09 Disember 2009

Pengalaman Menenenkan anak

AMARAN : hanye berkongsi rasa, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. yang baik blehlah dijadikan panduan...yang buruk tinggalkan. poyo tak aku buat amaran2 nie

Aku lahirkan Azri masa umur aku 21 tahun. Aku rasa waktu tu aku tak cukup umur ilmu pasal susukan anak tapi gatal nak anak cepat2.

Kalau orang bermasalah nak banyakkan susu, Aku? alhamdulillah tak deh masalah pasal tue tapi yang bermasalah aku takdeh put*** (jenis yang tenggelam). Merana aku sebab Azri tak pandai nak hisap.Terpaksa azam beli put*** sambung kat farmasi. Sangat leceh pakai benda alah tue.Pastu abis luka-luka Put*** aku. Sakitnya. Masa aku mengandung, ada nurse ajar suruh tarik-tarik bagi put*** keluar (oi, kelucahan) geli seh..tapi buat gaklah..hampeh jer...takdeh perubahan pun.

Masa dalam pantang aku selang-selikan ngan susu formula gak. Masa tu aku pikir orang-orang kampung jer yang susukan anak bodoh piang betul aku, tak sedar diri, bandarlah sangat aku nie. Aku cuba bagi Azri tanpa put*** sambung, habis mengamuk-ngamuk dia..nangis kaw-kaw, dia punya melonjakkan kaki hampir-hampir nak tergolek dari pangkuan aku..tak padan umur jagung belum setahun..hishh.last-last aku feed up dah, habis jer 44 hari pantang..langsung aku tak bagi dah. Rela Te*** aku bengkak, baju basah..biar camtu jer. Bagi jerlah dia susu formula. Masa tu aku sangat puas hati.
Bila aku join satu yahoo group, banyak maklumat pasal penyusuan yang aku dapat (tapi tetap masih jahil lagi pasal ilmu penyusuan ibu nie). Aku berazam masa tu kalau aku mengandung lagi memang aku nak menyusukan anak aku. Masa nie baru aku terpikir & sangat-sangat terkilan bila Azri tak menyusu badan.

Bila aku mengandung anak kedua 7 bulan selepas lahirnya Azri, lagi banyak maklumat yang aku korek. Pada aku masa tu kalau anak aku nak part time menyusu aku pun ok. Aku bersalin kat swasta, lahir-lahir jer anak kat nursery hospital tu, 24 jam nurse yang jaga. Aku ambik anak nak tengok kejap pastu bagi balik kat nurse..klu dah 24 jam kat nurse sah-sahlah dia bagi susu formula. (mungkin salah aku gaklah..cuba mintak kita nak jaga sendiri mcm kat hospital gomen mesti dia bagi jer kan). Masa kat Hospital tu aku cuba bagi fahmi susu badan, ya allah fahmi pandai hisap pu*** aku. Seronok aku.

Bila keluar Hospital aku dibekalkan dengan susu formula similac 2 tin, sementara nak ade susu sendiri tetap jugaklah aku bagi susu formula nie, tapi tak lama dalam 2 hari susu aku dah ade dah. Lepas tu aku pulun bagi dia susu badan. Aku jadi malas nak sediakan susu formula untuk Fahmi. Bagi susu badan lagi senang, anak nangis selak baju sumbat..hahahhahaha. Bila aku nak mula kerja baru aku bagi Fahmi susu Formula..alasan aku masa tu tak tau nak pam macam mane. Masa dalam pantang tu aku try gak pam tapi susu tak keluar, lepas tu Te*** jadi lagi sakit..husihhh tak sanggup aku. Sekarang nie baru aku tau kene beli pam yang mahal ckit...baru hasilnya wallah (lepas aku skodeng blog orang-orang yang fully breastfeeding)

