23 November 2009

Abah & kanser 1

Sebelum ini mak surirumah je, ntah macam mana ada satu kilang yang buka berhampiran rumah, jadi mak tanya abah boleh tak mak kerja kat kilang tu dan abah benarkan mak kerja sebab anak-anak dah besar. Bila abah jatuh sakit kilang tempat kerja mak benarkan mak ambik cuti tanpa gaji. Dengan abah sakit, sumber kewangan takdeh, memang memeritkan. Tiap malam mak berendam airmata, memikirkan besok macam mana. Masa ini lah kita boleh kenal mana sedara mana kawan. Sepanjang abah sakit nie paling banyak tolong kawan baik abah. Sedara?...malas nak cerita…(bukan semualah)..

Abah memang seorang yang aktif bersukan (terutamanya takraw). Abah tak betah duduk diam, kat rumah pokok bunga semua hidup subur. Abah ada tanam sayur kat kebun, sayur-sayur tu pun hidup subur. Abah jarang sakit atau demam, jadi Bila abah tak sihat semuanya ingat hanya sakit biasa.

Bila abah demam, pergi klinik makan ubat baik pastu abah sakit perut, pergi klinik doktor cakap gastrik & angin. Seingat aku ada dekat 3 bulan keadaan abah macam tue. Banyak kali abah pergi klinik, tapi doktor tetap cakap gastrik & angin. Tiap kali abah sakit mengerang-ngerang abah, kadang-kadang abah lari pergi kebun belakang rumah (ntah apa abah buat kat kebun tue). Agak-agak sakitnya berkurangan dia balik rumah. Boleh dikatakan sakit abah akan menyerang waktu malam dan dalam jam 1-2 pagi antara waktu yang paling teruk.

Satu malam tu, abah batuk darah dan abah tak tahan sangat sakitnya, mak bawak abah ke Hospital Klang dengan bantuan kawan baik abah (wak minhat). Doktor kat wad kecemasan cakap abah tak apa-apa. Mak bawak abah balik rumah, tapi keadaan abah tetap macam tu jugak sakit yang tidak tertanggung.

Tak lama lepas tu abah batuk darah lagi sekali, dan kebetulan masa tu kak ida & abang majid ada kat rumah, bawa abah pergi Hospital Klang lagi sekali. Seperti yang dijangkakan doktor kat wad kecemasan tu cakap abah tak apa-apa. Mak dah naik angin “Doktor cakap suami saya tak apa-apa, boleh tak doktor check betul-betul, nie kalau dah sampai batuk darah takkan takdeh apa-apa? nie pun dah 3 kali saya datang sini asyik cakap takdeh apa-apa jugak”. Bila tengok mak naik angin macam tue, doktor tu baru cadangkan nak buat xray kat abah.

Keputusannya abah kena tahan wad sebab doktor cakap ulu hati abah bengkak dan hampir pecah, esok paginya abah terpaksa dihantar ke HKL (naik ambulan) sebab masa tu Hospital Klang takdeh kemudahan nak rawat sakit abah.

Bila dekat HKL, Doktor kat sana cakap ulu hati abah ok, takdeh bengkak. Tapi sebab abah sakit kat area dada dan batuk darah doktor nak scan area tu. Sepanjang abah kat HKL mak yang setia menunggu abah. Aku, abang ayeng & atih duduk kat rumah dengan nenek (mak arwah abah). Kebetulan plak abang majid & kak ida duduk kat pantai dalam (kuaters) jadi urusan kat HKL abang majid yang tolong uruskan, iyalah nak harapkan mak mesti dia tak berapa biasa dengan situasi tue.

Masa doktor scan dada abah, skrin tu gelap jer tak nampak apa-apa. Doktor cuba banyak kali, tetap gelap. Doktor cadangkan dekat mak supaya minta air dekat mana-mana ustaz. Doktor cakap kita ikthiar mana yang boleh. Mak usahakan cari air yang dicadangkan dengan doktor. Bila bagi abah minum air tu dan doktor scan kat area dada abah baru boleh nampak bahagian paru-paru abah. Semuanya atas izin Allah.

