06 November 2009

Episod Pengenalan ABAH & KANSER

Aku cuba coretkan kisah abah & kanser nie (kak nonie saya try). Tapi aku tak boleh ingat dan takkan ingat tarikh-tarikh sejarah pahit nie..even tarikh arwah abah meninggal pun aku tak ingat. Serius. Cuma yang aku ingat masa abah mula-mula sakit aku sekolah darjah 4-5 dan abah meninggal masa aku darjah 6. Lagi beberapa bulan rasanya nak ambik UPSR.

Cukup-cukup pahit kalau nak diingat balik, dan cerita nie adalah berdasarkan ingatan aku masa tu..jadi mungkin ade yang kurang jelas nanti.

Bismillah. Menggeletar tangan aku nak menaip sekarang nie…

Abah seorang yang penyayang. Abahlah satu-satunya anak lelaki dalam 4 orang adik beradik, Abah jugaklah pembela kakak-kakak dan adiknya. Bila diorang susah abahlah orang yang akan bersusah payah menolong. Bila abah berkahwin abah terus menetap di rumah pusaka keluarganya dan sekarang rumah tu abang aku akan mewarisinya kerana abang aku adalah satu-satunya anak lelaki abah.

Dulu abah kerja sebagai pemandu bas klang banting (masa nielah abah jumpa mak), kadang-kadang aku ikut abah bawak bas, syok oooo..duduk kat bonggol bas(engine kot nie) sebelah pemandu tu..yang panas hahahhahahha..masa tu mungkin umur aku dalam bawah 7 tahun kot…Lepas tu abah berhenti sebab tak tahan sakit lutut, biasalah bas manual. Sebenarnya abah lagi minat kerja sendiri (bertukang & berkebun). Ikut abah pergi kebun pun syok jugak. Kalau abah dapat karja buat rumah orang pun kadang-kadang aku ikut, pun aku suka gak dapat main pasir (buat main masak-masak). Aku ingat dulu masa aku tadika, abah buat rumah kawannya pastu pulak rumah kawan abah tue dekat dengan tadika, jadi bila aku balik dari tadika aku terus pegi rumah kawan abah tue, abah siap bawakan baju basahan aku..nanti bila petang baru balik sama-sama ngan abah. Zaman tu aku rasa seronok sangat. Memori terindah aku.

Bila petang, kadang-kadang kalau abah rajin abah akan mandikan anak-anaknya. Aku suka jer kalau abah mandikan tapi ganas ckit abah suka siram air pakai gayung laju-laju, tercungap-cungap aku. Badan disabunkan rambut disyampukan, kaki diberuskan(dulukan budak2 suka main tanah, mandi kene berus kaki, kalau tak nanti mak yang berus sakit oooo). Seronok rasanya, masa tu kiranya aku dah besar jugak darjah 4 mungkin. Paling takleh tahan bila abah nak keringkan rambut aku, tuala tu abah pegi gosok-gosok kat kepala sampai gegar-gegar kepala aku, pening-pening lalat jadinya aku, macam mabuk naik kereta lalu kat jalan belok-belok dah rupanya. Lepas abah sakit abah dah tak daya nak layan anak-anaknya. Abah memang abah yang penyayang, Seingat aku abah tak penah pukul anak-anaknya. Mak cakap abah kalau beli baju anak-anak mesti yang ade jenama macam kiko, kikilala, ladybird (jenama2 nie mahal masa zaman aku dulu, eh sekarang pun mahal gak cuma dah tak trend kan?)

Bila dah siap pakai baju, selalunya aku ngan adik aku(atih) standby jer kat motor abah dangan harapan abah bawak kitorang pergi medang (minum kat kedai kopi). Selalunya abah bawak lah..hihihihihi..masa tu rasa seronok sangat dapat naik motor ngan abah. Abah pegi kedai sebab nak tengok gusti(wwf). Kalau abah ade duit, abah order lah mee goreng, kalau tak minum air jer (walaupun air jer tapi aku dah suka sangat dah).


Aku tak bleh ingat citer kelakar nie. Kat belakang rumah aku dulu, lebih kurang 500m ade pokok jambu bol (aku tak tau orang lain panggil ape buah nie). Masa tu abah baru balik kerja, aku ingatkan abah nak mandi sebab dia dah pakai tuala jer, tapi abah ajak aku pegi petik jambu bol dengan bawak timba aku pun terkedek-kedek ikut abah. Abah panjat pokok tu pakai tuala jer tau, aku kat bawah tukang kutip buah. Masa abah tengah panjat dari satu dahan ker satu dahan tuala abah tersangkut kat ranting dah terlucut tuala tu, bila aku pandang keatas..aku jerit “TARZAN!, TARZAN!”…hahahhahahahhaha.. iyalah cuba bayangkan orang panjat pokok pakai spender jer. “Kurang Asam ko”..abah pun ketawa. Tapi nasib baik abah pakai spender kalau tak…………..glup, tak dapat aku bayangkan. Kenangan, kenangan.


nielah rupa jambul bol tue.


