25 Jun 2009

Fahmi yang funny


Ahad lepas aku tolong fahmi buat keje sekolah math. Math sekarang dalam bahasa omputih jadi fahmi bermasalah ckit nak buat dan soalan plak bercorak suai kenal padan...

ibu, adik tak tau nak buat
meh sini, ibu tunjuk kan
five, ape?
nie
*sambil tunjuk angka 5*
ok, pandai
Eleven mana?
nie
*main tunjuk jer*
salah
nie
*lagi sekali main tunjuk jer*
Eleven nie lah, 11.
Seventeen, plak mane?
*muka blur*
Seven ape?
*dia pandang muka aku n tanpa rasa bersalah dia cakap*
ultraman seven..
*ajar anak kene serius jadi ..wakakakkakaka..dalam hati jer*
salah lah, suka-suka jer.
Boleh jugak jadi ultraman seven..
Seven tu tujuh tau tak. Ape kene mengena ultraman ngan keje sekolah adik, jadi kalau seventeen maksudnya 17, mane 17?
*hishhhhhhh susah tu kalau dah kene penangan ultraman*


Yang lagi satu nie kes malam tadi, dalam perjalanan nak isi perut(makan), pasal ape ntah tiba-tiba hubby membebel fakta mengatakan pompuan suka membebel adalah salah sama sekali, tapi bukan aku yang kene bebel anak-anak yang kene...

kene belajar pandai-pandai, tengok abah ngan ibu balik keje malam-malan sebab nak sekolahkan abang ngan adik esok-esok adik aqil plak nak sekolah.
*aku skiplah ape yang patut, aku penat nak taip nie, masa nie anak2 diam jer*
Kalau belajar pandai-pandai periksa bagus nanti bleh kita pegi makan angin..
Bah, makan angin tu ape?
*Azri mcm takut-takut jer nak tanye, yelah kalau salah tanye nanti kene bebel lagi*
Makan angin tu, pegi jalan-jalan lah
makan angin tu naik motor, pastu ngangakan mulut...kan angin masuk dalam mulut...tulah makan angin
* baik punye explanation Fahmi, serius aku tak leh tahan masa tu terus aku ketawa mcm orang hilang pedoman ...astragfirullah alazim... lantaklah hubby nak marah memang dah takleh cover seh*
ha'ah eloklah tu....makan biar sampai kembong..
*hubby pun tak leh tahan join ketawa gak*


Cara dia cakap tu spontan tau, jadi memang kelakar gila...aku taip nie pun boleh senyum-senyum kene belagak sopan, kate kat opis.

18 Jun 2009

Majlis 2 dalam 1

Aduh, letih betul nak download video...asyik tak bleh jer. nyampahlah. Tengok gambar jer lah ye..

13/6/2009
Mula-mula majlis pertunangan Atih & Apez. Pukul 3 petang plak acara memotong rambut secara sedikit atau bahasa yang lebih mudah cukur jambul untuk Aqil & Aqilah. Nak tengok majlis pertunangan secara lebih pegilah terjah blog diorang.



adik-beradik ku


tengok muka aku "goreng pun sodap". Minyak gila..penat tueee, tapi tetap memberikan senyuman yang paling menawan..muhahahhahahhaha. Aqil sekarang bila berdirikan, takleh duduk diam sebab dia suka melompat-lompat, kakinya mcm ade spring...toing..toing..toing...penat dol.





Acara kemuncak membuat tawaf yang buat aku pening-pening lalat. Arahannya "kau pusing 3 kali yang terakhir kau cari yang tua-tua lima orang". Saya yang menurut perintah, setiap kali lalu aku pandang muka sorang-sorang...hahahahahahhaha..




Bila dah 4 orang..tiba-tiba dah takdeh lagi yang tua plak..so kakak nie dipilih berdasarkan kedudukannya yang paling last sekali. Tengok muka Aqil...muka mintak simpati supaya jangan dipotong rambutnya banyak sangat sebab baru nak tumbuh..hihihihihi..




Aqilah punya turn plak...

Aqilah yang shomel, jari pon sodap...hihihihihi. Aqilah nie anak abang aku beza 40 hari ngan Aqil. Kenapa nama diorang mcm budak kembar? Mak aku paksa abang aku letak nama aqilah kat anak dia sebab senang nak panggil katanya...nama penuhnya SITI AQILAH UMAIRAH.


nie masa berendoi...ade lagu nasihat masa nie, sambil kumpulan marhaban nie menyanyi aku ayun-ayunkan katil (warisan daripada Azri) tu. Suka kanak-kanak ribena yang dok kat dalam tu.

see, Aqil excited tengok bunga hiasan kat atas, Aqilah good..pandang kamera, Shantik Aqilah pakai gaun.


opismate yang datang. Ada gak kawan sekolah aku yang datang tapi lupa nak ambik gambar..syok sangat citer sebab dah lama tak jumpa.


Aqil sama Acik Atih...