Bila dah nampak tu pulak, doktor kene tebuk dada abah sebab nak sedut cecair kat paru-paru. Doktor nak pastikan ape sebenarnya sakit abah. Mak cakap masa doktor sedut tu, doktor tunjukkan kat mak tabung uji tue. Mak cakap kat dalam tu macam jentik-jentik.

Abah masih boleh uruskan diri sendiri masa nie, jadi mak tinggalkan abah dekat HKL sebab mak nak tengok anak-anak pulak kat rumah. Abang majid yang lawat abah masa nie. Kebetulan doktor dah ada jawapan sakit yang bersarang dekat badan abah, keputusan tu pulak doktor sampaikan pada abang majid. Abang majid pulak sampaikan dekat mak melalui talipon.

17 tahun dulu, rumah aku takdeh talipon(susahlah dulu-dulu kalau nak cari rumah yang ada talipon). Kalau nak talipon kena pergi rumah jiran sebelah (rumah arwah nenek ibah & atuk pono). Kalau ada orang talipon pulak(selalunya sedara terdekatlah), sapa-sapa yang ada dekat rumah nenek ibah kenelah panggil kitorang.

Walaupun berat abang majid terpaksa sampaikan juga dekat mak. Apa yang abang majid cakap tu meluluhkan hati, sah abah kene kanser paru-paru doktor hanya bagi masa 6 bulan jer untuk abah maksudnya abah menghidap kanser peringkat akhir dan doktor cakap kalau abah buat operation pun belum tentu abah baik, harapan adalah 50-50. Menangis mak, aku yang kat sebelah mak turut mengalirkan airmata. Semua yang ada kat situ menangis. Atuk Pono sabarkan mak, kena redha katanya.

HKL dah jadi rumah kedua abah dengan mak……..


Nota berkaki: aku sebenarnya mcm malas nak sambung...aci tak? habuk pun tarak kat draf untuk sambungannya..




Ini telah menjadi SEJARAH

4 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

Tak faham kenapa doktor kat wad kecemasan selalu cakap cenggitu. Pengalaman mokcik, sekali tu rasa tak bleh nak bernafas tengah malam. mungkin betul la takde apa, mungkin sebab mokcik stress sangat, tapi yang buat mokcik rasa 'tiba-tiba malas nak membela doktor2 nie di mahkamah' adalah lepas saja kata, 'tekanan darah semua ok.' terus doktor tu menyembamkan mukanya atas lengannya dan tido depan mokcik yang dok terkebil2 kat sebelahnya.

To be fair, mungkin doktor2 ni pun ada SOP dia kut...tahap mana baru dorang arahkan buat xray, scan segala. Anyway, ini semua menunjukkan ceteknya ilmu manusia berbanding kekuasaan Allah SWT.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah ayah ijah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, aminnn.

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Azwa: Memanglah dia ade SOP, tapi kalau secara akalnya..klu dah batuk darah pastu plak 2 3 kali datang malam2 plak tue..ingat suka-suka org nak datang kat hospital...mmm. Yelah, doktor jugak manusia.

Kak,dulu memang mak selalu cakap kalau doktor dapat kesan awal mungkin abah boleh diubati..tapi berbalik plak pada qada & qadar Allah..kitaorang redha daripada abah terseksa menanggung sakit.

HappyIrfa berkata...

terpulanglah pd ko nak smbung ke tidak.sbb citer ni w,pun dah jd sejarah tp tetap jugak menyedihkan utk dikenang.kalau ko smbung aku baca..tak sambung pun,aku paham

Ijah @ Fariza berkata...

Irfa: sebenarnya aku yang pilih nak cerita kisah nie mane tau satu hari nanti anak-anak aku ker anak saudara aku ker baca blog nie..jadi diorang tau kisah atuk diorang(sebab utama aku abadikan kisah nie)...cuma sekarang mood tak datang lagi.

tengoklah cam mane nanti..