30 Julai 2009

vah..vah..vahhhh..ketawa tak ingat pastu malam mengigau

video

Like mother like son...hihihihi. Riang seperti ibunya..:)

Check-up untuk 5 bulan ari tu..kene cucuk. Timbang naik ckit jer, bulan lepas 7.1kg bulan nie 7.3kg mungkin sebab dah lasak kot...tidur siang dah tak nak sangat(pengasuh yang cakap)..nak main jer.

Dah pun mula bagi dia makan ckit-ckit, kakak pengasuh yang rajin nak bagi abis anak aku di experimenkan, agak-agak aqil tak suka nasi blender, dia try lain plak..dia cakap jangan bagi terkejut sangat lagipun Aqil dah start excited bila nampak orang lain makan.

Dalam proses nak merangkak, tengah steady memasang kekuda dan kadang-kadang bleh tersungkur kalau tak diperhatikan. Dah mula kenal orang, kalau orang yang dia tak biasa nampak cuba nak ambik dia bleh melalak. Aku pun dah start susah nak bersiap pagi-pagi sebab dia menangis bila aku tinggalkan dia main sendiri, mencabar sungguh, dengan Azam pun dah tak laku..hahahhahahah hangin jer Azam dah jumpa abah pun jarang-jarang. Gear reverse..hehehehe tengok video kat bawah nie, video yang kat atas tu dia kat tilam kan..lama-lama kebelakang.


video

29 Julai 2009

Ain Khatam Al-Quran

Ahad lepas kakak aku buat majlis khatam Al-quran untuk anak daranya + doa selamat n kesyukuran sempena anaknya bujangnya yang dapat 9A spm tahun lepas. Mcm biasalah aku pun menumpang majlis harijadi Azri dan kebetulannya harijadi kakak aku pun jatuh ahad tu. Merasalah kakak aku potong kek ben10..kihkihkih.

tetamu yang hadir..sebahagian jer nie.


abang ipar aku sendiri mengiringi bacaan anak daranya. Ain nie baru 12 tahun tapi tinggi dah nak sama ngan aku, terasa aku nie katik. Macholah pakcik yang pakai spek itam tu..oit dia sakit matalah...hihihihihi gurau jer wak jangan marah ye. Pakcik tu bapak abang ipar aku..kiranya besan mak akulah merangkap kakak aku punya bapak mentua, sekaligus atuk anak buah aku...muahahhahahaha.saje kasi pening.


Kesian..melukut ditepi jamban..muhahahhahah. Muka sebenar terpaksa dirahsiakan.

Majlis khatam dah selesai tetamu pun dah jamah makanan baru sessi potong kek. orang lain pakai baju kurung aku pakai jeans..fedulik ape, senang nak bergerak. Dahlah aku ala-ala bibik kat sini, baru aku nak duduk-duduk dah kene sound ngan abang ipar aku "kau datang sini bukan nak sinoman ker, kok duduk-duduk aje pegilah buat keje". wahahahaha, yelah aku tolonglah nie...sabo jerlah aku..


nie majlis tapau makanan plak, muhahahaha..part nie aku suka.







28 Julai 2009

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-7 UNTUK ANAK IBU MOHAMAD AZRI

in advance
majlis yang telah dibuat hari ahad lepas.Sekali sambut ngan Wak Ida. Baru perasan potong kek nie terbalik ye...hahahahahaha..

Boleh plak ibu lupa hari nie harijadi abang.

Hari nie genaplah abang berumur 7 tahun, dah besar dah anak ibu. Takdeh ape yang membuatkan ibu bahagia bila dapat menjadi ibu kepada Mohamad Azri. Ibu Doakan semoga abang jadi anak yang soleh dan cita-cita abang yang selalu abang sebut-sebut akan menjadi keyataan. Amin.

Kata ganti Diri - 'aku' tu bunyinya mcm kurang ajar?

ok, hari ini cikgu fariza nak ajar kata ganti diri yang boleh digunakan dalam perbualan seharian kita.

apa kau merepek nie fariza.....hahahahaha...

Bukan apa, aku terbaca..eh bukan ter..tapi sememangnye aku baca satu blog pengacara yang popular tu, pasal kata ganti nama yang digunakan oleh salah seorang pengomen n3 beliau..mengunakan perkataan 'lu' n 'gua' niah lepas tu, n3 berikutnya ade plak seorang pengomen yang terkejut dengan masyarakat jawe yang menggunakan kata ganti nama 'aku' n 'ko' dengan makbapak n adik beradik.

