmm kalau mcm 2, ibu makanlah kat umah mak

nape?

Abis ajak ibu pegi pasar, ibu xnak...nanti ibu n anak2 nak makan apa? ibu nak makan kat luar ker?

Taklah, abang jerlah pegi, tapi kene pakai mask.

yelah, yelah

klu keberatan takpehlah, anak2 nanti suruh diorang makan kat umah mak.

tak pehlah, nanti abang pegi, demi kerana keluarga...abg tunggu ibu.

tak pun ibu ambik abang dulu pastu terus singgah pasar pastu baru ambik anak2. Cam mane?

terpulang pada ibu lah...abang tak kisah..kalau ibu kepenatan, abang pegi sorang, ibu cakaplah nak makan apa? Hmm kesian nanti bini abang penat

Penat? badan nie dah alah dgn penat.

ala macam marah je...

mane ade

oklah, mana2 lah, abang ikut je...Hati2 drive balik nanti




Notakaki : Hanya edit tang ejaan jer, kalau guna bahasa sms lagi ringkas.

11 Ogos 2009

Azri masuk Hospital lagi


Aku ada citer pasal anak-anak yang demam kat n3 nie. Hari selasa (4/8/2009) nampaknya demam Azri tak ok lagi ditambah plak ngan batuk, pelik aku ubat dah habis makan demam tak ok-ok. Kebetulan plak Azam cuti ari tu, demi kasih seorang bapak Azam bawa Azri pegi klinik panel yang biasa kitaorang pegi. Kat klinik Azri ambik Nubelizer.

Dalam pukul 2 ptg camtu, mak talipon sambil nangis "kak, ayie batuk tak berenti-berenti, kesian mak tengok dia sampai pegang dada". Aku dah berderau darah dah, kat kepala nie terpikir H1N1 jer. Sambil menggigil aku kemas barang nak balik, sempat jugak aku tipon Azam suruh dia pegi kat umah mak dulu. Masa tu air mata dah laju jer turun.

otw tu Azam talipon tapi aku tak angkat, punyalah takut nak angkat talipon, aku tak sanggup nak dengar apa-apa berita buruk. Lepas satu traffic light tu aku tarik nafas, aku call balik Azam. Azam tanyer aku kat mana, dicakap jangan kelam kabut, jangan bawak laju sangat, nampak Azri ok jer. Fuhhh, lega aku. Masalahnya bukan aku bawak laju, tapi aku bawak pelan sangat sebab macam takdeh daya nak pijak pedal minyak...huhuhuhu..

Sampai rumah aku tengok Azri tengah baring sambil mak urut-urut dada Azri, mak pun dah siap-siap nak pegi hospital. Lepas bincang lebih kurang ngan Azam, bawak jerlah Azri pegi hospital balik. Sampai hospital dalam pukul 3.30 ptg, pegi kat pesakit luar dulu. Ramainya orang kat Hospital, kematu gak bontot nak tunggu giliran.

Bila turn azri dekat-dekat nak pukul 5 ptg kot, citer ngan doktor history dia demam. Doktor pun jalankan siasatan..dah macam polis siasat penjenayah dah aku rasa...hihihihihi. Hasilnya, diagnosis awal doktor mungkin Azri nie Asthma dan doktor cadangkan Azri masuk wad sebab nak x-ray dada + nak check darah. Aku setuju jer walaupun macam -macam benda patutnya aku pikirkan.

Sampai kat wad, katil plak penuh kene tunggu dulu, sementara tu nurse cucuk tangan azri nak ambik darah. Azri kene ambik ubat antibiotik selama 3 ari dan ubat tu kene masuk lalu darah. 4 botol drip jugak terpaksa dimasukkan. Settle semua urusan nak masuk wad n rawatan permulaan, aku terpaksa minta bantuan mak untuk jaga Azri sebab lelaki tak dibenarkan tunggu anak waktu malam.

Aku & Azam berkejar plak nak tengok aqil. Sampai rumah pengasuh aqil dekat nak pukul 7.45 malam. Aqil demam pun makin teruk nampaknya..aduh. Berkejar plak pegi klinik, alah ramainya orang kat klinik. Kesian aqil. Doktor bagi ubat bontot, sebab panas sangat.


