29 Mei 2009

Yahooooooo...dah cuti sekolah + anak nenek

Start esok anak-anak dah cuti sekolah 2 minggu kan...seronoknya..bleh bangun lambat. Tapi tak dehlah lambat sangat pun, kalau sekolah bangun 6.00, time cuti bleh bangun 6.30 hahahahhahahha..setengah jam pun nak kira.

Siti, sekolah dah nak mula cuti 2 weeks kan?
yelah, madam. why?
you, happylah...
of cozlah madam...i happy but my mom pening kepala..hahhahahhahaha..
Yelah, yelah..

Tapi betulah aku memang suka time cuti sekolah..mak aku pening kepala bila anak-anak cuti sekolah sebab rumah jadi bingit + berselerak. Masa aku cuti 2 bulan(bersalin) dan kebetulan cuti sekolah seminggu, pastu aku kat umah 4 hari jer ngan anak-anak bleh tension..hahahhahahhahahha. Hari ke 5 aku cabut balik umah mak (mak yang suruh).

Mak, tak bleh lah budak-budak nie..gaduh jer. Pening aku.
Ha, baru kau tau tu baru 4 hari nie maknya hari-hari lagi..sabo jer maknya.
hehehehehehe.......

Bukanlah niat aku nak susahkan mak, mak tu bila aku cakap nak letak anak-anak kat umah orang mak tak bagi..macam mana?.Kesianlah, apelah.

Dulu masa aku aku kawin mak cakap kalau aku mengandung nanti anak aku mak nak jaga. Sampai masanya aku mengandung 7 bulan, mak terus jer berenti keje. Bila aku bersalin takkan aku nak bagi anak aku orang lain jaga, dah mak beriya-iya nak jaga siap berenti keje lagi, kesian plak. Kalau ikut hubby memang dia tak bagi sebab dia cakap dulu dah jaga kita..sekarang kene jaga cucu plak. Tu salah satu sebab kenapa aku sekolahkan anak aku start 4 tahun, aku nak mak rehat ckit.


Kalau ikutkan sebenarnya mak jaga Azri sorang jer, Fahmi orang lain jaga bila umur Fahmi 3 tahun lebih mak aku cakap kesian hantar kat umah orang tu + Fahmi pun dah tak nak pegi umah pengasuh tu, jadinya mak jagalah dua-dua anak aku. Nie sekarang Aqil pun aku hantar kat umah orang lain tapi mak dah cakap umur dia 3 tahun mak nak ambik, biar dia jaga. Alasan kesian..mmmmmmmmm.

Aku memang sukalah kalau mak nak jaga anak-anak aku sebab aku bleh keje ngan aman. Mungkin kat sini ade yang tak setuju bila nenek kene jaga cucu, aku penah jugak cakap kat mak

mak ade ustaz cakapkan berdosa kalau suruh mak yang jaga anak kita, kesian kat mak sebab tak deh masa nak rehat, buat amal ibadat.
Tapi kalau maknya redha tak ape-apelah..

See, mak aku redha katanya. Tapikan masalah aku sekarang anak-anak terlalu manja dan susah nak ditegur. Aduh, menguji kesabaran betul. Nak cakap kat mak lebih-lebih kang kecik ati plak. Kadang-kadang aku tak setuju ape yang mak buat..
BILA

1- anak aku nak jajan atau mainan mak belikan, mak cakap kalau tak belikan nanti dia nangis hentak-hentak kaki. Kalau aku biarkan dia nangis, ibarat sampai air mata darah sekali pun aku takkan beli..sekali sekala tak peh. Dengan aku tak penah pulak anak-anak buat cam tu.