Dulu aku ingat ade x-opismate (orang perak) tegur pasal benda nie, tapi susah nak explaint kat dia masa tu..cara dia cakap tu mengambarkan org jawe nie kasar & kurang ajar.

Sebagai seorang yang berketurunan jawe, ingin dijelaskan disini bahawasanya..oit kau nak bersyarah ker ape?. oklah back to the track tak bolehlah aku nak feeling jadi YB sat. Aku akui memang aku dalam family menggunakan 'aku' sebagai kata ganti diri dengan makbapak n adik beradik...sapa-sapa yang selalu baca blog aku pun mesti perasan benda nie, tapi aku tak pulak ber'ko' dengan makbapak n abang2 ipar (orang luar yang masuk dalam keluarga) cuma dengan adik-beradik jer aku ber'ko'.Tapi nama panggilan tetap kene panggil kakak atau abang ye contohnya...

Kak ida, ko datang umah mak tak?

nie plak contoh cakap dengan mak:

mak, aku nak pegi pasar, mak nak kirim ape-ape tak?.[nie ayat yang betul, bagi kata ganti diri dalam family aku]

mak, aku nak pegi pasar, ko nak kirim ape-ape tak?. [ayat nie kalau aku guna maunye kene sumpah jadi banglo tujuh keturunan, waduh wak ngeriii nanti hari-hari badan wak kene mop ngan fabuloso]


Kalau dengan stranger aku lebih suka guna kata ganti diri 'saya', kat opis pun aku gunakan 'saya'. eh, tapi kadang2 kan aku ber'aku' gak ngan hubby..hahahahhaha...kami pasangan rockkkkkkkkkkkkkkk...ye yehhhhhh..

Kesimpulannya, penggunaan perkataan..'aku' bukanlah bermaksud kurang ajar, mungkin pada yang mendengarnya agak kasar sedikit tapi dah memang itu kebiasaanya dalam percakapan harian aku & family. Kalau diluar lingkungan kami, kami tetap menjaga adab2 percakapan dan tetap menghormati orang tua. Jadi janganlah terkejut kalau terdengar aku tengah berborak ngan family aku...perkatan 'aku' tu perkara biasa.

27 Julai 2009

Serius aku takleh kurus...

Siti, i rasa u takleh kuruslah..
a..nape?
i tengok u nie happy jer..ketawa-ketawa. Selalunya orang happy makan selera.

sebelum tu gelak dulu..hahahahahahahahhahahahahahaha ok stop. Yelah tu, kalau orang happy tu takdeh masalah. Fakta yang tak bleh dipercayai. Takkanlah aku nak muram durjana jer..penat ok muka kalau muram jer.happy selalu adalah petua aku awet muda..muhahahhahahaha..perasan.

Lepas aku bersalin berat aku turun 11kg jer..dah tu maintain cam tu jer sampai sekarang. Sekarang nie aku memang tak berdiet pun...semua aku belasah..pagi petang aku makan nasi. Aku tak kecoh-kecoh nak diet walaupun banyak baju aku dah sendat...waaaaa..:(

ye..aku terpaksa berkorban untuk anakanda tercinta. Aku masih menyusukan Aqil n aku perasan kalau satu hari aku cuba avoid nasi susu jadi kurang. Aku bagi tempoh 2 tahun untuk tu..janji jangan naik terus dah.

Kalau ikutkan aku nie benarnya part time breastfeeding jer pun, kalau Aqil kat umah pengasuh dia minum susu lembu..oh kesian aqil bermakangkatkan lembu. Tapi kalau dia kat aku memang aku susukan dia selalu n kat umah memang aku tak simpan stok susu lembu pun..susu lembu hanya kat umah pengasuh sahaja. Aku tahu aku masih ibu yang gagal, tapi nak buat cam mane kat opis nie tak sesuai nak pam susu. aduh tiba-tiba citer susukan anak plak.


oklah bye.kahkahkah..idea kering.

