17 April 2009

Tranformasi Aqil

huh, ingat AF jer ade tranformasi, Aqil pun telah bertranformasi ape maksud tranformasi..hihihihi .

nie Aqil masa umur 1 hari, baru balik sepital.


ni plak usia dia 5 hari..


hahahhaa..ibu dera Aqil, pakaikan bedak banyak2 biar wangi. Masa nie umur dia 26 hari.



nampak dah tembam..masa nie dah 2 bulan dah.



cak saya dah botak!








ibu & abah dah botakkan Aqil sebab rambut Aqil dah berpintal-pintal, orang tua-tua cakap kene sawan bantal. Masa check-up 2 bulan berat aqil dah 6.08kg. ibu rasa berat kat pipi..hihihihihi..



11 April 2009

Andainya mimpi itu betul

Aku dah 2 hari tido umah mak, kebetulan plak Aqil sangat baik tido umah nenek sebab dia tidur lena. Aku pun
bila dia lena aku lagilah lena sampai termimpi... bukan mimpi basah ya sebab aku dah baligh muahahhaha.

Ape yang aku mimpi ye...hahahhahha. Bila ingat kelakar plak. Aku mimpi aku mengandung, bersalin pastu mengandung lagi, dalam mimpi tu yang lahir anak aku semuanya LELAKI. 3 (yang dah ada) + 2 (dlm mimpi) jadinya aku ada 5 orang anak lelaki, sampai yang last aku bersalin tu aku jerit Stop..stop..stop..cukup 5 jer..hahhahahhahaha. ntah ape-ape ntah.

Bila pagi tadi aku cakap ngan mak, mak cakap nak dpt rezeki. Rezeki ape ye?...takkan aku mengandung betul kot..oh tidak aku pantang 100 hari ma.

09 April 2009

Kurang Asam..anak sapalah tu..

Pagi nie macam biasa aku pegi keje ngan nak hantar anak2 sekali. Hari nie Fahmi terlebih mulut asyik cakap jer pastu siap borak-borak ngan Aqil. Aqil plak tengah tengok awan (nie aku agaklah, sebab dia pandang cermin ke atas). Bila sampai kat traffic light nak U turn, Fahmi terus cakap " Aqil tengok ape?, Aqil tengok tempat keje Azam ye...?". Tu yang Aqil tengok tu tempat keje Azam lah tu". " bu, tu tempat keje Azam kan bu?". Aku tanyer dia "Azam tu sapa?". "Abah lah". Selamba jer dia jawab. Muhahahhahhaa..kurang ajar asam punye anak, kau panggil abah kau Azam jer.

06 April 2009

Pengalaman saya sendiri (Kak Nurul)

Kak Nurul telah berkongsi pengalaman dia dengan aku dan aku dah pun minta izin ngan kak nurul nak publish citer nie kat blog.

Moga citer nie boleh dijadikan panduan bagi ibubapa yang ada anak-anak kecil, jangan ambil remeh jika anak-anak demam terutama yang berusia 6 tahun kebawah.


Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan dan sanak saudara yang mengenali diri sy….

29.3.2009 (ahad), satu tarikh yang tak mungkin sy & suami lupakan apabila mengalami detik cemas yang melibatkan anak lelaki saya MUHAMMAD AKID IKRAM BIN ZUHAIDIE yang berusia 4 thn. Sy ingin berkongsi cerita dan pengalaman ini dengan semua kerana ini merupakan pengalaman yang membuatkan sy sentiasa dan terbayang2 tragedi yang menimpa anak sy..dan rasa kesal sentiasa menyelubungi diri sy….

Hari Sabtu, 28 Mac 2009, malam, anak saya demam tapi sy hanya memberi ubat demam yang memang ada dalam simpanan di rumah. Sy tak bawanya ke klinik sbb panasnya tak tinggi sgt masa tu dan dia nampak cergas dan lincah bermain...