2-Semua nenek buatkan, mcm Azri sekolah petang nenek pakaikan baju sampai ke stokin..huhuhuhu. Aku pagi-pagi nak cepat mcm mana pun tak penah aku pakaikan dia baju sekolah apatah lagi stokin. Kalau pakai stokin tu aku tak tahan sebab Azri dah mcm bos plak duduk kat kerusi hulur kaki jer kat nenek. Serius, aku kalau nampak memang aku cakap kat mak suruh dia pakai sendiri, biarlah dia lambat masuk sekolah. Aku dulu pun tak mcm tu dulu aku baik

3-Tiap-tiap hari nenek hantar sekolah sampai ke kelas..alasan kesian beg berat. Aku bukan belikan beg biasa, aku beli beg yang ada roda, boleh tarik ape. Bila dah biasa nenek hantar ke kelas naik lemaklah dia. Aku dulu pegi sekolah naik basikal (sekolah yang sama ngan Azri), bwk buku tak penah ikut jadual, semua buku aku angkut..tak deh pun mak sibuk tanye atau kesian. nie kes cemburu ker ape nie.

4-Kalau anak-anak aku main ngan kawannya dan tiba-tiba terpukul ker @ saje main pukul-pukul ker, Azri balik mengadu kat nenek, siaplah mak aku cari budak tu di warning nye budak-budak tu. Pada aku budak-budak biasalah, janji jangan cedera parah sudah. Mak aku tak bleh terima. Nampak sangat anak aku tak bleh pertahankan diri dia sendiri.

5-Balik sekolah baju semua main campak jer...hangin aku. Kalau kat rumah reti plak, masuk dalam bakul, tuala sidai bila dah pakai, mainan kemas bila dah abis main. Bila aku tegur merajuk, nenek plak pujuk2 sambil cakap tak peh2 nanti nenek yang buat....heart attack aku. Berlemak-lemaklah dia.

6-Malas, jangan cakaplah kalau kat umah nenek, suruh ape pun jawabnya kejap, kejap..ishhhhhhhh. Mcm mana aku nak capai target jadi cam nie.

Tapi sebenarnya mak pun tension gak aku rasa tapi kasih sayang dia mengatasi segalanya. Bukan mak tak penah pukul anak aku, penah tapi tulah pukul nyamuk lagi kuat aku rasa, tu pun rasa bersalahnya berhari-hari. Aku tak bleh nak selami perasaan seorang nenek sebab aku belum ade cucu, mungkin sayangkan anak & cucu nie lain agaknya.

Yelah nak salahkan mak pun tak boleh kan semua tu patutnya tanggungjawab aku & hubby, tapi nak buat cam mana aku perlukan bantuan mak untuk didik anak-anak supaya jangan jadi anak yang terlalu manja & sampai tak bleh nak berdikari sendiri.

Solution yang aku bleh pikir sekarang nie aku nak jer pindahkan azri sekolah, biar transit dari umah jiran aku. Masalahnya mak aku mesti tak bagi + hilanglah pendapatan dia. Kalau aku minta jiran aku jaga nanti nak bagi duit tiap-tiap bulan mcm sekarang aku bagi tak behlah plak, setakat nie aku tak mampu lagi.


Arrrrghhhhhhhhhhh...tulun..tulun...Delima sungguh.




26 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru Kakcik & Jipol



Ahad lepas sepupu aku kawin, sebagai sepupu yang mithali aku datang utk memeriahkan majlis :)
jom kita layan gambar..


mula gambar tuan blog dulu... sungguh kurang sopan pompuan nie dahlah duduk kat tembok terkangkang plak tu




pengantin pompuan melangkah keluar...feeling jalan kat red karpet majlis anugerah, merasa gak


aku ingat 2 orang yang pegang kamera tu blogger gaklah sebab gaya dah ada...muhahahahahhaha..
aku gak yang pemalas nak kedepan zoom jer dah, panas ooooooo..nanti aku hitam, tu sebab gambar pun ala-ala jer






yeeeha, dah bersatupadu...nie pun aku zoom jer dari bawah khemah...


nampak tak masalah gambar nie, ade ker patut pengapit lelaki bawak anak, tu tengok tu tangan anak dok tarik baju..kahkahkahkahkah...anak sappppalah tu.





silat jangan tak silat...terseksa aku tengok pesilat nie, nasib pakai jean kalau tak dah satu hal plak nak cari org jahit seluar dia




posing kat pelamin plak, pengapit muka bosan jer...dalam hati memasing bilalah turn aku plak



Apa nenek buat ngan Aqil?...Minta pengantin kiss aqil biar jangan kene sawan ngantin.