14 Julai 2009

Jom clubbing !!

tajuk N3 bleh mengundang kontrevarsi tu...........

apa jadahnye....laki aku nie.

masa otw balik dari kampung nampaklah..satu tempat nie..

bu, kita pegi night club nak?
* kau tak agak-agak ajak aku pegi clubbing katanya*


ape kebendanya nak pegi tempat mcm tu, tak naklah


ala, sekali jer..rasa pegi tempat cam tu


hishhhhh, agak2lah nak ajak pegi tempat cam tu...kang diorang ingat ibu nie ustazah mana sesat plak tiba-tiba ade orang pakai tudung pegi clubbing....tak pun diorang ingat pegawai JAIS plak...


pakai rambut palsu lah..
*kahkahkah....ape ape aje laki aku nie*


ah, tak naklah...ntah apa-apa je abang nie..
*bang, ibu taulah abang penat drive dari tapah ke banting...tapi agak-agaklah kalau pun otak tu tak leh nak pikir secara waras...huhuhuhuhu...ada ker patuh abang ajak ibu pegi clubbing*


Seumur idup aku tak penah terpikir nak pegi clubbing. Aku tak taulah nie betul-betul ajak ker atau dugaan gurauan jer. Kot iya pun ajaklah pegi masjid ker sejuk ckit badan nie ha, wahahahha... nie ajak aku pegi tempat cam tu...nauzubillah.



muka suci cam nie abang ajak pegi clubbing...janganlah cemarkan muka i nie...


Pesanan utk somiku "Bang kita nak nampak jahat pun agak-agak ckit. Lagi satu bang...jangan gatal-gatal nak pegi tempat cam tu dengan orang lain ye...tak kira laki ker pompuan....tak bleh tak bleh."

10 Julai 2009

Keputusan periksa Azri


Aku biasalah, citer dah basi baru terhegeh-hegeh nak hidangkan....ingat senang ker nak karang citer

Sesak nafas aku bila cikgu dia tunjukkan keputusannya. Teruk gila, semua gred dia rasa dari A sampai D..huhuhuhu. Math n BI C, D tu sains (38% jer), BM dapat B, A plak pendidikan islam. Subjek tak penting bleh plak dia dapat A mcm Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Muzik dengan Bahasa Arab (yang nie tak pehlah dapat A)...MUZIK tu yang tak bleh blah...aku taknak anak aku terlibat ngan dunia hiburan kalau bleh...hahahhaha perasan jer. Meh baca apa yang cikgu dia cakap kat aku...



Keputusan periksa azri banyak yang merosot kali nie
*compare ngan ujian bulanan yang lepas*

ye ker cikgu?

Kat dalam kelas dia suka mengelamun ye, pastu hilang fokus...pendiam pun iya gak kat kelas

tulah cikgu bukan kat kelas jer, kat rumah pun mcm tu jer..suka termenung, pakai baju pun boleh termenung...ntah ape yang dia menungkan pun tak taulah. Pendiam?...kat rumah mulut dialah tak boleh diam..asyik cakapppppppp jer.

nie saya nak minta maaflah yer sebab kadang-kadang saya tengking dia, yelah asyik mengelamun jer..tapi bila saya tanye katanya faham..

nak rotan pun tak peh cikgu
*azri senyum-senyum pandang aku*

kalau nak rotan tu saya tak beranilah. Sains nie dia tak lulus nie, minta banyak buat latihan lah sebab kat sekolah matapelajaran sains nie diajar 1 jam jer seminggu.
* dalam hati aku - 1 jam jer seminggu, dahlah dalam BI..eloknya matapelajaran MUZIK tu tak payah pun tak pehkan?*

tulah cikgu saya tengok soalannya mcm senang jer, tapi tak bleh jawap..banyak yang dia tak buat.

lagi-lagi sains dalam bahasa inggeriskan. Soalan nie pun bukan sekolah yang buat, soalan semua sama untuk satu daerah..memang susah sikit. Tapi Azri kalau kat kelas boleh buat, masa periksa nie careless ckit.
*careless ape ker bendanya kalau sampai tak lulus....*




Balik aku bincang ngan hubby, tanye pendapat dia mcm mana?, ape nak buat ngan Azri nie. Hubby cakap nak ajar dia pun kita tak pandai iyalah kami nie sekolah jer yang tinggi tapi belajar tak tinggi mana pun. Jadinya aku hantar dia pegi tusyen ngan budak nie partime job, nak kawin ma..hahahhaha..abislah bocor rahsia. Tu pun tusyen main-main jer, suka-suka nak pegi tak nak pegi..agak-agak Azri malas..mmmmm jgn dipaksa macam2 alasan yg keluar, tapi kalau rajin dia nak pegi, semangat gila.