Kalau orang tengok abah mesti diorang cakap abah garang, walhal abah jentik anak pun tak penah..marah pun biasa-biasa jer. Sebab ape orang takut kat abah? sebab misai abah...hehehehhe..misai abah macam misai A.Galak. Betul tak tipu. Abah jugak seorang teliti dalam semua hal & sangat prihatin. Hal sekolah anak-anak semua serah kat abah dari beli baju, beg, yuran, buku-buku sekolah dan segala alat-alat tulis, mak memang tak tau ape-ape pun pasal sekolah anak-anak (kesian mak lepas abah meninggal terpaksa belajar semua perkara dari mula). Masa aku masuk sekolah darjah satu abah yang tunggu. Berdiri abah kat tingkap sekolah, padahal aku bukan nangis pun...i'm cool ok..hihihihihi.

Walaupun abah tak sekolah tinggi, tapi abah pandai buat pelan rumah. Ala, yang macam arketik punya pelan tu, siap dengan ukuran nya sekali. Bila malam tulah keje abah..meneliti pelan. Orang kampung suka dengan hasil tangan abah. Sebelum abah sakit projek rumah abah tengah kencang, abah jugak ade pekerja 2 3 orang. Bila abah sakit abah terpaksa tolak semua projek yang abah terima. Takdir menentukan semuanya.

Agak-agak kalau abah ade lagi sekarang mesti dia seronok tengok cucu-cucunya. Sekarang abah ade 10 cucu 6 lelaki 4 pompuan. Dulu abah idamkan anak lelaki lebih ckit, masa Atih lahir ingatkan lelaki, pastu abah cakap kat mak "cukuplah anak kita nie". Mak cakap abah macam tau umurnya tak panjang. Tapi jangan silap walaupun anak bongsu dia nie yang lahir pompuan tetap jadi kesayangan abah ye.. Lagi over budak nie org pegi tadika sarapan kat umah dia sarapan kat kedai ngan abah, tiap-tiap hari plak tue...(Atih ko ingat lagi tak?).

lagi sekali Takdir menentukan segalanya.........

akan bersambung, insyaallah.


Ini telah menjadi SEJARAH

10 ulasan:

sya berkata...

Ntah kenapa baca kenangan manis ni.. hati kak sya rasa sayu sangat

miz sifa berkata...

sob4......huhu cedihnye...weh aku nk abah la....klu ade abah skrg ni mesti best..abah syg aku....aku dh x igt a..kck sgt kot ms tu....uwaaaa....nk abah....

Ijah @ Fariza berkata...

Kak sya: sepanjang saya coretkan kenangan manis nie, saya menahan airmata jer, sebaknyaaaa.....kak sya..

Atih: kesian ko kenangan manis dengan abah ko tak mampu nak ingat..iyalah ko kecik lagi masa tue.....

Maya Ariffin berkata...

Alamak Ja, ko pun da mengundang air mata aku sama la.. aku pon takde guts lagik nak continue entri pasai arwah abah aku.. huhuhuh.. dok je la kat draft tu. Ate baru create tajuk je ayaq mata meleleh2.. huhuhuh...

Ijah @ Fariza berkata...

Maya: Ko mesti banyak kenangan manis ngan arwah kan?..lagilah sedih....huhuhuhuhu..

MOKCIK AZWA berkata...

Ijah,

sedeynya mokcik baca. Terbayangkan nostalgia masa dulu masa arwah ayah masih ada...

jambu bol tu ker uols panggil jambu tu hehehe...sambil mokcik menahan air mata, sambil tergelak membaca kisah tarzan hehehe..

tak sabar baca kisah selanjutnya...

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Azwa: kisah tarzan tu kenangan2 yang saya tak bleh lupa..

kisah seterusnya dah ade tinggal nak touch up ckit-ckit jer..tungguuuuu..

HappyIrfa berkata...

siyes..hati tersentuh baca en3 ni.
lebih kurang bapak aku gak..
tukang buat umah siap dan pandai lukis plan lagi..pdhal x penah belajar kat mana2 pun..

ayah aku pandai masak..semua yg ayah aku masak sedap di tekak aku..

waa..rindu sup tulang ayah aku buat tp raya haji ni aku x balik

Ijah @ Fariza berkata...

Irfa: diorang belajar melalui pemerhatian kot, tue yang bleh buat tue...

nape tak balik? cuti 3 hari kan?...laki ko keje ye..?..

Maya Ariffin berkata...

Ye lah Ja, aku ni ngan mak physically and emotionally mang jauh.. So dgn abah je la tmpt aku bermanja. At 25 yrs ol' i still need the smell of abah blanket to fall to sleep. Agaknya sbb tu la Allah amik abah aku lepas sebulan aku kawen. Sbb at least i had another shoulder to cry on, another fren to rely on, before i let him go... and aku tak terlalu terasa pemergian dia. which actually sampai skrang aku masih raser beb... tengok muka anak aku, teringat kat atuk dia yg tak smpt jumpa dia huhuhuh.... sedangkan orang tua tu lah segalanya dlm hidup mak dia ni ha sblm ni. Ahhhh.. tangkap leleh dah ni..
Niway, Al-Fatihah to both our father. Moga2 derang diletakkan ditempat orang2 yang Allah sayang. Amin.