Aqil ngan abah, abah volunteer nak pegang Aqil tu yang ibu duduk mengangkang tu



kesayangan ibu



balik singgah morib...saje jer. Anak2 request nak mandi laut aku tak bagi sebab panas sangatlah...

aqil ngan abah lagi, huishhhhh sedapnya mamam jari nie, sampai terpejam-pejam mata.


ade kisah lucu masa kat majlis nie, lepas aku makan aku bangun nak salam makcik aku, pastu sepupu2 aku dok jerit "uoooyooo dah kuruslah, kurus gila" sambil pandang muka aku...aku pun ala-ala malu gitu, tapi dalam hati rabun ker diorang nie kata aku kurus..makin aku dekat kat diorang makin tak sedap hati plak...aku pun tanye "kau cakap sapa yang kurus, aku kurus, gila ape kauorang nie". "woi bukan kak ijahlah, kak ijah buat apa, ayie tu dah kurus gila". hahahahhahah kan dah termalu kat situ....

Sejak sekolah pagi petang nie memang Azri dah kurus seluar dah kene pin dah...mulut aku gak yang gatal..selalu cakap dia gemuk..hahahhahah..dah budak tu semangat nak kurus.....taknak makan nasi..makan roti jer..kesian anak aku..anak pun semangat nak kurus ibu nya tak reti-reti nak diet

Sekarang aku tak bagi dia diet...kene makan nasi gak.

21 Mei 2009

Didik anak lelaki menjadi suami mithali bukan suami disesali

wahahahhaha..jauh betul pandangan aku. Sebenarnya lebih pada ingatan untuk aku sebab aku ada 3 anak lelaki.

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal nie. Aku nie peminat setia ruangan dcck (surat khabar ari minggu). Ada beberapa masalah dari pembaca pasal suami yang malas tolong isteri buat kerja rumah dan kat akhir ruangan tu di tulis mcm nie Kepada ibu-ibu tolonglah didik anak lelaki, sama mcm mana mendidik anak perempuan (lebih kurang cam tulah ayatnya). Ok, untuk lebih luas lagi maksudnya ibu-ibu yang ada anak lelaki kene ajar, masak, basuh kain, cuci pinggan, lipat kain mcm kita suruh anak-anak pompuan buatlah supaya nanti bila dah berbini bolehlah buat keje rumah sama-sama sebab zaman sekarang bini-bini semuanya bekerja kalau bergotong-royong buat takdehlah penat sangatkan nie kalau nak harapkan bini semua nak buat boleh parkinson lah bini tu. luas betul nie. Aku rasa tercabarlah bila penulis tu tulis cam tu.


Tapi aku nak betulkan kat sini, bukan ibu jer yang kene ambik peranan bapak pun sama gak sebab bapak bleh jadi role model pada anak lelaki contohnya mcm lipat kain kalau anak tengok bapak lipat kain, mesti anak pikir oh sangat cool abah lipat kain lipat kain lelaki pun boleh buat, bukan pompuan jer. Jadi esok kalau bini minta tolong lipat kain takdehlah dia cakap "lipat kain keje orang pompuan!". Lagipun kan bukan nak senangkan bini jer sebenarnya, nak menyenangkan ibu nya gak. Selalu orang cakap "esok aku senang sebab anak aku pompuan bleh harap tolong aku kat dapur" dengan pandangan anak kau laki sampai matilah kau penat kene buat keje rumah sendiri. Tapi kalau bapak tak bleh pakai ibu terpaksa bekeja keras ckitlah, tunjukkan betapa penatnya bila bapaknya tak nak tolong ibunya. Esok kalau anak laki berumahtangga takdehlah penyakit malas nak tolong bini tu berjangkit & jadi turun-temurun.


