12 Oktober 2009

Melayan anak-anak ke Taman

Aktiviti petang setiap kali cuti, alah taman depan rumah jer..tu yang buruk bebenor tu. Tak terjaga taman tu, abis tiap malam ade orang melepak kat sini pastu buang sampah merata-rata termasuklah botol2 arak..hishh..takdeh kesedaran sivik langsung diorang nie.

Anak-anak aku walaupun taman depan rumah, takdehnya boleh pegi suka-suka hati diorang ye..kene jugak minta izin aku & azam kalau nak ketaman nie. Undang-undang aku boleh pegi taman start pukul 5..kalau nak awal dari waktu tu bergantung pada cuaca, kalau redup blehlah dipertimbangkan. balik sebelum pukul 7..lebih dari waktu tu..merasalah duduk kat luar atau pun kene rotan garang tau aku nie..hahahahahhaha. Penah sekali dulu, aku denda Azri & Fahmi duduk kat luar, adelah dalam setengah jam camtu. Masa kene tu Fahmi relaks jer Azri dia buat drama nangis kuat2 yang stok satu taman bleh dengar suara dia...ingatkan aku nak denda lagi lama..malu plak aku, kang jiran2 cakap aku dera anak plak. Sampai sekarang nie kalau diorang taknak balik, akan kedengaranlah ugutan dari aku "nak duduk kat luar ker" kijam kan ibu diaorang nie

Kalau Azri & Fahmi pegi taman nie, aku bukak pintu rumah luas-luas jadi aku tengok diaorang dari dalam rumah je. hihihihihi..

Masa nie azam bawak aqil pegi taman, jadi aqil join abang-abangnya main jongkakit..nie fahmi yang sebut





2 ulasan:

MOKCIK AZWA berkata...

wah..seronotnya mereka...

memang kena denda kalau selalu balik lewat dah dekat nak maghrib kannss...hehehe

Ijah @ Fariza berkata...

Kak Azwa: diorang selagi tak dipanggil balik..mcm nak tido kat taman tue..huhuhuhu..