Makcik aku cakap, selalunya HERO akan kalah dulu n menang kemudian..jadi takyah risaulah .... hahahahhaha.. sabo jerlah.

Ada satu hari tu azri tanye aku.......
Ibu, kalau masuk darjah 2 belajarnya susah banyaknye bu?


abis tu darjah 1 tak susah ker?


Darjah 1 senang jer

abis tu kalau senang kenapa periksa boleh tak lulus


yelah masa belajar senang, tapi bila periksa susah..


ha' tu maksudnya susahlah..taknak baca buku asyik nak main jer..

mana ade.......


Tengok anak bertuah nie, senang katanya....bila jawab periksa semua ke sungai....ggggrrrrrrrrrr. Aduh, ade ker makbapak yang tak risau pasal persekolahan anak-anaknya, aku tak blehlah...asyik terpikir jer.Aku harap betul lah cakap makcik aku tu n ade berubahan yang baik kat keputusan periksa Azri akan datang. Amin.



Notakaki: ade ker cikgu azri cakap aku nie kakak azri..bila aku cakap aku nie ibu azri dia cakap "mudanya ibu azri"...hohohohoho..memanglah aku muda aku masih 20-an tauuuuuuuu....Lainlah dia cakap time tu aku dah 40-an, mau terkoyak seluar dalam aku kalau dia cakap cam tu..muhahahahha..

03 Julai 2009

Siapakah pilihan KAMU antara suami, mak dan anak?

Kalau ade lelaki yang baca nie tukar jer Suami tu jadi Isteri ye.

Tiba-tiba aku teringat masa jaman orang jawe tak pandai sebut z sekolah dulu. Ada cikgu aku nie, dia buat satu soalan . Soalannya berbunyi begini:-

"Kamu sedang berkelah bersama keluarga ada mak, anak n suami kamu. Hanya kamu sahaja yang tahu berenang. Tiba-tiba mak n suami kamu lemas dan dalam keadaan yang cemas kamu perlu menyelamatkan kedua-duanya tetapi keadaan tak mengizikan kamu perlu selamat seorang daripada mereka. Siapakah pilihan KAMU? Suami atau mak kamu".

yang kedua pun lebih kurang sama jer soalannya cuma dia tukar

"kalau yang lemas tu anak n suami pulak macam mana. Siapa pilihan kamu?". Syaratnya sama jugak kene pilih salah seorang daripada mereka."


"dan kene nyatakan alasannya..kenapa kamu pilih DIA"

Agak-agaknya siapa pilihan kauorang?.

Jawapan kawan-kawan aku masa tu semuanya cakap selamatkan semuanya. Bila cikgu cakap tak boleh pandai-pandai pulak cakap boleh...mesti boleh. Masa nak selamatkan tu minta tolong oranglah...mcm-mcmlah janji semuanya selamat. Tak faham soalan betul diorang nie. Tapi nak tau tak aku jawap ape?

Untuk soalan yang pertama tu aku jawap selamatkan MAK, sebab kalau hilang suami bleh kawin lain...muhahahahhaha...jahat tak jawapan aku? MAK tak deh gantinya.Tu jawapan budak pompuan 17 tahun yang masih suci. Hidup plak dibesarkan dengan MAK shj sebab bapak dah meninggal. Jadi keadaan hidup mempengaruhi jawapanlah.

Untuk soalan yang kedua plak jawapan aku SUAMI, sebab anak bleh buat lain...wakakakakaka..bodoh punya jawapan. Naluri keibuan belum mengalir lagi masa tukan..kata masih suci...jadi jawapan pun relevan lah....

betul tulah jawapan yang aku bagi kat cikgu tu, cikgu tu senyum jer masa aku bagi jawapan tu...pastu dia pun blah.............sebab dah abis waktu dia mengajar...turn kelas lain plak....wahahahaha..

Kalau soalan tu ditanye sekarang nie jawapan aku mesti......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

NO KOMEN... feeling jawapan artis ma

Hakikatnya sekarang aku tak sanggup kehilangan MAK, SUAMI n ANAK-ANAK aku.

Sekian, pelajaran hari nie.