Macam mak mentua aku, penahlah dulu aku tercakap mcm nie "eleh, abang kat umah basuh pinggan pun jarang semua saya nak kene buat sendiri". Pastu mak mentua aku terus khutbah kan anaknya " Janganlah mcm tu, Azam kenelah tolong jugak, dah sama-sama keje kan. Apalah salahnya kalau tolong". hubby masa tu tunduk jer...hahahhahhaha agaknya dalam hati dia kurang asam punye bini...dengan mak aku pun nak ngadu. Sekarang hubby aku rajinnnnnnn. bleh jadi teladan untuk anak-anak.


Macam saudara aku plak dia ada 2 anak lelaki( tu jerlah anak dia). Masa anaknya tunggu SPM, setiap pagi tugas anaknya basuh kain + jemur kain, kalau dia nak pegi mana-mana pun mesti dia buat dulu keje-keje kat rumah, baru dia keluar. Sampai saudara aku nie tak bagi anaknya cari keje masa nak tunggu result sebab nanti takdeh orang nak tolong dia itu anak lelaki tu. Janganlah cakap anak lelaki buat keje pompuan tak macho atau takut anak jadi 'sotong'. Habis tu kalau anak pompuan buat keje lelaki tak peh plak kan?.


Sebenarnya bukan susah pun nak latih anak-anak lelaki nie, cth ape yang aku buat kat anak-anak aku diorangkan kalau mandi berejam dlm bilik air main sabun + main air jadi aku cakap "ape kata abang ambik berus, berus dinding bilik air tu". suka jer dia nak buat sebab boleh main sabun + air sekali. Siram pokok bunga, belikan tempat siram yang kecik tu, sukalah dia nak siram bunga. Kadang-kadang time aku nak masak nasi anak-anak suka nak bertanyakan jadi aku ajar secara teorinya (sesuailah ngan usianya) "beras nie kene basuh bersih dulu, pastu sukat air nie baru boleh masak". Kalau dah minum cuci gelas tu terus, lepas makan angkat pinggan terus ke sinki, of coz lah hasilnya tak lah tip top, tapi aku nak biasakan diorang. Biasanya lelaki kalau dah makan terus jer tinggalkan tempat makan terus ngadap TV, terkontang-kanting bini nak mengemas nasi yang berterabur, kemas meja semua, kesian kan. At least kalau laki tu boleh bawak pinggan dia sendiri ke sinki pun dah kira ok pada aku. kak nonie nak tempah tak anak saya jadi menantu, kalau nak hantaran kasi diskaun ye, muhahahhahah. Benda nie aku bleh praktik kan kat rumah jer kalau kat umah mak susah nak buat mak aku manjakan sangat anak-anak aku ( nie nanti aku buat n3 lain) ayoyo salahkan mak.



Moral of the story insyaallah mcm mana aku dapat lelaki yang rajin & baik (hubby), akan aku pastikan sapa yang kawin ngan anak aku pun akan dapat laki yang rajin mcm hubby.ntah kenapa otak aku nie sekarang suka pikir 20 tahun akan datang

19 Mei 2009

Anak aku yang over confident.

Minggu nie, minggu periksa mcm ibu2 yang lain gak aku bising suruh anak-anak baca buku apelah sangat takat anak baru darjah 1 ngan tadika. Tapi mcm biasalah anak-anak aku nie over confident jer mcm sebelum-sebelum nie..


Fahmi baca buku mie, nak periksakan hari isnin
*leka tengok katun*

Fahmi pegi ambik buku, baca kat ibu nie. Besok kalau tak tau jawab
siap.