29 Mac 2009, ahad, selepas solat subuh, suami sy bagi lagi ubat bila perasan panasnya naik, pagi tu memang hati sy tak berapa tenang dan asyik berdebar-debar tapi disebabkan hati sy nak sgt dtg ke jemputan majlis perkahwinan yang merupakan anak rakan lama di tempat sy bekerja dulu, sy buang jauh2 perasan itu. Jam 12.00 tengahari, sy bagi ubat sumbat melalui bawah kat anak sy tu agar panasnya berkurangan. Lepas bagi ubat tersebut, anak sy tidur sehingga waktu untuk pergi ke majlis perkahwinan tu pada jam 1.30 ptg. Niat sy memang nak tinggalkan dia kat umah mak angkatnya (penjaga) sbb keadaannya yang tak sihat tapi dia dah terjaga dari tidur dan tak nak pergi ke rumah mak angkatnya…Suami sy pun bawa dia bersama ke majlis tu...

Sampai sana lebih kurang jam 2.00 petang, keadaan anak sy nampak seperti biasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda lain. Selepas selesai makan, anak sy bersuara ajak balik tapi memandangkan sy telah berjumpa dengan rakan2 lama dan sy ckp kat dia sebentar lagi. Lebih kurang jam 2.30 ptg barulah kami bergerak untuk balik
.
Masa tu sy masih x nampak apa2 reaksi pelik anak sy sehinggalah tiba kat depan pintu kereta, sy suruh dia masuk dan duduk di dalam kereta tetapi dia tak bergerak2 dan berdiri tegak tanpa bercakap sepatah pun seperti patung hidup. Sy angkat dan memangkunya ke riba sy di dalam kereta tetapi dia masih mcm patung. Tiba-tiba dia rebah di pangkuan saya tanpa berkelip mata dan berckp…mukanya sudah mula pucat …kami panic…Sy tgk mata hitamnya dah memandang ke atas beberapa kali…kaki dan tanganya dah mula kejang. Syukurlah masa tu kami masih berada di perkarangan tuan rumah tersebut.

Bila tgk keadaan anak sy yang kebiruan dan kejang tu, sy terus suruh suami sy cari air dan dengan sepantas kilat suami sy terus berhentikan kereta dan meluru keluar cari air untuk disiramkan ke atas badan anak sy. Kerana risau keadaan anak sy tu dan dah tak sanggup nak tunggu lagi di dalam kereta, sy pun turun serta merta dari kereta sambil mendukung anak sy yg dah kaku tu tanpa kasut dan berlari mendapatkan bantuan kerana keadaan masa tu memang betul2 kritikal. Anak sy dah kaku….sy terus meminta bantuan dari tuan rumah dan anak sy serta merta disiram air oleh suami sy serta beberapa orang di sekeliling yang membantu. Ada yang menyuruh sy mengiringkan anak sy agar dia dpt bernafas semula...kaki dan tangannya telah diurut2 berkali2 oleh salah seorang saudara tuan rumah tersebut…lebih kurang 10 minit barulah anak sy membuka mata dan kaki tangannya mula bergerak2…Sy amat bersyukur kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak sy daripada kejadian yang tidak diingini…

Anak sy mula sedar sikit, sy & suami bergegas cari klinik 24 jam yang berdekatan pekan tu dengan ditemani saudara yg telah mengurut2 kaki dan tangan anak sy tadi….sampai saja di sebuah klinik 24 jam ..kami diberitahu doktor tak ada…hampa sungguh rasanya klinik yang kononnya dibuka 24 jam tapi tak ada DOKTOR di dalamnya.

Sy ajak suami terus hala balik ke klang secepat mungkin…sepanjang perjalanan saya tetap mengiringkan anak sy yg kebiruan tu dan memanggil2 namanya berkali2….dan masih dibantu oleh saudara berkenaan yang mengurut kakinya bg mengelakkan kejang semula…sedikit demi sedikit anak sy mula menggigil pulak walaupun aircond kereta tak sejuk sgt…kereta pulak byk ms tu …..lagi la panik sy dan suami…sy capai toto nipis yg mmg ada dalam kereta dan terus membuka mulut anak sy dan masukkan sikit toto tu utk elakkan daripada kancing gigi….sepanjang perjalanan sy hanya beristifar dan memanjatkan doa agar dia dapat diselamatkan segera…. Semua traffic light yang ada terpaksa suami sy redah demi menyelamatkan anak kami….Akhirnya kami berjaya sampai ke Pantai Specialist Klang dan anak sy telah dibawa oleh nurse yang bertugas ke dalam Emergency room dengan segera…..