Cabaran aku bila susukan Fahmi nie, Tet** bengkak & luka2. Sampai aku demam mengigil tak tahan kene bengkak susu, Tet** plak keras mcm batu..gila sakitnya..pam pun tak jalan gak. Fahmi plak jenis kuat tido dari menyusu. Terpaksa telan ubat tahan sakit. Letak kobislah. Seminggu jugak aku menahan sakit. Lama-lama elok sendiri. Habis pantang dah ok ckit. Luka pun dah sembuh. lepas 2 tahun aku susukan fahmi kene gak lagi bengkak susu, sakit wei..bila aku pegi jumpa doktor, doktor suruh aku stop susukan anak sebab dan 2 tahun pun. Tapi yang bestnya aku dapat susukan fahmi sampai umur 3 tahun ++. Iya, aku hanya susukan fahmi bila dia ade ngan aku saje. Hari aku bekerja aku bagi dia susu Formula. Alhamdulillah walaupun aku susukan Fahmi hanya waktu tertentu je, susu maintain banyak. Masa nie semua pelik tengok aku, susukan anak jarang-jarang tapi susu banyak je. Rezeki anak. lagi satu cabarannya badan sakit-sakit sebab boleh dikata 80% waktu tido kene mengereng...sengal rasa tulang belakang.

Masa Aqil sama gak ngan Fahmi. Bersalin kat Hospital yang sama, masa nak discharge dibekalkan ngan susu mamil gold 2 tin. Tapi aqil tak serasi ngan susu tu asal bagi jer terberak. Aqil lebih serasi ngan susu badan. Cabaran kali nie plak, Pu*** aku luka teruk gila..dua-dua belah. Aku tahan sakit bila kene hisap tu sampai mcm nak cramp badan aku. Sakitnya tuhan jer yang tau sakit nak bersalin pun aku rasa tak mcm tu. Tapi tetap jugak aku bagi aqil hisap, cuma aku kene pastikan luka tu tak ade darah atau bernanah jer. Bila tanye kat nurse yang datang rumah untuk check up, dia kata sapu jer ngan susu tu kat tempat yang luka tue. Aku buat tapi mcm kurang berkesan. Aku jumpa doktor mintak ubat, doktor bagi ubat untuk ulser mulut, sebab klu baby hisap takdehlah bahaya..bila letak ubat tu rasa kebas dan bila dihisap takdehlah rasa sakit sangat. Lama gak kene hampir-hampir 30 hari. 

Lagi sehari nak masuk keje balik, hantar aqil kat umah kakak pengasuh untuk sessi percubaan.dan tulah first time bagi aqil susu formula sepenuhnya. Selama nie aku cuba gak bagi dia susu formula tapi Aqil tak berapa minat. Hantar pukul 9 ambik pukul 5, kakak pengasuh cakap dia nak minum susu formula tu takdeh meragam pun.Oh, lega aku.

Kenapa aku tak fully bearstfeeding?

Masa tu aku pikir kat opis aku tak sesuai untuk aku pam susu, maksud aku takdeh tempat bersih & terlindung untuk aku pam susu. Pastu aku mcm keberatan nak beli pam mahal ckit...(aku kedekut piang huhuhuhu)..maksud aku bila keluar duit sekali banyak mcm tak mampu, klu beli susu formula tu tak terasa sangat sebab sebulan baru 17 inggit..aku anggapkan aqil hanya diberi makanan tambahan bila hisap susu formula huhuhuhu. Lagi alasan aku mcm leceh nak bawak beg pam susu semua. Alah biasalah bila otak dah fokus leceh tue..memang lecehlah jadinya. JANGAN IKUT TABIAT NIE.

Aku lebih suka bagi secara terus..selak baju & bagi anak hisap. Kat tempat umum pun aku tak kekok nak susu kan anak. Sampai sekarang aqil masih susu campur lagi. Kat rumah memang 100% aqil susu aku dan aku tak simpan sikit pun susu formula kat rumah. Cuma kakak pengasuh bekalkan sikit bila hari cuti, tapi aku tak buatkan pun untuk aqil..hahahhahahha..matilah klu kakak pengasuh tu tau.. sebab bila hari isnin mesti aqil susah cikit nak hisap susu formula tue...tapi sekarang ok kot..sebab kakak pengasuh dah tak penah complaint pun.