Alah bu senang jer bu, adik bleh buat punye

*huh, confident jer dia jawab*

yelah kau, boleh jawab boleh jawab, kalau tak dpt no 1 siap..


hahahaha ugutan kat situ, ape yang siap ntah. Selalunya mcm tulah, kalau aku suruh baca buku..confident jer jawab boleh buat. Bila dpt keputusan memanglah dpt no 1 tapi dari belakang..tak ker hangin jer aku. Semalam mak cite, Fahmi keluar kelas jer terus naik kat motor, pastu cakap kat mak aku

nek, hari nie adik bleh jawap semua, adik sorang jer yang bagus, siap pun cepat.

ye ker, ye alhamdulillah.

Confident tu bagus tapi kalau dah over susah lak. Tu citer Fahmi, citer pasal Azri plak. aku suruh baca buku bahasa melayu kan dia jawap ape tau

Alah bahasa melayu buat ape nak baca kan abang dah pandai..
*sabar jerlah*





Hari tu masa keputusan SPM keluar, anak buah aku along dapat 9A, jadi aku cakaplah kat Azri,

Abang tengok along belajar pandai, periksa semua dapat A tau, ibu nak abang jadi cam tulah..

Eleh dulu masa abang tadika pun dpt semua A...

*waaaaaaaaa, dia bleh compare tadika dia ngan SPM tu, terus terdiam aku*


Aku suruh anak-anak belajar time nak periksa jer, takdehlah aku paksa diorang belajar tiap-tipa hari. Aku takut boring plak diorang & takut diorang tak enjoy kehidupan diorang sebagai kanak-kanak yang kat kepala diaorang asyik pikir main, main lain tak deh. Lagipun aku bagi masa kat anak-anak, esok naik jer darjah 4 kene struggle lah, nie atas nasihat makcik hubby yang jadi cikgu. Jauh tak pandangan aku..muhahahhahhaha..

18 Mei 2009

Apa ibu buat ngan Aqil nie?

Ape ibu dah buat ngan Aqil nie bu...?
Abah kan dah warning ibu jangan belikan Aqil baju yang terang-terang maksud abah warna yang pompuan suka, sebab Aqil kan LELAKI..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Tengok, stokin pun ibu pakaikan yang warna pink...



Ibu bukan sengajalah sayang nak pakaikan Aqil warna pink bukan sebab ibu kemaruk nak anak pompuan ye. Tapikan ibu suka ngan Rompers nie sebab murah tapi takdeh warna lain, jadi ibu ambik jerlah walaupun warna pink, pastukan stokin tu terpaksa beli sebab satu pack ada 3 stokin dan warna pink tu salah satunya. Semua pack ade jer warna pink, jadi ibu pun ambik jerlah. Hehehhehe..aci tak alasan nie.

14 Mei 2009

Ketawa Aqil yang pertama


Selalu Aqil bila diagah dia senyum jer, nie bila aku gomol dia....beriya dia ketawa. Oh, aku rindu dengan ketawa dia. Sekarang nie pantang diagah mesti mengekek dia ketawa. Aqil belum meniarap lagi, tapi dah mengiring tang bontot lepas tapi kepala tak lepas...hihihihihihi..sekarang nie dia eksesais suka2 jer eja cam nie angkat kepala, kalau dibaringkan mesti kepala diangkat-angkat...

Terpandang muka Aqil teringat kat Azri. Aku selalu sakat Azri bila nampak dia cium Aqil.

abang, Aqil bagi kat oranglah ye?

tak boleh

ibu penatlah, abang tak nak tolong ibu jaga Aqil.

yelah, yelah abang jaga..

tak pun kita tukar Aqil ngan Aqilah nak, biar wak ambik Aqil.

ibu, biarlah ibu ade Abang, adik ngan Aqil..pastu ibu beranak lah lagi..nanti kuar baby pompuan plak. Mmmm takyah lah bagi Aqil kat wak.

Hahahahahaha...suka-suka jer nak suruh ibu beranak lagi, ingat senang ker nak keluarkan baby..

11 Mei 2009

Tag Masihkah kau ingat (ditag oleh kak nonie)

Sukalah nak buat tag nie, mengimbau kenangan gitu....tu yang gigih buat tu..klu tak orang dah lupa kene tag barulah nak buat..:)
1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya ....
Kat tempat keje, masa sama-masa satu tempat keje...lebih detail jumpa kat tepi mesin..hihihihihi. Lepas declare couple aku berenti keje. Tak syoklah keje kat tempat yang sama.