Anak sy terus diberikan rawatan segera oleh doktor & nurse yg bertugas…..seluruh badan anak sy telah dibalut dgn kain basah yang sejuk selama beberapa minit bagi menurunkan kadar kepanasan yg dialaminya…dengan segera air dimasukkan …darah pun nurse ambil utk pemeriksaan lanjut…tak lama lepas tu barulah anak sy mula tunjuk reaksi dan menangis…..syukur alhamdulillah…. Anak sy telah dimasukkan ke dalam wad utk 1 mlm dan telah dimasukkan air sebnyk 4 botol…dan sepanjang mlm anak sy sentiasa dipantau oleh nurse yg bertugas pd mlm tu…

Sambil menaip pengalaman ni pun hati sy sebak dan kesal ke atas kejadian yg menimpa anak sy….airmata pun dah tak blh nak thn lagi wpun kejadian ni dah berlalu beberapa hari….

Kepada yg belum @ pernah mengalami situasi yg mcm ni…dinasihatkan agar lebih berhati2 klu anak demam lagi2 klu suhu panasnya tinggi…….

Sy juga ucapkan terima kasih kepada yg membantu…semoga allah membalas jasa baik pertolongan dari semua…


Nurul,
Ex-staff PKDP & GUPER

02 April 2009

Rutin Harian yang SUPERB

Dah masuk minggu ke2 aku keje lepas habis cuti bersalin, sekarang nie tengah sesuaikan diri dengan rutin yang sangat memenatkan.

Bangun pagi pukul 6, panaskan air untuk budak2 mandi kat umah takdeh water heater, air dah panas kejutkan budak2 suruh mandi (nie pun azab gak nak bangun kan diorang, tapi kalau abah ade semuanya sangat pantas bergerak). Masukkan Aqil dalam buaian (kes senang kalau aku nak mandi, Fahmi atau Azri boleh tolong buai kalau Aqil menangis). Sambil tunggu diorang bersiap aku kemas bilik dulu. Fahmi & Azri siap pakai baju jer, turn aku plak mandi & terus bersiap. Buatkan Azri air milo secawan( tu jer sarapan yang sempat dibuat), pastu kene tukar pampers & baju Aqil. Buka pintu, start enjin kete, angkat Aqil bawa masuk kete & suruh budak2 masuk sekali. Off semua suiz lampu yang on, tutup pintu & pintu pagar. Dalam kete pasang aircond kuat ckit sebab aku dah berpeluh-peluh dah, sebab semuanya kene buat dengan cepat & cermat . Paling lewat pun aku kene keluar 7.15pg kalau tak takut Azri lambat.

Hantar Azri dulu. Sampai jer sekolah, aku lintaskan Azri(aku tak berani nak biarkan dia melintas jalan sendiri sebab jalan sekolah tu sibuk sangat). Lepas tu aku hantar Aqil plak kat umah pengasuh dia, turun sekejap kasi dia nenen dulu, dalam pukul 7.40 aku gerak plak nak hantar fahmi kat PASTI, lepas hantar Fahmi pegi plak rumah mak hantar beg sekolah Azri untuk sekolah petang nanti.

Lepas tu baru aku bleh pegi keje. OTW pegi keje baru aku bleh tarik nafas.