Alhamdulillah, susu masih lagi banyak (mungkin ker sebab aku tak pam susu jadi banyak, wallahualam). Bila petang aqil hisap sebelah lagi mesti aku kene tekap dengan napkin klu tak aku mandi ngan susulah jawabnya. Aqil plak kadang-kadang sampai tercungap-cungap sebab susu keluar laju sangat. Malam memang fully breastfeeding..Azam pun suka sebab dia takyah susah2 bangun malam nak buatkan susu anak..hahahhahaha..tapi klu susukan anak nie..anak terbabas nak hisap tetek bapaknya memang selalu kahkahkahkah..dulu Fahmi siap tenggek atas bapaknya lagi sambil kepala sondok-sondol cari put*** hahahhahaha...mcm mane tak salah, mata pejam hanya menggunakan deria ke6 nak cari Tet*** tu yang tersilap hisap tu...

PETUA?

ntahlah..tak tau nak cakap sebab aku makan macam biasa jer..memang aku tak penah skip sarapan..makan tengahari atau makan malam..nasi memang aku ambik sehari 1-2 kali dalam kuantiti yang masyaallah mcm org kebulur...hahahhahahha..tu sebab badan aku tak surut-surut hahhahahahha tapi takdehlah naik pun maintain jer sekarang nie. So, program diet takdeh dalam list harapan aku tahun depan. Aku masih nak susukan anak sampai dia sendiri katakan taknak pada susu ibu..huahuahua. Air mesti kene minum banyak. Nikmatnya bila susukan anak hanya tuhan jer yang tau..ade satu perasaan yang susah aku nak jelaskan bila anak hisap tet*** kita sambil kita pandang muka anak mengusap lembut kepala anak...aduh, masa tu syahdu gila ngan mata anak stim-stim nikmat (hissshh, nie bukan nikmat lucah ye) hanye orang yang susukan anak jer tau nikmatnya.

Jimat perasaan aku jer nie. Kalau fully lagilah jimat takyah beli susu. Mcm aku sekarang nie sebulan hanya se pek jer 750g (tak silap akulah) aku bagi aqil susu Dutch lady langkah 2 murah jer kurang daripada 17 inggit. tapi jangan lah didarabkan ngan 12 bulan..memang bleh beli pam susu dah...huhuhuuhuhu..biasalah susah nak terima kenyataan sebenarnya tak jimat..hahahahahhaha...

aduh dah panjang sangat dah nie...

sekian citer aku MENENENKAN ANAK. hingga jumpa lagi di entry yang boring seterusnya.



Ini telah menjadi SEJARAH

5 ulasan:

miz sifa berkata...

eeee takotnyeeeee

Tanpa Nama berkata...

Wonderful experience. Tak semua insan di beri peluang seindah ini. Nikmatilah ia 100%. Dari sekolah menegah lagi (bukan gatal2 nak ye - tapi, perasaan ini memang ALLAH bagi sebagai ujian buat hambaNya), terbit naluri nak ada anak sendiri, susukan dia, dan jaga dia, tapi bila ALLAH merancang yang sebaliknya, hati ini hanya mampu berbicara 'sabarlah, sesungguhnya Dia pasti akan memberi yang terbaik suatu hari nanti, insyaALLAH.' Doakan agar suatu hari nanti saya juga akan susukan anak. Suatu nikmat yang entah bila akan di kecapi..Tawakkal adalah kunci utama.

Ijah @ Fariza berkata...

Atih: ape nak takot...?


Anonymous : insyaallah..semoga nanti awak jugak akan merasainya...amin.amin.amin.

NONIE AZIZ berkata...

bestnya kalau macamtu dua-dua susu dia terima macam Nurin ngan Nayli akak dapat susukan 2 bulan je..lepas masuk keje tambah ngan keje yang banyak pending mmg tak sempat nak pam kat ofis..bila balik rumah bila nak susukan dewang tak mo..sudah susu formula la akak sumbat...

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Nonie : saya pun tak penah pam pun kak..hari pertama keje lepas pantang saya pakai pad letak kat Tet***..hihihi biar baju jgan basah..

Lepas tu saya pesan kat kak pengasuh waktu dekat-dekat saya nak balik klu bleh jgn bagi dia susu botol lagi....jadi bila anak jumpa kita terus dia hisap tet***. Setakat nie alhamdulillah tak dah masalah..