24 September 2009

cerita raya plak menyusul

Tahun nie tahun syahdu bagi Azam sebab abah (FIL) baru meninggal bulan 4 yang lepas. Airmata Azam tahun nie memang murahlah.Aku?. Aku nie memang susah nak mengalirkan airmata walaupun orang yang aku salam minta maaf tu dah mengalirkan airmata. Ntahlah...mungkin kalau orang tengok aku nie, macam keras hati..sebenarnya aku lebih suka nangis sorang-sorang..huhuhuhuhuhuu.

nie jelah gambar family yang ada, jauh betul sebab aku pakai timer..rupa-rupanya lupa zoom dulu, nak ambik lagi sekali..tengok mood azam mcm tak best jer, redha jerlah dengan gambar yang ada.Aku ingat pagi raya malaslah nak tukar baju, pakai jer pakaian rasmi aku kat umah tshirt ngan seluar track, tapi kesian kat anak-anak plak, beria diorang aku pakaikan baju raya. Raya pertama aku tak pegi mana-mana pun, duduk rumah je, makan tido makan tido..hahahahhahaha. walaupun tak pegi mana-mana, anak-anak santak pakai baju raya sampai petang. MIL pun tak sihat pagi raya tu, pening katanya...lepas sessi bersalam azam bawak mil pegi hospital, lepas kene cucuk sedas baru ok. Mil cakap mungkin dia penat masak sampai pukul 2 pagi. Glup. Menantunya buat ape..tido..wahahahhahaha.
nielah aktiviti budak-budak tu masa raya pertama, santak main congkak..Aku plak bersms ngan atih..jeles kat dia dapat raya ramai-ramai..syoknya. Tahun nie kakak aku kat kedah balik sini...tiap kali dia balik, aku plak beraya kat perak jadi tak penah aku beraya sama-sama ngan dia.

Raya kedua petang barulah aku se family beraya ke umah makcik & pakcik azam, dekat nak maghrib baru balik. Kalau beraya kat kampung azam, camtulah. Malam raya sunyi siang raya sunyi...huhuhuuhuhuhu.

Raya ketiga dah balik semula ke Selangor. Aku ingat nak balik pagi lepas sarapan pagi, tapi mil suruh tunggu makan tengahari plak, bila dah tunggu-tunggu nie...tau-tau jelah..pukul 4 ptg baru bertolak balik. Bukan ape aku ingat kalau balik awal ckit blehlah singgah beraya umah sedara-mara aku plak, sebab esoknya aku dah keje. Bila dah keje, malas + penat dah nak beraya dah. Sampai umah pun dekat pukul 8 mlm..raya ape kebendanya.

Betulah bila usia dah meningkat nie, kemeriahan raya dah tak terasa dah, anak-anak jerlah penyerinya. Lagi-lagi bila orang tua dah takdeh..lagilah....

Gitulah cite raya aku tahun nie..MERIAH tak?

3 ulasan:

miz sifa berkata...

muahahah..sian ko...aku pun bosan gak..asal ry je aku duk rmh sorang2..asal ry je duk rmh sorang2..buhsan2,....

HappyIrfa berkata...

meriah..meriah..meriah :-)
dah tua2 ni gembira tgk anak2 beraya jer

Ijah @ Fariza berkata...

Atih: alah tahun last lah, kalau aku jadi ko aku nikmati sepenuhnya...tahun depan ko kene gaduh dulu ngan apez..hahahahhahaha..

Irfa: betul..betul..betul..(gayak upin & ipin)