Lepas habis keje, pukul 5 tepat aku dah cau..hahahhahhahahahha..sangat tak sabar nak jumpa si tembam kecik tu + breast dah bengkak. Bila ambik Aqil terus pegi rumah mak, sampai umah mak aku susukan Aqil sambil tunggu Azri balik sekolah pukul 6.30ptg. Kat umah mak jugaklah aku & anak2 makan malam( kalau nak aku gak yang masak kat umah tak sempat, agak2 anak pun dah tido nak tunggu aku siap masak). Lepas maghrib baru aku balik rumah, sampai rumah lebih kurang pukul 8 ker 8.30 malam. Tidur kan Aqil dulu kalau mood baik masuk buai jer terus tido, kalau tak sejam jugaklah nak bagi dia tido. Kalau Aqil lambat tidur timing aku dah lari dah. Bila aqil tidur jer, aku kene gosok baju untuk esok plak, kemas beg Aqil & Azri( kalau masa otw balik rumah Azri tak tido dalam kete, selalunya beg sekolah dia sendiri yang susun). Sambil-sambil tu gaklah aku masukkan kain dalam mesin basuh, clear kan singki, sapu lantai (kadang2 mop lantai ckit, kalau tak penat sangat) pastu beg2 semua terus bawak masuk kete siap2, besok pagi tak dehlah aku kelam kabut. Lepas tu baru aku mandi (tak bleh elak tak mandi malam atau dibaca sebagai "bang, bolehlah beli water heater yang abang cakap tu"). Rehat sekejap terus masuk tido, tapi sebelum tido tu kene make sure pintu semua berkunci..baru bleh tido. Agak2 pukul berapa aku tido?.

Rutin tu akan berulang-ulang sepanjang minggu dan akan berubah ckit bila hubby cuti atau anak2 cuti sekolah. Kalau ikut plan semuanya mcm smooth jer kan............tapi akan jadi kacau bilau bila........

Anak2 cari pasal.....

Kadang-kadang susah dikejutkan, bergaduh sapa nak mandi dulu, sakat menyakat lama2 ade yang nangis. Aku plak kalau anak2 dah cari pasal cam tu aku pun naik angin sama, bila naik angin suara pun satu taman bleh dengar nie tipu jer. Azri atau Fahmi bila kene marah tau plak merajuk...pastu semua benda yang dibuat jadi lambat, bila diorang lambat aku pun lambat sama. Lagilah aku cam charlie chaplin, tu yang kadang2 ade barang yang tertinggal, penah aku pegi keje tanpa bawa handbag..so sepanjang hari tu aku jadi PATI dan penah jugak beg sekolah petang Azri aku terbawak pegi keje kes lupa nak bawa turun bila sampai rumah mak. Berasap rasanya telinga aku. Nasib baik si tembam Aqil belum pandai cari pasal..kalau tak bukan telinga jer yang berasap dengan badan sekali agaknya.

Bila ade yang buat spoil masing-masing pegi sekolah & keje dengan perasaan yang geram. Azri kalau merajuk pegi sekolah tak nak bawa duit belanja selamat duit aku , kalau Fahmi plak tak nak turun kereta dan kalau aku yang merajuk aku nangis kat kete bila otw nak pegi keje ...waaaaaaaaaaaaaaa...sabar jerlah.

Oh lupa plak benda nie jugak boleh buat aku berasap. Habit si Azri, sangat slow buat sesuatu benda, kalau pakai baju boleh plak dia termenung mengenang nasib kene marah baru nak gerak, nanti pakai stokin sebelah termenung lagi..kang aku jerit lagi baru pakai yang sebelah lagi..sabo jerlah aku budak nie. dah banyak kali aku cakap kat dia, ingatlah dia sehari dua pastu jadi balik.


Tapi bagi aku nielah cabarannya bila orang pompuan bekerja. Kene plak dapat laki kene keje shift lagilah kesian bukan je tak deh orang nak tolong sama-sama uruskan anak2 nak jumpa pun susah. Nie kalau hubby masuk keje malam,4 hari aku & anak2 tak jumpa hubby sebab hubby pegi keje pukul 6.30ptg aku plak sampai umah pkl 8, bila aku pegi keje pukul 7.00pg hubby belum balik keje. Talipon jerlah yang jadi penghubung. Bila hubby cuti jer (cuti tak tentu) tu yang aku buat2 malas tu, gosok baju anak pun aku minta tolong dia gosokkan..hehehhehehhe...paling best ade orang yang bangun kalau Aqil nangis malam...