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan
Sangat matang, aku ingat dulu dia dah kawin..sebab tu aku jual mahal masa dia ngorat aku...muhahahhahaha. Ciri-ciri keromantikkan hubby dah terserlah masa mula-mula kenal dulu...sampai sekarang

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
kat taman cahaya sri alam dulu dipanggil bukit cerakah...hahahahhaha kat utan tu...tangkap leleh punya..

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
sebab hubby nie orang yang romantik, jadinya..saya sayang awak, i luv u, tu memang mainan bibir..muhahahhaha muntahlah sapa yang baca nie. Oh hubby dulu ade bagi sajak puitis tau, aku siap simpan dalam album lagi...klu baca memang syahdu abislah..bila dah kawin baru aku tau dia plagiat sajak tu...ceh, aku ingat dia cipta sendiri...hahahhahaha..mek tertipu, nasib dah kawin.

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
rasanya dalam 2 tahun kot...gatal kan aku..umur 18 dah pandai cintan-cintun...hihihihihi.


6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
kalau ikut n3 nie disiarkan.... aku dah berkongsi hidup selama 7 tahun 8 bulan 2 hari... hahahhaha ambik kau detail tu.


7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
banyak jugak hubby bagi kejutan tapi yang paling terkejut masa nie lah, hahahhaha...den malu ngan opismate..hihihihi..tapi suko gak lah...



8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
insyaallah kumpul duit nak kaya..muahahahahah nak jugak tu. mungkin akan menambah bilangan anak lagi kot..den nak anak pompuan..hihihihihi..


9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
kerenah yang mcm mana..klu anak-anak nak mainan atau jajan memang dilayan jer..tapi kalau kerenah yang stok nganda-nganda memang dirotan lah jawap nyer...huhuhhuhuhu..motto hubby "sayang sayang, rotan rotan". Hubby ngan anak-anak garang tau..tattutttttttttt.


10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
ok jer, tak taulah jadi menantu kesayangan ker tak yang tu kene tanye mak aku.....Kalau ngan adik beradik aku, alhamdulillah..memang bleh masyuk kepala lah...

Nota tambahan : hahahhahha tak cukup gak ker sampai siap nota tambahan. Masa bercinta nie kan kira sadis gaklah sebab masa tu hubby dah ade makwe( aku namakan Lin)..adekah aku merampas hubby?...oh tidak. Aku masa tu tak kisah dia nak kat aku ker tak, bila aku dapat tau dia dah ade makwe..romeo gaklah hubby nie. Lin siap datang jumpa aku tu, tapi tak dehlah adegan singsing lengan baju atau tarik-tarik rambut..gilalah nak gaduh sebab lelaki. Aku ingat lagi hubby cakap kalau bleh badan dia dibelah dia nak belah..satu bagi kat aku satu bagi kat Lin...hohohohoho..bleh blah. Aku cakap aku tak kisah kalau dia nak kat Lin..sebab aku ngan hubby masa tu pun baru kenal jadi tak kisahlah kan...ckit pun aku tak rasa ape ape masa tu. Tapi hubby nak gak kat aku..aku terima jerlah tak nak kalah gak tu. Ade lah rasa sayang tapi tak delah stok yang kalau tak dapat pie terjun lombong. Hubby ngan Lin sebenarnya ade masalah..hubby rasa yang hubungan dia ngan Lin tak bleh pegi jauh..tu yang gigih pie ngurat aku tu. Akhirnya Lin kawin dulu dari kitaorang. sampai sekarang nie hubby & Lin masih lagi kawan sebab masih satu tempat keje. Masa aku kawin & bersalin anak 1 & ke2, Lin + suaminya ade datang umah. oklah takdehlah nak masam-masam muka. Happy Ending :)

06 Mei 2009

Hikmah gelombang krisis ekonomi


Haku dah kene sawan rajin update plak ker aku tak deh keje

Masa hubby kene cuti 2 minggu tu, kebetulan plak aku dalam pantang. Time tulah aku saje jer tak nak pantang umah mak, aku nak rasa gak hubby yang layan aku sebab 2 orang anak aku sebelum nie, dia buat tak tau (maksud aku sebab semua mak dah tolong buat, jadi dia tolong tengok jer).