Besoknya 5/8/2009, aku mintak Azam jaga Azri kat Hospital, mak plak balik rehat dan aku nak jaga aqil, tak sampai hati nak minta pengasuh jaga sebab demam dia on off.

sebab aqil batuk + selsema,jadi aku buat ape yang doktor ajar kat aku..tiarapkan anak, pastu tepuk belakang secara berselang-selang, supaya kahak jadi longgar. Masa aku buat nie hingus aqil banyak betul meleleh-leleh keluar, lepas tu nampak dia lega ckit.
6/8/2009 turn aku plak jaga Azri kat hospital, Azam kene keje ari nie (aku sebenarnya ade terkilan ckit sebab Azam tak nak ambik cuti hmmmmm) biarlah selagi aku bleh handle anak-anak nie, aku buat jerlah jangan banyak complain tapi ter complain plak kat sini.

Masa nak pegi hospital ari tu airmata aku tak bleh nak ditahan-tahan lagi dah, laju jer merembes keluar. Bila kat rumah teringat anak kat hospital, bila kat hospital teringat anak kat rumah orang (tak sihat plak tu). Nasib baik aku masih ade mak yang boleh tolong aku. Bila kat hospital aku tak nak pikir sangat dah, nanti satu ape pun tak jadi.


Masa nielah aku bleh tanye Doktor keadaan Azri yang sebenarnya. Doktor cakap Azri nie mengidap asthma peringkat awal, teruk ker tak teruk serangan asthmanya bergantung pada persekitaranya dan macam mana nak mengawalnya. Banyaklah jugak aku tanye kat doktor, kiranya aku puashatilah penerangan doktor kat aku. Aku jugak minta pengawai farmasi tunjukkan aku cara-cara yang betul untuk ambil ubat azri. Ade 2 ubat(easyhaler, ubat yang sedut-sedut tu) yang azri kene ambil satu pencegah dan satu lagi serangan(bila kene attack asthma). Untuk ubat pencegah tue azri kene ambik 1 hari 2 kali setiap hari. Itu penyakit keturunan, jadinya aku terpaksa merelakan anak aku mengidap asthma, maksudnya aku REDHA.


7/8/2009 habislah percutian 4 hari 3 malam yang sangat meletihkan, pagi dah boleh check out..hihihihihihi. Aku plak sambung cuti terus sampai ahad, nak pantau dulu kesihatan anak-anak. Iya, aku cuti tanpa gaji. Sengkeklah aku, gaji bulan nie.


Sepanjang aku kehulu kehilir nie, Fahmi ikut jer mana aku pegi...sampai ade satu malam tu dia duduk kat sofa bleh dia cakap kat aku "ibu, adik rasa penattttttt sangat"...huhuhuhuhu..terkejut aku dengar. Kesian fahmi, aku usap-usap kepala dia, dalam hati aku...kalau adik rasa penat ibu lagi berganda penatnya dik.. Fahmi bukan tempat yang sepatutnya untuk aku luahkan ape yang aku rasa masa tu.


Sekarang anak-anak dah ok, Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan. Azri, ibu harap tahun depan takdeh lagi percutian yang macam nie, dah 2 tahun berturut-turut nie tau, bulan yang sama gak. Tahun lepas sebab denggi, n3 kat sini.

nie gambar selingan, budak mata guli..hihihihi mak yang bagi gelaran tu kat aqilah..budak yang buat peace tu sebenarnya ditujukan kat tunang tersayang..opppppppssssssss :)










10 Ogos 2009

Aku terpaksa merelakannya

nak buat macam mana dah keturunan. Aku keletihan mental dan Fizikal.




03 Ogos 2009

Semakin mengerikan

Start jumaat Azri tak sihat, pastu aku plak dapat MC hari sabtu, simptom yang sama demam + batuk + selsema, Aqil pun ikut demam n Fahmi pun sama, sekarang yang kuat daya ketahanan badan Azam sorang jer. Malam sabtu Azam bawa Azri pegi Hospital Banting, risau plak tengok keadaannya, ngan muntah-muntah tak larat nak bangun.asyik tido jer. Bila Azri tido aku perhatikan jer dadanya..ade nafas ker tak, pegang kepalanya memang panas, ubat demam dah bagi tapi takdeh tanda2 demam nak kebah. Bulan nie jer dah 2 kali dia demam, risau aku. Makin kurus dia.

Aqil pun dah kene tempias virus...tapi semalam doktor check paru2 clear n doktor nasihatkan supaya anak-anak tak dibawa ketempat awam lagi-lagi tempat yang sesak, Takdeh aktiviti membeli belah nampaknya buat masa nie, walaupun kat sana-sini sale.


H1N1 pun ade yang dah terkorban..lagilah buat aku risau. Badan kat opis tapi hati dah kat rumah, cepatlah pukul 5...Aku nak balik.