31 Disember 2009

Tak jemput pun dia akan datang (2010), Tak halau pun dia akan berlalu(2009)

2009
Boleh dikatakan tahun yang kurang memberangsangkan bagi aku. Banyak peristiwa yang menyakitkan hati. Ok, malas nak review. Tapi bukan semuanya tak memberangsangkan..ada jugak yang buat aku berbunga-bunga, macam kelahiran Aqil, Azri masuk sekolah rendah, ape lagi ye?. kesian, 365 hari hanya 2 peristiwa gembira nie aje aku ingat. Banyak minum air bersemut nie.

2010
Suka masuk tahun baru? tahun aje yang baru umur kita makin lama nampaknya. aku tak perlu ber Azam sebab azam sentiasa ada dengan aku..hahahhahahaha..lawaklah sangat. Aku rasa sepanjang aku hidup nie, bila aku buat azam tak pernah tertunai..nie dah kira aku hutang dengan diri sendiri, jadinya biarlah malas nak tambah hutang.

Minggu depan anak-anak dah nak sekolah dah, mulalah aku akan jadi lipas yang terkudung...huhuhuhuhu. Tadi azam tanya apa rancangan aku untuk besok(kan public holiday). Aku jawab nak kapur kasut Fahmi, balut buku teks Azri, Jahit lencana kat baju sekolah, lipat kain yang menimbun, vacum rumah, bla,bla,bla,bla....(2 terakhir tue kat hati je).

4 & 5 hb aku cuti, nak hantar fahmi masuk darjah satu. Fahmi nie aku tak risau sebab dia berani. Kalau sorang-sorang pun dia ok jer. Cuma kesian plak kalau aku tak cuti, dulu Azri aku boleh cuti. Lagipun peristiwa ini akan berlaku seumur hidup sekali jer, jadi aku takkan lepaskan peluang & kenangan yang berharga nie. Kalau opis aku nie macam tempat kerja azam kan syok, tiap kali pembukaan sekolah mesti cuti, company bagi cuti takyah nak gaduh-gaduh ngan opismate, sebab masing-masing ada anak konpem semuanya nak cuti kalau buka sekolah.



OKLAH, SELAMAT BERTAHUN BARULAH KITA YE!!




Ini telah menjadi SEJARAH

2 ulasan:

Jiey^Mien berkata...

selamat tahun baru 2010..
=)

Ijah @ Fariza berkata...

Selamat tahun baru jiey...semoga 2010 memberi kita sinar..amin3x.