Kali ni merasalah, pagi-pagi bangun siapkan anak-anak nak sekolah, pastu masak air untuk aku nak mandi, hantar anak-anak sekolah sekali ambik mak sebab nak urut aku, sementara tunggu aku diurut hubby dah siap buat air untuk aku sarapan. Lepas aku sarapan hubby hantar mak balik pastu singgah pasar beli lauk. Balik tu hahahahahhha..bersilat pulak kat dapur untuk masak tengahari plak.

Aku part yang lain-lain tu aku ok jer, tapi part nak masak tu bleh buat aku tension. Maklumlah hubby nie terror masak kari, tomyam, sup ayam, tapi semuanya jenama mee maggielah muhahahahhahha habislah kutuk laki sendiri. Nak masak nasi tu siap bawak periuk kedepan tunjuk kat aku betul tak dia sukat air...kekekkekeke....tak peh bang kalau keras bleh bubuh air lagi , klu lembik plak senang takyah kunyah telan jer terus.muhahahhahhaa tu statemant dalam hati jer. aku tak naklah membunuh kesungguhan hubby diawal pertarungan. Layan kan jer. Bila nak masak sayur & lauk lagi lah...ooooooo rasanya aku jerlah yang masak, banyak no tanye..bawang merah berapa biji, bawang putih berapa biji..nak potong cam mane, air nye banyak mana, garam banyak mane, dah masak ker belum nie...bla..bla.bla bla...huwaaaaaaaaa.. Aku masak tak penah nak sukat-sukat main agak-agak jer, bila dia tanye aku berapa biji, banyak mana cam mana aku nak jawab, bila aku jawab "abang agak-agak jerlah". Hubby tak reti plak...adussshh..sussah lah

Walaupun begitu begini akhirnya settle gak hubby masak. Sepanjang 2 minggu tu menu aku... sup ayam, ayam masak kicap, sup ayam, ayam masak kicap, ayam masak kicap, sup ayam...muhahahahahahaha..Redha jerlah. Aku tak sanggup nak ajar dia menu yang lain, yang 2 tu pun sekkkkkkkkksa.

Bila dah abis masak, layan aku nak makan plak...masa dalam pantang hubby panggil aku puteri kolumpang, ape maknanya ntah. Eleh baru layan aku 2 minggu dah kecoh, aku layan dia selama nie tak kira lak takdeh plak aku nak panggil dia putera ku lempang

Lepas zohor selalu hubby dah kepenatan & kitoarng tidur berjemaah syok ye pantang umah sendiri sukati jer nak buat ape. Petang bangun sediakan air untuk aku mandi, lepas tu nak ambik anak-anak kat umah mak plak. Layan anak-anak nak makan, buat keje sekolah..pastu gosok baju sekolah. Belum pukul 10 hubby dah ngantuk hahahhahaha..dulu kalau semua benda aku buat, selalu complaint aku tidur cepat..sekarang rasain. Tu belum suruh jaga anak sekali tu...

Kalau orang tengok mesti orang akan pikir aku nie dera laki sendiri..muhahahahhaha. opppsss lupa kalau malam-malam Aqil nangis hubby gak yang bangun...dia kejutkan aku bila Aqil nak susu jer. Aku tak penah suruh laki aku buat semua tu, dia dengan rela hati nak buat. Kalau ikut aku semua benda aku lebih selesa buat sendiri

Walau aku & hubby suka jer gaduh-gaduh pasal sapa keje lebih teruk, tapi aku berterima kasihlah kat hubby sebab sanggup buat semua benda tu untuk aku. Dia lah Suami terbaik bagi aku. mcm ucapan menang award ABPBH.