Aqilah ngan Acik Atih gak...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
ape pandang-pandang...gambar nie untuk acik atih. Acik atih ibu kita cakap dia tinggalkan komen kat blog maman apez tu betul-betul tau, ibu cakap tak nak yang pirate punye tak syok. Tak pun kan acik atih..bleh tak tolong jaga kita masa ibu & abah kita pegi sebab ibu tak leh nak bawak kita pegi tengok transfomer tu....bleh ye..bleh lah..cian kat ibu kita....bukan lama acik atih paling-paling pun satu hari jer (hari ahad lah time acik atih cuti) ..hihihihihi..



tengok acik atih, rajin tau abang-abang kita macam ibu gak..tu sebab ibu nak belanja abang-abang kita tengok transfomer, kalau abang-abang kita tak rajin...sapa yang nak basuh cawan2 tu, sian rombangan maman apez nak minum tak deh cawan. Abang-abang kita siap nyanyi lagu "apa yang penting kerjasama"..huhuhuhu.. bagi naik kan semangat. Boleh ye acik atih tolong jaga kita..ye..ye..ye..

09 Jun 2009

Bahasa inggeris di Jawe kan

Susah sebenarnya nak tulis bahasa jawe nie, takut salah eja jadi lain bunyinya..

Dulu masa aku sekolah rendah, ade sukan sekolah tau. tapi masa kejadian nie aku dah sekolah tingkatan rasanya. Masa tu nenek ade lagi, dulu-dulu kalau sukan kat sekolah rendah meriah, orang-orang tua sanggup pegi sekolah walaupun jalan kaki sebab nak tengok sukan nie. Sukan tu dibahagi 2 sessi, sessi pagi untuk budak darjah 1-3, sessi petang budak darjah 4-6. Bila hari sukan tu, nenek tanye kat aku

Riza, kuew orak lungo ndelok sepurt...
ha' ape tu. tengok ape nek?
sepurt!
sepurt tu ape?
*pertama kali aku dengar nie*
alah, seng ramei-ramei nang sekolahan.
ape ye?
*lama aku pikir , ape kebendanya nenek cakap nie*
oooooooo, sukan ker?hahahahhahha..bukan sepurt nek...sport..sport..sukan..
wakakkakakka pandai nenek cakap omputih ye..

Kalau dengar betul-betul macam bunyi semput pun ade gak. Tu citer nenek aku citer mbah lanang (atuk) aku plak. Mbah aku nie broker tanah, sukalah dia cari tanah pastu jual, cari tanah pastu jual..jual pastu cari tanah..muhahahahhaha. Aku kadang-kadang terdengar dia borak ngan kawannya kat talipon. Ade satu perkataan yang dia selalu sebut loyar..ckit-ckit loyar..dalam pala otak aku nie, ape benda lah loyar tu...rupa-rupanya lawyer...wakakakkakakka lawyer..jadi loyar...suka-suka hati jer tukar pastu confident plak tu cakap kat orang.

Kali nie aku dengar ceramah kat kaset, aku tak ingat ustaz sapa yang bagi ceramah...dia cakap orang jawe nie hebat...pasal boleh create perkataan inggeris jadi bahasa jawe ker bahasa inggeris ceduk bahasa jawe. Goblok maksudnya bodoh, stupid, bangang dan sewaktu dengannya, cuba kita kupas perkataan tu secara mendalam..hahahaha ilmiah sangatlah tu. GO & BLOCK...ustaz tu cakap dah GO kene plak BLOCK...maksudnya dah elok-elok pegi pastu kene blok (tahan) plak...kan bodoh tu..muahahahahaha..sabar jerlah.


Lagi satu kes kali nie aku rasa aku yang goblok..hihihiiihii. Aku dari kecik sampai darjah 6 tak penah potong rambut kat kedai, selalu mak yang potong rambut aku. Mak aku tibai jer potong, kadang-kadang mak potong senget benget aku rasa rambut aku masa tu macam batok(tempurung) kelapa dah. Bila aku complaint kat mak rambut aku senget, mak cakap "sini mak repai" (sebut betul-betul ikut ejaan). Perkataan "repai" tu melekatlah kat kepala aku. Bila aku masuk tingkatan 1, aku duduk dengan kawan baru, aku tak berapa pasti ape benda yang rosak masa tu, aku niekan baik hati konon-konon aku nak tolong kawan aku tulah..

sinilah aku tolong repai
ape?
bak sini aku repai kan
repai tu ape? bahasa jawe ker? aku tak penah dengar pun
repailah, kan tu bahasa inggeris, kau tak tau ker?
*riak ok, konon-konon handal lah cakap omputih*
kahkahkahkah...repair lah bukan repai
*cinabeng tul, malu siot*
ye ker, mak aku selalu cakap repai, betullah repai
*nak jugak bangkang tu*
Salahlah ejaannya yang betul R.E.P.A.I.R
*dia cakap sambil senyum-senyum tu*

Masa tu memang malu gaklah aku, tapi sekarang bila aku ingat-ingat balik..kelakarlah pulak. Bahasa Jawe memang bahasa kat rumah. nak kata aku terror sangat tak jugak, terbelit gak lidah bila nak cakap, kalau mak cakap jawe kat aku, aku balas balik cakap melayu...hihihihihi. Dulu masa aku sekolah, kawan-kawan baru mesti tanye "kau jawe ye" sebab diorang cakap slang jawe aku pekat..ala-ala mcm salih yacob ckp jawe bila jadi wak kat sinar fm. Aku kalau tengok citer indon tak yah tengok sarikata.


nota kaki : Aku konpius apasal muka aku tak cantik + tegang bila makan tempe (jawe sinonim ngan tempe)..ker kene cari tempe yang dah dicucuk botok.