02 Julai 2009

Citer aku pegi interview..

abislah kantoi pegi interview.....

Aku ingat nak rahsiakan tapi sebab ade benda yang aku nak citerkan..kira halal jerlah...(kak haidzan jangan marah ye..)

Hari isnin aku telah di interview aku tak bleh cakap kat mana aku interview sebab rahsia kerajaan..hua..hua..hua.. Masa mula-mula pegi aku semangat + cam konpiden gila bleh dapat jawatan tu. Nama aku adelah yang kedua untuk di interview...hahahhahaha..bertuah aku dah plan nak pegi jalan-jalan cari baju raya, lepas tu. Ade 28 orang yang di panggil utk temuduga jawatan tu.

Masa time tunggu diorang setting segala maknenek hari nie temuduga baru nak lantik panel penemuduga, aku borak-boraklah dengan kawan-kawan sebelah. Baru kali nie aku merasa interview ramai-ramai, 5 orang sekali gus dengan 3 orang penemuduga.

Kawan yang duduk kat kerusi 1
lelaki, bujang, umur tak pasti rasanya bawah aku kot, punya diploma daripada UITM dalam bidang yang sangat sesuai untuk jawatan tu, keje sambilan kat tempat tu dah masuk tahun ke-3 + menjawat jawatan yang aku nak apply tu..advantage kat dia.

aku rasa kesian kat dia nie sebab keje sambilan kat situ dibayar gaji hari, kalau tak keje tak deh gaji (walaupun kau ade MC). Bayangkan dah 3 tahun keje kat situ. Bila ade jawatan kosong yang dibuka, dia kene apply mcm orang lain. Tapi untungnya, dia dah mahir dalam keje tu..(kalau aku jadi penemuduga aku ambik jer dia nie, takyah susah2 nak ajar lagi dah)

Kawan yang duduk kat kerusi 2
bersandarkan pengalaman n pengalaman keje tu plak takdeh kene mengena ngan jawatan yang di apply...wahahahhaha..eh tu akulah tu..

Kawan yang duduk kat kerusi 3
perempuan, bujang, umur mungkin 22 tahun, baru habis degree dalam business management (tak ingat U mana), masih mencari-cari peluang pekerjaan.

Kawan yang duduk kat kerusi 4
perempuan, bujang, umur pun dalam lingkungan 22-24 tahun, ade degree (minor dalam sumber manusia), jadi cikgu sambilan kat sekolah menengah n sedang cari pekerjaan tetap.

Kawan yang duduk kat kerusi 5
Perempuan, kahwin n tengah mengandung, umur maybe 22 kot, SPM tapi sekarang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang di apply.Bekerja sambilan juga kat tempat tu hampir 3 tahun sama ngan kawan yang duduk kat kerusi no 1 tadi (satu opislah kiranya)...advantage juga kat dia..

Kalau ikutkan iklan jawatan tu hanya perlukan SPM sahaja...tapi tengok yang apply, semuanya berkelulusan tinggi..konpem yang 23 orang lagi tu kebanyakkan ade degree or diploma..oh terasa betapa kerdilnya aku.

5 orang kat dalam tu soalan semuanya sama jer kecuali kawan no1 & kawan no5 tu dia tanye pasal misi n visi kat tempat tu..(alasannya dah keje kat situ 3 tahun mesti kene tau).Awal-awal soalan dah spoil aku punya mood..dia tanye gaji aku berapa tau..bila aku jawab RM dot dot..masing-masing cakap banyaknye!!!!...hahahhaha redha jerlah..dah tak PnC dah...n lepas tu jawapan aku semuanya spontan jer..belasah sampai kene gelak ngan penemuduga..yang lain jawab macam jawap skema bahasa melayu, bagus diorang nie yelah belajar tinggi jawapan mesti bagus2

Tapi kan lepas keluar dari bilik temuduga tu, aku terpikir alangkah bertuahnya aku, lepas SPM terus keje..dan sekarang alhamdulillah... masih ade keje n yang penting ade gaji..dan kalau aku tak dapat keje tu pun ade redha... tapi dalam hati nangis,. Kasi can lah kat orang lain yang memerlukan...tu sebab aku jawab ala-ala jer...
sekian , citer saya pegi interview.

YANG PENTING BALIK AKU SINGGAH CARI KAIN NAK BUAT BAJU RAYA.......