Nota kaki: Kalau layanan abang cam nie maksud saya tempat nak bersalin tip top..layanan masa dalam pantang pun tip top.abg cakap nak berapa orang anak 7 8 10..takdeh hal punyer...muhahahhahahhaa.

toskin..toskin..salahlah.

ibu, toskin abang mana?
ape dia?
Toskin abang mana?
toskin, toskin...stokinlah...hish..apelah..
Stoooooookin...abang mana?
kat atas tu pertanyaan biasa dari Azri...hahahhahaha dia tak pandai nak sebut stokin..asyik-asyik toskin jer. aku dah betul banyak kali pun tak bleh sebut stokin. Kalau sebut pelan-pelan blehlah kalau laju ckit jadi toskin balik..muahhahahahha.. Dulu anak buah aku (along) Radio jadi Dario...kekekkekekke..sampai besar gak, sebut dario.

05 Mei 2009

Gelombang krisis ekonomi

Tajuk macam ilmiah jer..muhahahhahahhaha..

Semalam aku balik keje aku tengok kawan merangkap jiran aku tengah main buai..hahahahhaha..bukan anak yang main tapi mak yang main..katanya nak release tension..aku gelak jer tengok dia..ntah ape2 ntah. Lepas aku masuk rumah bukak tudung ye aku alim-alim taik kucing aku pun join sekali, tapi bukanlah main buai...saje je duduk kat taman..syok oooooo..sambil bergosip.

Citer punya citer kawan aku tanye aku, ade tak dengar citer pasal..kak L nama sebenar terpaksa dirahsiakan. Kak L nie jiran aku gak seorang surirumah sepenuh masa, anak 3 orang semua sekolah, lakinya keje kilang kat SA. Bahana krisis ekonomi rumah Kak L nak kene tarik dengan bank, aduh kesiannya. Lagi sorang jiran aku Kak A Van dia pun nak kene tarik ngan bank gak. Patutlah aku dah lama tak nampak van Kak A, selalu dia parking kat depan umah aku. Kak A nie pun surirumah, anak 7 orang 2 dah bekerja 5 sekolah. Masa aku dalam pantang Kak A ade datang umah aku citer..dulu anaknya yang 2 orang tu keje kilang T bleh dapat 1k ++ . jadinya mmg bleh tolong bayar duit van & rumahlah. Suami Kak A plak cover duit makan & sekolah. Sekarang anak Kak A berenti dari kilang T (kilang nie terpaksa terminate pekerjanya sebab krisis ekonomi) keje plak kat kilang K...tapi income dah tak masyukkkk, tu yang sakit tu.

Aku ingat aku jer yang terasa bahang krisi ekonomi nie, yelah mana taknye...awal tahun ari tu hubby aku dipaksa cuti 2 minggu sebab production tutup. 2 minggu cuti tu plak hanya dibayar separuh gaji jer..huhuhhuhu..sakit gaklah, nasib baik masa tu aku dalam pantang (tak keje duit tak banyak keluar) pastu plak bos aku baik hati bagi bonus separuh gaji time bayar bonus tu baik hatilah hahahhaha dasar mata duitan, jadilah bleh cover2 mana yang patut. Setakat nie takdehlah ape2 hutang yang sangkut. Kansel plan aku nak berenti keje ade hati gak tu. Aku pun hampir-hampir keluarkan KWSP aku nak cover installment rumah, tapi tak jadi sebab bank turunkan interest monthly pun jadi kurang ckit, hubby cakap tak payah keluarkan sebab KWSP tu jerlah simpanan hari tua esok selamat duit kwsp aku. Tapikan ade hikmahnya juga hubby aku kene cuti 2 minggu tu, yang tu nanti aku buat n3 lain kalau rajinnnnnlah


Aku harap ekomoni akan pulih mcm biasa. Amin. huhuhuhu anti klimaks betul.